TM Liga Super – Perak Vs Perlis (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 19 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas mencatatkan kemenangan pertama ketika menentang pasukan Johor tempohari, Perak akan berdepan dengan cabaran sebenar mereka apabila melayan kunjungan Perlis pada perlawanan keempat Liga Super 2010 di halaman sendiri malam esok.

Perak menduduki tangga ke 9 ketika ini manakala Perlis pula di tangga ke 7 setelah seri tanpa sebarang jaringan ketika menentang Kelantan di Kangar sabtu lalu. Dengan diperkuat 4 pemain kebangsaan sudah tentu pasukan Perlis menjadi pilihan pada pertemuan kali ini.

4 pemain Perlis yang menerima hadiah RM 30 ribu setiap seorang dari F.A.M kerana memenangi pingat emas pada Sukan Sea di Laos ialah Farizal Marlias (penjaga gol), Mazlizam Mohamad (pertahanan), Amar Rohidan (tengah) dan Fakri Saarani (penyerang).

Manakala Perak pula memiliki ‘bekas’ penyerang skuad Sukan Sea tersebut yang baru-baru ini telah ‘menghadiahkan’ F.A.M sejumlah RM 10 ribu ringgit sebagai ‘tiket’ untuk tidak menyertai pasukan kebangsaan ke Laos, siapa lagi kalau bukan Razali ‘The Tornado’.

Kehadiran Razali Umar di barisan serangan Perak sememangnya menjadi ‘duri dalam daging’ kepada pasukan lawan kerana kemampuan beliau menghasilkan jaringan-jaringan yang boleh dikategorikan sebagai ‘ajaib’ ketika pasukan benar-benar memerlukannya.

Ketua Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi mengakui bahawa kehadiran Razali Umar mampu untuk mengubah tahap permainan rakan sepasukan yang lain ke tahap lebih baik walaupun tidak semestinya beliau sendiri (Razali Umar) menjaringkan gol.

“Kehadiran Razali Umar pasti menjadi tumpuan utama pertahanan lawan dan pemain-pemain lain seharusnya mengambil kesempatan ini untuk menghasilkan gol. Ini terbukti apabila Syawan Roslan (pertahanan) menjaringkan gol pertama ketika menentang Johor tempohari”

“Saya mungkin tidak melakukan banyak perubahan pada barisan kesebelasan utama ketika menentang Johor tempohari namun tidak menolak kemungkinan berlakunya perubahan-perubahan kecil sebelum perlawanan berlangsung kelak” jelas beliau lagi kepada wakil SDN.

“Saya sangat berharap pemain-pemain Perak yang diturunkan nanti dapat beraksi pada tahap terbaik mereka dan seterusnya mencapai kemenangan di tempat sendiri buat kali pertama untuk Liga Super musim 2010 ini” ujar beliau mengakhiri perbualan.

Nota: Lintas langsung ulasan perlawanan di shoutbox.

Kesebelasan Kemungkinan:

Johor vs Perak

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

23 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Perlis (review)

  1. syidi

    Salam..

    Ujian sebenar. Esok baru lah kita boleh menilai serba sedikit kemampuan sebenar Perak. Pasukan Perak kini boleh dikatakan lengkap sepenuhnya. Saya secara peribadi mengharapkan persembahan yang terbaik dari semua pemain.

    Tumpuan 100% sememang ditagih dari semua pemain. Kurangnya tumpuan boleh menjejaskan kualiti permainan berkenaan. Kehadiran Razali Umar akan membuatkan pertahanan lawan gentar dan berwaspada. Di sinilah segala teruji terutama sekali persefahaman dan kerjasama sepasukan. Dikala Razali diikat dan dikawal rapi manakala setiap inchi pergerakannya dibayangi, ketika ini rakan-rakan lain harus tahu apa yang harus dilakukan. Overlapping atau apa sahaja yang boleh menghasilkan kejutan untuk pihak lawan.

    Sudah semestinya, itu semua terkandung dalam minda setiap pemain. Itulah yang diharapkan.

    Selamat Berjuang! Cari GOL Awal! Perak Berjaya!

    Prediction: Perak (1) - Perlis (0)

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. dody

    Perak pasti boleh menang game ini...harus di ingat bahawa perlis juga akan bertemu perak dalam pusingan pertama piala FA season ini..jadikan ini sebagai medan menguji kehebatan mereka

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    Salam...

    Teman mengharapkan pasukan Perak akan mempamerkan satu mutu permainan yang lebih bergaya dihadapan penyokong sendiri.

    Jumlah gol yang bakal dijaringkan bukanlah yang kami mahukan,tetapi pertahanan harus peka setiap saat agar pihak lawan tidak mampu untuk merobek gawang gol dengan sewenang-wenangnya.

