TM Piala FA - Perlis Vs Perak (review)
February 1st, 2010 by webmaster

Selasa 2 Februari 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM
Tirai saingan TM Piala FA musim 2010 akan bermula esok dengan penyertaan 30 pasukan termasuk juara bertahan musim lalu Selangor dan naib juara, Kelantan yang menunggu di pusingan kedua setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama saingan kali ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima baru-baru ini, pasukan Kelab Bolasepak UiTM dari Pahang turut mara ke pusingan kedua setelah pasukan K.S.B.J Ban Hoe Leong dari Selangor disingkirkan atas faktor teknikal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (F.A.M).
Prestasi pasukan Perak musim lalu agak baik apabila mampu sampai ke pusingan suku akhir namun tewas kepada Selangor dengan aggregat 4 - 1. Pada perlawanan pertama, Perak tewas 1 - 2 di Ipoh sebelum tewas 2 - 0 ketika di Shah Alam untuk timbal balik kedua.
Seperti yang semua sedia maklum, pasukan Perak tewas kepada Perlis dalam saingan Liga Super di Ipoh baru-baru ini hasil jaringan tunggal Azrul Ahmad walaupun secara keseluruhan permainan pada waktu tersebut dikuasai oleh pasukan tuan rumah.
Raja Azlan Shah ketika dihubungi meluahkan rasa kecewa dengan prestasi hambar pemain Perak sewaktu saingan Liga Super menentang Johor FC sabtu lalu. Beberapa pemain beraksi di bawah tahap sebenar kemampuan mereka dan ini memeranjatkan beliau.
“Saya tahu harapan peminat cukup tinggi untuk melihat pasukan Perak merangkul kejayaan tahun ini. Oleh itu saya menetapkan sasaran untuk pasukan Perak pergi lebih jauh dari pencapaian suku akhir musim lalu bagi kempen Piala FA 2010 ini” ujar beliau.
“Dengan kembalinya penyerang, Saufi Sa’aidi ke dalam pasukan selepas penggantungan, saya yakin jentera serangan Perak yang diterajui oleh Razali Umar secara sendirian sebelum ini akan lebih berbisa menjelang pertemuan menentang Perlis di Kangar.”
“Walaupun kita tewas kepada pasukan Perlis di Ipoh itu tidak bermakna mereka (Perlis) akan mendapat laluan mudah pada perlawanan kali ini. Saya mungkin akan melakukan beberapa perubahan drastik kepada barisan tengah dan pertahanan kelak” ujarnya lagi.
Nota: Liputan semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.
Jadual perlawanan Piala FA - 2 Februari 2010
SDM Kepala Batas vs PKNS FC
Stadium Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas
Pahang vs Felda United FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Majlis Perbandaran Muar vs Pos Malaysia FC
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin
Plus FC vs Harimau Muda
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Kuala Lumpur vs Johor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
PDRM vs Kelab Melodi Jaya
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Johor FC vs Negeri Sembilan
Stadium JCORP, Pasir Gudang
T-Team vs Shahzan Muda
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Pulau Pinang vs Sarawak
Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan
USM FC vs Terengganu
Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang
UiTM vs Kelab Sukan Ban Hoe Leong (UiTM layak ke pusingan kedua)
Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam
ATM vs Melaka
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Sabah vs Kedah
Stadium Likas, Kota Kinabalu
Semua perlawanan akan dilangsungkan pada 8.45 malam kecuali perlawanan di Stadium Likas iaitu pada 8.15 malam dan di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas pada 4.45 petang.
Kesebelasan kemungkinan:

![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala FA - Perlis Vs Perak (result)
- TM Piala FA 2010 - Kedudukan Carta Pusingan Kedua
- TM Piala FA - Perak Vs Perlis (review)
- TM Piala FA - Perak Vs Perlis (result)
- TM Piala FA - Perak Vs T-Team (review)
9 Responses to “TM Piala FA - Perlis Vs Perak (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Apakah maksudnya ini? Dengan barisan kemungkinan yang masih samar-samar dengan hanya meletakkan 3 pemain dalam skuad adakah ini menjadi satu bencana kepada pasukan Perak sebelum perlawanan pertamanya dalam saingan Piala F.A. 27 jam dari sekarang.
