TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 12 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 1 – 3 Terengganu

Perak tumbang kali kedua dalam saingan Liga Super 2010 malam tadi, kali ini kepada pasukan dari pantai timur, Terengganu dengan keputusan 1 – 3 di Stadium Perak, Ipoh dengan disaksikan kira-kira 2000 orang peminat setia skuad seladang.

Terengganu membuka tirai jaringan minit ke 15 hasil kesilapan Syazwan Roslan ketika lontaran bola ke dalam yang dapat dipintas oleh pemain lawan dan seterusnya membuat hantaran kepada Ashaari Samsudin yang mudah menewaskan Megat Amir.

Tersentak dengan jaringan tersebut jurulatih Perak, Raja Azlan membuat pertukaran drastik pada minit ke 26 dengan mengeluarkan Khalis Ibrahim dan menggantikan dengan Hafiz Abdul Rahman yang bermain di sebelah kiri sayap bertukar tempat dengan Isma Alif.

Kemasukan Hafiz Abdul Rahman telah memberikan sedikit ‘nyawa’ pada barisan serangan Perak untuk lebih mengasak ke kubu Terengganu. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan masih lagi kekal Perak ketinggalan 1 gol kepada pasukan Terengganu.

Bermula separuh masa kedua berpunca dari sepakan sudut, Mohd Firdaus berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukan Terengganu pada minit ke 49 melalui satu sepakan gunting yang cantik menerjah jaring walaupun cuba ditanduk keluar oleh Isma Alif.

Perak berjaya membalas semula pada minit ke 57 melalui Saufi Sa’aidi hasil hantaran satu dua bersama Nazri Kamal untuk merapatkan jurang gol kepada 1 – 2. Namun pada minit ke 77, Ashaari Samsudin sekali lagi meranapkan impian peminat Perak apabila mudah menolak masuk bola hantaran Josep Kalang Tie untuk Terengganu mengutip 3 mata penuh di Ipoh.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
K. Nanthakumar (K)
Hafiszuan
Wan Azwari
Syazwan Roslan – 2
Khalis Ibrahim – 1
Mohd Nazri Kamal
Shafuan Adli
Isma Alif
Shahrizal Saad
Saufi Sa’aidi – 3

Pertukaran:

Hafiz Abdul Rahman  – 1
Arif Fazli – 2
Fauzzi Kasim – 3

Keputusan Perlawanan Lain – 12 Januari 2010

T-Team 0 – 0 Plus FC
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Selangor 4 – 1 Kuala Lumpur
Stadium Shah Alam

Pulau Pinang 2 – 1 Pahang
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

Keputusan Perlawanan Lain – 13 Januari 2010 

Johor FC 1 – 1 Negeri Sembilan
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Kedah 0 – 1 Perlis
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan 3 – 0 Johor
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Terengganu (result)

  1. anipjebat

    salam semua...

    Perak oh Perak...Permulaan hambar pasukan Perak untuk musim ini..Secara ringkas untuk perlawanan ini dari pemerhatian teman cukup banyak kesilapan berulang yang dilakukan pemain Perak..

    Pasukan yang dibentuk umpama terdiri daripada pemain yang tidak mempunyai asas bermain bolasepak.'first touch' hancor, 'passing' merepek,'shoot' merata, kreativiti mandang, 'hold' bola langsung tak nak,kira nak lepas tengkuk sendiri je nyusahkan kawan-kawan..Coach pandang ini dari sudut positif,teman sayangkan pasukan bolasepak perak..Harapan teman semoga latihan digandakan dan jangan dimanjakan sangat pemain..Titik beratkan asas bolasepak semasa latihan..banyak kekurangan disitu yang perlu ditingkatkan..Ini je produk yang kita ada jadi gunakanlah sebaik mungkin mengikut apa yang dikehendaki..

    Megat Amir Faisal, nama yang cukup popular dikalangan penyokong..Jangan menjatuhkan kredibiliti anda sendiri sebagai jurulatih penjaga gol dengan aksi lembik anda..Bagi teman zaman anda sudah berlalu dan gunakanlah pengalaman yang ada untuk menggilap penjaga gol muda yang dimiliki pasukan menjadi sehebat atau lebih hebat dari anda semasa zaman kemuncak anda suatu ketika dulu..

