TM Liga Super – Perak Vs Perlis (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 19 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 – 1 Perlis

Skuad seladang gagal meneruskan kesinambungan kemenangan ketika menentang pasukan Johor tempohari di Larkin apabila hanya tewas tipis 0 – 1 kepada pasukan Singa Utara, Perlis di halaman sendiri pada perlawanan keempat TM Liga Super 2010.

Permainan yang semakin menyakinkan dari barisan pemain Perak namun tidak cukup untuk memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan tunggal dari pasukan pelawat hadir melalui Azrul Ahmad pada minit ke 74 hasil situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Perak.

Ketua Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah hanya membuat sedikit perubahan kesebelasan pemain sewaktu pertemuan menentang Johor di Larkin sabtu lalu apabila menukar pertahanan kanan, Arif Fazli dan digantikan dengan Syazwan Roslan.

Secara keseluruhan permainan pasukan Perak agak menarik dengan beberapa percubaan tercipta dan mampu menghasilkan gol seperti percubaan Nazri Kamal yang terkena tiang dan beberapa hantaran menarik yang gagal disudahkan menjadi jaringan.

Pengadil yang mengadili perlawanan malam tersebut nyata menjadi sasaran sejumlah kira-kira lebih 3000 orang penonton di Stadium Perak yang tidak berpuas hati dengan tahap mutu pengadilan yang lemah dan sering kali membuat keputusan yang tidak tepat.

Beberapa pemain Perak dikasari dengan teruk namun pengadil gagal mengambil tindakan yang sewajarnya. Razali Umar tidak terkecuali menjadi mangsa apabila kepalanya terpaksa dibalut kerana berdarah akibat disiku Fauzi Nan namun pengadil tidak mengambil tindakan.

Jika mutu pengadilan seperti ini tidak diperbaiki sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan sudah tentu ianya akan merencatkan persaingan Liga Malaysia bukan sahaja untuk pasukan Perak malah untuk semua pasukan yang bertanding.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan
Wan Azwari – 3
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan
Nazri Kamal
Shafuan Adli
Khalis Ibrahim
Hafiz Rahman – 2
Saufi Sa’aidi – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Shahrizal Saad – 1
Azmeer Yusof – 2
K. Nanthakumar – 3

Keputusan Perlawanan Lain – 19 Januari 2010

Johor FC 0 – 1 Kuala Lumpur
Stadium Jcorp, Pasir Gudang

Selangor 4 – 0 Pahang
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 2 – 1 Plus FC
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pulau Pinang 1 – 1 Johor
Stadium Bandaraya, Pulau Pinang

T-Team 1 – 1 Terengganu
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Kelantan 0 – 1 Kedah
Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu

Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Perlis (result)

  1. razlan

    salam,

    puas hati teman melihat mutu permainan perak yang lebih bagus dari permainan semasa menentang Pahang dan Terengganu.

    cuma sayang pemain tidak berjaya menjaringkan gol pada separuh masa pertama walaupun peluang terhidang sebanyak 5 hingga 6.

    sayang juga kita tidak melamar azrul ahmad dulu...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Dari musim 2009 lagi kita dah 'pujuk' dia main dengan Perak, tapi masa tu dia nak pegi Kedah. Lepas tu bila dia ditamatkan kontrak mengejut di Kedah, kita 'pujuk' lagi dia untuk kesekian kalinya. Tapi bukan dia takmau, cuma dia nak bayaran yang lebih tinggi dari di terima di Perlis.

      Kalau situasi ni kita layankan, tak taulah sampai peringkat mana boleh pergi. PAFA pun ada limitation untuk cari pemain tempatan 'import'. Sejak pemain import takde ni, skim gaji pemain tempatan melampau-lampau sampai ada yang boleh beli kereta kancil cash setiap bulan.

      Team kita bukan ada bajet besar macam pasukan-pasukan lain yang ambil pemain 'ada nama' tapi sumbangan tak seberapa.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    Khabar yang diterima dari Ipoh semalam tidaklah mendukacitakan sangat. Kalah 1-0 dengan aksi yang terbaik berbanding dua perlawanan sebelumnya cukup membuatkan saya semakin yakin dengan skuad Seladang.

    Walaupun saya tidak menonton perlawanan semalam, dapat dibayangkan corak persembahan yang terganggu dengan mutu pengadilan yang 'hampeh'. Sememangnya ianya mempengaruhi moral dan corak permainan kita. Pun begitu, tahniah kerana mempamerkan aksi yang terbaik iaitu aksi yang selama ini ingin kita lihat. Cuma terkilan sebab tiada gol untuk Perak semalam, mungkin tak ada rezeki. Cuba lagi untuk perlawanan akan datang di Alor Setar.

