TM Piala FA - T-Team Vs Perak (result)
February 16th, 2010 by webmaster

Selasa 16 Februari 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM
T-Team 1 - 1 Perak
Pasukan Perak berjaya mengikat tuan rumah T-Team dengan keputusan 1 - 1 pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua TM Piala FA 2010 malam tadi. Perak memulakan permainan dengan berhati-hati dan sedikit perlahan.
Skuad seladang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 73 melalui pemain gantian, Azmeer Yusuf yang mudah menolak masuk bola muntah hasil sepakan percuma dari Shafuan Adli yang gagal ditangkap kemas oleh Syamsuri Mustafa.
Namun kegembiraan pemain Perak tidak kekal lama apabila penyerang T-Team, Haris Safwan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 79 hasil hantaran Azrul Hazran berpunca dari barisan pertahanan Perak yang agak longgar.
Selepas gol tersebut keadaan permainan menjadi lebih rancak dan pasukan tuan rumah lebih kerap membuat serangan ke kubu Perak namun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga wisel penamat ditiup.
Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN meluahkan rasa terkilan dengan gol penyamaan yang dihasilkan oleh pemain T-Team walaupun pada satu ketika pasukan bimbingannya berjaya mendahului pihak lawan.
“Dengan ketiadaan ramai tonggak dalam pasukan Perak, saya berharap para pemain yang terpilih dalam kesebelasan utama tadi dapat bermain pada tahap yang sepatutnya namun masih banyak kelemahan yang perlu ‘mereka’ perbaiki lagi”
“Apapun saya tetap berpuas hati dengan persembahan kebanyakan dari mereka malam ini dan berharap kita mampu untuk mencapai kemenangan pada perlawanan timbal balik kedua di Ipoh sabtu nanti” jelas beliau mengakhiri perbualan.
Kesebelasan Utama:
Megat Amir (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan (K)
Isma Alif - 2
Shafuan Adli
Arif Fazli
Benedict - 1
Fauzzi Kassim
Shahrizal
Pertukaran:
Azmeer Yusuf - 1
Khalis Ibrahim - 2
Keputusan perlawanan Piala FA - 16 Februari 2010
Selangor 2 - 0 PKNS FC
Stadium Shah Alam
Felda United FC 1 - 1 Pos Malaysia
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Plus FC 3 - 0 Kuala Lumpur
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
PDRM 2 - 3 Negeri Sembilan
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Sarawak 0 - 2 Terengganu
Stadium Sarawak, Kuching
ATM 3 - 0 UiTM
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Kedah 0 - 0 Kelantan
Stadium Darul Aman, Alor Setar
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala FA - Perak Vs T-Team (result)
- TM Piala FA - Perak Vs Perlis (result)
- TM Piala FA - Perlis Vs Perak (result)
- TM Piala FA - T-Team Vs Perak (review)
- TM Piala FA - Perak Vs T-Team (review)
10 Responses to “TM Piala FA - T-Team Vs Perak (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



assalamualaikum….
bagi aku,Fauzzi Kassim telah menunjukkan bahawa beliau sepatutnya dapat bermain sebagai pemain utama ataupun pemain gantian. hantaran beliau cantik. mungkin beliau layak diletakkan di ranking ke 3 senarai penyerang perak selain Razali & Saufi.
keseluruhannya pemain kita telah meneruskan momentum peningkatan prestasi. diharapkan pasukan Perak akan terus berjuang untuk kemenangan pula sabtu ini.
kalau begini permainan perak, bagi aku Selangor pun payah nak menang.
February 18th, 2010 at 12:09 pm
betul tu. Fauzzi Kassim seorang yang rajin dan bijak mengawal dan melorongkan bola kepada rakan. Saya merasakan beliau patut cuba disenaraikan dalam kesebelasan utama dalam pasukan. Pada perlawanan seterusnya, saya mencadangkan supaya Razali digandingkan bersama Fauzzi.
salam….
Teman hanya dapat menyaksikan perlawanan ini di kaca television sahaja, apa yang teman dapat lihat pemain pemain gantian yang diletakkan di dalam kesebelasan utama menampakkan mereka bersedia untuk menjadi pemain utama cuma mereka ini perlu dilatih dengan lebih agresif lagi, ada beberapa pemain yang menarik pemerhatian teman,
Arif Fazlie, corak permainan beliau membuatkan teman teringat kepada Shahrulnizam Mustapha ketika mula mula bermain untuk pasukan Perak iaitu ketika menentang skuad Maldives dalam saingan piala AFC di stadium Lumut. Menampakkan beliau mempunyai satu peningkatan yang harus beliau diberi lagi peluang yang sama di masa akan datang.
Fauzzi Kassim, beliau bijak menyambar bola, sukar untuk pihak lawan merampas bola dikakinya, bijak menghantar lorongan bola ke kaki rakan namun begitu masih belum serasi sepenuhnya dengan pemain pemain yang lain.
Azmeer Yusuf, walaupun posisi asal beliau ialah pertahanan tengah namun beliau memberanikan diri untuk bermain di sayap kiri,bijak menghidu peluang untuk menjaringkan gol, namun begitu beliau perlu bekerja lebih keras memastikan peningkatan prestasi di satu tahap yang cemerlang.