    Last but not least, pasukan yang dibentuk mempunyai harapan untuk berkembang tetapi usaha perlu dilipatgandakan..Diharapkan coach dapat memantau secara berterusan dan terapkan aspek taktikal dalam permainan..Hantaran panjang cukup tak relevan untuk pasukan ini..wassalam

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Terima Kasih Anipjebat kerana mengesahkan apa yang teman saksikan di Kuantan tenpohari. Kelemahan yang tidak dapat kita terima. Asas kemahiran bolasepak.

      Main la ikut suka kome Perak!

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. bobiNHo84

      Assalamualaikum pembuka bicara,

      Perlawanan malam tadi sangat2 mengecewakan kami yang berada di stadium..Kecewa bukan kerana dek kekalahan, tetapi dek kerana cara permainan yang dipamerkan oleh pasukan kesayangan kite ni..Kalah menang adat permainan..TERLAMPAU banyak kelemahan dalam pasukan Perak ni..Ape yang aku dengan anipjebat tengok semalam umpama pemain yang baru sebulan menendang bola..serba tak kena...

      Dari segi taktikal,taktikal ape yang coach terapkan pun kami tak tahu..sebagai contoh coach Netto main "one touch"..kalau coach Weigang "discipline football"..kalau Karathu "stamina n displin'..tapi coach sekarang ni terap gaya ape???Adakah gaya "berlembut dengan player sampai player pijak kepala atau besar kepala"?.

      Malam tadi juga kenapa masih buat hantaran jauh walhal kite semua dah tau kite tak mampu untuk bermain cara itu..rata pemain semua "fancy game"..passing nak lob-lob je..main hantaran pendek sudah memadai...size pemain kite takde la besar sangat..dan dah terbukti permainan hantaran pendek berhasil sehinggakan kite dapat menjaringkan gol..

      Pada Megat Amir, kami rase waktu kegemilangan mike dah berlalu..jadi, kepada sesiapa peminat Megat, fikir2kanlah..jadi gunakanlah peluang menjadi jurulatih penjaga gol untuk menggilap penjaga gol yang lain..

      Ini adalah kelemahan yang kami nampak..sekiranya ade kelemahan yang teman dengan anipjebat tak sebut, sila kemukan ye sahabat sekalian..

      a) stamina agak kurang..
      b) passing tak tentu haluan dan ketika terdesak baru pass..
      c) takut nak hold bola..
      d) shooting hancur..
      e) kreativiti langsung takde..
      f) first touch takde langsung..

      Akhir kata dari kami, kami berharap ade perubahan terhadap cara permainan pasukan..itu yang kami harapkan..kalah atau menang adat permainan..kalah pun kami terima, jika menang pun kami terima..teguran ini bukan nak menjatuhkan sesiapa, tetapi ikhlas kerana terlampau sayangkan bola sepak negeri PERAK!!!Maaf sekiranya ade pihak yang tersinggung..

      Wassalam semua..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam bobinho84..

        Pada teman tidak salah jika taktical kite main hantaran lambung jauh.

        Kesilapannya ialah,tidak sepatutnya taktical tu dipraktikkan pada malam tadi,malam sebelumnya juga malam yang akan datang sehinggalah kelibat Razali muncul kembali.

        Ini adalah kerana dengan striker yang ade kini,mereka tidak mampu untuk membuat larian deras untuk beat defender Terengganu.Hanya Razali yang mungkin pada teman dengan keupayaan serta kederasan larian yang mampu untuk menyambut serta menerima hantaran jauh sebegitu lalu memanfaatkan setiap chances yang ade dengan sebaiknya.

        Kesimpulanya,Head coach hendaklah mempelbagaikan variasi taktical pasukan mengikut kemampuan pasukan.Tidak semua player yang ade mempunyai kebolehupayaan yang sama.

        Diferent person so diferent kebolehupayaan.Thats mean,variasi serta pelbagaikan bentuk taktical dan cara serangan pasukan.

        Apa,mengapa,siapa dan bagaimana patut kita kaji sebelum make any decision untuk pasukan.Agar tidak ade lagi jiwa-jiwa yang terus meratap hiba akan kekalahan demi kekalahan yang bakal kita kecapi di masa yang akan datang lagi.

