Selasa 16 Februari 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM
Kempen TM Piala FA 2010 memasuki pusingan kedua dengan sejumlah 8 lagi perlawanan dilangsungkan malam esok antara lain melibatkan pasukan Perak yang bertandang ke Kuala Terengganu menentang pasukan T-Team pada perlawanan timbal balik pertama.
Perak pada perlawanan sebelum ini berjaya menewaskan Perlis dengan keputusan 2 - 1 di Stadium Perak setelah mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan di Kangar manakala pasukan T-Team menang 4 - 0 secara aggregat ke atas Shahzan Muda dari Pahang.
Kemenangan bertemu Perlis tempohari tidak seindah yang disangka apabila skuad seladang kehilangan 3 orang pemain kerana memungut kad kuning kedua dan 4 orang lagi pemain turut tidak dapat dibawa ke Kuala Terengganu kerana pelbagai masalah.
3 pemain yang digantung perlawanan ialah ketua pasukan, K. Nanthakumar, Nazri Kamal dan… Continue reading
Selamat Menyambut Gong Xi Fa Chai dari pengurusan dan warga kerja SDN kepada semua pengunjung dan terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada halaman web ini.
Pasangan ketiga yang akan melangsungkan perkahwinan beliau pada hari Isnin, 15 Februari 2010 ialah saudara Azaha dan pasangannya Shima. Mula dikenali sewaktu bersama-sama menghadiri perlawanan yang membabitkan pasukan Perak di sekitar Lembah Klang.
Beliau juga antara ahli yang tidak ketinggalan mengikuti aktiviti Futsal SDN KV jika ada kelapangan. Pengurusan SDN serta krew yang lain ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua pengantin semoga jodoh kalian berkekalan hendaknya.
Kepada yang berkesempatan bolehlah berkunjung ke lokasi pengantin di bawah.
Menjelang perlawanan menentang T-Team untuk saingan Piala FA di Kuala Terengganu 16 Februari nanti, satu perlawanan persahabatan telah diatur antara pasukan Perak menentang Sime Darby di stadium Perak petang ini. Penonton dijemput hadir menyaksikan perlawanan.