feed rss2

Archive for February 3rd, 2010

Besi Paku Dan Jam Rolex

Ini cerita ‘Besi’,
Besarnya hanya sejengkal,
Dan boleh dibuat ‘Paku’ yang nilainya 50 sen,
Atau boleh dibuat ‘Jam Rolex’ yang bernilai RM 10,000.

Asasnya sama iaitu ‘Besi’,
Begitu juga pasukan Seladang kita,
Kita sama seperti pasukan yang lain,
Yang bezanya hanyalah nilai.

Sama ada nak jadi ‘Paku’ yang mudah dibentuk,
Atau jadi seperti ‘Jam Rolex’ yang perit untuk dibentuk,
Serta perlu kegigihan dan ketelitian untuk membuatnya,
Tetapi nilainya cukup-cukup tinggi.

Tahap nilai pasukan kita bergantung kepada pemain-pemain semua,
Adakah hanya berpuas hati  menjadi ‘Paku’ ?
Atau kalian perlu berusaha dengan gigih untuk menjadi seperti ‘Jam Rolex’ ?

Bukan mudah untuk jadi bernilai wahai pemain-pemain semua,
Nilai kalian sama seperti maruah kalian,
Mahukah maruah kalian diperlecehkan ?
Maka berusahalah untuk menjadi sesuatu yang bernilai.

Ayuh bangkit seladang,
Beraksilah dengan jujur,
Moga kemenangan milik kita,
Moga nilai seladang, dipandang Continue reading

[Valid CCL]