TM Piala FA – Perak Vs T-Team (review)

TM Piala FA

Sabtu 20 Februari 2010
Stadium Perak
8:45PM

Pasukan Perak yang mencatatkan keputusan seri 1 – 1 ketika bertandang ke Kuala Terengganu menentang T-Team tempohari akan menanti kunjungan skuad kendalian Che Ku Marzuki pada perlawanan timbal balik kedua TM Piala FA 2010 di Stadium Perak, Ipoh.

Secara matematik skuad bimbingan Raja Azlan Shah ini hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir kerana jumlah jaringan di tempat lawan akan menjadi penentu berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh F.A.M.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi oleh wakil SDN mempunyai visi yang tersendiri dengan kehadiran semula 3 pemain yang digantung perlawanan sebelum ini kerana memungut 2 kad kuning iaitu ketua pasukan, K. Nanthakumar, Nazri Kamal dan Hafiz Abdul Rahman.

Razali Umar dan Saufi Sa’aid turut dijangka dapat beraksi pada perlawanan kali ini walaupun laluan mereka mungkin tidak semudah dahulu apabila seorang lagi penyerang, Fauzzi Kassim telah menunjukkan peningkatan yang baik sewaktu perlawanan timbal balik pertama.

“Dengan kembalinya 5 pemain tonggak tidak bermakna saya akan menggunakan khidmat mereka serta merta. Jika ada pemain gantian sebelum ini yang telah menunjukkan permainan yang menarik, sudah tentu saya akan mengekalkan mereka pada posisi tersebut”

“Kita memerlukan kemenangan mutlak bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya dan saya tidak mahu mengambil risiko dengan bertahan sepanjang 90 minit. Saya mahu para pemain fokus untuk mendapatkan gol awal dan mengawasi pergerakan pemain lawan sebaiknya”

“Masalah yang sering berlaku kepada pemain-pemain ialah hilang tumpuan sewaktu dalam tekanan atau ketika sedang mendahului. Ketika itulah mereka melakukan perkara-perkara yang tidak wajar dan hasilnya terciptalah gol-gol mudah untuk pasukan lawan” jelasnya.

“Saya tidak memandang rendah keupayaan pasukan T-Team yang dibarisi beberapa pemain senior berkaliber namun saya juga percaya dengan kemampuan barisan pemain-pemain Perak musim ini untuk melakarkan kejayaan di tempat sendiri” ujarnya mengakhiri perbualan.

Nota: Liputan semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.

Jadual perlawanan Piala FA – 20 Februari 2010

PKNS FC (0) vs (2) Selangor
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pos Malaysia (1) vs (1) Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Kuala Lumpur (0) vs (3) Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Negeri Sembilan (3) vs (2) PDRM
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Terengganu (2) vs (0) Sarawak
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

UiTM (0) vs (3) ATM
Stadium Mini UITM Arau, Perlis

Kelantan (0) vs (0) Kedah
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

Nota: Keputusan dalam kotak kurungan adalah untuk perlawanan timbal balik pertama.

Semua perlawanan dilangsungkan pada 8.45 malam

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs T-Team (review)

  1. zul_united

    Salam...
    Di atas kertas, sedikit kelebihan memihak kepada kita dengan faktor tuan rumah dan sedikit kelebihan gol di tempat lawan. Namun, harus diingat dalam perlawanan bola sepak keadaan yang cerah tidak semestinya akan cerah sehingga akhir dan begitu juga apabila mendung menyelubungi, tidak semestinya mendung juga pengakhirannya.

    Sedikit kealpaan sahaja sudah pasti akan membawa segenggam kesengsaraan. Ayuh,fokus pada perlawanan ini dengan matlamat untuk menang dan seterusnya berjaya dalam penyenaraian 8 pasukan terbaik Piala FA. Teman yakin kalian semua mampu untuk melakukannya.
    AYUH!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. miez3

    Salam semua...

    Teman ada menyaksikan perlawanan yang pertama tempohari di kaca T.V.... bagi teman pasukan Perak dalam perlawanan tersebut bermain dengan cukup baik berbanding apa yang teman saksikan sebelum ni di stadium... maaf saudara & saudari.... teman sebenornya masih mengikuti perkembangan pasukan dari jauh tapi tak le bermakna teman tak ambil tahu langsung pasal team kita ni...perlawanan yang lalu teman tengok T-Team tidaklah sehebat mana biarpun dibarisi oleh pemain senior yang ternama la jugak satu ketika dulu.

    nampak pemain Perak banyak menguasai perlawanan berbanding tuan rumah.Teman rasa pasukan Perak yang muda-muda ni boleh pegi jauh... jika dikekalkan "tuning" permainan seperti ditunjukkan insyaALLAH bak kata sahabat kita sebelum ni silap-silap Selangor pun kita boleh kejutkan.

    Ada yang berpendapat & mempersoalkan kenapa ada perbezaan corak permainan antara Liga Super & Piala FA...bagi teman tentu coach ada ramuan tersendiri...mungkin juga beliau ada target tertentu...tapi apapun yang berlaku ada hikmahnya....cuba renungkan...jika tidak diturunkan pemain-pemain tertentu dalam sesuatu saingan mungkin kelibat pemain-pemain yang berbakat tidak ternampak oleh beliau...nahh..sekarang kita sendiri dah ter"lihat"..pemain seperti Fauzi Kassim yang dulu mungkin tidak berapa didedahkan membuat sesuatu yg membuka mata banyak pihak...

    ok lah tu at least takdelah lagi kita hanya berharap pada Razali semata-mata...ada lagi nama-nama yang patut diberi pujian tapi cukuplah...perjalanan masih panjang...teruskan perjuangan...yang penting fokus & jangan hilang tumpuan...apa yang berlaku dalam kem Perak tak payah la difikirkan...teman pun dah naik muak dengan apa yang berlaku...

