TM Piala FA 2010 – Kedudukan Carta Pusingan Kedua

TM Piala FA

TM Piala FA musim 2010 telah bermula pada 2 Februari yang lalu dengan penyertaan 30 pasukan termasuk juara bertahan musim lalu Selangor dan naib juara, Kelantan yang menunggu di pusingan kedua setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama.

Belum pun perlawanan bermula, satu lagi pasukan mara ke pusingan kedua secara automatik iaitu Kelab Bolasepak UiTM dari Pahang setelah pasukan K.S.B.J Ban Hoe Leong dari Selangor disingkirkan atas faktor teknikal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (F.A.M).

Hanya 16 pasukan berentap pada pusingan kedua ini untuk merebut 8 lagi slot ke pusingan suku akhir yang bakal dilangsungkan pada 9 dan 20 Mac 2010 nanti.

TM Piala FA | Pusingan Kedua

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “TM Piala FA 2010 – Kedudukan Carta Pusingan Kedua

  1. sunrise

    salam...

    Kalau kita lihat cabaran yang dihadapi oleh pasukan Perak dalam saingan piala F.A. kali ini memang teramat mencabar berbanding beberapa pasukan elit yang lain.

    Seandainya pasukan Perak layak ke saingan suku akhir,separuh akhir ataupun perlawanan akhir,ianya memberi satu perkhabaran kepada pasukan lawan agar berhati hati untuk bertemu dengan pasukan Perak kerana tahun ini pasukan Perak bukanlah pasukan belasahan malah pasukan Perak adalah pencabar yang paling kuat.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.