TM Liga Super - Pulau Pinang Vs Perak (review)
Posted in TM Liga Super 2010 on March 5th, 2010 4 Comments »

Sabtu 6 Mac 2010
Stadium Batu Kawan
8:45PM
Tirai saingan Liga Super 2010 kembali dibuka malam esok dengan 7 lagi perlawanan di pelbagai lokasi dengan pasukan Perak bakal berkunjung ke Stadium Batu Kawan menentang pasukan Pulau Pinang untuk perlawanan kelapan musim ini.
Perak menduduki di tangga ke 12 liga manakala pasukan Pulau Pinang pula berada satu tangga di bawah skuad seladang. Perak akan kehilangan khidmat 2 orang pemain iaitu Saufi Sa’aidi dan Syazwan Roslan kerana layangan kad merah tempohari.
Namun sedikit berita yang mampu mengembirakan penyokong skuad seladang ialah dengan kehadiran semula penjaga gol Khairul Izwan ke dalam pasukan untuk memperkuatkan benteng terakhir menjelang pertemuan menentang Pulau Mutiara nanti.
Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika menghubungi wakil SDN turut menekankan pentingnya kemenangan dicapai oleh barisan bimbingannya… Continue reading