    Semoga Perak melangkah ke suku akhir Piala FA dengan bergaya Sabtu ni....
    Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ihsan

      Betul tu bro. .
      dan Perak juga nampaknya memiliki pemain gantian yang mantap disetiap posisi

      Goalie - Khairul Izwan - Megat Amir Faisal
      Defensive midfield - K. Nanthakumar - Arif fadzlie
      wing Kiri - Hafiz Rahman - Benedict martin
      Wing kanan - Nazri Kamal -> Isma Alif/Khalis Ibrahim
      Striker - Razali umar - Mohd Fauzi kassim

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. doyan

    Sepatutnya Raja Azlan sudah boleh menilai gandingan samada Saufi-Fauzzi Kassim, Saufi-Razali Umar atau Fauzzi Kassim-Razali Umar. Dibahagian lain bagi aku sudah lengkap apabila kembalinya Nanthakumar, Hafiz Abdul Rahman dan Nazri Kamal.

    semoga kemenangan tipis mahupun seri 0-0 dapat digapai...insyaallah

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam.....

    Teman berharap kesemua pemain yang bakal diturunkan sekali lagi dalam perlawanan kali ini akan mempamerkan satu corak permainan yang cukup bergaya demi meningkatkan motivasi penyokong untuk terus menyokong dan motivasi anda sendiri untuk terus meraih keputusan yang positif.

    Teman juga mengharapkan Fauzi Kassim dan Ariff Fadzlie dapat diturunkan kerana ketika perlawanan yang lepas mereka ini menunjukkan satu prestasi yang boleh dibanggakan.

    Teman juga mengharapkan pemain pemain dapat menguatkan mental masing masing apabila berhadapan dengan pengadil yang bakal mengadili perlawanan ini,takut takut pengadil akan membuat beberapa keputusan diluar jangkaan kita semua.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Salam..

    Saya cuma cuba ringkaskan bibit perjuangan untuk malam esok.

    "Kalau tak Dipecahkan Ruyung Manakan Dapat Sagunya?"

    "No Pain No Gain"

    "Tiap-Tiap Nikmat Seperti Kesenangan, KEMENANGAN dan Segala yang Indah-Indah tidak Datang Terus Ke Riba. Sebaliknya ia Datang Setelah Usaha IKHLAS Yang Berganda. Itulah Singkapan Dari Pepatah " USAHA TANGGA KEJAYAAN".

    Kome Rajin, IKHLAS, Hardworking, Brilliant, Excellent, Superb Malam Esok Kome Dapat Rasa NIKMAT Insya Allah. Buang semua NEGATIF! WELCOME Positive!! Seladang Yob! Bukan 'Selendang'! Come On, We Always With SELADANG!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ihsan

    Probably lineup

    5 Arif Ismail
    6 Syazwan Roslan
    8 Hafiszuan Sallehuddin
    9 Mohd Saufi Sa'aidi
    10 Mohd Nazri Kamal
    13 Wan Azwari Wan Noh
    14 Hafiz Abdul Rahman
    17 K. Nanthakumar (Ketua Pasukan)
    18 Mohd Fauzi Kassim
    19 Shafuan Adli Shaari
    22 Megat Amir Faisal Al-Khalidy Ibrahim

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      salam....

      moh ler...teman akan pakai baju SDN sok....jumpa di stadium...

      apa yang penting... KERJASAMA...
      apa yang penting... KERJASAMA...

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. khairol

    Salam..

    Daripada apa yang di saksikan pada siaran tertunda selasa lalu memperlihatkan Perak sebenarnya mampu menewaskan T Team. Terpulang kepada pemain merealisasikan kelebihan keputusan seri dengan satu jaringan di tempat lawan. Khabarnya haris safwan tidak di turunkan akibat penggantungan. Ia sedikit berita baik buat pasukan Perak sebenarnya.

    Semoga berjaya ke peringkat seterusnya dan berkebarangkalian berjumpa dengan terengganu di suku akhir.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Usah dengar khabar angin yob, merana badan nanti, hehehehe. Haris Safwan main malam ni, berita tentang penggantungan tu lebih pada permainan coach deme je.

      T-Team ketinggalan '1 gol' dengan Perak dah tentu ada je idea nak cipta perang saraf kepada kem Perak. Yang akhbar pun dok cerita pasal T-Team saje, pasal team Perak langsung takde liputan. Payah kalau dah reporter sukan pun minat sangat menyibuk dalam politik lebih dari sukan tu sendiri.

      Yang benarnya T-Team dah kena perang saraf dari kem Perak sebab masa di Kuala Terengganu kita tak turunkan Razali dan Saufi. Pening deme nak pikir sape pulak nak main hari ni. Rasanya Razali memang tak main lagi lawan kat Ipoh kali ni, Saufi pun tak main sebab tak sihat tapi maybe deme akan main last 20 atau 30 minit.

      Atau mungkin dedua pemain ni akan bermula sebagai first eleven, sape tau kan? Jangan pening pikir taktikal pasukan lain. Kita main cara kita, rentak kita, corak kita dan suka kita. Pastikan menang adalah jalan paling selamat untuk mara ke peringkat suku akhir nanti.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.