TM Piala FA – Perak Vs Perlis (result)

TM Piala FA

Sabtu 6 Februari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 2 – 1 Perlis

Perak berjaya melangkahkan kaki ke pusingan kedua TM Piala FA 2010 apabila menewaskan pasukan Perlis dengan keputusan 2 – 1 pada perlawanan timbal balik kedua di gelanggang sendiri yang dicemari beberapa insiden pergaduhan dan layangan kad merah.

Tuan rumah memulakan permainan separuh masa pertama tanpa penjaga gol Khairul Izwan yang tercedera dan tempatnya digantikan oleh Megat Amir. Keadaan padang agak becak kerana hujan lebat turun pada sebelah petangnya di sekitar Ipoh.

Penonton dianggarkan sekitar 2000 orang dan gol pertama Perak hadir pada minit ke 6 melalui Saufi Sa’aidi yang bijak memperdayakan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias yang melakukan kesilapan sewaktu cuba menendang bola di luar kotak penalti pasukan Perlis.

Selepas gol tersebut Perak semakin meningkatkan serangan dan hasilnya pada minit ke 25, Saufi Sa’aidi sekali lagi menyumbangkan gol kedua hasil sepakan percuma dari jarak 30 meter sambil Farizal Marlias sekadar melihat bola tersebut masuk.

Saufi Saaidi | Piala FA 2010

Saufi Sa’aidi diberikan hadiah sebagai pemain terbaik perlawanan.

Minit ke 61 pemain Perlis, Azmizi Azmi dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua dan seminit kemudian Hafiz Abdul Rahman pula menerima kad kuning kedua dan seterusnya dilayangkan kad merah kerana mengganggu sepakan percuma Perlis.

Setelah kedua-dua pasukan bermain 10 orang, keadaan menjadi tegang apabila pemain kedua-dua pasukan sering dilihat berbalas-balas terjahan dan pengadil melayangkan lebih dari 10 keping kad kuning secara keseluruhan sambil pemain Perak menerima 7 kad kuning.

Pasukan Perlis akhirnya berjaya merapatkan jurang gol pada minit ke 73 melalui Nor Hazrul Mustafa yang membuat rembatan dari jarak 35 meter dan mengelirukan penjaga gol Perak, Megat Amir Faisal untuk menjadikan kedudukan 2 – 1.

Ketika masa sebenar permainan telah pun tamat ketua pasukan Perak, K. Nanthakumar dan Mazlizam Mohamad turut dilayangkan kad merah kerana bergaduh disebabkan rasa tidak puas hati selepas Nazri Kamal diterjah keras dari belakang oleh Amar Rohidan.

Seperkara yang menjadi persoalan ialah mutu pengadilan buruk dari pengadil sewaktu mengadili perlawanan membabitkan pasukan Perak di Ipoh. Terlalu banyak keputusan pengadil yang mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kemarahan penonton.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan
Nazri Kamal
Shafuan Adli
K. Nanthakumar (K)
Hafiz Rahman
Razali Umar
Saufi Sa’aidi – 1

Pertukaran:

Shahrizal Saad – 1

Keputusan perlawanan Piala FA – 6 Februari 2010

PKNS FC (2) 1 vs 0 (0) SDM Kepala Batas
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Felda United FC (1) 3 vs 2 (1) Pahang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Pos Malaysia FC (0) 5 vs 1 (1) Majlis Perbandaran Muar
Stadium Majlis Perbandaran Selayang

Harimau Muda (2) 1 vs 3 (1) Plus FC
Stadium Hang Jebat, Melaka

Johor (1) 0 vs 0 (3) Kuala Lumpur
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin

Kelab Melodi Jaya (1) 1 vs 1 (5) PDRM
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan (2) 5 vs 3 (2) Johor FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Shahzan Muda (0) 0 vs 3 (1) T-Team
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Sarawak (1) 1 vs 0 (2) Pulau Pinang
Stadium Sarawak, Kuching

Terengganu (4) 3 vs 0 (1) USM FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Melaka (0) 1 vs 3 (3) ATM
Stadium Hang Tuah, Melaka

Kedah (2) 1 vs 0 (0) Sabah
Stadium Darul Aman, Alor Setar

(Pasukan berwarna merah layak ke pusingan kedua)

Semua perlawanan dilangsungkan pada 8.45 malam kecuali di Stadium Sarawak pada 8.15 malam dan di Stadium Hang Tuah serta Stadium Jcorp, Pasir Gudang pada 4.45 petang.