        Sampai disini dulu..sekian.

        Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam..

    No problem!its ok.Just take note.

    Big worst blunder last nite was come from bull shit defender.

    Tak sepatutnya Nanthakumar main defend.Little chicky here and there.Defensive midfilder bolehla because stopper can help they from behind.

    Player no.8 adelah punca jaringan ke-3.Main terjah semacam.berkali-kali.mungkin stamina kurang.So,cara mudah ialah menjatuhkan lawan dari mengawal pergerakanya.Sebelum menjadi wabak dan akhirnya mengundang parah dalam pasukan,pikirkan segera kaedah terbaik.Jika perlu,singgirkan a.s.a.p

    Cut the crab!Everything gonna be destroy this season..

    Pergerakan masih mampu dibanggakan jika setakat itulah kemampuan yang kita ada.

    Kesimpulanya,defend adelah punca utama kekalahan malam tadi serta punca penyebab sesetengah player moral down.

    Hafiz Abd Rahman-good job!biarpun setakat itu sahaja kemampuan miker.

    Saufi,Nazri,Safuan Adli juga bagus.

    Shahrizal Saad-More Agresif and develop more stamina lagi.

    Nama yang disebut diatas,masih layak diberi peluang untuk menonjolkan lagi bakat sedia ada.Malahan graf prestasi mereka juga dilihat kian meningkat.

    Nama yang tidak disebutkan,merupakan player yang sepatutnya tidak layak bermain untuk Perak.Walaupun as beginer title sekalipun.

    Pengesyoran-Defend qualifying round Malaysia Cup last season more bagus dari yang ada sekarangni.Bezatara yang teman akan bagi ialah 70% jauh bezanya.Bukan sikit-sikit anak yob..

    Buat coach-Rehatkan player yang teman mahupun fans lain tak mahu lihat dia beraksi dalam first eleven Perak.Don't tell me itu jer yang Perak ada.U got 22 full skuad.

    Please and please.If u wanna try and error just make it happen.Don't shy-shy just showoff what u get it to us.

    And again..and again..and again..keep it up

    Salam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam..

    Semalam yang hangat! Terima kasih kepada semua yang beri komen di atas. Jujur ikhlas bukan nak kondem kan tim sendiri tapi itulah hakikat. SDN memang mengalu-alukan komen pedas dan telus sebegitu.

    Pujuk rayu dah semacam tak berkesan untuk support tim kita. Memang kita faham situasi pemain ketika beraksi. Bergelut untuk memenuhi misi coach, pengurusan PAFA dan peminat. Mentaliti yang lemah dan gagal berlagak seperti pemain sejati di padang menyebabkan kekalahan.

    Strategi coach juga penting untuk memastikan kemenangan. Tapi masalah yang ketara adalah timbul dari pemain sendiri. Saya malas untuk mengungkit apa kesalahan 'kecil' yang dibuat dalam dua perlawanan yang lalu. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Pandai-pandailah betulkan sendiri.

    Coach pun nampak dan boleh menilai siapa yang terbaik untuk dimasukkan dalam kesebelasan utama. Penilaian yang dibuat mungkin berdasarkan prestasi semasa pemain berkenaan. Akan tetapi, selepas ini, setelah dua perlawanan, harap coach aware pemain-pemain yang 'teruk' dan boleh menjatuhkan moral rakan-rakan yang lain dengan melakukan kesilapan 'bodoh'.

    Gol pertama lawan hasil kesilapan pertahanan. Kesilapan yang tidak boleh dimaafkan menyentap semangat pasukan. Gol kedua lawan boleh dikatakan kesilapan juga kerana dengan senang hati pihak lawan membuat jaringan cantik dengan sepakan gunting yang cantik. Gol ketiga pula hasil gerakan cantik yang disudahkan dengan sempurna.

    Apakah punca sebenarnya? 3-1 adalah kekalahan yang agak memalukan. Selepas ini akan ke Johor. Harap-harap coach buat post mortem berdasarkan dua perlawanan ini dan betulkan segala kesilapan. Memang ada yang mengaku Perak 'lambat Panas'. Jangan sejuk sampai habis musim sudah le..banyak masa lagi untuk betulkan semua ini. Harapan penyokong agak tinggi musim ini berbanding musim lalu. Jadi, buktikan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    Nampaknya corak permainan semalam adalah antara yang paling teruk sejak tahun 2009. Harap pasukan Yob kembali bangkit dengan azam baru menentang Johor. Ternyata ketiadaan Razali memang pahit bagi pasukan Perak, kita memerlukan beliau di bahagian serangan berganding dengan Saufi.

