Gunting Siapa Dalam Lipatan?

Pengirim: Ahmad Bistaman via Email
Tarikh Email: 11 Februari 2010 12:42 AM

Beberapa perlawanan pasukan Perak telah pun berlangsung di Stadium Perak di mana keputusan perlawanan telah pun diketahui. Sebagai peminat dan penyokong bolasepak Perak, menonton sesuatu perlawanan di kedudukan ‘bertentangan’ dengan grandstand bersama-sama dengan penyokong fanatik Perak adalah sesuatu yang menyeronokkan.

Bukan sahaja kita dapat mendengar jeritan, cemuhan, sorakan, tepukan, rintihan dari peminat semua tetapi ada perkara-perkara lain yang boleh diperolehi kalau kita rajin memasang telinga. Mungkin ramai yang tidak akan mempercayainya, tetapi marilah kita kongsi bersama ‘perkara-perkara’ yang telah menjadi topik perbualan ini.

Pertama sekali, tentulah tentang kemelut politik di negeri Perak di mana sedikit sebanyak ada kaitannya dengan pengurusan PAFA. Ada yang mengandaikan sekiranya Datuk Seri Nizar menang, begini akan jadinya kepada pasukan Perak dan PAFA, manakala sekiranya beliau kalah, begitulah pula nasib yang akan menimpa pasukan Perak dan PAFA.

Yang menarik setelah didengar dan untuk difikirkan bersama di sini ialah, belum pun keputusan mahkamah diumumkan tempohari sudah terdapat tiga kumpulan yang menaruh impian untuk menerajui kepimpinan PAFA. Mereka terdiri dari kumpulan bekas Timbalan Presiden, bekas Naib Presiden, dan kumpulan Pegawai Sukan Nombor 1 di Perak.

Ketiga-tiga mereka ini mempunyai ‘orang-orang’ mereka di dalam Ahli Majlis PAFA dan secara senyap-senyap telah pun mula memainkan peranan masing-masing dengan penuh keyakinan bahawa Datuk Seri Nizar akan kalah. Seandainya keputusan mahkamah menyebelahi Datuk Seri Nizar, ketiga-tiga ini dikatakan akan berkompromi dan bergabung untuk menjatuhkan Datuk Seri Nizar selaku Presiden PAFA dengan apa jua cara sekalipun.

Apapun, dalam perbualan tiga sahabat tadi, salah seorang daripadanya ada mengatakan bahawa mana-mana pihak yang mengambil alih kepimpinan PAFA dari Datuk Seri Nizar, sudah pasti ianya akan ‘hancur’ seperti mana di era sebelum ini kerana ketiga-tiga tokoh tadi adalah pemimpin politik yang mempunyai tujuan dan agenda yang tersembunyi serta tidak ikhlas untuk memertabatkan sukan bolasepak di negeri Perak.

Apa tidaknya, sudah tentu dana akan dicari untuk mengisi tabung kewangan PAFA yang kononnya ‘kosong’ di bawah kepimpinan Datuk Seri Nizar ketika ini. Mereka sebenarnya hanya mahu mengisi ‘kantung’ masing-masing dengan menggunakan PAFA sebagai ‘platform kewangan’ dan mengukuhkan kedudukan politik masing-masing.

Menurut cerita si ‘B’ pula, satu Malaysia sudah pun mengetahui bahawa dalam PAFA, terdapat dua ‘kem’ iaitu satu menyokong dan satu lagi menentang Datuk Seri Nizar. Puak yang menentang telah cuba untuk menjatuhkan beliau dengan usul untuk diadakan EGM, seperti mana yang tersiar di akhbar beberapa bulan yang lalu. Tetapi usaha mereka itu gagal kerana tidak mendapat sokongan dari semua Ahli Majlis dan Ahli Gabungan PAFA.

Justeru itu, sekira nya Datuk Seri Nizar kalah, sudah pasti puak-puak ini tidak akan berdiam diri selagi hajat mereka tidak kesampaian. Mereka akan melancarkan ‘perang saraf’ yang kedua dan ‘dalang’ di sebalik kuncu-kuncu ini ialah seorang ‘ahli korporat’ yang dijadikan kambing hitam oleh seseorang yang bercita-cita menjadi Presiden PAFA.

Ahli korporat ini pula mempunyai kepentingan secara tidak langsung dalam perniagaan yang beliau usahakan dengan pertolongan pihak tersebut. Cerita mengenainya telah pun kedengaran di Ipoh, dan kata ‘B’ lagi keadaan akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya kepada beliau dan pasti ianya menjadi ‘tajuk panas’ dalam masa yang terdekat.

