TM Piala FA - Perlis Vs Perak (result)
Posted in TM Piala FA 2010 on February 2nd, 2010 9 Comments »

Selasa 2 Februari 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM
Perlis 0 - 0 Perak
Skuad Perak berjaya mengikat pasukan tuan rumah Perlis dengan keputusan seri tanpa sebarang jaringan pada perlawanan timbal balik pertama TM Piala FA 2010 di Stadium Utama Negeri, Kangar yang disaksikan hampir kira-kira 2 ribu orang penonton.
Perak memulakan permainan pada separuh masa pertama tanpa penyerang harapan, Razali Umar yang disahkan kurang cergas kerana mengalami kecederaan lutut sewaktu menentang pasukan Johor FC dalam saingan liga super di Ipoh tempohari.
Dengan harapan pada barisan serangan disandarkan kepada Saufi Sa’aidi dan juga Shahrizal Saad, skuad seladang beraksi cukup baik untuk berbalas serangan sambil beberapa percubaan bahaya dari pasukan Perlis turut berjaya dipatahkan oleh pertahanan Perak.
Selepas tamat separuh masa pertama, pasukan Perlis mulai menguasai permainan pada babak kedua dengan melakukan banyak Continue reading


