TM Piala FA - Perak Vs T-Team (result)
February 21st, 2010 by webmaster

Sabtu 20 Februari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Perak (1) 0 - 2 (1) T-Team
Skuad Perak menutup tirai perjuangan dalam saingan TM Piala FA 2010 malam tadi apabila tewas kepada pasukan kelab dari Terengganu, T-Team dengan jaringan 0 - 2. Secara keseluruhan pasukan T-Team layak ke peringkat suku akhir dengan aggregat 3 - 1.
Pasukan tuan rumah dikejutkan seawal minit ke 8 melalui jaringan Ismail Faruqi untuk pasukan pelawat mendahului. Permainan pada babak pertama agak seimbang untuk kedua-dua pasukan yang berbalas serangan namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.
Bermula pada babak kedua, pasukan Perak mulai mengasak hebat ke kubu pasukan pelawat dan kemasukkan Razali Umar pada minit ke 53 permainan menggantikan Saufi Sa’aidi sememangnya memberikan lebih impak kepada barisan serangan Perak.
Namun hampir 2 ribu penyokong Perak dikejutkan dengan jaringan kedua pasukan T-Team pada minit ke 72 melalui Shahrul Ezrain yang berpunca dari keadaan kelam kabut di kawasan penalti Perak untuk lawan selesa mendahului 2 gol tanpa balas.
Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN meluahkan rasa kecewa dengan keputusan malam ini. “Kita mendapat beberapa deretan peluang yang sepatutnya menjadi gol tetapi gagal disudahkan oleh barisan penyerang kita” jelasnya.
“Dalam pada masa yang sama, pasukan lawan pula berjaya memanafaatkan sedikit ruang yang terhidang dan inilah yang menjadi faktor penentu, ditambah pula dengan segelintir pemain yang tidak beraksi pada tahap sebenar mereka pada perlawanan tadi”
“Saya mengharapkan barisan hari ini mampu beraksi lebih baik dari perlawanan ketika di Kuala Terengganu tempohari memandangkan kehadiran semula beberapa tonggak utama, namun ternyata nasib tidak menyebelahi kita” ujarnya ketika mengakhiri perbualan.
Kesebelasan Utama:
Megat Amir (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan
K. Nanthakumar (K)
Shafuan Adli
Nazri Kamal
Hafiz Rahman
Fauzzi Kassim - 2
Saufi Sa’aidi - 1
Pertukaran:
Razali Umar - 1
Azmeer Yusuf - 2
Keputusan perlawanan Piala FA - 20 Februari 2010
PKNS FC (0) 1 - 0 (2) Selangor
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Pos Malaysia (1) 2 - 1 (1) Felda United FC
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Kuala Lumpur (0) 1 - 1 (3) Plus FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Negeri Sembilan (3) 5 - 0 (2) PDRM
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Terengganu (2) 2 - 1 (0) Sarawak
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
UiTM (0) 0 - 3 (3) ATM
Stadium Mini UITM Arau, Perlis
Kelantan (0) 1 - 1 (0) Kedah
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu
Nota: Pasukan (bewarna biru) layak ke pusingan suku akhir
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala FA - T-Team Vs Perak (result)
- TM Piala FA - Perlis Vs Perak (result)
- TM Piala FA - T-Team Vs Perak (review)
- TM Piala FA - Perak Vs T-Team (review)
- TM Piala FA - Perak Vs Perlis (result)
9 Responses to “TM Piala FA - Perak Vs T-Team (result)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

assalamualaikum…
Komen teman ringkas dan padat
1) pasukan mempamerkan corak permainan yang hambar
2) jurulatih tiada idea untuk menentukan keputusan yang positif
3) jurulatih gagal melakukan strategi yang berlainan setiap kali melibatkan pasukan yang sama,pihak lawan sebenarnya sudah tahu strategi pasukan kerana tiada perubahan
4) Pengadil perlawanan bersifatkan maruah diri yang amat rendah
5) yang pasti penyokong yang hadir amat kecewa disebabkan taktikal yang diterapkan jurulatih tidak mempunyai kesan yang baik terhadap pasukan
cuba lagi la tahun depan
Assalamualaikaum dan Sejahtera semua.
