feed rss2

Archive for February, 2010

Sabtu 27 Februari 2010
Stadium Nasional Bukit Jalil
8:45 malam

Skuad kebangsaan Malaysia akan mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan Yemen pada petang ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yemen ketika ini menduduki tangga ke 105 ranking FIFA berbanding Malaysia di tempat ke 159.

Tiket-tiket berharga RM 10 untuk orang dewasa serta RM 5 untuk kanak-kanak mulai dijual di pintu pagar BIRU berdekatan dengan MSN pada pukul 5:30 dan masuk pada 6:45 petang.

Rekod 3 perlawanan terakhir Malaysia:

06 Jan 2010 - UAE 1:0 Malaysia
18 Nov 2009 - Malaysia 1:3 Uzbekistan
14 Nov 2009 - Uzbekistan 3:1 Malaysia

Rekod 3 perlawanan terakhir Yemen:

20 Jan 2010 - Yemen 3:0 Bahrain
15 Jan 2010 - Yemen 3:1 Kenya
06 Jan 2010 - Yemen 2:3 Japan… Continue reading

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Persaingan Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah memasuki peringkat separuh akhir dengan menemukan 4 pasukan. Perlawanan separuh akhir pertama akan diadakan pada Sabtu 27 Februari manakala satu lagi perlawanan pada hari Ahad 28 Februari 2010.

27 Februari 2010

Kuala Kangsar ‘A’ vs Perak Malay
Stadium Mini Kuala Kangsar

28 Februari 2010

Perak Indian vs Ipoh ‘B’
Padang Ipoh ‘A’

Semua perlawanan dilangsungkan pada pukul 4.15 petang Continue reading

Saingan Piala Presiden musim 2010 akan membuka tirainya pada hari ini dengan penyertaan 20 pasukan yang terbahagi kepada 2 kumpulan. Format pertandingan adalah secara timbal balik dan 4 pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.

Di peringkat suku akhir, 4 pasukan tersebut akan berentap semula secara liga berkumpulan dengan perlawanan timbal balik. Hanya juara kumpulan dan naib juara akan layak ke peringkat separuh akhir yang menemukan 4 pasukan tersebut sebelum ke pentas final.

Kumpulan A

Terengganu
Kedah
Perlis
Pulau Pinang
Perak
Kuala Lumpur
Sarawak
Shahzan Muda
PKNS
SSBJ B

Kumpulan B

Selangor
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Melaka
Johor
Johor FC
T-Team
SSBJ A
Sabah

Jadual perlawanan Piala Presiden 2010 - 25 Februari 2010

Kumpulan A

Shahzan Muda vs Terengganu
Padang MPK 1A

Kedah vs Sarawak
Kompleks Sukan HICOM, Sungai Petani

PKNS vs Perak
Padang Bolasepak PKNS

SSBJ “B” vs Pulau Pinang
Padang D MSN, Bukit Jalil

Perlis vs Kuala Lumpur
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kumpulan B

Negeri Sembilan vs Kelantan
Stadium Tunku Abdul… Continue reading

TM Piala FA

Sabtu 20 Februari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak (1) 0 - 2 (1) T-Team

Skuad Perak menutup tirai perjuangan dalam saingan TM Piala FA 2010 malam tadi apabila tewas kepada pasukan kelab dari Terengganu, T-Team dengan jaringan 0 - 2. Secara keseluruhan pasukan T-Team layak ke peringkat suku akhir dengan aggregat 3 - 1.

Pasukan tuan rumah dikejutkan seawal minit ke 8 melalui jaringan Ismail Faruqi untuk pasukan pelawat mendahului. Permainan pada babak pertama agak seimbang untuk kedua-dua pasukan yang berbalas serangan namun tiada tambahan jaringan dihasilkan.

Bermula pada babak kedua, pasukan Perak mulai mengasak hebat ke kubu pasukan pelawat dan kemasukkan Razali Umar pada minit ke 53 permainan menggantikan Saufi Sa’aidi sememangnya memberikan lebih impak kepada barisan serangan Perak.

Namun hampir 2 ribu penyokong Perak dikejutkan dengan jaringan kedua pasukan Continue reading

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Kejohanan Bolasepak Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah masuk peringkat suku akhir dengan menemukan 8 pasukan terbaik setakat ini. 2 perlawanan akan diadakan pada Sabtu 20 Februari manakala baki 2 perlawanan lagi pada hari Ahad 21 Februari 2010.

20 Februari 2010

Kuala Kangsar ‘A’ vs Ipoh ‘A’
Stadium Mini Kuala Kangsar

Perak Indian vs Ipoh ‘C’
Padang Ipoh ‘A’

21 Februari 2010

Perak Malay vs Hilir Perak
Padang Renjer Ipoh

Ipoh ‘B’ vs Kuala Kangsar ‘B’
Padang PCRC

Semua perlawanan dilangsungkan pada pukul 4.00 petang… Continue reading

Next »

[Valid CCL]