TM Liga Super – Perak Vs Kelantan (result)

TM Liga Super 2009

Selasa 26 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 – 0 Kelantan

Perak hampir mencipta kejutan apabila melayan kunjungan Kelantan pada perlawanan keenam TM Liga Super 2010 malam tadi dengan aksi serangan bertubi-tubi namun skuad kendalian Raja Azlan Shah ini akhirnya akur dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Perak yang memulakan permainan dilihat mengasak hebat seawal separuh masa pertama dengan asakan bertali arus dari barisan serangan yang diketuai oleh Razali Umar yang dikawal sepenuh masa oleh 2 pertahanan Kelantan iaitu S. Subramaniam dan Azizi Mat Rose.

Beberapa peluang keemasan Perak untuk menghasilkan gol dinafikan oleh benteng terakhir Kelantan yang dikawal oleh Halim Napi yang beraksi baik pada perlawanan malam ini menggantikan tempat Syed Adney yang agak goyah pada perlawanan lalu.

Walaupun diserang bertalu-talu, pasukan pelawat turut melancarkan serangan-serangan balas melalui gandingan Hairuddin Omar, Nor Farhan dan Indra Putra namun kekebalan benteng pertahanan Perak dan penjaga gol menafikan percubaan yang dicipta.

Kehadiran penonton ke stadium Perak agak memuaskan untuk perlawanan kali ini apabila dianggarkan kira-kira hampir 4000 orang hadir menyaksikan perlawanan dengan lebih 300 orang penyokong setia ‘The Red Warrior’ turut hadir memberikan sokongan.

Keputusan seri ini adalah baik berbanding musim lalu yang tewas 2 – 3 serta penonton turut disajikan persembahan permainan yang lebih menyakinkan dari pemain-pemain Perak. Sejurus selepas tamat permainan, satu anugerah khas dari kelab Seladang FC telah disampaikan kepada pemain terbaik perlawanan iaitu penjaga gol, Khairul Izwan.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan
Nazri Kamal
Shafuan Adli
K. Nanthakumar (K)
Hafiz Rahman – 1
Shahrizal Saad
Razali Umar – 2

Pertukaran:

Azmeer Yusof – 1
Khalis Ibrahim – 2

Keputusan Perlawanan Lain – 26 Januari 2010

Selangor 6 – 0 Johor
Stadium Shah Alam

Negeri Sembilan 2 – 1 Terengganu
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur 1 – 1 Pahang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Pulau Pinang 0 – 3 Kedah
Stadium Bandaraya Pulau Pinang

T-Team 1 – 0 Perlis
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor FC vs Plus FC (ditunda)
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Likes(0)Dislikes(0)

20 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Kelantan (result)

  1. penangMai

    Salam...nampaknya pasukan perak telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam dalam tiga perlawanan terakhir ini namun kemenangan aje yang belum menjelma..
    persefahaman dalam pasukan dah bertambah baik..apapun malam ni kita dapat satu mata menentang Kelantan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. seansan

    Syabas kepada pemain Perak yang menunjukkan satu permainan berkualiti. Dikhabarkan pemain juga mendapat inisiatif sebaik sahaja perlawanan ditamatkan. Terima kasih pada pengurusan Perak kerana menjaga kebajikan pemain dan mentadbir pasukan dengan baik sekali.

    Paling mengembirakan san ialah kawalan bola 30minit pertama yang dipelopori oleh Perak. Banyak pergerakan pemain Perak disekat ketika hampir memasuki ruang kotak penalti Kelantan, apa tidaknya, tidak sampai 10 minit 4 kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Rentak gendang dari pasukan Kelantan langsung tidak melunturkan semangat pemain Perak yang untuk terus mengasak. Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan agak seimbang dalam melancarkan serangan, kelibat Hairudin Omar, Mohd Nor Farhan, Norshahrul Idlan, Indra Putra mahupun Akmal Rizal hanya kadang-kadang bersama bola kerana Perak cuba sedaya upaya untuk tidak memberi peluang bola melepasi kawasan bahaya Perak. Tahniah kepada semua terutama Penjaga Gol Perak yang benar-benar menunjukkan kewibawaan anda. Tahniah Juga Pada jurulatihnya Megat Amir Faisal. Tahniah Pada Pemain-pemain lain juga, Tahniah pada Jurulatih Perak, Tahniah kepada Pengurus Pasukan, Tahniah pada anda yang hadir ke stadium, Tahniah pada SDN kerana merekodkan user teramai dalam satu-satu masa. Dan Tahniah pada semua lah..

