TM Piala FA - Perak Vs Perlis (review)
February 4th, 2010 by YB

Sabtu 6 Februari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM
Selepas berjaya mengikat pasukan Perlis tanpa sebarang jaringan di Kangar selasa lalu, kini giliran pasukan Perak pula menyambut kedatangan skuad Singa Utara tersebut untuk perlawanan timbal balik kedua TM Piala FA musim 2010 di Stadium Perak sabtu ini.
Namun pertemuan kali ketiga untuk tahun ini mungkin berbeza berbanding ketika Perak tewas kepada pasukan yang sama sewaktu kempen Liga Super yang lalu dan ketika mencatatkan keputusan seri di Kangar bagi saingan Piala FA baru-baru ini.
Perbezaan yang paling nyata ialah Perak mungkin bakal kehilangan khidmat penjaga gol utama buat masa ini iaitu Khairul Izwan yang mengalami kecederaan yang agak serius sewaktu perlawanan menentang Perlis tempohari selepas berlaga dengan pemain lawan.
Penyerang harapan iaitu Razali Umar juga tidak cukup cergas sepenuhnya kerana masalah kecederaan lutut yang berulang membataskan pergerakan beliau bersama seorang lagi penyerang Saufi Sa’aidi yang turut bergelut dengan faktor kecergasan dalam permainan.
Walaupun keadaan pasukan masih dalam situasi yang tidak begitu stabil akibat banyak masalah yang timbul kepada pemain-pemain Perak, jurulatih Raja Azlan Shah tetap optimis tentang peluang untuk skuad seladang melangkahkan kaki ke peringkat seterusnya.
“Kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang sama tetapi saya mempunyai keyakinan yang tinggi pasukan kita bakal melangkah ke peringkat seterusnya jika pemain mampu untuk mengekalkan prestasi baik sewaktu menentang lawan di Kangar tempohari” ujar beliau.
“Kita menguasai sebahagian besar permainan sewaktu di Kangar dan beberapa peluang terbaik gagal disudahkan oleh jentera serangan Perak untuk menghasilkan gol. Jika perkara seumpama ini mampu diperbaiki kelak tidak mustahil kita akan berjaya”
Nota: Liputan semasa akan disiarkan oleh krew yang bertugas.
Jadual perlawanan Piala FA - 6 Februari 2010
PKNS FC (2) vs (0) SDM Kepala Batas
Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Felda United FC (1) vs (1) Pahang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras
Pos Malaysia FC (0) vs (1) Majlis Perbandaran Muar
Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Harimau Muda (2) vs (1) Plus FC
Stadium Hang Jebat, Melaka
Johor (1) vs (3) Kuala Lumpur
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin
Kelab Melodi Jaya (1) vs (5) PDRM
Stadium Jcorp, Pasir Gudang
Negeri Sembilan (2) vs (2) Johor FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Shahzan Muda (0) vs (1) T-Team
Stadium Darul Makmur, Kuantan
Sarawak (1) vs (2) Pulau Pinang
Stadium Sarawak, Kuching
Terengganu (4) vs (1) USM FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Melaka (0) vs (3) ATM
Stadium Hang Tuah, Melaka
Kedah (2) vs (0) Sabah
Stadium Darul Aman, Alor Setar
Semua perlawanan dilangsungkan pada 8.45 malam kecuali di Stadium Sarawak pada 8.15 malam dan di Stadium Hang Tuah serta Stadium Jcorp, Pasir Gudang pada 4.45 petang.
![]()
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- TM Piala FA - Perlis Vs Perak (result)
- TM Piala FA - Perak Vs Perlis (result)
- TM Piala FA - Perlis Vs Perak (review)
- TM Piala FA - T-Team Vs Perak (review)
- TM Piala FA - Perak Vs T-Team (review)
5 Responses to “TM Piala FA - Perak Vs Perlis (review)”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



Salam..
Pengkhabaran yang kurang menyenangkan awal mula pertama mula sebelum sepak mula. Tapi apabila Coach sendiri menyuarakan rasa yakin, saya turut rasa lega dan berkeyakinan jika permainan yang baik dipamerkan, kita akan menang.
Perlis telah suarakan kebimbangan mereka untuk turun Sabtu nanti. Oleh yang demikian, kentalkan hati, kuatkan azam dan paling penting sekali FOKUS yang 100% jangan merewang. Laksanakan amanah sebaiknya. ‘Espirit De’ Corp’ semangat bekerja berpasukan mesti tinggi!! Itulah wira sejati..
Salam…
Semoga keyakinan dan semangat yang tinggi disemat dalam diri setiap pemain pada perlawanan timbal balik Piala FA…
Jangan mudah putus asa dan berikan tumpuan pada perlawanan itu kelak… Bergerak dalam satu pasukan, insyaAllah kita pasti akan berjaya…
Semoga berjaya ke peringkat seterusnya…
Ingat kalimah keramat ini…
Apa yang penting… KERJASAMA…
Apa yang penting… KERJASAMA…
semoga berjaya pasukan kesayangan ku….
selamat maju jaya, PERAK…tetap di hatiku…
salam….
seandainya pasukan Perak mempamerkan persembahan seperti ketika di Kangar, tidak mustahil pasukan Perak mampu membenam kemaraan skuad singa utara ini. Cuma harapan teman kepada penyokong diluar sana ayuh kita semarakkan semangat kepada mereka, agar mereka terus sentiasa berada di tahap yang amat diperlukan