    Kelemahan yang jelas sekali pada pasukan kali ini dibahagian tengah dan hantaran yang tidak tepat. Diharapkan pemain-pemain yang bakal diturunkan akan melakukan sesuatu agar persembahan yang dipamerkan kali ini lebih bergaya dan lebih bertenaga.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. â™ addyâ™ 

    Salam,

    Ayuh buktikan kemampuan sebenar anda. Tunjukan taring seladang anda. 'Ingat Singa Utara je ada taring'. Buktikan bahawa pasukan PERAK bukanlah yang harus dipandang rendah. Walaupun dengan pemain yang rata-rata "junior" lagi dalam TEAM PERAK.

    Ramalan aku : PERAK 3 - 1 PERLIS

    gol:

    1. Razali Umar (mesti jaringkan punya)
    2. Saufi Saadi
    3. Hafiz Abd Rahman (melalui larian solo)

    InsyaAllah berkat doa seluruh rakyat negeri PERAK tak mustahil untuk menumbangkan SINGA UTARA di IPOH.Amiinnn.....

    Skor Yob Skor..PERAK!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam...

      Teman sukakan komen mike chor addy,tapi kalau boleh biarlah pasukan mempamerkan satu mutu permainan yang mantap dan bertenaga demi mengembalikan semangat PERAKIAN tidak lebur terus.

      Kalah atau menang bukanlah perhitungan yang paling utama tetapi mutu persembahan untuk disajikan kepada yang akan hadir menyokong harus diutamakan,dan kemenangan pula barulah yang pertama.

      Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam...

      Dunt wori saudara Razlan...Kami yang di Teluk Anson juga akan tetap menyokong serta setia bersama yob sehingga ke wisel penamat.Insyallah yob..Ipoh tunggu!!tunggu kehadiran teman sekeluarga!!

      Wassalam..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB Post author

        Mike punya cerita kalau dengor berdegor-degor, tapi sampai masa habuk pun tarak. Kome tunggu le chuck nak sampai stadium Perak nun....

        P/S: Tunggu teman sampai tak sampai yerr - Adegan Nasib DO RE MI

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Ahaha..itu yang kita nak,itu yang perlu kita bawa sebagai bekalan di Ipoh malam ni.

          Barulah bergema stadium yob..hahaha..

          Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam

    Usah terlalu awal mendabik dada pada kemenangan tempohari, tingkatkan usaha kalian dan pastikan semangat juang kalian terus membara!

    Kemenangan di laman sendiri amat ditagihi dan segalanya akan menjadi kenyataan seandainya setiap pemain bermain dengan bersungguh-sungguh serta tidak alpa/lalai pada perlawanan esok. Tumpuan sepenuh tenaga amat diperlukan dan jangan diulangi kesilapan yang tidak boleh dimaafkan serta mengundang padah pada pasukan!

    Ayuh.. Bangkitlah wahai Seladang... Mari kita amuk di Ipoh dan jangan dilepaskan peluang yang ada untuk menjaringkan gol...Tumpasnya Singa Utara sudah pasti seandainya terkena tusukan berbisa Sang Seladang...

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    Salam..

    Berita tentang amukan Seladang di Ipoh malam ni akan teman sebarkan a.s.a.p di setiap corong telinga rakyat disini betapa tanpa sokongan padu dan jitu dari penyokong tegar yop amukan serta kemenangan tersebut takkan nampak seri serta maknanya.

    Lantas dengan itu,seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dengan izin akan melaksanakan tugas selaku fans yang setia dengan baik disamping diiringi berkat doa dengan tujuan Perak bakal memperoleh kejayaan dengan cemerlang malam ini.Insyallah...

    Pada skuad yob,laksana serta gapaikan impian serta amanat yang telah diberikan agar ianya bertukar menjadi sebuah hadiah yang cukup bermakna buat fans yang tetap bersama sehingga kini.

    Dulu,kini dan selamanya Perak tetap dihati...

    Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam...

    untuk taktikal dan formasi team kali ni,teman yakin dengan kesebelasan yang bakal diturunkan nanti.

    Cuma satu yang teman cadangkan, agar tempat Khalis digantikan dengan Nazri Kamal untuk memberikan lebih tenaga dan speed dibahagian tersebut.Manakala tempat Nazri dibahagian bertahan tengah pula seharusnya diserahkan kepada orang lama iaitu en.Nanthakumar.Hujahnya,dibahagian tersebut selayaknya ball winner seperti Nanthakumar selain posisi itu juga merupakan makanan rutin beliau sebelum-sebelum ini.

    Insyallah..kita mampu untuk merubah setiap keputusan upset pada game malam ni.

    Perak tetap ayu dimata teman..salam

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      saya hampir setuju ngan pendapat chuck...Nantha perlu kembali beraksi di posisi asal beliau iaitu di Difensive Midfilder...di Liga Malaysia, apabila goal kick, lazimnya jarang sekali penjaga gol akan membuat hantaran dekat...tetapi lebih gemar menendang bola jauh je tengah padang...dan lazimnya pemain yang mempunyai advantage dalam situasi perebutan bola ini adalah pemain yang hebat 'aerial challenge' dan Nantha adalah pemain yang pakar dalam situasi ini...di samping itu, beliau sememangnya telah berpengalaman beraksi sebagai defensive midfielder yang bertindak sebagai Ball Winner dan pemain pertahanan tengah ketiga, bertindak sebagai pelindung tambahan kepada sistem pertahanan pasukan.