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. paeh93

        assalamualaikum..

        teman berbangga dengan permainan pasukan Perak semalam.. Perak menguasai perlawanan.. pertahanan Perak semalam bermain dengan baik termasuklah Nanthakumar. Cuma teman kesal dengan mutu pengadilan. Teman amat gembira kerana ramai penyokong yang datang semalam..

        kejor yob kejor..

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. winazza

    keputusan yang baik. Namun seri masih tidak memadai bagi memperbaiki kedudukan pasukan Perak dalam carta liga.
    Harap pemain Perak boleh kumpul 3 mata selepas ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. fadly

    assalamualaikum

    wow..wow..wow.. skuad seladang berjaya mengikat team kelantan.. 1 mata yang sangat berharga.. skuad seladang sudah mule menunjukkan peningkatan. sungguh sayang pada masa pertama Perak banyak menyerang..tetapi masih tidak dapat menjaringkan gol..pertahanan Perak yang kental..gol keeper yang bertindak cemerlang..wow..Perak mula melangkah ke arah yang positif..peminat mula datang ke stadium..di dalam web sdn mencecah lebih 300 orang..peminat sudah mula melihat kemampuan Perak..come on Perak..next game tunjukkan yang team kite ini mampu bersaing dengan lebih kuat di dalam liga.3 mata diharap next game.. kejo yob kejo

    amin..
    skor yob skor
    word life

    salam

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      Wow!.. Wow!.. tanpa tiket kelab penyokong, penyokong Perak mencecah 4000 penyokong yang hadir ke stadium malam tadi. Wow!

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. razlan

    salam,

    bagus permainan malam ni. rating teman untuk setiap pemain 6 atau tujuh bintang dari 10 bintang. namun, masih ada kelemahan yang boleh diperbaiki dan tingkatkan lagi mutu permainan anda. jumpa di stadium sabtu ini untuk game menentang Johor FC.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. dody

    Yabedabedu.... mata pertama di laman sendiri akhirnya diperolehi oleh pasukan kesayangan kita. Secara keseluruhannya Perak menunjukkan peningkatan dalam perlawanan ini. Kita semua sedia maklum bahawa Kelantan adalah antara pasukan yang diramal menjadi "contender" dalam Liga super tahun ini. Namun Perak yang hanya di barisi anak-anak muda berjaya mengikat pasukan yang penuh dengan bintang. Tahniah!!!Semoga permainan seperti ini di tunjukkan dalam perlawanan akan datang. Jadikan perlawanan sabtu ini menentang Johor FC sebagai permulaan dan mendapatkan kemenangan pertama di laman sendiri..KEJOR YOB KEJOR!!!!

    Terbaek!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. FiQ

    Salam..

    Tahniah Seladang kerana berjaya mencuri satu mata di tempat sendiri. mungkin tiada 'luck' malam tadi untuk menemui gol kemenangan, tetapi percayalah pasukan Perak sudah menemui keyakinan dan semangat.

    Sepanjang perlawanan teman dapat merasakan Perak gagal menemui penyudah yang sempurna untuk menembusi benteng pertahanan lawan bagi ledakan gol. Pada pendapat teman, dan pengalaman teman, pemain tengah (midfield) adalah arkitek di dalam sesebuah perlawanan bola sepak yang merancang, mengambil peluang dan sentiasa mencipta ruang untuk penyerang menghasilkan gol. Perlu diingat semua pemain boleh mencipta gol, tidak semestinya hanya penyerang sahaja yang mampu.