Apapun, mari kita tumpukan kepada isu ‘UTAMA’ yang akan mengejutkan semua peminat bolasepak Perak ketika ini. Berdasarkan maklumat dari ‘pengadil’ yang pernah bertugas tempohari, terdapat ‘arahan tidak rasmi’ dari segelintir ‘Orang Dalam PAFA’ yang terlibat dengan perlawanan di tempat sendiri untuk ‘mengarahkan’ pengadil yang bertugas supaya memberikan ‘tekanan mental’ kepada pemain-pemain Perak yang beraksi.

Semua ini dilakukan supaya pemain-pemain terbabit hilang fokus dalam perlawanan yang dihadapi. Apabila pemain tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap permainan kerana ‘gangguan’ ini, sudah pasti Perak akan tewas dan inilah yang diidamkan oleh puak-puak ‘mereka’ untuk mencantikkan lagi jalan cerita penuh sandiwara ini.

Sejauh mana kebenaran perkara ini, sama-samalah kita semua nilaikan mutu pengadilan di setiap perlawanan yang membabitkan pasukan Perak terutamanya di gelanggang sendiri. Apakah ini ada kaitan dengan ‘konspirasi’ untuk menjatuhkan Datuk Seri Nizar atau ianya ‘arahan’ dari mana-mana pihak yang terlibat untuk mengejar jawatan?.

Kita cuma mengharapkan bahawa ini hanyalah cakap-cakap kosong, tetapi sekiranya ianya adalah benar maka pihak yang terlibat adalah ‘petualang dan pengkhianat’ yang sebenar kepada negeri Perak. Peminat yang datang dari dekat dan jauh ingin memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka, dan mengharapkan kemenangan tetapi dengan mainan ‘jijik’ dari pegawai yang terlibat ianya akan menghampakan peminat dan sudah pasti mereka akan menyalahkan pemain-pemain dan pegawai pasukan yang terlibat.

Secara tidak langsung tujuannya adalah untuk menyingkirkan jurulatih dan pengurusan pasukan serta menjejaskan reputasi Datuk Seri Nizar sebagai Presiden PAFA. Mungkin ini juga adalah salah satu cara yang dijalankan oleh ‘pihak-pihak tertentu’ supaya dapat dijadikan ‘modal berkempen’ untuk bertanding pada pemilihan PAFA akan datang.

Kalau tidak, masakan pada musim 2009 yang lalu terdapatnya pemain yang telah dibayar dan diarahkan supaya jangan bermain pada tahap kemampuan sebenar mereka oleh ‘pengkhianat-pengkhianat’ di dalam PAFA sendiri. Rumusannya tanpa menggunakan ‘modal’ perkara seperti di atas tidak akan berlaku dengan sewenang-wenangnya.

Inilah risiko yang harus ditanggung oleh kita semua apabila tokoh korporat yang tidak ‘bermoral’ diberi ruang untuk berada di dalam Persatuan Sukan seperti PAFA kerana pada mereka segalanya boleh dibeli dengan wang ringgit tanpa mengambil kira pengorbanan dari peminat-peminat bolasepak yang datang memberikan sokongan ikhlas kepada pasukan.

Persoalannya di sini, Gunting Siapa Dalam Lipatan?

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Gunting Siapa Dalam Lipatan?

  1. syidi

    Salam..

    Ini adalah persoalan yang 'memanaskan' semua pihak termasuk kami yang menyokong. Apakah 'gunting' yang dimaksudkan itu wujud? Dan siapakah 'tuan' punya 'gunting' tu?

    Saya tidak pasti siapakah Ahmad Bistaman ni? Jika ianya samar tidak mungkin kenyataan nya ini disiarkan di laman ni. Pun begitu, kami bukannya bodoh. Isu pengadil di Ipoh telah lama menjadi isu sejak perlawanan pertama di Ipoh tempohari. Pengadil yang sepatutnya adil mengadili perlawanan seolah-olah 'bias' dengan membuat keputusan yang 'BODOH' pada pandangan kami yang beribu di luar padang. Buktinya, ada video yang dirakamkan oleh segelintir sukarelawan dan boleh dilihat diblog-blog peribadi mereka untuk tatapan umum.

    Dari dulu lagi saya katakan, bukan saja saya malah semua telah sedia maklum, 'Sport is Sport'! Politik letak tepi! Inilah masalah orang melayu sekarang, sanggup khianat dengan bangsa sendiri hanya kerana sandiwara dunia iaitu POLITIK! Apa semua ni? Apa salah kami?

