Antara Besi, Paku Dan Jam Rolex - Yashurr Yazurry
February 3rd, 2010 by webmaster

Ini cerita ‘Besi’,
Besarnya hanya sejengkal,
Dan boleh dibuat ‘Paku’ yang nilainya 50 sen,
Atau boleh dibuat ‘Jam Rolex’ yang bernilai RM 10,000.
Asasnya sama iaitu ‘Besi’,
Begitu juga pasukan Seladang kita,
Kita sama seperti pasukan yang lain,
Yang bezanya hanyalah nilai.
Sama ada nak jadi ‘Paku’ yang mudah dibentuk,
Atau jadi seperti ‘Jam Rolex’ yang perit untuk dibentuk,
Serta perlu kegigihan dan ketelitian untuk membuatnya,
Tetapi nilainya cukup-cukup tinggi.
Tahap nilai pasukan kita bergantung kepada pemain-pemain semua,
Adakah hanya berpuas hati menjadi ‘Paku’ ?
Atau kalian perlu berusaha dengan gigih untuk menjadi seperti ‘Jam Rolex’ ?
Bukan mudah untuk jadi bernilai wahai pemain-pemain semua,
Nilai kalian sama seperti maruah kalian,
Mahukah maruah kalian diperlecehkan ?
Maka berusahalah untuk menjadi sesuatu yang bernilai.
Ayuh bangkit seladang,
Beraksilah dengan jujur,
Moga kemenangan milik kita,
Moga nilai seladang, dipandang tinggi kembali,
Ayuh !!!!!
(Dipetik dari komentar Yashurr Yazurry)
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Bolasepak Perak & Malaysia | Ke Arah Imej Korporat
- Dilema Peminat Perak | Skuad Seladang
- Penajaan Jersi Joma Untuk Perak FA Musim 2007/08 dan 2008/09
- Helaian TM Liga Super Untuk 1 Ogos 2007
- Berita Kosmo! - 18 Julai 2007
9 Responses to “Antara Besi, Paku Dan Jam Rolex - Yashurr Yazurry”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.



Peumpamaan yang sebenarnya mengingatkan kembali dimana kita bermula. Kemana halu tuju kita, dimana kita berakhir. Kiasan tersebut sebenar bukan hanya untuk pemain, pegawai, ajk.. tetapi kita semua. Andai kata kiasan itu membolehkan kita dibenarkan menjadi paku, biarkan ianya menjadi paku yang tahan, tidak mudah bengkok, tahan karat dan dijual dengan harga yang mahal.
Tetapi dalam peumpamaan ini pula, janganlah kita dibentuk dijadikan jam Rolex bernilai ratusan ribu ringgit tetapi boleh dibeli di tepi-tepian jalan dengan harga sepuluh ringgit. Besi buruk diumpamakan sebagai hati kita, hati yang bersih suci tidak sesuai untuk terus menjadi besi buruk. Tetapi pertukaran kita kepada Paku atau Jam umpama jalan yang kita lalui, Jalan yang lurus tetapi gelap, atau jalan yang bengkang bengkok tetapi cerah. Pilihlah mana yang terbaik.
February 3rd, 2010 at 3:27 pm
Betul tu San..Teman Setuju. Terpulang pada masing-masing. Nak jadi ROLEX jadi yang Ori bukan standard tepi jalan. Dalam erti kata lain, pengorbanan mestilah ikhlas baru lah berkat.
Teman tak suka deme jadi paku semata-mata, memang mudah dibentuk tapi mudah di patahkan mudah mengalah mudah diperkotak katik kan. Biar susah tak pe. Awal nya memang susah.
So, fikir-fikir kan..
Salam..
‘Berakit-rakit ke Hulu, Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang Kemudian’.
Kita selalu dengar peribahasa ni dulu kan? Yashur menterjemahkan kepada bahasa kiasan moden yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat. Inilah pengorbanan seorang WIRA sejati. Tiada kejayaan tanpa usaha gigih. Tiada Kejayaan yang datang bergolek-golek terus ke pelukan.
Kalau pilih jadi paku, bermakna saya/kita/anda pemalas dan mudah berpuashati dengan apa yang dikecapi sekarang (Buat apa penat-penat) tu la mentaliti golongan PAKU.
Kalau pilih untuk jadi ‘Jam Rolex’. Memang susah, payah, sakit dan macam-macam lagi yang memang teruk. Tapi untuk jangka masa panjang, hasilnya, Masya Allah …Lumayan. Contoh dalam Malaysia yang boleh dijadikan sebagai teladan: Ahli Perniagaan, Lim Goh Tong. Ahli Sukan, Nicol David, Lee Chong Wei. Paling mengkagumkan Lim Goh Tong asalnya orang biasa bekerja sebagai Tukang Kayu yang akhirnya berjaya menawan Genting Highland yang dulunya hutan banat.
Ramai lagi sebenarnya jutawan-jutawan dalam Malaysia ni yang dah jadi JAM ROLEX.
Well Done Yashur Good Articel. Harap dapat perhatian semua terutama Pemain-Pemain Perak yang dikasihi.
Komentar yang menarik. Syabas Yashur!!!
February 4th, 2010 at 12:27 pm
Bukan komentar tapi puisi. Mungkin sajak mungkin syair atau mungkin apa-apa sahaja cuma penulis saja yang mengetahui. Bait-baitnya punyai maksud mendalam. Namun hanya tersampai jikalau kita perahkan otak untuk berfikir.
February 4th, 2010 at 12:48 pm
Bingkisan. Ini kalau orang biasa susah nak faham. Lain la kalau orang ada-ada.
Apa-apa pun, fikirkan, tak kira apa status orang tu.
Besi = Paku atau Rolex, memang bagus perumpamaan tu. Tapi taklah teruk nak pikir maksudnya… nak kata dalam taklah sangat biasa saja cuma yang saya risaunya pemain-pemain Perak ni bole berfikirkah? Rasanya tak, mereka tak peduli langsung apa saja perumpamaan yang akan keluar dari mulut peminat
Mungkin segelintir bukan semua tapi memang perit kalau dikenangkan sokongan yang tak belah bagi pada pasukan. Mereka sanggup menipu orang yang datang menonton. Mmmm… sudah la selagi hipokrit atau berpura-pura ada dalam diri pemain tak ke mana pun bola yang ditendang.
February 5th, 2010 at 8:49 am
Pendapat mike ni Harry ada betulnya. Itu lah sikap sebenarnya. Mike bagi pendangan menjurus kepada sikap individu. Ternyata sekarang kita Penyokong memberi apa saja yang termampu. Bukan setakat menyokong malah lebih daripada itu yob.
Tinggal lagi pemain je, samada deme concern atau tidak. Sikap hipokrit atau berpura-pura ‘dipengaruhi’ sebenarnya.
aku merasakan team nih boleh pegi jauh sebenornya tapi ntah kenapa ler semangat deme kengkadang memuncak tapi ada game macam Johor fc atau sebelumnya macam tidak bermaya.semangat tuh penting…kalo team kita muda sekali pun tapi main penuh bersemangat,silap haribulan dengan Selangor pun boleh seri…insyaallah