TM Liga Super – Perak Vs Kelantan (review)

TM Liga Super 2009

Selasa 26 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas mencatatkan keputusan seri ketika menentang pasukan Kedah di Darul Aman tempohari, pasukan Perak akan berdepan pula dengan cabaran pasukan Kelantan di gelanggang sendiri pada perlawanan keenam TM Liga Super 2010 malam esok.

Jika berdasarkan rekod musim lalu, Perak tewas pada kedua-dua perlawanan ketika menentang Kelantan namun pencapaian musim lalu tidak seharusnya menjadi ukuran kerana barisan pemain musim ini telah berubah hampir separuh dari musim lalu.

Perak dijangka tidak melakukan banyak perubahan pada perlawanan kali ini kerana momentum pasukan yang berada pada tahap terbaik selepas mencatatkan keputusan seri di Alor Setar walaupun pada suatu ketika dilihat mampu mengejutkan pasukan tuan rumah.

Skuad bimbingan B. Sathianathan ini baru sahaja menang bergaya 4 – 1 ke atas Johor FC di Kota Bharu dan menariknya mereka telah ‘lebur’ di tangan Kedah pada perlawanan sebelum itu di Stadium Sultan Mohd Ke-IV dengan jaringan tunggal dari Azlan Ismail.

Jika berdasarkan kepada perkiraan matematik mudah, pasukan Perak sepatutnya tidak bermasalah untuk menewaskan pasukan Kelantan dengan jumlah jaringan yang baik jika persembahan ketika perlawanan yang lalu menjadi kayu pengukur prestasi.

Ketua Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi mengakui bahawa Perak mampu mencatatkan kemenangan selesa di halaman sendiri kali ini jika para pemain menunjukkan keazaman dan displin yang serupa ketika menentang Kedah tempohari.

“Tanpa Saufi Sa’aidi yang menerima kad merah, kita mempunyai pilihan untuk meletakkan Fauzzi Kassim atau Shahrizal sebagai ‘partner’ bersama Razali yang beraksi dengan baik walaupun belum pulih sepenuhnya dari demam ketika menentang Kedah tempohari”

“Razali Umar pasti menjadi tumpuan utama pertahanan Kelantan yang diketuai bekas pemain Perak, S. Subramaniam namun saya tidak gusar dengan ‘corak’ permainan Subra yang lebih banyak memanaskan bangku simpanan Perak musim lalu” jelas Raja Azlan Shah.

“Saya berharap pemain-pemain Perak yang diturunkan nanti dapat mencatatkan kemenangan pada perlawanan kali ini dan seterusnya melonjakkan kedudukan pasukan ke tangga lebih baik dalam saingan Liga Super” ujarnya ketika mengakhiri perbualan.

Nota: Lintas langsung ulasan perlawanan di shoutbox.

Jadual perlawanan Liga Super – 26 Januari 2010

Selangor vs Johor
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan vs Terangganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur vs Pahang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Pulau Pinang vs Kedah
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

T-Team vs Perlis
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC vs Plus FC (ditunda)
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Kesebelasan Kemungkinan:

Perak vs Kelantan

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kelantan (review)

  1. chuck

    Salam..

    Jika benar semangat player kita tinggi seperti yang dilaporkan oleh rakan-rakan lain. Maka tidak hairanlah kita sebenarnya berada dalam landasan terbaik untuk menjulang setiap piala yang dipertandingkan.

    Kekuatan dalaman inilah yang paling ditakuti oleh setiap musuh. Kita telah pun mengetahui serta mempelajari kekuatan yang ade pada tentera Jepun, Nazi dan pelbagai lagi pedoman serta hikayat yang mampu kita ambik iktibar.

    Setiap dari kekuatan tersebut musti ade satu kata-kata yang mampu menaikan moral serta semangat juang kita. Jadi teman pinta pada fans yang ade malam besok agar tiupan serta laungan semangat bakal bergema dari setiap sudut di dalam stadium menjelang game malam besok.