    Saya yakin selepas keluarnya artikel ni ramai yang akan menyelar web SDN ni dan mengatakan web ni pro pembangkang. Sebenarnya silap. Kami bukan sokong mana-mana pihak. Kami sokong Bolasepak Perak! Kami Sayang Bolasepak Perak! Kami tak untung apa-apa. Apa pun kami tak dapat melainkan kepuasan dan keseronokan. Kami nak rasa bangga macam zaman-zaman dulu sewaktu Perak gah dalam kancah Bolasepak Malaysia. Salah ke?

    Jadi, ketika ini kami merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan perjalanan pasukan Perak. Jangan sangka kami hanya tercongok depan komputer dan sekadar ikuti perkembangan dalam internet saja, malah lebih daripada itu kami buat untuk mengetahui apa sebenarnya punca 'teruk' Perak sekarang. Kami terasa seperti diperbodohkan oleh orang yang merasa mereka ada pengaruh dan kuasa. Kalau berani saya cabar untuk sangkal dakwaan Ahmad Bistaman!

    Secara jujurnya, mutu pengadilan yang dikatakan teruk di Ipoh memang amat ketara. Kenyataan pengadil bertugas yang mengatakan segalanya diskripkan oleh pihak tertentu agak mengejutkan saya secara peribadi. Apa semua ni? Saya harap ada pihak tampil untuk selesaikan isu ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam.....

    Pada pandangan teman mengenai email yang dikeluarkan ini untuk memberitahu kepada semua peminat dan penyokong di seluruh Malaysia mengenai masalah yang telah dihadapi oleh PAFA disebabkan beberapa manusia yang bertopengkan 'iblis' menyebabkan situasi didalam PAFA tidak stabil disebabkan agenda tertentu.

    Kepada 'iblis iblis' yang ada tolong kembalikan semangat kesukanan di Perak,kerana kami penyokong dan peminat bolasepak Perak bencikan isu politik di dalam sukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Iblis bertopeng kan manusia. Memang susah nak kenal. Manusia pula di'convert'kan jadi 'gunting' untuk 'menggunting' tim yang kita sayang demi kepentingan diri sendiri. Dunia akhir zaman yob.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        'iblis iblis' yang ada nie tak reti nak bandingkan politik dan sukan.
        selagi mereka mereka ini wujud dalam sukan di Perak jangan harap Perak akan maju dalam arena sukan.

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. paeh93

    Assalamualaikum..
    Teman suka artikel ni..
    Seolah- olah memang semua ini berlaku..
    Kita semua tahu, memang ada pihak yang mahu jatuhkan Presiden PAFA sekarang iaitu Dato' Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin. Mereka akan membuat apa sahaja demi mencapai matlamat untuk menjatuhkan presiden PAFA.

    Sekarang ni pun, gendang dah tak ada, macam sesuatu yang tak kena. Teman berharap agar presiden PAFA sekarang kekalkan jawatan. Kalau tak belambak lagi le hutang PAFA..

    kejor yob kejor !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam....

      Untuk pengetahuan mike,pemain pemain gendang tak dibenarkan untuk bermain kerana arahan dari presiden kelab peminat disebabkan kelab peminat kini tidak dapat hak menjual tiket,lagi pun kelab peminat kini masih berhutang dengan PAFA.

      Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      We always "Say No Politic In Sport". Tapi ada kutu-kutu yang kurang faham apakah sebenarnya politik dan apakah itu sukan? Walhal mereka bukanlah orang yang kekampungan atau berfikiran jumud.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. yobscoryob

    salam.
    saya sedikit terkilan jika benar yang dikatakan oleh saudara. Oleh itu bukanlah suatu yang mengejutkan sekiranya prestasi perak terus merudum. Apa yang kami selaku peminat Perak inginkan ialah kembalinya nama Perak yang dahulunya gah!

    jangan ada politik dalam sukan!

    p/s : saya tidak fikir individu-individu yang berkepentingan tersebut akan membaca luahan hati kita ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. megatvader

    salam,

    Teman juga suka dan menyokong penulisan artikel ini yang cuba mendedahkan apa sebenarnya yang melanda skuad Perak. Orang2 macam ini la yang menjahanamkan semangat dan pengurusan terbaik yang pernah kita ada seketika dahulu. Bolasepak dan politik dua platform yang berbeza, tapi kepada mereka yang tak rasional pemikirannya dah mencampur adukkan dua perkara yang berbeza ini. Kepada yang terlibat hentikanlah perbuatan yang macam ni, kerana teman tau "korang" masuk stadium free tiap2 perlawanan, tapi kami penyokong2 yang inginkan kejayaan untuk pasukan Perak membayar harga tiket setiap kali ke stadium.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.