    Daripada perlawanan bertemu Kelantan, banyak peluang kita perolehi tetapi tiada penyudah yang berkesan dan sekali lagi ingin teman tekankan adalah bahagian tengah yang perlu lebih kreatif dan bijak mencari peluang untuk memburu gol kemengan pada perlawanan akan datang.

    Ayuh Seladang..buktikan kejaguhan kita..Skor Yob Skor

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. zizou85

    Alangkah baiknya kalau keputusan menang yang dicatatkan. Tapi, walau apa pun, kredit to all players sebab boleh menyekat pasukan yang berbelanja besar seperti Kelantan untuk mengalahkan pasukan kita.

    Coach mungkin sudah mendapat 'hint' bagaimana untuk meletakkan pemain terbaiknya setiap pasukan setelah berjaya seri dengan Kedah, pasukan yang tidak pernah dikalahkan atau berjaya diikat di Stadium Darul Aman walaupun ketika era pasukan Perak mempunyai ramai pemain kebangsaan... dan keputusan terakhir seri menentang Kelantan.

    Coach masih mempunyai masalah, iaitu tidak mempunyai pemain simpanan yang begitu mantap. Sebagai contohnya, tiada pemain yang setaraf dengan produktiviti yang dipamerkan oleh key player seperti Razali Umar dan Hafizsuan. Harap2, pasukan Yob akan terus berusaha mencari bakat-bakat baru yang lazimnya sentiasa dihasilkan oleh negeri Perak yang kini ramai antara mereka lebih gemar menjadi pemain bintang di negeri lain seperti Kedah, Selangor dan Kelantan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. chuck

    Salam...

    Berdasarkan pada material yang sedia ada serta semangat juang yang tinggi lalu ianya coach terjemahkan melalui formasi serta taktikal yang bersesuaian,segalanya tampak mudah dan selesa untuk kita semua.

    Selamat untuk segalanya selepas ini juga selamat untuk kebangkitan yang takkan berhenti sekadar di pertengahan jalan.

    Namun harus diingat sekali lagi,kepelbagaian kita dalam mengatur strategi adelah main point untuk kita mengubah setiap keputusan yang telah tertera diatas kertas sebelum sepak mula dipadang dimulakan.

    Sehubungan dengan itu,teman mengharapkan kreativiti head coach untuk terus berkarya lagi bagi mendapatkan hasil serta result yang baik bagi mendapatkan 3 mata penuh untuk next game.

    Insyallah dengan kerjasama semua,rantaian-rantaian yang terlibat bagi membangunkan skuad Perak akan terus bekerjasama sehingga ke akhirnya.

    Cukuplah,sudahlah sampai disini sahaja perselisihan yang telah pun menyelubungi kita selama ini.

    Diharapkan selepas ini kebangkitan kita dalam MSL adelah seperti cendawan yang tumbuh dengan rancaknya selepas suatu hujan panas yang lebat sebelumnya itu.

    Salam perjuangan,salam persahabatan,salam kemenangan....

    Ayuh Perak buktikan kehadiran kita didalam MSL!!! teruskan membuat huru-hara dijiwa pengurusan dan coach pasukan yang bakal menentang kita.Biarkan mereka rungsing,pusing dan jiwa kacau pabila memikirkan lawan mereka adelah PERAK Darul Ridzuan!!!

    Teman,Kita semua masih di sini sehingga keakhirnya bersamamu PERAK ku...

    Salam Qaulan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. syidi

    Salam..

    Walaupun saya tidak menyaksikan perlawanan ini, dapat dibayangkan betapa hebatnya permainan semalam yang dipamerkan hinggakan Kijang gagal tembusi kubu Seladang yang mengamuk!.

    Tahniah! Sudah semestinya rata-rata peminat dan seteru Perak terperanjat dengan keputusan ini. Mana tak nya, Sang Kijang bukanlah calang-calang pasukan. Mereka boleh dikatakan berada dilandasan yang tepat untuk tewaskan Perak semalam. Tapi segalanya telah diubah oleh anak-anak buah Raja Azlan. Tahniah sekali lagi.

