TM Piala FA - Perlis Vs Perak (review)
Posted in TM Piala FA 2010 on February 1st, 2010 9 Comments »

Selasa 2 Februari 2010
Stadium Utama Negeri, Kangar
8:45PM
Tirai saingan TM Piala FA musim 2010 akan bermula esok dengan penyertaan 30 pasukan termasuk juara bertahan musim lalu Selangor dan naib juara, Kelantan yang menunggu di pusingan kedua setelah mendapat ‘bye’ pada pusingan pertama saingan kali ini.
Berdasarkan maklumat yang diterima baru-baru ini, pasukan Kelab Bolasepak UiTM dari Pahang turut mara ke pusingan kedua setelah pasukan K.S.B.J Ban Hoe Leong dari Selangor disingkirkan atas faktor teknikal oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (F.A.M).
Prestasi pasukan Perak musim lalu agak baik apabila mampu sampai ke pusingan suku akhir namun tewas kepada Selangor dengan aggregat 4 - 1. Pada perlawanan pertama, Perak tewas 1 - 2 di Ipoh sebelum tewas 2 - 0 ketika di Continue reading