    Hanya Saufi yang benar-benar memberi impak di bahagian serangan sementara Shahrizal Saad seperti tidak berfungsi langsung. Kenapa coach tidak menukarkannya lebih awal....

    Begitu juga dengan jentera tengah yang dikemudi oleh Nazri dan Shafuan yang tidak berfungsi dengan baik.

    Selain itu, Isma Aliff juga mempamerkan aksi sumbangnya di bahagian sayap. Hanya dengan kemasukan Hafiz Rahman, memberi sedikit kreativiti di bahagian tengah.

    Saya mencadangkan agar coach menukarkan posisi Nantha atau Hafizuan ke bahagian tengah yang kelihatan begitu pincang sekali.

    Hanya satu perkara yang positif - Saufi Sa'aidi yang semakin meningkat dan saya berharap agar beliau akan menjadi pemain harapan selain Razali untuk musim ini

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. paeh93

    assalamualaikum..
    secara keseluruhannya permainan tak le teruk sangat. Pemain banyak cuai. Banyak membuat kesalahan - kesalahan bodoh.

    Bahagian defend nampak goyah terutama Hafizuan. Beliau banyak membuat kesalahan semalam. Nantha dah tak macam dulu. Setakat boleh clear je. Syazwan dah makin berat.. Jaga la makan Syazwan woi...

    Bahagian tengah nampak longlai.. Nazri Kamal tidak macam dulu. kedua- dua pemain tengah tidak kreatif. Bahagian sayap okey. Tapi Isma banyak buat kesilapan... Khalis teruk pulak semalam. Selepas beliau dikeluarkan dan digantikan dengan Hafiz, sayap nampak okey sikit..

    Striker kurang berkesan.. Saufi nampak garang.. beliau beberapa kali shoot on goal tetapi diselamatkan.. Shahrizal kurang pantas..

    Secara keseluruhannya pasukan Perak belum main ditahap yang sebenar. Mungkin 'lambat panas'.

    Teman berharap pasukan Perak dapat improve permainan.. Jangan buat kesilapan mudah. Kesilapan ini tidak dapat diterima penyokong..

    Ini semua hanya pandangan seorang insan yang tak mahir bermain bola..

    kejor yeop kejor !!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YB

    Secara purata jentera serangan Perak semalam jauh lebih baik berbanding ketika menentang Pahang tempohari. Permainan Saufi Sa'aidi meningkat sambil dapat menyumbangkan gol pertama dirinya hasil gerakan satu dua bersama Nazri Kamal.

    Kemasukkan Hafiz Abdul Rahman memang menambah sengat barisan serangan Perak, cuma kadang-kadang Hafiz suka membuat cubaan-cubaan yang sia-sia walaupun bola tersebut lebih baik dihantar kepada rakan lain. Harap untuk perlawanan akan datang beliau lebih 'bijak' bertindak.

    Bahagian tengah, Shafuan Adli lebih 'cool' mengawal dan membuat hantaran bersama Shahrizal yang banyak memenangi 'aerial ball' tetapi masih lemah dari segi stamina dan kepantasan sebagai penyerang.

    Bahagian paling mendukacitakan ialah bahagian pertahanan yang membuat beberapa kesilapan yang tidak seharusnya berlaku. Gol pertama berpunca dari 'lontaran semput' Syazwan Roslan manakala gol kedua berpunca dari sikap 'siapa perlu marking dia? aku kat sini?'.

    Manakala gol ketiga pula sikap alpa defend yang menggunakan falsafah 'ini bola aku ke kau?'. Dan akhirnya gawang sendiri yang menjadi mangsa. Sudahlah aksi penjaga gol pun langsung tidak menyakinkan penonton sejak dari perlawanan di Kuantan lagi.