    Ternyata, barisan anak buah Raja Azlan boleh bermain dengan lebih baik. Teruskan, dan cari kemenangan selepas ini. Reputasi biarkan tinggal reputasi. Cipta sesuatu yang baru untuk dijadikan reputasi yang akan menjadi sejarah yang akan dikenang selamanya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan

    Bagi yang tidak menyaksikan perlawanan ini, Kekalahan ini sebenarnya bukanlah satu kekalahan yang tidak bermaruah. Dari kaca mata san menilai perlawanan ini, sungguh tidak terduga pemain Perak mampu bermain sebaik ini. Namun pemain ke 12 perlis iaitu pengadil telah meranapkan impian kemenangan Perak pada malam tadi.

    Antara tindakan yang menjadi kontroversi oleh pemain ke 12 itu ialah:

    - Membiarkan pemain Perak terbaring kesakitan ditengah padang sehingga bola dikeluarkan sendiri oleh pemain Perlis setelah permainan diteruskan hampir seminit.

    - Pemberian sepakan percuma kepada Perlis, walaupun pengadil sedar baju Wan Azwari ditarik oleh pemain Perlis.

    - Lambat bertindak sehingga pemain-pemain menjadikan padang sebagai gelanggang tinju untuk bergaduh.

    - Pemain Perlis meraikan gol kemenangan betul-betul dihadapan penyokong Perak, namun tiada tindakan diambil oleh pengadil, tidak seperti perlawanan Johor FC di Ipoh musim lepas apabila pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain tersebut, seperti juga kes di EPL apabila Adebayor meraikan jaringan gol dihadapan penyokong Arsenal yang juga dilayangkan kad kuning kerana ternyata itu adalah satu kesalahan dalam undang-undang perlawanan.

    - Tidak mengikut keputusan pembantu pengadil, apabila satu ketika pembantu pengadil mengangkat bendera menentukan Perak diberi lontaran kedalam, namun pengadil mengatakan Perlis yang diberi lontaran kedalam. Akhirnya pembantu pengadil mengalah. Jadi kalau macam tuh tak payah ade pembantu pengadil pun takpe, FAM jimat lagi duit elaun pembantu pengadil.

    - Apabila Pemain ke 12 itu meniup wiselnya apabila Sharizal Saad dijatuh, Tangan pengadil jelas menunjukkan kearah titik penalti dan bukannya diatas paras bahunya, ini bermakna sepakan penalti wajib diberikan kepada Perak, Namun apabila tiba di tempat kejadian pengadil mengatakan hanya sepakan percuma diberikan. Apa ni? Tanda arah tangan pun tak betul macam mana boleh jadi Pengadil liga Super?

    - Stamina pengadil yang mengadili perlawanan ini ternyata lemah, sepatutnya pengadil berada dilingkungan antara 30-40meter jari jarak bola. Ini bola dah hujung padang pihak lawan, pengadil masih di dalam kotak D perak.

    - Sepakan percuma pantas yang banyak diberikan kepada Perlis sebenar jauh dari kawasan insiden namun tiada pembatalan sepakan kononnya tidak mahu melengahkan masa permainan.

    - Tetapi apabila Fakri dikeluarkan semasa pertukaran, tiada pula tindakan yang diambil walaupun Fakri hanya berjalan seperti ayam katik.

    Itu jelah, kalau nak cakap bab mutu pengadilan Malam tadi sampai esok pagi pun tak habis walaupun permainan cuma 90 minit.

    Apapun terima kasih pada semua user yang online malam tadi, dan tahniah kepada penyokong yang hadir pada malam tadi ke stadium, kerana anda pemain masih bernafas.

    untuk makluman: Keadaan Wan Azwari "OK" setelah bahu beliau seliuh semasa menanduk bola.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Salam ..

      San..Thanks atas info di atas. Memang nak kena ni. Lama dah pendam rasa geram dengan pengadil kat Malaysia ni.

      Dipendekkan cerita, saya sarankan pihak pengurusan PAFA dengan bantuan lain-lain pihak buat laporan kepada FAM dengan segera dan jadikan video rakaman perlawanan sebagai bukti. Jika tidak sampai bila pun perkara ini tidak akan selesai.

      Kita @ kami @ orang lain boleh bercakap dan bercakap, menaip berjela-jela luahkan rasa tidak puas hati dengan pengadil sejak dulu sampai hari ini, perkara yang sama berulang. Pengadil dan pengadil. Jadi jalan penyelesaian mudah, FAM pernah mengeluarkan kenyataan, jika tiada laporan FAM tidak tahu menahu. Betul jugak, kalau kita setakat cakap tanpa mengikut prosedur laporan dan buktinya sia-sia je la.

      Harap PAFA ambil tindakan sewajarnya. Pada saya ini memang sudah keterlaluan. Patut la pengadil kena baling dalam kat Malaysia ni, sebab itu je hukuman yang penyokong boleh bagi. Lepas tu bercakap, menaip, itu je.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Dalam kata mudahnya, pengadil semalam 'membantu' pasukan Perlis dalam beberapa keputusan yang kritikal. Ini memang mampu menggangu konsentrasi pemain tambahan pula ramai yang 'berdarah muda'.