Likes(0)Dislikes(0)

18 thoughts on “TM Piala FA – Perak Vs Perlis (result)

  1. paeh93

    assalamualaikum..
    salam ukhwah..

    ape-ape pun tahniah kepada pasukan Seladang kerana layak ke pusingan seterusnya walaupun dalam keadaan kontroversi. Tahniah kepada Saufi kerana dapat menjaringkan gol. Harap dapat teruskan kecemerlangan ini. Jangan hanya mengharapkan Razali sahaja.

    Teman berharap FAM memandang serius tentang kredibiliti pengadil. Teman melihat tiada langsung pengadil di negara ini yang betul-betul berwibawa.

    teruskan rentak kemenangan

    kejor yob kejor !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. fadly

    assalamualaikum

    wow,wow,wow.. banyak betul referee sedekah kad pade perlawanan malam ini.. 4 layangan kad merah.. dan juga pemain Perak banyak mengutip kad kuning..mutu pegadilan memang tak best betul.. kad2 kuning yang dikutip tu akan dibawa sepanjang piala fa ini..akan menghadapi sedikit masalah pada next game Perak bertemu T-Team..kerana jika player yang sudah ada kad kuning itu,dikenakan kad kuning pada next game,akan digantung perlawanan pada timbal ke 2 perlawanan menentang T-Team.

    tahniah pada pasukan Perak dengan kemenangan malam ini..teruskan menang,menang dan menang lagi..teruskan usaha.bermain sepenuh hati..jangan mengulangi seperti bermain dengan Johor FC (dibawah paras sebenar). kami nak game yang FIGHT!!!

    kejo yob kejo,skor yob skor
    word life
    salam

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan

    Kemenangan pada malam ini amat bermakna tatkala kita amat memerlukan kemenangan untuk terus berada didalam saingan piala FA.

    Tahniah pada semua yang terlibat terutama pemain-pemain kerana menunjukkan komitmen yang amat ditagih oleh semua penyokong bola sepak Perak.

    Perlawanan malam ini sebenar amat menarik, tetapi kesoronokan perlawanan ini dicacatkan dengan mutu pengadilan bolasepak tempatan yang tiada kesudahannya. Pabila difikirkan, apa guna Skuad muda negara ke rantau orang sedangkan mutu pengadilan tetap bertaraf kampung?

    apapun.. terima kasih pada semua yang terus memberi sokongan kepada pasukan Perak yang tiada duanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam..

    Diberitakan Perak beraksi cemerlang semalam. Tahniah. Teruskan kecemerlangan ini dalam saingan Liga Super nanti. Ternyata kita terlalu hebat jika dibandingkan dengan Perlis semalam. Mujur lagi sebab Razali Umar berada pada bukan tahap beliau yang sebenar kerana dirundung kecederaan. Jika tidak kita bakal menyaksikan pesta gol semalam mungkin.

    Isu mutu pengadilan bukan lah baru di Malaysia. Terutama jika kita bermain di laman sendiri. Perlawanan yang lalu di Ipoh juga begitu. Adakah pengadil patut dipersalahkan? Atau pemain yang mengada-ada tunjuk 'hero' depan pengadil? Pengadil pertama sekali mestilah adil dan saksama dan jangan bertindak seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi. Bagi orang-orang yang tidak menonton perlawanan berkenaan hanya memikirkan satu perkara, samada pengadil cetek ilmu atau pemain yang 'cari pasal'?

    Whatever pun, Well Done! Kita berjaya tumbangkan Singa Utara semalam!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. phatly

    Tahniah buat pasukan Perak..Teruskan rentak ini dengan cemerlang lagi.Diminta buat pemain Perak agar berhati-hati untuk tidak dikenakan Kad lagi bila beraksi bertemu lawan yang lain pula.Skor Yop Skor..Teruskan kecemerlangan anda,tutup mulut pengkritik yang tidak mahu pasukan Perak kehadapan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. iJaT.aZiZe

    Salam.

    Tahniah buat skuad Seladang yang berjaya melakar kejayaan dalam game malam tadi. Diharap, usaha keras dalam mencipta kejayaan seperti ini diteruskan pada game-game yang akan datang.

    Liku-liku perjalanan masih lagi jauh. Teruskan perjuangan. Perak pasti boleh!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. sdarerepasi

    salam.......
    tahniah pasukan perak kerana kejayaan layak ke pusingan seterusnya...
    kepada penyokong,,teruslah memberikan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kita nie...jangan bila menang je baru nak sokong......

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. doyan

    harus diingat...