    Antara pemain yang paling kurang menyumbang kepada pasukan ialah Isma Alif, Khalis Ibrahim dan Megat Amir Faisal. Senario pasti berbeza jika Sarbinee menjadi penjaga gol Perak dan pastinya kehadiran Razali Umar memberikan 'racun' kepada pertahanan lawan.

    Haluan pasukan sudah semakin baik, tinggal lagi jurulatih perlu membuat perubahan drastik kepada pemain yang tidak menyumbang kepada prestasi sebenar pasukan. Jangan dibiarkan pemain-pemain 'luar' yang dibawa masuk memanaskan bangku simpanan hanya kerana ingin mengekalkan kerangka pasukan dahulu.

    Perlawanan menentang Johor perlu menjadi turning point ataupun satu malapetaka buat jurulatih jika keadaan tidak berubah samada DENGAN atau TANPA Razali Umar di barisan serangan kelak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. gerak_khas_09

    Assalamualaikum

    Hari ini buat pertama kalinya teman ingin menyuarakan rasa ketidak puas hati dengan prestasi pasukan Perak dimana hampir keseluruhan adalah pemain dimusim 2009.

    Musim ini bukan lagi alasan untuk kome berikan,cuma tugas kome kepada penyokong untuk musim ini hanyalah untuk mempersembahkan satu mutu permainan yang profesional.

    Ini tidak corak permainan tidak ubah seperti kanak kanak yang baru nak belajar menendang bola dan baru nak belajar cara buat lontaran.......APA KEJADAHNYA............

    Tapi teman tidak lupa untuk memuji mutu persembahan yang mantap kepada Hafis Abdul Rahman dan Saufi Sa,aidi kerana mereka nie la yang sebenarnya penggerak utama.

    Kalau inilah corak permainan yang bakal diteruskan oleh pemain pemain diharapkan jurulatih membuat rombakan secara besar besaran,kerana pemain kesebelasan utama yang ada sebenarnya tidak ada hati untuk bermain sepenuh jiwa,mereka mereka ini hanya nak kejarkan populariti sahaja.

    Persoalan teman sekarang kenapa dan mengapa jurulatih gemar menukar pemain disaat akhir contoh seperti Fauzi Kassim diminit yang ke 85,macam mana pemain ini nak melakukan sesuatu untuk pasukan.Kalau dikaji perlawanan diluar negara sekurang kurangnya diminit ke 60 sudah mula jurulatih akan membuat pernukaran pemain.

    Seseorang pemain harus diberikan peluang sekurang kurangnya 30 minit untuk melakukan aksi ditengah padang bukan 5 minit. Persoalan dibibir setiap peminat yang hadir kenapa jurulatih gemar menyimpan pemain pemain yang diserapkan ke dalam pasukan msim ini contoh seperti Azmeer,Alif ismail dan Sathia. walhal mereka mereka ini berkualiti berbanding mereka mereka yang sedia ada.

    Setahu teman line up yang jurulatih lakukan pada perlawanan kali ini sama seperti line up ketika menentang skuad Pahang tempoh hari,walaupun permainan mereka teruk tapi jurulatih tetap mengekalkan mereka mereka ini.

    Diharapkan jurulatih melakukan sesuatu,cadangan teman untuk perlawanan selepas ini Nazri Kamal,Shazwan dan Hafiszuan direhatkan.Ini hanya cadangan teman,lagipun teman hanya tahu menilai tapi takdalah memiliki lesen A.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. myo abol as

    salam semua...

    Pasukan Perak sedang mengalami suatu sindrom yang dikenali sebagai 'Sindrom Jali' atau dengan nama saintifiknya ' Sindrom J1L1'. Sindrom ini dikatakan berpunca daripada sindrom yang dialami oleh individu-individu pemain sendiri yang turut dikenali sebagai 'Sindrom Merapu' atau pun dengan nama lainnya 'Sindrom Ntah Ape-ape Ntah'. Diharapkan pihak yang berwajib dapat mencari sesuatu atau pun penawar yang mujarab bagi membasmi sindrom ini.

    'Significant'nya dua gol daripada tiga gol yang dijaringkan oleh pasukan lawan adalah disebabkan oleh dua pemain yang terkenal dengan 'patern rambut' paling glamour dan sama stailnya. Yang membezakan cuma sorang pakai subang dan sorang lagi bahagian tepi rambutnya macam di toreh oleh pisau toreh pokok getah tapi tak bersubang.