Menyedihkan tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh penyokong-penyokong Perak. Semenjak pertama kali menonton perlawanan pasukan Perak bagi musim 2010, boleh dikatakan hampir setiap kali beraksi, permainan hambar yang disajikan oleh pasukan Perak. Tidak keterlaluan jika teman mengatakan bahawa pasukan Perak kelihatan seakan-akan bermain tanpa strategi yang berkesan serta rentak permainan yang cukup mengecewakan. Satu je yang teman nampak, rentak pasukan Perak hanyalah mengharapkan nasib semata-mata selain mengharapkan kelebihan kepada seseorang pemain sahaja.
Apa yang teman ingin tekankan di sini, jurulatih perlulah lebih kreatif dalam merencanakan rentak dan strategi permainan serta berusaha mencungkil keupayaan pemain-pemain agar lebih bijak di atas padang. Kita telah mengharungi beberapa permainan (7 liga super— kalau tak silap dan 4 untuk piala FA) namun rentak hambar terus dipamerkan oleh pemain-pemain Perak hampir bagi setiap permainan musim ini. Hendak dikatakan pasukan kita masih muda, tahun lepas juga status pasukan kita lebih muda, namun masih mampu memberikan saingan yang agak membanggakan, namun di musim ini pasukan Perak masih gagal menyerlah khususnya dari segi taktikal dan rentak permainan.
Berkenaan perlawanan semalam jelas permainan yang hambar serta pengadil yang kurang cerdik membantu kepada tamatnya riwayat perjuangan sang seladang dalam saingan musim ini. Tak mengapalah yang lepas biarkanlah berlalu, diharapkan pasukan Perak akan bangkit berjuang dengan cemerlang selepas ini. Sekian.
P/s: Komen ni adalah berdasarkan pandangan teman semata-mata tidak bertujuan menjatuhkan sesiapa dan cuma mengaharapkan pasukan Perak akan tersedar untuk memperbaiki kelemahan dalam pasukan. Wasalam.
Secara statistik nya , aksi perak di luar lebih menonjol dan kurang kalah..
Nampaknya imej kita selaku pasukan yang pernah mempertahankan rekod tanpa kalah di gelanggang lawan hanya tinggal kenangan…
semoga coach mencari alternatif menyelesaikan masalah yang berlaku…
Jangan mudah putus asa…Perak will back with the busniness!!!
Tiada apa yang perlu di katakan lagi. Perak The Best. Tapi tak ada Luck. Jika Perak betul-betul kuat, sehebat mana pun cabaran kita akan berjaya. Tapi mentaliti dan moral pasukan perlukan ‘pembersihan’ luaran dan dalaman.
Usaha perlu ditingkatkan lagi terutama semasa latihan. Practice make you Perfect!.
Salam ,
tahun 2010 pertama kali menonton permainan Perak live di stadium, amat mengecewakan bagi teman, permainan yang hambar dan mengecewakan tambahan pula teman datang dari jauh mengharapkan kejayaan pasukan Perak, semoga jurulatih dan pemain menyedari kelemahan dan perbaiki corak permainan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang. Bangun yop bangun
salam….
Teman mungkin agak kecewa dengan mutu permainan yang dipamerkan pada kali ini,namun setelah teman menilai semula ini semua berpunca dari mutu pengadilan yang terlalu lemah sehingga mampu membuatkan sesebuah pasukan tidak berjaya untuk mengawal emosi lantas mutu permainan yang menjadi mangsa.
oleh itu diharapkan jurulatih yang bertanggungjawab dapat memikirkan bagaimana caranya untuk melatih pemain dan memberikan satu motivasi kepada pemain agar mentaliti mereka akan lebih kuat.
apa apapun janganlah kita terus mengenangkan segala perkara atau kenangan pahit dimasa yang lepas.mari kita tumpukan sepenuh perhatian dimasa hadapan agar perkara yang sama tidak berulang lagi.
Salam
Apa-apa pun kita cuba lagi pada musim akan datang. Semoga setiap pemain ambil iktibar dan kosong minda anda buat sementara waktu, lupakan kekalahan lalu dalam Piala F.A.
Kini, tumpukan pada perlawanan Liga Super akan datang dan seterusnya Piala Malaysia. Semoga kita akan bangkit dan doa teman semoga kita akan berjaya!
Jangan mudah putus asa dan tingkatkan semangat juang serta mentaliti yang kuat, abaikan mutu pengadilan yang kurang bijak sekiranya terjadi lagi, seterusnya memberikan tumpuan sepenuh tenaga pada setiap perlawanan tanpa ada sebarang gangguan untuk mencatatkan kejayaan pasukan.
Apa yang penting?? Ingat ini.. KERJASAMA!
Apa yang penting?? Ingat ini.. KERJASAMA!