    Teringin sangat untuk turun ke Ipoh untuk saksikan kehebatan anak-anak Perak. Secara lojiknya, kita dan Kelantan sama hebat, tidak mustahil kita mampu tewaskan Johor FC nanti. Keyakinan telah ada, ukuran kekuatan sudah boleh dihitung. Johor FC sudah semestinya agak cuak untuk ke Ipoh Sabtu nanti.

    Keep It Up Guy! SKOR YOB SKOR!

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. belanak

    Salam

    Tahniah kepada semua yang terlibat... Semoga kita akan beroleh kemenangan pertama di laman sendiri... Jika di lihat kepada persembahan lepas, tidak mustahil kita boleh mencapai kemenangan pada perlawanan akan datang dengan syarat kita mempamerkan satu permainan yang berkualiti... Cuma di ingatkan agar setiap pemain bermain dengan penuh semangat dan tidak alpa; seandainya kita lalai maka musnahlah harapan kita untuk mencapai kejayaan.

    Semoga persembahan setiap pemain tidak akan tercicir dari landasan yang betul dan kami para penyokong akan tetap bersama Skor Yob Skor. Ayuh, sama sama kita buktikan kepada pihak lawan akan kebangkitan kita pada musim ini.

    Selamat berjuang dan selamat maju jaya!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. doyan

    salam.....

    aku dan isteri dapat melihat perlawanan semalam.rasa sungguh bertuah kerana dapat melihat kebangkitan pasukan kita yang bermain hebat mengekang serangan pemain-pemain hebat Kelantan.

    ada beberapa pemain yang bagi aku menonjol semalam seperti Penjaga Gol kita yang bermain cantik dan bagi aku detik beliau menyelamatkan tendangan percuma Indra pasti akan diingati kerana sudut itu telah banyak memberi tuah jaringan kepada Indra tapi semalam....tidak!.

    Nanthakumar selaku kapten berjaya semalam memimpin pemain-pemain lain dan selayaknya beliau kekal di posisi tersebut.Nazri Kamal sepatutnya diposisi asalnya semalam.kejayaan gandingan pertahanan kita mengekang serangan pihak lawan pasti akan digeruni pihak lawan yang bakal bertemu akan datang,cuma jangan leka kerana pihak lawan pada masa akan datang pasti akan melebihkan try dari jauh.jangan bagi mereka ruang.semalam keputusan Seri yang penuh berharga bagi kita warga Perak.

    Tahniah Skuad Kejor yob Kejor

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Yob Doyan..Mike membuatkan teman membuak-buak bersemangat nak tengok live perlawanan Perak ni. Kalau benarlah bagai dikata, Perak was truly back to the real PERAK!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  13. sunrise

    salam...

    Tahniah kepada semua pemain kerana anda berjaya melaksanakan harapan penyokong dan peminat setia dibelakang anda,walaupun sekadar seri namun anda semua telah membuktikan bahawa pasukan Perak tidaklah boleh dipandang rendah dan tidaklah boleh bermain hanya dengan sambil lewa. Tidak dinafikan ini adalah perlawanan yang terbaik untuk musim 2010 ini namun begitu ball position agak kurang menyerlah sedikit berbanding ketika menentang skuad Perlis yang lalu.

    Tahniah juga diucapkan kepada jurulatih kerana hampir berjaya menjadikan pasukan Perak sebuah pasukan yang harus digeruni dan mampu membuatkan untuk mereka mereka diluar sana bangga dengan pasukan sedia ada.

    Tahniah juga kepada pihak pengurusan PAFA,kerana masih mampu untuk memberi bonus kepada pemain walaupun pasukan tidak menang dan walaupun sumbangan itu hanya sedikit,namun ianya mampu untuk memberi semangat yang baru kepada pemain pemain dimana semangat mereka selama ini telah hilang jauh entah kemana.

    Takziah kepada F.A.M kerana memiliki pengadil-pengadil yang masih lagi dibawah tahap. Ini melambangkan F.A.M tidak profesional dan masih boleh dianggap segala yang dilakukan oleh pihak F.A.M melambangkan dimalaysia tidak langsung memiliki manusia yang mampu menjadi pengadil yang bagus dan bijaksana.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.