TM Piala FA – Perlis Vs Perak (result)

TM Piala FA

Selasa 2 Februari 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM

Perlis 0 – 0 Perak

Skuad Perak berjaya mengikat pasukan tuan rumah Perlis dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan pada perlawanan timbal balik pertama TM Piala FA 2010 di Stadium Utama Negeri, Kangar yang disaksikan hampir kira-kira 2 ribu orang penonton.

Perak memulakan permainan pada separuh masa pertama tanpa penyerang harapan, Razali Umar yang disahkan kurang cergas kerana mengalami kecederaan lutut sewaktu menentang pasukan Johor FC dalam saingan liga super di Ipoh tempohari.

Dengan harapan pada barisan serangan disandarkan kepada Saufi Sa’aidi dan juga Shahrizal Saad, skuad seladang beraksi cukup baik untuk berbalas serangan sambil beberapa percubaan bahaya dari pasukan Perlis turut berjaya dipatahkan oleh pertahanan Perak.

Selepas tamat separuh masa pertama, pasukan Perlis mulai menguasai permainan pada babak kedua dengan melakukan banyak gerakan-gerakan merbahaya ke kubu pasukan Perak namun benteng terakhir yang dikawal oleh Khairul Izwan masih mampu bertahan.

Pada minit ke 62 ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah membuat pertukaran mengejut apabila mengeluarkan Saufi Sa’aidi untuk digantikan oleh Razali Umar namun kehadiran beliau tidak cukup untuk membantu Perak mendapatkan gol di tempat lawan.

Pada penghujung separuh masa kedua, terdapat 2 atau 3 peluang keemasan daripada Shahrizal Saad dan juga Hafiz Rahman namun kegopohan mereka menyudahkan peluang yang terhidang membuatkan Perak sekadar pulang dengan keputusan seri di Kangar.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan
Nazri Kamal
Shafuan Adli
K. Nanthakumar (K)
Hafiz Rahman – 2
Shahrizal Saad
Saufi Sa’aidi – 1

Pertukaran:

Razali Umar – 1
Benedict Martin – 2

Keputusan perlawanan Piala FA – 2 Februari 2010

SDM Kepala Batas 0 – 2 PKNS FC
Stadium Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas

Pahang 1 – 1 Felda United FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Majlis Perbandaran Muar 1 – 0 Pos Malaysia FC
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Plus FC 1 – 2 Harimau Muda
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur 3 – 1 Johor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

PDRM 5 – 1 Kelab Melodi Jaya
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Johor FC 2 – 2 Negeri Sembilan
Stadium JCORP, Pasir Gudang

T-Team 1 – 0 Shahzan Muda
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pulau Pinang 2 – 1 Sarawak
Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan

USM FC 1 – 4 Terengganu
Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang

UiTM vs Kelab Sukan Ban Hoe Leong  (UiTM layak ke pusingan kedua)
Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam

ATM 3 – 0 Melaka
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Sabah 0 – 2 Kedah
Stadium Likas, Kota Kinabalu

Semua perlawanan akan dilangsungkan pada 8.45 malam kecuali perlawanan di Stadium Likas iaitu pada 8.15 malam dan di Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas pada 4.45 petang.

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Piala FA – Perlis Vs Perak (result)

  1. seansan

    Seri tanpa jaringan bermakna Perak perlu lebih berwaspada, sekiranya Perlis boleh menjaringkan gol di Stadium Perak, maka Perak perlu mencari 2 gol lebih bagi mengatasi pihak lawan yang mempunyai kelebihan jaringan ditempat lawan sekiranya berlaku.

    Tetapi insyallah, dengan kelebihan tempat sendiri, san harap Perak lebih bersemangat untuk mencari kemenangan pertama di tempat sendiri. San juga berharap, agar pemain dapat mencari rentak permainan yang lebih tersusun kelak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      Salam..

      Tahniah untuk Tim Perak, mengikat perlis di laman sendiri cukup memadai untuk Perak jadikan game di Ipoh nanti lebih sengit.
      Teruskan usaha.
      Skor Yob Skor

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam.

    Keputusan seri lagi. Tim dan penyokong kita tidaklah risau sangat untuk hadapi 2nd Leg di Ipoh. Misi Kita seolah-olah tercapai dengan berjaya mengikat lawan di laman sendiri. Walaupun sasaran utama kita menang dan sepatutnya lawan mencari bekalan selesa untuk bertandang ke Ipoh nanti. Ternyata Perlis gagal di tempat sendiri.

    Namun begitu, masih ada baki 90+ Minit untuk anak-anak buah Raja Azlan memburu kemenangan pertama dalam kancah Piala F.A. Kita perlu 'menyambung' aksi baik semalam di Ipoh kelak. Itu yang perlu dilakukan dan memang wajib dilaksanakan untuk singkirkan Perlis dari saingan ini. Kebergantungan harap kepada Razali Umar Kandasamy perlu dikikiskan perlahan-lahan dan serapkan secara seimbang kepada Saufi Sa'audi dan Shahrizal Saad. Inilah 3 tonggak utama kita yang mengemudi barisan serangan Perak dikepalai oleh Razali Umar.

