TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 30 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 – 3 Johor FC

Harapan menggunung yang dijelmakan oleh peminat pasukan Perak malam tadi berkecai apabila skuad seladang tumpas di tangan pasukan Johor FC dengan jaringan 3 gol tanpa balas pada perlawanan ketujuh TM Liga Super 2010 di Stadium Perak, Ipoh.

Dengan berpakaian serba baru jersi harimau belang dari penaja gagal membantu pasukan Perak yang turun beraksi dengan persembahan cukup hambar berbanding ketika tewas kepada pasukan Perlis dan mengikat pasukan Kedah serta Kelantan tempohari.

Tempo permainan pasukan Perak cukup perlahan seolah-olah bermain di tempat lawan manakala Johor FC pula bertindak garang dengan mengawal hampir keseluruhan permainan melalui pemain lincah mereka, Eddy Helmi Manan yang banyak membuat gerakan.

Gol pertama pasukan Johor FC hadir pada minit ke 41 melalui hantaran silang dari sebelah kanan pintu gol Perak oleh Eddy Helmi Manan dan mudah ditanduk oleh Mohammad Khairul yang berada di sebelah kiri untuk gol pertama pasukan pelawat.

Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan kekal pasukan Johor FC mendahului pasukan Perak dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Kehadiran penonton ke stadium agak baik apabila menyamai bilangan yang hadir ketika menentang Kelantan tempohari.

Bermula separuh masa kedua, permainan pasukan Perak masih tidak banyak berubah dengan pasukan pelawat menambah satu lagi gol pada minit ke 66 hasil hantaran lintang dari sebelah kiri oleh Eddy Helmi yang disudahkan oleh Zulhissyam Jamaluddin.

Tersentak dengan gol kedua tersebut, Razali Umar berjaya melarikan bola secara solo hasil hantaran lambung dari rakan di tengah dan hanya berdepan dengan penjaga gol namun tendangan beliau berjaya dikeluarkan oleh penjaga gol Johor FC, Anis Faron.

2 minit sebelum masa sebenar permainan tamat, Eddy Helmi pula berjaya meloloskan diri melepasi pemain pertahanan Perak dan mudah menolak masuk bola menewaskan penjaga gol Perak, Khairul Izwan untuk gol ketiga pasukan Johor FC malam itu.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan
Nazri Kamal – 3
Shafuan Adli
K. Nanthakumar (K)
Hafiz Rahman – 2
Shahrizal Saad – 1
Razali Umar

Pertukaran:

Khalis Ibrahim – 1
Isma Alif – 2
Azmeer Yusof – 3

Keputusan Perlawanan Lain – 30 Januari 2010

Pahang 2 – 1 Plus FC
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu 2 – 0 Kuala Lumpur
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs Negeri Sembilan (ditunda)
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin

Perlis 1 – 1 Selangor
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kedah 3 – 1 T-Team
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Kelantan 3 – 1 Pulau Pinang
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Likes(0)Dislikes(0)

18 thoughts on “TM Liga Super – Perak Vs Johor FC (result)

  1. Yashurr Yazurry

    Salam..

    'Harapan Palsu' yang dihidangkan buat penyokong-penyokong yang hadir
    ke stadium semalam, mana tidaknya
    harapan untuk melihat kecemerlangan dan corak permainanan yang mantap
    ketika menentang Kelantan tempohari hanya tinggal harapan...

    Aksi yang lemah dan permulaan yang perlahan membuatkan penyokong-penyokong
    tertanya-tanya, betul ke pasukan ini yang mengikat Kelantan tempohari??

    Rata-rata penyokong kecewa dengan kekalahan besar semalam,
    beberapa orang pemain yang bagi teman harus di 'perhatikan' gerak gerinya,
    Iaitu pemain yang paling bersih bajunya semalam iaitu kedua-dua
    pertahanan kita Hafiszuan dan Syazwan..
    Dan kedua-dua gol Johor FC berpunca dari aksi sambil lewa mereka..

    Kemasukan Khalis apabila menggantikan Shahrizal tidak memberi sumbangan
    pada skuad seladang, dengan kawalan yang lemah ditambah pula dengan idea
    yang kurang bijak apabila membuat hantaran, hanya membuatkan Razali
    kepenatan mengejar dan menanti bola dari beliau..

    Nazri Kamal juga agak kurang menyerlah malam semalam,
    seperti tiada idea dan banyak kehilangan bola...

    Persoalan bermain difikiran kami apabila Hafiz dikeluarkan,
    mungkin kepenatan sedangkan beliaulah yang banyak membuat hantaran
    yang merbahaya ke pintu gol Johor FC...

    Tidak dinafikan kemasukkan Isma sedikit sebanyak memberi impak terutama
    dibahagian sayap, namun tidak cukup dengan kesungguhan beliau sahaja
    sekiranya pemain lain terutama pertahanan tadi bermain sambil lewa..

