TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 12 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perlawanan kedua Liga Super 2010 untuk pasukan Perak adalah di halaman sendiri menentang pasukan Terengganu di Stadium Perak malam nanti. Seperti yang di war-warkan sebelum ini khidmat Razali Umar masih belum dapat digunakan kerana penggantungan.

Nasib beliau bakal ditentukan oleh Jawatankuasa Displin FAM yang dijangka bersidang pada hari ini 12 Januari 2010. Namun menurut sumber, jawatankuasa tersebut khabarnya belum pasti lagi akan bersidang pada hari ini atau pada tarikh lain yang ditetapkan kelak.

Jurulatih Perak, Raja Azlan sewajarnya memberikan lebih penekanan kepada barisan serangan yang ternyata tumpul tanpa kelibat Razali Umar. Inilah masa yang sesuai kepada para pemain-pemain lain menonjolkan diri sebagai penggempur yang hebat.

Permainan yang berorientasikan ‘bertahan’ perlu menggunakan barisan pemain serangan yang pantas menghukum benteng lawan melalui ‘serangan balas’ dan bukannya termangu-mangu memikirkan langkah seterusnya walaupun bola sudah berada di kaki.

Jurulatih perlu bersedia dengan beberapa ‘strategi’ untuk mengubah tempo permainan jika sesuatu perancangan yang diatur pada mulanya tidak berkesan. Keupayaan para pemain juga penting diambil kira bagi menjayakan misi yang bakal dirancang.

Skuad seladang perlu untuk mencatatkan 3 mata penuh pada perlawanan menentang pasukan Terengganu malam ini bagi meraih kembali sokongan penonton yang sedikit tercalar dengan kekalahan kepada pasukan Pahang di Kuantan tempohari.

Kesebelasan Kemungkinan:

Megat Amir (PG)
K. Nanthakumar (K)
Hafiszuan
Wan Azwari
Syazwan Roslan
Khalis Ibrahim
Mohd Nazri Kamal
Shafuan Adli
Hafiz Rahman
Shahrizal Saad
Saufi Sa’aidi

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

10 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (review)

  1. zizou85

    Satu perlawanan yg penting. Terengganu mempunyai pasukan yang bagus dan mampu tergolong dalam pasukan Top 4.
    Ini peluang terbaik pasukan Yob untuk menebus kehampaan ke atas team Tok Gajah tempoh hari.
    Posisi tumpuan tentulah di bahagian serangan dan tengah yang digambarkan agak goyah oleh para pengkritik bola sepak Perak.
    Harapan - coach memperbaiki taktik permainan kerana dengan kemampuan para pemain yang sederhana, taktikal coach bakal memainkan peranan penting dalam menjana idea dan strategi dalam menentang pasukan yang lebih baik dari segi kemampuan individu pemain.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam..

    Dengan kekuatan penuh skuad serta pe'el sestengah player yang ade sekarang ni berada pada tahap lingkaran sukar untuk difahami,teman hanya mengharapkan Terengganu beraksi pada tahap di bawah kemampuan sebenar mereka malam ini.

    Sungguhpun Terengganu diperkuatkan dengan kehadiran jurulatih yang berwibawa (Irfan Bakti) serta dibantu dengan keputusan cemerlang apabila berjaya mengikat kemaraan gergasi merah tempoh hari,teman tetap optimis mengatakan mereka pun ade juga hari malangnya.

    So,diharapkan Terengganu letih ler dalam travel ke ipoh nanti.

    Pada skuad Perak,tak tau nak komen ape.

    Kome dah diberi peluang kedua,tiga,empat dan sehingga season baru ni. Pepandai kome ler.

    Pada pihak pengerusan tertinggi,ini sahaja impian kami sebagai fans tulen yob,singkir serta gugurkan player yang tidak komited dan tidak berpotensi.

    Key Performance Index player telah teman sebutkan berulang-ulang.Berkali-kali.So,buatlah yang terbaik.

    Jika player yang tidak komited tapi masih dikekalkan lagi dalam skuad,maka kami fans tidak akan teragak-agak mengatakan,yang skuad Perak kali ini adelah bukan milik rakyat negeri Perak.Tapi milik korprat/keparat segelintir individu yang mementingkan dasar pilih bulu/kroni dalam pasukan.

    Jika ini benar berlaku,maka eloklah jangan gunakan nama negeri untuk beraksi di MSL.Disyorkan cipta nama kelab lain dan ikut suka hati kome ler.

    Sehubungan dengan itu,teman ingin memohon agar player yang dikenal pasti berpotensi dalam setiap game anjuran PAFA hendaklah diserap serta merta kedalam skuad bagi mengantikan player yang tidak mampu untuk menyumbang untuk Perak lagi.

    "Bukan kerana nama...bukan kerana sejarahnya...bukan juga kerana sape bapaknya.."

    Tapi kita hendaklah mula mengerti dan belajar memahami apa yang dikatakan dengan bakat serta kesungguhan usaha sesetengah player yang ingin berjaya.

    Jadi bersihkanlah setiap jiwa-jiwa serta bebas dan merdekakanlah minda kita dari untuk terus dijajah oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

    Harapan..Impian..Sejarah..Miracle..

    Perak Negeriku..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam.....

    Apa yang diharapkan perlawanan kali ini pemain yang diberi tanggungjawap untuk berada di posisi tengah akan lebih berhati hati dari melakukan hantaran kurang tepat ke kaki kawan. Kurangkan asyik berpusing pusing tanpa hala tuju,dan pantas mendapatkan kawan dibahagian serangan atau di kiri dan kanan.

