feed rss2

Archive for February, 2010

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Kejohanan Bolasepak Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah masuk peringkat suku akhir dengan menemukan 8 pasukan terbaik setakat ini. 2 perlawanan akan diadakan pada Sabtu 20 Februari manakala baki 2 perlawanan lagi pada hari Ahad 21 Februari 2010.

20 Februari 2010

Kuala Kangsar ‘A’ vs Ipoh ‘A’
Stadium Mini Kuala Kangsar

Perak Indian vs Ipoh ‘C’
Padang Ipoh ‘A’

21 Februari 2010

Perak Malay vs Hilir Perak
Padang Renjer Ipoh

Ipoh ‘B’ vs Kuala Kangsar ‘B’
Padang PCRC

Semua perlawanan dilangsungkan pada pukul 4.00 petang… Continue reading

TM Piala FA

Sabtu 20 Februari 2010
Stadium Perak
8:45PM

Pasukan Perak yang mencatatkan keputusan seri 1 - 1 ketika bertandang ke Kuala Terengganu menentang T-Team tempohari akan menanti kunjungan skuad kendalian Che Ku Marzuki pada perlawanan timbal balik kedua TM Piala FA 2010 di Stadium Perak, Ipoh.

Secara matematik skuad bimbingan Raja Azlan Shah ini hanya memerlukan keputusan seri tanpa jaringan untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir kerana jumlah jaringan di tempat lawan akan menjadi penentu berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh F.A.M.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi oleh wakil SDN mempunyai visi yang tersendiri dengan kehadiran semula 3 pemain yang digantung perlawanan sebelum ini kerana memungut 2 kad kuning iaitu ketua pasukan, K. Nanthakumar, Nazri Kamal dan Hafiz Abdul Rahman.

Razali Umar dan Saufi Sa’aid turut dijangka dapat beraksi pada perlawanan kali… Continue reading

TM Piala FA

TM Piala FA musim 2010 telah bermula pada 2 Februari yang lalu dengan penyertaan 30 pasukan termasuk juara bertahan musim lalu Selangor dan naib juara, Kelantan yang menunggu di pusingan kedua setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama.

Belum pun perlawanan bermula, satu lagi pasukan mara ke pusingan kedua secara automatik iaitu Kelab Bolasepak UiTM dari Pahang setelah pasukan K.S.B.J Ban Hoe Leong dari Selangor disingkirkan atas faktor teknikal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (F.A.M).

Hanya 16 pasukan berentap pada pusingan kedua ini untuk merebut 8 lagi slot ke pusingan suku akhir yang bakal dilangsungkan pada 9 dan 20 Mac 2010 nanti.

TM Piala FA | Pusingan Kedua

TM Piala FA

Selasa 16 Februari 2010
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
8:45PM

T-Team 1 - 1 Perak

Pasukan Perak berjaya mengikat tuan rumah T-Team dengan keputusan 1 - 1 pada perlawanan timbal balik pertama pusingan kedua TM Piala FA 2010 malam tadi. Perak memulakan permainan dengan berhati-hati dan sedikit perlahan.

Skuad seladang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 73 melalui pemain gantian, Azmeer Yusuf yang mudah menolak masuk bola muntah hasil sepakan percuma dari Shafuan Adli yang gagal ditangkap kemas oleh Syamsuri Mustafa.

Namun kegembiraan pemain Perak tidak kekal lama apabila penyerang T-Team, Haris Safwan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 79 hasil hantaran Azrul Hazran berpunca dari barisan pertahanan Perak yang agak longgar.

Selepas gol tersebut keadaan permainan menjadi lebih rancak dan pasukan tuan rumah lebih kerap membuat serangan ke… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]