    1) Pengadil yang kontroversi selalu diangkat menjadi pengadil yang terbaik.
    2) Pengadil-pengadil boleh buat perangey macam Sir Alex Feguson pernah kena kerana suatu masa dulu pengadil-pengadil di malaysia pernah tak sebulu dengan Perak dek kerana ketegangan keadaan masa itu menyebabkan keadaan seperti ini berlaku.
    3)Tindakan pengadil selalunya tiada dapat apa-apa kelebihan kepada kita samada kad merah ditarik balik atau perkara lain tapi kalau pengadil tuh kena gantung memang ada jadi kes seperti PENGADIL BERAT SEBELAH ini hanya menjadi buah mulut kita aje tanda tidak puas hati kerana sapa yang boleh membela pemain-pemain yang teraniaya.

    Pernah terjadi suatu ketika dahulu Sabah vs Perak...pasukan Sabah bengang dengan pengadil,mereka nakkan pengadil luar dari semenanjung,jadi pengadil dari Singapura yang hadir dan hasilnya...perlawanan itu menjadi menarik.

    akhir sekali...tahniah kepada pasukan kita kerana berjaya menang akhirnya.Pasukan Perak muda nih sebenarnya memang boleh menggegar liga di Malaysia nih cuma kurang semangat melawan tapi bila dah dapat macam semalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. dody

    Syukur alhamdulillah...Kemenangan yang amat bermakna walaupon perlawanan dipenuhi dengan kontroversi pengadil yang tak berapa reti nak jadi seorang yang adil..apa2 pun Tahniah Yob!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. sunrise

    salam....

    Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih pasukan Perak kerana berjaya membawa pasukan Perak ke pusingan yang seterusnya.

    Namun begitu di atas segala kecacatan yang telah dilakukan oleh pihak pengadilan, mengharapkan pihak pengurusan PAFA menghantar dengan segera surat bantahan secara rasmi kepada pihak yang berwajib, agar pengadil yang bertugas akan diberi tindakan sewajarnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Betul Sunrise Teman setuju.

      Isu pengadil yang kurang menunjukkan sikap profasional bukan isu baru. Kalau tak silap sejak awal musim lagi Perak menerima 'tamparan' sebegini. Kita akui, pengadil juga manusia tapi penonton siapa? Jembalang? Manusia juga kan?

      Jadi, penonton juga boleh menilai mana yang betul mana yang tidak. Pihak PAFA harus bertindak mulai dari sekarang agar kita tidak lagi menjadi mangsa kedaifan pengadil. PAFA perlu melaporkan segera mengikut lunas-lunas yang termaktub dalam undang-undang FAM/FIFA.

      Jika kita asyik menempelak mutu pengadilan 'dari luar' begini insya Allah perkara yang sama akan berulang dalam perlawanan akan datang, percayalah.

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. azzura

    salam...

    tahniah kepada pasukan Perak yang berjaya menyingkir Perlis dalam saingan piala fa walaupun di cemari layangan kad merah dan kuning. Kemenangan di tempat sendiri ini amat bermakna bagi menarik penyokong kembali ke stadium.

    Gunakan sebaik mungkin tenaga pemain2 yang ade bagi menghadapi T-Team nanti.
    kejor yob skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. wan

    mutu pengadilan sangat teruk...pihak PAFA harus bertindak segera. Player Perak main cantik tapi coz referee permainan menjadi hambar....

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. abgmie

    salam warga SDN...
    tahniah buat team kerana menang...tapi fikir fikirkanlah...perjalanan masih jauh...teman doakan team bermainlah bersunggguh sungguh...jangan tunggu bila stadium dah kosong baru nak main betul-betul...kejayaan takkan datang dengan pujian...kegemilangan pasti ada jika kita ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab...so tepuk dada tanya akal...insyalah Perak The Best 2010.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam,

      Kepada abgmie,komen komen yang mike bagi nie seolah olah mike tak tau langsung masalah yang melanda pasukan setiap kali perlawanan berlangsung.

      Untuk pengetahuan mike pemain pemain telah pun berjaya membuktikan mereka ini bagus dan mewajibkan semua penyokong dan peminat hadir untuk menyaksikan perlawanan mereka. Cuma masalah yang paling meruncing sekarang ada pihak yang cuba menjatuhkan pasukan demi kepentingan diri sendiri dengan menggunakan pengadil untuk membantu mereka mereka ini.

      Likes(0)Dislikes(0)
  14. belanak

    salam..

    tahniah...teruskan kecemerlangan pada perlawanan akan datang...kerjasama antara satu sama lain amat penting...

    semoga kita berjaya dan berjuanglah hingga ke saat akhir wisel penamat! (pada setiap perlawanan)

    apa yang penting... KERJASAMA!
    apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.