Benedict,mempunyai skill yang bagus, sepakan hantaran yang baik, rajin, namun begitu beliau ini ketika perlawanan tersebut menampakkan beliau seorang yang tamak, tidak tahu menilai sewaktu bila harus menghantar bola kepada rakan dan sewajarnya beliau harus diberi pendedahan taktikal yang lebih daripada rakan rakan yang lain.
February 18th, 2010 at 9:01 am
Arif fazlie merupakan pemain pertahanan yang telah mula beraksi sejak kendalian Steve Darby. Beliau juga merupakan anggota skuad Juara piala Presiden yang memainkan peranan utama ketika beraksi dengan pasukan tersebut.
Namun ketika beraksi dengan pasukan utama, persembahan beliau tidak memuaskan dan tidak mampu menandingi pemain yang beraksi di posisi beliau iaitu sebagai wingback ataupun centre back. dan kerap juga mendapat cemuhan penonton kerana kerap mempamer aksi kurang meyakinkan.
Namun Raja Azlan telah mengubah beliau ke posisi Defensive Midfielder yang kini dipegang oleh K.Nanthakumar. Dan dengan fizikal beliau yang lebih mantap serta tegap , saya merasakan beliau boleh menjadi pemain backup yang bagus bagi posisi tersebut cuma agak kurang dari segi kreativiti membantu serangan. Peranan beliau lebih kepada sebgai ‘Anchor Man’ dan bukan sebagai ‘deep lying midfielder’..hampir sama peranan yang dimainkan oleh Nantha di Perak..
Harap beliau akan terus bermain di posisi tersebut ..dan meningkatkan prestasi dari masa ke semasa.
February 18th, 2010 at 3:57 pm
untuk pengetahuan mike zizou85 M.Karathu yang sebenarnya yang mula mula meletakkan Ariff Fadzlie ke posisi tersebut harap maklum.Malah Ariff Fadzlie juga adalah bekas pemain kebangsaan dibawah bimbingan Robert.
February 19th, 2010 at 3:36 am
Robert mana ni yob? Robert Kuok ‘Raja Gula’ ke? Kabor bior terang. Kalau Robert Albert masa bila pulak dia jadi coach? Pegawai Teknikal FAM ada le dulu, kejap je, pastu dia pun cabut. Rajagopal le jaga bebudak ni dulu sebelum dia jadi head coach Malaysia sekarang.
February 19th, 2010 at 1:20 pm
Robert Albert dan Rajagopal.
Salam,
Keputusan yang menyebelahi pasukan perak.seri ditempat lawan dengan mengutip gol penting mungkin akan sedikit memudahkan tugas skuad seladang di ipoh nanti..Pasukan perak harus mencari gol awal dan menyekat segala serangan dari T-Team nanti..Semoga perak akan berjaya..
salam….
tahniah…semoga perlawanan timbal balik nanti kita akan beroleh kemenangan untuk ke pusingan seterusnya…
teman akan datang ke stadium sabtu nih….kebetulan balik bercuti….teman akan pakai baju SDN!
semoga semua pemain tidak lalai dan bermain dengan bersungguh-sungguh…
apa yang penting… KERJASAMA!
apa yang penting… KERJASAMA!
Salam
T-Team bukan pasukan yang terlalu kuat untuk kita kalahkan. Perak telah membuktikan kekuatan sekarang. Yang peliknya, kenapa aksi pemain-pemain berbeza dalam dua saingan iaitu Liga Super dan Piala FA?
Pelbagai andaian boleh dibuat tapi tak perlulah saya jelaskan apa andaian orang luar padang buat tentang prestasi Perak. Jangan anggap penyokong ‘kurang pandai’ untuk menilai tahap permainan sebenar setiap pemain.
Aksi di Terengganu telah membuktikan yang kita memiliki ‘Silent Killer’ yang selama ini disimpan dalam ‘peti besi’. Peluang beraksi dipergunakan sebaiknya untuk membuktikan yang beliau juga perlu diberi perhatian oleh coach Raja Azlan. Beliau yang saya maksudkan adalah Fauzi Kassim. Dari komen yang diterima, semua mengatakan beliau beraksi ditahap beliau yang sebenarnya. Tahniah.
Lain-lain pemain juga beraksi cemerlang termasuklah Azmeer Yusuf yang begitu ‘alert’ dengan bola muntah hasil kesilapan penjaga gol T-Team dan disudahkan dengan jaringan. Dalam permainan bolasepak sebenarnya kecantikan jaringan adalah tidak penting, yang penting adalah jaringan itu sendiri dan bukan bagaimana ia dijaringkan. Biar pun jaringan bola ‘bodoh’ tapi ia cukup bermaknaa disaat kita memerlukannya.
Untuk perlawanan seterusnya, keputusan seri 0-0 sudah memadai. Namun begitu, perlawanan di Ipoh akan menyaksikan ada pemain-pemain yang digantung sebelum ini akan beraksi. Harapan yang yang menggunung mengimpikan Perak melangkah ke peringkat seterusnya.