    Heh.. heh... yang sorang pegi buat lontaran bagi kat pihak lawan dan sorang lagi bola boleh terlepas dari kaki padahal dah memang sah bola tu jatuh dan dapat kat dia. Mungkin kasut beliau tak cukup kuat cengkamannya, tak pun kena sapu 'gam gajah' bebanyak dulu sebelum main. Bagi gol kedua pasukan lawan pula, ketidakpastian siapa yang patut jaga atau 'mark' pemain lawan. "Ko la jaga dia.., aku kena jaga sini..", "eh.. apa plak aku... coach suruh aku mark mamat sorang ni jer..!", "yang ko tak mark dia tadi naper... kan dah kena kita sebijik lagi..". Begitulah agaknya dialog yang keluar dari mulut mereka bila gol dah dibolosi.

    Lain kali teman nasihatkan kepada kedua-dua pemain rambut 'stylo' tu bawak sahabat handai, suku sakat dan kaum kerabat 'kome' lagi beramai-ramai, suruh deme nyalahkan jurulatih jer walaupun kome sendiri yang main macam '!@$#&*'!. Amalkan berbanyak sikap dan perangai 'bodoh sombong' tu selalu, tak boleh ditegur, kome jer yang betul, kalau coach tegur sikit pakat balik rumah tinggalkan padang sambil ngadu pada mak pak, sedara-mara, sahabat handai. Suruh deme hentam pulak jurulatih dengan kata-kata jurulatih tak berwibawa la dan sebagainya.

    Teman hairan bila tengok player yang kita baru ambil dari pasukan lain seperti Safuan Adli dan Wan Azwari boleh bermain dengan lebih baik lagi berbanding dengan pemain yang sedia ada terutamanya Safuan Adli. Beliau pada pandangan teman boleh dan mampu memberikan persembahan yang lebih baik lagi sekiranya rakan-rakan sepasukan beliau beraksi lebih matang dan bukannya seperti hari pertama main kat stadium Perak.

    'Man of the Match' sudah tentu pemain berjersi nombor '9' saudara Saufi Saadi. Gol tunggal pasukan adalah hasil dari 'effort' beliau. Nampak di sini bahawa penampilan beliau telah berjaya juga membuatkan pertahanan lawan sedikit terganggu. Diharapkan beliau dapat mengekalkan dan meningkatkan persembahan pada 'match' yang akan datang.

    Kepada kedua-dua pemain berambut paling 'stylo' tersebut, jangan hanya tahu bercakap besar dan bongkak sahaja. Orang datang stadium bukan nak tengok gaya rambut ataupun gaya larian yang macam nak cover hensem tu (No.20). Ubahlah attitude anda itu supaya menggambarkan diri anda sebagai seorang ahli sukan dan bukannya 'artis'.

    Wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Mentaliti pun kena ubah jugak, jangan bermenung lagi, jangan ingat ini liga Presiden tahun 2007 masa menang Presiden Cup tuh. Masa tuh dah lama berlalu, grow up !!!

        Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Jika tidak kerana pasukan Terengganu melepaskan peluang yang banyak...tentu mereka telah mendapatkan sekurang-kurangnya 6 gol.

      Perlawanan menentang Johor ini bakal menjadi satu lagi ujian kepada skuad Yob.

      Saya fikir keputusan terbaik ialah memberikan laluan kepada pemain baru untuk bermain seperti Azmeer, Sathia dan Fauzi Kassim.

      Johor mungkin tidak sebagus Terengganu.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. anipjebat

      benar sungguh apa dikata...harapan semoga pemain yang dimaksudkan berubah demi kemajuan pasukan..anggap kritikan ini sebagai kritikan yang membina dan buktikan kepada semua penyokong yang kami ni tersilap menilai anda..ayuh bangkit kembali dan memeriahkan semula kancah bolasepak negara

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. khairol

    salam pertemuan..

    banyak kritikan demi kebaikan pasukan... namun di sebalik kritikan itu sedarkah kita... Saufi berjaya membolosi gawang penjaga gol terbaik Malaysia tika ini.. melihat akan perlawanan sebelum ini menyaksikan jentera Kelantan, Akmal Rizal dan Hairudin gagal menewaskannya... paling diingati Sharbinee tidak di bolosi pada final sukan sea.

    kira membanggakan juga Saufi berjaya menewaskan penjaga gol emas Malaysia.. dan ada ketikanya percubaannya cukup mencemaskan wajah Sharbinee.

    oleh itu, awas penjaga gol pasukan lain.

    apa yang menarik juga pengulas RTM berkata pemain muda Perak beraksi agak baik dan penuh bersemangat tapi apakan daya menentang pasukan yang memiliki pemain lebih berpengalaman.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. satorare

    Salam Semua Penyokong Perak...