      Nazri pula, adalah pemain yajg boleh menjadi pemain back-up yang baik kerana mampu bermain di posisi tengah dan sayap..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB Post author

      Teman pulak berharap supaya Coach tak perlu tukar pemain-pemain tempohari. Bak mat saleh kata 'IF IT AIN'T BROKE, DON'T FIX IT. Dah barisan tempohari berjaya menang di Johor, tak perlu nak tukar-tukar lagi pemain yang ada. Nanti kalau tukar-tukar lagi 'pening' nak sesuaikan sesama pemain yang ada tu.

      Harap coach terus dengan barisan yang ada, sebab kalau jadi apa-apa pun yang kena menjawab pada Rakyat Jelata Perak ialah Coach sendiri, bukan orang-orang di luar sana yang asyik nak kasi 'pendapat' tak henti-henti.

      Harap chuck dapat menenangkan diri mike buat masa ni, jangan ghairah sangat sebab menang kat Johor hari tuh. Nanti kalau kalah mike juga yang 'melalak' tak henti-henti.

      Bagi ruang pada coach nak buat sesuatu atas kapasiti dia sebagai Ketua Jurulatih. Kot asyik nak jadikan idea mike je sebagai panduan nanti orang kate coach yang ada ni boneka pulak.

      Muhahahaha...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam...

        Janganlah marah YB..
        sekadar pendapat sahaja..bukanya kena ikut..yang baik kita jadikan pedoman dan yang buruk sebagai sempadan.

        Harus kita sedar dan ingat yang kesebelasan yang sedia ada memang menang ke atas Johor dengan difesit 2 gol berbalas telur.Namun,cara jaringan tersebut diperolehi serta kekuatan team yang bakal kita tentang nanti adelah jauh berbeza.

        Logiknya,jika dengan johor kita nak score pun dalam masa hujung permainan dan masa tambahan,so dengan Perlis malam ni?Sendiri mahu ingat...

        Coach tetap berhak membuat keputusan beliau sendiri.Bukan bermaksud untuk mempengaruhi sebarang keputusan yang bakal coach buat,namun ini adelah sekadar penambahbaikan pada sistem formasi yang sedia ada.

        Maaf jika teman keterlaluan.Biarlah kita berperang idea dan pendapat.Namun tujuan/motif serta niat kita tetap satu.Iaitu berkehendakkan pasukan ini (Perak) menang dan mengutip mata penuh malam ini.

        Hamba insan kamil yang lemah lagi merendah diri ini memohon ampun serta maaf atas keterlanjuran teman dalam menyuarakan pendapatan teman yang tidak seberapa ini.

        Salam Qaulan..

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB Post author

          Inilah masalah mike dah lain-lain orang yang bersembang macam Johor pasukan yang kodi sangat. Tekanan yang dihadapi pasukan Johor bila bermain di tempat sendiri memang tinggi, dengan kalah 2 game sebelum tuh memang deme main sungguh-sungguh malam tersebut. Johor pun perlu menang malam tu, jadi tak hairan kalau deme pun main gila-gila lebih dari game pertama dan kedua deme.

          Pemain Perak pulak bermain setakat yang deme mampu je hari tuh, cuma bezanya kita sebab ada Razali pada game tersebut. Kalau Razali ada masa lawan Pahang atau Terengganu hari tuh, belum tentu jugak deme menang dengan Perak. Jadi pasukan pada teman dah berada pada track yang betul, so kenapa nak di ubah?

          Mungkin perubahan tu baik pada mike, tapi pada pasukan mike pasti ke akan berkesan? Mike tengok Nantha masa zaman kegemilangan dia bermain posisi Defend Midfield tu, sekarang mike pernah ke tengok dia main kat situ macam mana?

          Dengan situasi yang tak berapa nak cantik pada pasukan sekarang ni, adalah lebih baik 'stick to the winning formation'. Jangan buat terlalu banyak perubahan pada team terutama kalau team tu boleh mencapai kemenangan.

          Perubahan seharusnya berlaku kalau team dah kalah dan perlunya penggantian pemain yang cedera, kad merah dan sewaktu dengannya.

          Ingat yob, apa yang mike tengok dulu baik, tak semestinya baik sekarang, apa yang mike tengok buruk sekarang, tak semestinya buruk selama-lamanya. Yang paling penting pada fans semua "BERSABAR" banyak-banyak. Kita perlu beri ruang dan masa pada Coach dan pemain buat sesuatu yang baik pada pasukan.

          Terima Kasih

          Likes(0)Dislikes(0)
  8. bobiNHo84

    Salam..

    Kalau dilihat kepada line-up ni, teman rase ade perubahan cara permainan perak malam ni..menang kalah bukan jadi tujuan, tetapi semangat dan taktikal cara permainan kite yang mustahak..sekiranya cara permainan ok, kemenangan tak mustahil jadi milik kite..
    Ape lagi, jom kite ke stadium...bagi sokongan 100%...kite jumpe di sane....

    Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.