    Menangnya kita kerana semangat, moral dan unity. Tapi seandainya tewas kita, biarlah dengan semangat serta kederat yang ditabur itu kita (player) rasakan yang terbaik pernah kita sumbangkan. Maka tidak akan ade lagi rasa mengalah serta give-up untuk game yang akan datang. Malahan kita akan berasa lagi lapar, agresif serta dahagakan kemenangan lagi. Jadi berjuanglah seumpama kita sedang Syahid.

    Berjuanglah sebagai abang dan adik, berjuanglah sebagai kekasih serta sahabat dan berjuanglah dengan penuh semangat.

    Kita masih mampu untuk menangkis setiap ancaman serta kekuatan dari pasukan lawan!

    Kekal serta tambahkan lagi momentum pasukan dengan menanam anggapan yang setiap lawan bakal kita jumpa tersebut adelah sama dari segi statusnya. Jangan ade diantara kita yang terlalu respect serta berhati-hati terhadap kemampuan musuh. Terjah musti terjah! Asak tetap asak! Siapa yang menang dialah 'SUPERSTAR' dia jugalah 'WIRA'.

    Ayuh bersama-samalah kita panjatkan doa pada Yang Esa agar dengan limpah kurnianya perlawanan esok malam akan memberikan kita satu jiwa serta semangat melawan yang jitu lagi terpuji.

    PERAK tetap dihati..till the end..

    Salam Qaulan...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Maaf kawan-kawan..teman terpaksa untuk sharring gak dengan coach dalam isu Perak ni..

      Pada teman jika formasi sedia ada malam ini agak goyang (2nd half), posisi Nazri dibahagian wing hendaklah ditolak kebahagian depan (menggantikan Fauzi) bagi assist Razali. manakala posisi wing tadi digantikan dengan Khalis atau pun Isma Alif.

      Jika pada waktu itu keberkesanan yang Hafiz sumbangkan terhad maka, Fauzi Kasim yang bermain dihadapan tadi ditolak bermain kebahagian sayap bagi menggantikan Hafiz Abdul rahman.

      Ini kerana Azmer Yusof kelihatan agak berat dalam posisi wing (Hafiz) tersebut.

      Namun ini semuanya hanyalah sekadar pendapat yang ingin teman kongsikan. Ianya takkan berjaya jika hanya teman yang berkata-kata. Selebihnya terpulang pada hemat serta kebijaksanaan Head coach dalam merencanakan strategi terbaik bagi pasukan.

      Sekian..maaf jika teman keterlaluan..

      PERAK till the end...

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. Lee Jr

    Salam...

    Mengikut pada apa yang Perak pamerkan pada perlawanan menentang Pedah aritu, Raja Azlan mungkin tidak perlu membuat rombakan pada kesebelasan pemain Perak..kekalkan pemain yang ada..cuma perlu mencari pengganti bagi Saufi. Mengikut apa yang teman tau, Shahrizal mempunyai hantaran yang baik..jadi apa kata Raja Azlan menggunakan Razali sebagai penyerang tunggal dan menggunakan 5 midfield untuk memberikan hantaran-hantaran yang bagus pada Razali The Tornado kita.

    Dengan menggunakan 5 pemain midfielder kita mungkin boleh menguasai permainan di bahagian tengah dan boleh membantu bahagian pertahanan..dengan menggunakan counter attack,kita mungkin boleh memberikan kejutan pada pasukan Kelantan disamping kita boleh menyerap setiap asakan lawan bermula dari bahagian tengah lagi..ini pendapat teman yang hanya ingin teman kongsikan dalam SDN..teman ni bukan macam Alex Ferguson..so,kesalahan dalam perancangan ni mike sume betulkan la..

    3 MATA MILIK KITA DI IPOH..
    RED WARRIOR AKAN REBAH DI IPOH..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. dody

    Seperti yang pernah teman nyatakan sebelum ini, Perak mendapat 4 mata setakat ini dan ianya hasil bermain di tempat lawan..So teman harap sangat perak dapat mengutip mata dan ianya mata penuh!!..walaupun dari segi pemain yang ada dalam pasukan Perak dan Kelantan jauh berbeza (kita ini muda2 je..) tapi teman tetap yakin dengan kemampuan pasukan Perak..Kedah pon bole kalahkan Kelantan di Kota Bharu..So Ayuh Seladang Muda..Tunjukkan kehebatanmu...