    Kekalahan yang amat memeritkan dan memilukan dihadapan lebih kurang 2000 peminat Perak. Walaupun teman tidak dapat hadir ke stadium namun teman dapat merasai kekecewaan penyokong Perak. Melihat siaran tertunda semalam mengundang pelbagai reaksi di dada teman ?

    1) Adakah teman sedang melihat pasukan Perak beraksi ataupun pasukan bawah 15 tahun beraksi? Kita akui pasukan Perak dibarisi pemain muda namun mereka telahpun diberi pendedahan untuk beraksi pada tahun lepas. Masih tidak cukupkah pendedahan yang telah diberikan?

    2) Perak dibarisi pemain veteran yang tidak cukup stamina? Anggapan ini tentu sekali meleset. Namun mengapa anak muda Perak ini bermain seolah-olah sudah kehabisan stamina. Aku nak tegur sikit. KOME ORANG MUDA KE ORANG TUA?

    3) Mengapa ada sesetengah pemain yang bermain dengan prestasi yang teruk masih berada di dalam padang? Adakah Perak benar-benar ketandusan pemain

    Banyak lagi persoalan yang timbul setelah menonton perlawanan tertunda semalam. Seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan yang lain, perkara asas bermain bola pun tidak dapat diperbetulkan. Sepak tak kena, baling tak sampai, tahan bola tak betul. Sepatutnya perkara-perkara seperti ini telah pun diperbaiki.

    2 gol yang dihasilkan oleh pasukan Terengganu disebabkan kelalaian dan kecuaian pasukan Perak. Ditambah dengan penjaga gawang merangkap jurulatih penjaga gol pasukan Perak yang bermain di bawah tahap sebenar. Sepatutnya Megat tidak perlu bermain. Serahkan kepada pemain muda Perak yang lain.

    Mohd Isma juga semalam beraksi dengan buruk. Tak tau apa sebenar dia nak buat. Bahagian tengah Perak gagal untuk merencanakan gerakan atau melakukan hantaran kepada barisan serangan. Pujian harus diberikan kepada penjaring gol tunggal Perak iaitu Saufi. Dia berani untuk melakukan percubaan dan beberapa kali dapat melepasi pertahanan berpengalaman Terengganu iaitu Marzuki Yusof. K.Nanthakumar juga terpaksa berhempas pulas mengekang asakan bertali arus Terengganu.

    Masih ada masa untuk pasukan Perak ini. Semuanya terserah kepada jurulatih dan pengurusan. Jangan biarkan kekalahan terus menghantui pasukan Perak......

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. dody

    Walaupun kekecewaan yang melanda atas kekalahan ini, tetapi tetap ku yakin akan pasukan muda ini pasti bangkit!!!

    next game- megat harus di rehatkan!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. megatvader

    Assalamualaikm warga SDN,

    Teman turut kecewa dengan prestasi yang dipamerkan SKUAD SELADANG setakat ini. Tetapi perlu kita ingat, di saat2 beginilah kita perlu teruskan sokongan dan tiupan semangat. Teman percaya coach Raja Azlan akan berusaha melakukan percaturan yang terbaik... teman juga percaya beliau juga tidak gembira dengan situasi sekarang. Pada malam perlawanan dengan Terengganu bukannya Skuad PERAK tidak melawan atau bersemangat, cuma jurang pengalaman dan nasib saja yang memisahkan Perak dan Terengganu pada malam itu. InsyaAllah perlawanan seterusnya menentang Johor akan menampakkan perubahan. Teruskan perjuanganmu wahai wira-wira Muda Skuad SELADANG.. SKOR YOB SKOR...

    Wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.