    Permainan yang cantik memuaskan hati saya. Teruskan. Pastikan MENANG, di Kangar! SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. spectator

    salam...

    Keputusan yang baik namun bagi teman tak begitu mengujakan. Harap di Ipoh Perak dapat beraksi lebih baik dan yang penting MENJARINGKAN GOL. Jangan diulang aksi ketika bertemu Johor FC. Terus terang teman katakan, teman fobia nak tengok aksi perak SEKIRANYA main semasa lawan Johor FC diulang.

    harap kita lebih maju...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Setuju yob..Deme ni tengah up and Down sekarang ni. Gamakny bila nak konsisten ni ye. Bukan lah teruk sangat pemain-pemain Perak ni. Hebat-Hebat belaka. Tapi..kadang-kadang main ikut Mood, susah la macam ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. dody

    Keputusan ini amatlah menbanggakan.membuktikan kekalahan match sabtu lepas tidak memberi apa-apa kesan kepada pasukan.sabtu ini pastikan kita dapat menewaskan perlis

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. sunrise

    salam...

    Teman terasa amat bangga berada di stadium Perlis kerana pemain pemain pasukan Perak walaupun ada diantara kesebelasan utama yang kurang sihat tetapi masih lagi mampu untuk memberikan satu mutu persembahan yang ternyata bertenaga.

    Jelas sekali sehingga ke minit 32 diseparuh masa pertama,corak permainan yang dipamerkan diposisi tengah cukup berbeza tidak lagi seperti perlawanan perlawanan sebelum ini.Namun apa yang teramat dikesalkan,mutu pengadilan masih lagi berada ditakuk yang lama. Untuk pengetahuan semua ketua pengadil yang mengadili perlawanan ini adalah orang yang sama ketika Pasukan Perak menentang skuad The Red Warriors di Ipoh.

    Jelas kelihatan motivasi diri pemain pemain pasukan Perak menurun akibat Pengadil yang tidak adil ketika mengadili perlawanan kali ini. Jelas ketika Shahrizal Saad dikasari berkali kali namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pengadil. Kad kuning yang dilayangkan terhadap penjaga gol pasukan Perak tidak sewajarnya kerana kononnya beliau melambat lambatkan perlawanan,walhal waktu itu Khairul Izwan mengalami kecederaan dan tidak mampu untuk melakukan sepakan gol sambil menunggu Shazwan Roslan untuk melakukan sepakan gol.

    Apa yang menghairankan,seorang pemain Perlis telah menyentuh pengadil kerana ketidak puas hati namun tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pengadil seolah olah pengadil teramat takutkan pemain tersebut. Kalau diikutkan perundangan pemain itu sewajarnya dilayangkan Kad kuning.

    Walaupun diseparuh masa yang kedua Perlis lebih menguasai permainan namun,bahagian serangan skuad Perlis tidak mampu merobek gawang gol pasukan Perak kerana kecekapan penjaga gol dan kepantasan pertahanan pasukan Perak untuk menangkis semua serangan pasukan Perlis,dimana serangan pasukan Perlis yang diketuai oleh Azrul Ahmad semakin buntu dan sehingga pemain pemain Perlis terpaksa melakukan cara kasar,namun begitu ketabahan pemain pemain pasukan Perak menafikan segala cubaan pasukan perlis untuk membocori gawang gol pasukan Perak.

    Man of the Match pada pandangan teman pada perlawanan kali ini ialah Khairul Izwan iaitu penjaga gol pasukan Perak. Pemain pemain yang kembali menunjukkan peningkatan ialah Shazwan Roslan, Hafiszuan, K.Nanthakumar dan Hafis Abdul Rahman.Pemain yang harus diberi pujian ialah Nazri Kamal,walaupun beliau masih lagi demam namun mutu persembahan beliau teramat baik.Cadangan teman kepada jurulatih mengharapkan agar terus mengekalkan beliau di posisi sayap kanan.

    Cuma bagi teman rasa kurang pasti dengan sistem yang ingin diterapkan oleh jurulatih ketika mengeluarkan Saufi Sa'aidi dan memasukkan Razali Umar. Pada pandangan teman sewajarnya mengeluarkan Shahrizal Saad kerana jelas dari riak wajah beliau dimana beliau teramat letih dan mungkin ada mengalami sedikit kecederaan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. azzura

    tahniah pasukan perak berjaya mengikat perlis di gelanggang lawan,sabtu ini gandakan usaha kome untuk mendapat jaringan bagi menyingkirkan perlis dalam saingan piala fa ini kejor yob score

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.