    P/s : Teman predict Razali 'Tornado' akan score lagi..tapi teman tak nak predict keputusan..hehe

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. belanak

    Salam

    Selamat berjuang dan semoga kita beroleh satu kejayaan di laman sendiri pada malam ini.

    Jangan leka dan lalai. Buktikan kesugguhan dan semangat juang yang tinggi.

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi

    Salam..

    Seperti biasa, preview setiap game pada saya sama saja misi dan mind set nya. Cuma dengan Kelantan kita perlu lebih bersedia untuk hadapi segala kemungkinan. Kelantan pada awal musim tampak goyang dan kurang konsisten. Namun begitu, setelah mereka menemui rentak setelah membenam Johor FC tempohari, mereka semakin yakin untuk meneruskan rentak kemenangan.

    Jangan kita lupa, Perak kini berada dilandasan terbaik untuk menyekat kemaraan mereka meneruskan rentak kemenangan mereka. Saya begitu yakin, setelah dua perlawanan Perak bermain dengan baik sekali, kita bakal meraih kemenangan kedua malam ini. Kemenangan ke atas Kelantan akan meluaskan lagi lebaran perjalanan Perak dengan penuh keyakinan untuk bersaing ke puncak tangga Liga Super.

    Kelantan bukanlah pasukan yang kuat. Cuma tekanan dari penyokong-penyokongnya yang begitu fanatik kadang-kadang membuatkan kita panik seketika.

    Kepada Pemain, tanamkan keazaman untuk bermain sepenuh jiwa, dan anggap perlawanan ini sebagai penentu 'hidup mati' pasukan. Ini adalah 'perlawanan akhir'. Kepada yang dibariskan dalam kesebelasan utama, 'do the best'. Kurangkan kesilapan 'bodoh' yang akan memberi ruang kepada lawan mencipta peluang. Cari gol seawal mungkin yang mana ianya akan menaikkan moral dan meneruskan rentak permainan yang baik.

    Jangan gentar, cipta ancaman yang bertali arus dan serap semua ancaman serangan pihak lawan sebaiknya. Beraksi dengan jiwa yang tenang. Setiap perlakuan harus dilaksanakan dengan penuh fokus dan bermatlamat. Apabila segala berjalan dengan fokus yang 100%, corak permainan akan bertambah cantik dengan hantaran yang tepat dan menemui sasaran yang sepatutnya.

    Saya yakin Perak akan sekat Kelantan malam ni. Mulakan dengan Bismillah (Muslim) langkah kanan tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan buang gemuruh dan gentar dalam diri! Berjuanglah! SKOR YOB SKOR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. gerak_khas_09

    Assalamualaikum....

    Diharapkan pasukan Perak sekali lagi mampu mempersembahkan satu mutu permainan yang menarik seperti ketika menentang pasukan Perlis tempoh hari.

    Seandainya ianya mampu diulangi tidak mustahil 3 mata mampu untuk diperolehi. Anda pemain pemain muda mempunyai kudrat yang tinggi berbanding pasukan Kelantan hampir kesemuanya pemain sudah tua. Kalau diikutkan usia anda yang berhak untuk memiliki 3 mata tersebut. Tetapi itu semua harus dibantu dengan stamina yang tinggi, ketahanan mental yang kuat dan azam yang padu.

    Percayalah kalau ini semua ada pada diri anda mustahil untuk The Red Warriors menewaskan skuad Sang Seladang yang bertanduk tajam.

    Harapan teman kepada semua penyokong moh wei kita ke stadium.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. alipz

    Skor Yob Skor....
    Teman ghairah Menantikan kemenangan kedua...

    Kejor Yob Kejor....
    Slogan lama kami....
    Skor Yob Skor....
    Slogan baru kami...

    Ole..Ole..Ole... Kelantan kena lepas ni...Huhuhu..

    Mantapkan Permainan mike2 semua...
    Teman doakan Perak menjadi pasukan yang CEMERLANG!!!
    Perak No 1 !!!!...

    Ameen....
    PERAK PeaCe..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.