        Ada situasi terjadi semalam di mana Fakri menerjah Shafuan Adli di tengah padang dan rentetan dari itu nyaris lagi berlaku 'Royal Rumble' di kalangan pemain-pemain lain.

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. fadly

      salam

      wow selepas baca apa yang sedara san cakap, begitu teruk mutu pengadilan semalam.. adoi.. memang melampau la pegadil semalam..cari penyakit lak tu..dah la Perak home..hope fam dapat la buat sesuatu..

      tentang game semalam,memang puas hati..Perak banyak mencabar pertahanan Perlis semalam..hope Perak dapat buat lagi terbaik dari semalam.. next game diharap Perak beri tentangan yang lebih baik punya.

      skor yob skor..
      kejo yob kejo..
      word life..

      salam

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. paeh93

      teman sedikit pon tidak kecewa atas kekalahan ini.. kekalahan Perak adalah kekalahan yang bermaruah.. teman kecewa dengan mutu pengadilan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam....

    Teman teramat berpuas hati dengan mutu permainan yang dipersembahkan oleh pemain pemain kali ini.Inilah baru dikatakan permainan bola sepak Profesional mampu mempamerkan corak permainan yang penuh bergaya dan mampu untuk melakukan gerakan gerakan yang mampu menewaskan pihak lawan.

    Cuma teman tidak puas hati dengan tindakan tindakan pengadil yang sememangnya tidak layak untuk mengadili kejohanan kejohanan yang besar seperti ini. Teman setuju dengan kata kata yang ditulis oleh Seansan. Apa sudah jadi dengan F.A.M kerana memiliki lagi pengadil yang benar benar dibawah tahap.

    Takkan F.A.M hanya tahu untuk mengutip wang dari pemain yang melakukan kesalahan,sedangkan tiada langsung sebarang denda atau pun tindakan yang tegas terhadap pengadil di dalam malaysia ini.

    Selagi pengadil pengadil seperti ini wujud lagi maka liga malaysia bolehlah dianggap liga Pengadil punya.

    Kepada Pihak pengurusan Pafa diharapkan menghantar surat bantahan secara rasmi ke F.A.M dengan kadar yang segera demi masa depan pasukan bola sepak Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. fazly73

    asalamualaikum.......apabila dapat result kata perak kalah 1-0 mula rasa nak marah....tapi bila mike semua kata mutu permainan secara keseluruhan baik...sejuk hati teman....tapi panas balik bila kata mike semua pengadil teruk!tapi biasa le...penagdil kite kebai ye...erm.....tak pe.....lupakan game ini...bersedia game yang ke hadapan!ayoh....skor yop skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. doyan

    Sedih bila kenangkan semalam Perak kalah.sedih juga kerana tak dapat melihat detik2 kekalahan tersebut kerana dah kahwin nih bertambah lagi susah untuk kerap ke stadium.

    mungkin badi gol belum dapat dipecahkan sepenuhnya.jika mereka dapat bermain dengan penuh semangat...tidak mustahil kemenangan akan muncul jua kelak.aku dah terbayangkan seri je bila dengor radio ipoh semalam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. zizou85

    Permulaan perjalanan liga bagi Perak pada tahun ini agak membimbangkan berbanding tahun lepas.

    Coach Raja Azlan harus memikirkan ramuan terbaik bagi menyediakan strategi terbaik mengubah nasib skuad Perak daripada terus dirundung malang.

    Sememangnya pasukan Perlis tahun ini masih kuat dan buktinya mereka mampu menewaskan pasukan Kedah serta seri dengan Pasukan pilihan iaitu Kelantan.

    Kita masih belum mempunyai pasukan yang boleh mencabar Top 4 dalam liga namun berdasarkan laporan prestasi serta komen pelbagai pihak mengenai perlawanan terakhir menentang Perlis, mengatakan banyak peningkatan dalam corak permainan dan menguasai permainan.

    Perlis mempunyai 4 pemain kebangsaan dan juga beberapa pemain berbahaya terutama winger Syazwan dan defend berpengalaman Fauzi Nan.

    Jika berdasarkan kemampuan pemain pasukan, sememangnya akan memihak kepada pasukan Perlis.

    Harap kita akan terus menunjukkan peningkatan menentang Kedah nanti yang telahpun mendapat suntikan semangat dengan mengalahkan pasukan Kelantan di gelanggan lawan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. belanak

    Salam...

    Kekalahan lepas usah di kenang tetapi tingkatkan usaha kalian untuk perlawanan seterusnya...

    Semoga semangat juang kita tetap terus membara... Diharapkan juga semoga mutu pengadilan untuk perlawanan akan datang tidak seburuk perlawanan lalu...

    Semoga berjaya! Skor Yob Skor!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.