    Dibahagian serangan pula diharapkan shahrizal dapat berbincang dengan pasangan bagaimana cara mereka dapat menembusi gawang lawan tanpa melakukan kesilapan yang terlalu kerap agar jaringan yang dicari dapat dijelmakan dengan penuh bergaya.

    nampaknya dibahagian pertahanan Syazwan Roslan kembali ke posisi dimana sebelum ini diambil oleh Arif Fadly,kalau dilihat bahagian pertahanan tiada sebarang masalah,diharapkan Wan Azwari akan meningkatkan mutu permainan anda kerana ketika menentang Pahang corak pertahanan anda kurang memuaskan.

    Kepada jurulatih penjaga gol dan selaku pemain Megat Amir kali ini anda harus lebih berwaspada kerana penyerang skuad Terengganu lebih berwibawa dan lebih padu berbanding skuad Pahang. Janganlah asyik melakukan lompat setempat seperti yang anda pamerkan sebelum ini,beranikan diri dan ringan ringankan lah badan anda untuk melompat tinggi pula.

    Kepada penyokong disekitar ipoh ayuh kita riuhkan suasana agar pasukan lawan gentar menghadapi pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. bobiNHo84

    salam...

    Sekali lagi razali tidak dapat diturunkan pada malam ni..teman pun tak tau la ape yg FAM nak buat terhadap razali..sampai bilakah razali akan digantung...ape2 pun diharapkan para pemain lebih bersungguh-sungguh pada malam ni...

    Megat..Megat..Megat..Megat..masih banyak kelemahan anda sebagai penjaga gol..

    wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. doyan

    perak pasti sukar untuk memungut 3 mata apabila bertemu Terengganu. Kelantan pun deme boleh seri. keeper deme pun tengah top form dengan pengalaman manis mengenggam pingat emas sukan sea yang lalu. cuba la penyerang asal melaka...fauzi kassim.dia pun berpengalaman

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi

    Salam..

    Laungan semangat!! Ayuh Seladang!!

    Semangat memang dah ada. Tanamkan dalam diri masing-masing untuk bermain seperti biasa. Jangan gelabah tak tentu pasal. Percaya pada diri sendiri. Gelabah = Tewas dengan diri sendiri. Apabila bola dikaki bermakna AMANAH. Gagal sudahkan hantaran pada rakan atau untuk jaringkan gol adalah satu kesilapan yang harus dielakkan. Gagal jaringkan gol perkara biasa, tapi berjaya menyelesaikan semua percubaan dengan GOL adalah sesuatu yang LUAR BIASA' dan bukanlah sesuatu yang mustahil.

    Penyokong bijak memerhati.
    Pemain perlu bijak beraksi.
    Coach atur strategi.
    Pemain pelaksana misi.
    Jangan mudah merendah diri.
    Buktikan apa yang tersembunyi
    Barulah perjuangan itu bererti.
    Menjadi keramat memburu misi.

    Pedulikan apa orang kata.
    Mulut manusia macam belanga.
    Tanamkan azam untuk berjaya.
    Jangan leka lalai dan alpa
    Bukan sehari 90 minit saja

    Apa lagi yob, bolasepak bukan sukan fizikal semata-mata, akal minda teruji merencana pemusnahan untuk pihak lawan. Fizikal + Akal + Taktik + Strategi + Kemahiran + Kerjasama + Persefahaman = Menang & Berjaya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. anip

    Salam.

    Kesempatan terhidang pada perlawanan kedua untuk membuktikan sesuatu yang bermakna sebagai salah seorang pemain yang terpilih di dalam pasukan Perak. Wahai pemain sekalian...teruskan berjuang dengan semangat yang membara. Jangan terleka lagi. Para penyokong tetap bersama kalian.

    Bola sudah di kaki,
    Pintu gol sedia menanti,
    Ole-ole sorak dari kami,
    Kejayaan bersama dirai...

    Kejor Yob Kejor!!!
    Skor Yob Skor!!!
    Kejor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. megatvader

    assalamualaikum kepada semua warga SDN,

    Malam ini merupakan perlawanan kedua, sudah pastinya kita ingin sesuatu yang menggembirakan akan tercipta iaitu kemenangan pertama untuk musm ini. Insyaallah, dengan berkat usaha dan semangat pemain-pemain disertai dengan doa yang tidak henti-henti dari para penyokong, teman dan yang lain-lain mengharapkan kemenangan akan tercipta juga pada malam ini. Semoga pemain-pemain akan menggunakan kesempatan terbaik beraksi di halaman sendiri untuk mengukir kemenangan pertama dan seterusnya mengorak langkah untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya satu piala pada musim ini akan dibawa ke bumi PERAK. Teruskan usahamu SKUAD SELADANG... YEOP TETAP GEMILANG....

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Yashurr Yazurry

    Salam...

    Alunan semangat bergema,
    menantikan kemenangan yang pertama..
    Persetankan kekalahan yang menimpa,
    ayuh berjuanglah bersama-sama...

    Satukan hati-hati kalain,
    Ketepikan masalah dalaman...
    Ayuh berjuang bermati-matian,
    Pastikan penyu tumbang ditangan...

    Dengar kalian pejuang harapan....
    Turunnya kalian malam ini adalah
    'Bermain untuk menang! Bukannya untuk tidak kalah!'
    Sentiasa fokus dan patuhi arahan jurulatih...

    bermainlah dengan baik, jangan kecewakan
    hati-hati kami ini dibabak akhir....

    Ayuh seladang mantap!!!
    Kemenangan menanti kalian......!!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.