TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 30 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Keputusan seri ketika menentang pasukan Kelantan di Ipoh tempohari bakal menjadi azimat buat pasukan Perak yang akan berdepan dengan cabaran pasukan Johor FC di gelanggang sendiri pada perlawanan ketujuh TM Liga Super 2010 malam esok.

Ini adalah perlawanan terakhir buat pasukan Perak dan kebanyakkan pasukan lain sebelum Liga Super berehat sebentar pada bulan Februari ini untuk memberikan laluan kepada pertandingan Piala FA yang bakal bermula pada 2 Februari 2010.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada musim lepas agak pelik di mana pasukan Perak mampu menewaskan pasukan Johor FC di Pasir Gudang dengan jaringan tunggal dari Razali Umar namun tewas dengan jaringan 3 gol tanpa balas ketika di Stadium Perak, Ipoh.

Namun Perak semenjak dari kekalahan tipis 0 – 1 sewaktu menentang Perlis tempohari telah menunjukkan kemajuan demi kemajuan apabila mampu mencipta beberapa kejutan yang menarik antaranya mengikat pasukan Kedah di Alor Setar dan Kelantan di Ipoh.

Dijangka tiada sebarang perubahan berlaku pada kesebelasan utama Perak untuk perlawanan menentang Johor FC ini sambil Perak kehilangan khidmat Fauzzi Kassim di barisan simpanan akibat kecederaan hamstring sewaktu menjalani latihan baru-baru ini.

Raja Azlan Shah ketika dihubungi turut memaklumkan penggantungan 2 perlawanan termasuk denda RM 1,000 dikenakan ke atas penyerang Perak, Saufi Sa’aidi rentetan kad merah yang diterima sewaktu menentang Kedah di Darul Aman sabtu lalu.

“Gandingan Shahrizal Saad bersama Razali Umar di bahagian serangan tempohari, sudah menunjukkan peningkatan yang baik dan saya berharap mereka mampu untuk mencipta jaringan gol pada pertemuan menentang pasukan Johor FC nanti” kata beliau.

“Kita memerlukan kemenangan mutlak untuk memungut 3 mata penuh dan seterusnya melonjakkan pasukan ke tangga lebih baik pada perlawanan terakhir Liga Super ini, sebelum berehat sementara waktu untuk mengharungi kempen Piala FA awal Februari nanti”

“Saya juga ingin mengambil kesempatan menyeru kepada semua penyokong-penyokong dan peminat pasukan bolasepak Perak untuk datang memberikan sokongan padu kepada pemain dan pasukan Perak pada perlawanan sabtu ini” ujarnya mengakhiri perbualan.

Nota: Lintas langsung ulasan perlawanan di shoutbox.

Jadual perlawanan Liga Super – 30 Januari 2010

Pahang vs Plus FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu vs Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs Negeri Sembilan (ditunda)
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin

Perlis vs Selangor
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah vs T-Team
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan vs Pulau Pinang
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Kesebelasan Kemungkinan:

Perak vs Johor FC

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

15 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (review)

  1. sunrise

    salam....

    Teman berharap pemain pemain yang diturunkan pada perlawanan ini nanti dapat beraksi secemerlang seperti ketika bertemu Kelantan Tempoh hari.

    Seandainya pemain pemain masih berjaya melakukannya ianya akan membuktikan pada pihak media bahwa pasukan Perak bukanlah sebuah pasukan Hingusan sepertimana yang telah dikeluarkan didalam akhbar selepas perlawanan Menentang skuad The Red Warriors.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam...

    Pada skuad Perak,teman mengharapkan rentak kecemerlangan dapat diteruskan lagi menjelang pertemuan menentang 'Sang Lebah'' pada malam besok.

    Ade perkara yang masih belum kita selesaikan lagi.Masih ingatkah kita akan keputusan seri 1-1 dengan mereka pada saingan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia last season.Di mana keputusan yang terpaksa membuatkan kita berputih mata dari terus melangkah ke peringkat yang seterusnya.So,malam besok ''we will pay for it'.Insyallah...

    Pada player,berjuanglah selagi terdaya.tatkala nafas dan jantung masih berdegup serta tatkala bola masih dikaki anda.Ayuh Perak ku,tunjukkanlah pada kami wajah yang bersinar persis cermin yang menyuluh di lembah nestapa.Yakni kemenangan yang selama ini kita tagih.

    Pada fans semua,kalian semua dijemput hadir serta mengimarahkan lagi stadium Perak di Ipoh bagi memberikan suntikan semangat serta dorongan pada skuad kita.Jika penyokong setia Johor FC di Johor dan sekitar Klang Valley mampu membuktikan ketaatsetiaan mereka pada skuad yang tidak berbelah bahagi,mengapa tidak kita?Kita as a 'home fans'' sudah semestinya kita menunjukkan satu suasana yang lebih hebat serta menuntut kita untuk lebih berkorban daripada itu lagi.

    Teman predict kita menang lebih dari 3 bijik.Insyallah…prediction tersebut bukannya sukar bagi kita untuk terjemahkan pada result serta reality sebenar.

    Perak boleh! Malaysia boleh! SDN pun boleh!!!

    Salam perjuangan,salam semangat serta salam persahabatan.

    Salam Qaulan..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. phatly

    Salam semua..
    Teman berharap pasukan kita dapat tunjuk taring yang sudah makin tumbuh untuk tewaskan sang jengking itu.Biar pasukan pelawat payah nak tunduk kan skuad yang dibimbing coach yang spoting tu.Skor Yop Skor..moga pasukan kita perolehi mata penuh sebelum berehat untuk memberi laluan pada piala FA.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. dody

    Selamat berjaya Perak.....Ini adalah 1st game yang bermain di ipoh pada hari sabtu musim ini. insyaAllah teman akan turun!!! kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. doyan

    salam....
    bagi aku,skuad nih sudah hampir lengkap tapi kalo ada penyerang yang setanding Razali tentu lengkap dah cuma ini yang kita ada.
    hari tuh,hantaran terus kepada Razali banyak dipatahkan oleh Subra dan Azizi. Mintak-mintak ler pertahanan Johor FC tak sekebal mana.harapkan Hamzani jer otai deme

    Keseluruhan nyer...teruskan momentum,insyaallah...peminat-peminat Perak pasti akan kembali

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. faz_lampard

    teman pun turun ..
    dapat jugak balik tengok perak ...
    harap perak main bagus-bagus
    sebab teman nak tengok ..
    hehehe

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      Tempat gendang tuh kat mana? minggu lepas kelantan ada lah gendangnya. minggu ni tak tahu lak kot Johor FC pun bawa gendang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. belanak

    Salam

    Semoga sinar kemenangan akan bersama kita, InsyaAllah berkat kesungguhan serta semangat juang yang tinggi.

    Ayuh...Skor Yob Skor...Bangkitkan semangat kemenangan!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Dr Kampung

    Perak Darul Ridzuan... Pasukan yang tidak pernah jatuh ke Liga Perdana atau Divisyen 2... Tapi apa guna sekiranya kita tidak merasa berada dipuncak Liga Super... Ayuh yob & yong semua. Kita penuhkan stadium Perak malam ini. Kembalikan kegemilangan bola sepak kita kerana kita adalah pemain ke 12.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.