Siapa pun pilihan jurulatih, kami lebih rela coach menurun pemain setahun jagung daripada menonton permainan yang tidak ‘jujur’ .
terima kasih.
barisan kemungkinan yang memberi seribu kemungkinan…
salam…
kepada semua para pemain… ingatlah bahawa anda dipilih sebagai insan terpilih untuk mewakili skuad Perak (Skor Yob Skor).. bermain lah dengan jujur dan ikhlas… tingkatkan semangat juang kalian… jangan mudah putus asa!
akhir sekali.. ingatlah ungkapan keramat ini!
apa yang penting? KERJASAMA!
apa yang penting? KERJASAMA!
Berita terbaru yang diterima dari jurulatih berkemungkinan 95% Razali Umar tidak dapat diturunkan pada perlawanan pertama Piala FA ini kerana masalah kecederaan lutut sewaktu menentang Johor FC baru-baru ini.
salam……
Diharapkan jurulatih hanya akan menurunkan pemain pemain yang benar benar sihat dan cergas pada perlawanan kali ini.
Salam,
Komentar ini telah ditukar menjadi artikel, sila lihat tajuk di bawah:
Antara Besi, Paku Dan Jam Rolex - Yashurr Yazurry
Terima kasih
admin
salam….
Sekiranya permainan seperti menentang Johor FC ditampilkan sekali lagi malam ini, maka teman amat yakin Perak akan rebah tidak kurang dari 3 gol. teman berasa amat malu menonton aksi menentang Johor FC tambahan lagi sebelum itu teman melobi bersungguh-sungguh adik teman dan meyakinkannya untuk hadir melihat permainan bersemangat Perak seperti menentang Kelantan. tetapi hasilnya amat amat mendukacitakan dan juga meloyakan.
Benar, pemain beraksi di bawah tahap sebenar. mana-mana pasukan besar di seluruh dunia pun beraksi di bawah tahap. Namun yang memelikkan teman, 3 kali kalah di laman sendiri dengan hanya 1 jaringan dibuat. Kita ada pemain yang bukannya baru sebulan bersama. tapi, corak yang ditunjukkan macam baru 2-3 hari berlatih. Asyik tau nak melambung ke depan.
Kawalan bola, semangat sepasukan, nak menggelecek pemain lawan pun tiada. Apahal ni? pemain-pemain seperti Nazri, Shahrizal, Isma, Khalis…semua dari pasukan tahun lepas tapi main macam budak kampung. Teman tak mahu menyalahkan pengurusan, namun yang perlu diberi perhatian adalah si jurulatih, takkan pemain seperti ini nak diturunkan? mana taktikal jurulatih? sekiranya berterusan begini, jangan hairan jika stadium terus sepi atau paling menggerunkan, Perak diturunkan divisyen…satu SEJARAH HITAM dalam sejarah bolasepak kita.
Sedar atau tidak,terima ataupun tidak, bolasepak Perak makin jauh di hati peminat sendiri. yang menyokong kuat mungkinlah kita sebagai pengunjung website ini, tapi realitinya ribuan lagi di luar sana sudah tawar hati dengan pasukan ini. ayuh bangkitlah…jangan jadi pasukan pertama dalam bolasepak Perak yang mencatat sejarah turun ke liga bawahan.
sekian
Salam..
Misi yang sama dalam ‘awan’ yang berlainan. Mungkin coach akan buat kemunculan pemain muda yang tidak pernah diturunkan? Mungkin? Selalunya Piala F.A macam tu la.
Tapi nasihat saya kepada pemain-pemain, main seperti anda sendiri. Memang pelik bunyinya tapi itulah yang anda sering gagal buat. Anda bermain seolah-olah dipengaruhi sesuatu. Adakah ‘jiwa kacau’? Serabut dengan kerja Ofis? Atau pening fikirkan masalah negara?
Ingat, anda makan gaji dengan PAFA. PAFA majikan anda. Anda dibayar untuk bermain. Kami penyokong ‘membayar’ untuk menyokong. Tapi bukan anda suruh sokong pun, kan? Sebab kami ikhlas dan sayangkan Perak. Keje anda main bola, dan selain daripada itu tolak tepi selain KELUARGA. Kalau ada unsur-unsur luar yang anda fikir baik untuk anda dan pasukan, boleh ambik jadikan tangkal azimat. Agak-agak unsur tu yang ‘terindah hanya sementara’ abaikan lah ye. Tiada perkara yang mudah dalam dunia ni, semuanya ada cabaran. Sebagai pemain bolasepak anda tahu bezakan cabaran dan dugaan.
Hope players dapat melakukan yang terbaik. good luck …