    Perak beraksi dengan 5 pemain tengah semalam, namun yang menguasai
    dibahagian tersebut adalah Johor FC..

    Dimana silapnya?

    15 minit terakhir, Perak bermain dengan 3 orang pertahanan..
    kelihatan Hafiszuan naik ke atas membantu bahagian tengah..
    Namun hasilnya tiada.. dan beliau lambat turun ke posisinya apabila
    diserang...

    Dimana silapnya?

    Maka dihukum oleh Johor FC dengan gol ketiga...
    Agak mengecewakan...

    Ini bukan aksi sebenar seladang...
    Ayuh pemain-pemain semua...
    Beraksilah dengan jujur....

    Diharap Coach dapat berbuat sesuatu..
    jadikan kekalahan semalam pengajaran yang keempat buat kita
    setelah kita diajar dengan 3 kekalahan sebelum ini..

    Ayuh seladang kembalikan maruahmu...
    Bangkit Seladang Bangkit!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      salam..

      rasa-rasanya semua pemain harus keluar dari mimpi dan dicadangkan agar semua pemain sertai kursus bina semangat (team building) untuk naikkan kembali semangat juang dalam pasukan... bak kata pepatah... manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyungnya!

      fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah...
      tepuk dada tanyalah hati!

      ingat slogan keramat ini..

      apa yang penting?? Kerjasama..
      apa yang penting?? Kerjasama..

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. dody

    sedih tetapi tak perlu meratap sangat,,kena buat perubahan..liga akan berehat selepas ini..teman yang berada di stadium begitu kecewa sama seperti penyokong lain yang menaruh harapan menggunung...apa bole buat..dari pemerhatian teman semangat berpasukan langsung tiada dalam perlawanan ini..sedih2..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. megatvader

    Assalamualaikum.....

    Apapun keputusan teman tetap berdiri teguh di belakang skuad seladang... cuma yang menjadi persoalan teman, mengapa persembahan Perak di luar Ipoh agak baik jika hendak dibandingkan dengan persembahan di Ipoh? Kepada coach diharap anda terus lakukan post mortem agar dapat mengenal pasti apakah permasalahan sebenarnya yang membelenggu skuad Perak...Kepada pemain2 teman harap anda semua bangkit dan sedar... anda di dunia yang nyata bukan khayalan.... Bangkitlah demi seluruh rakyat Perak yang sentiasa mengharapkan anda semua mencapai kejayaan pada setiap perlawanan.... BANGKIT SELADANG.......!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. abgmie

    salam....

    teman rasa dah lama benor teman tak bagi komen dan pendapat. Tapi semalam adalah adalah igauan ngeri teman datang ke stadium...teman tak kata team kite tak bagus...tapi ape dah jadi dengan pemain pemain yang pernah bermain pada musim lalu...Nazri Kamal contohnya, Syazwan dan yang lain...nak kate deme ni baru teman rasa idak...tapi ape dah jadi...betul le kata kekawan teman tak payah datang mesti kalah, dek sebab bolasepak ni dah jadi darah daging teman, walaupun penat seharian teman datang juga...tapi...harapan tinggal harapan...

    memang la betul kata seorang penonton kat teman,teman baru datang hari ni (game Perak Vs Johor FC)...tapi apakah itu alasan teman tak boleh nak komen langsung team kesayangan semua ni...main cacamerba macam budak baru belajar formasi...apa semua ni...jika ditengok cara permainan si kuda tua pihak lawan tu...teman rasa bebudak ni harus sedar main guna akal dan bukan guna emosi...dimanakah perasaan pihak pengurusan terhadap fans ????? tepuk dada tanya la akal...

    kalau tak mampu nak urus tadbir dengan baik elok le kome ni sapu punggung...kesian dengan penyokong yang hadir...teman tak hairan ada fans yang maki team semalam...memang betul tak sepatutnya fans mengeluarkan kata kata macam tu...tapi...cuba fikirkan,fans datang nak tengok team main dengan baik dan cemerlang kalau menang tu satu bonus...tapi apa yang kita tengok adalah permainan dibawah tahap sebenor pasukan...anak teman yang baru sepuluh tahun pun tahu dua kesilapan pertahanan hingga lawan dapat 2 gol mudah...

    jadi kepada team Perak...muhasabahlah diri...halal ke duit yang diterima jika kita main sambil lewa.sedarlah kome semua dibayar gaji...main la demi untuk negeri Perak tercinta...semoga kekalahan kali ini menyedarkan pemain dari lamunan dan binalah kejayaan....insyalah Perak boleh...

    akhirkata kepada semua warga SDN teman minta maaf kalau ayat yang teman katakan disini terlalu...sangat.

    ikhlas dari teman....Perak 4ever

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. anak jati Perak

      Salam sekuntum senyuman.......

      Buat pertama kali dalam sejarah saya melakukan coretan dalam Web Site ini,Dimana sebelum sebelum ini saya hanya melihat dan mengkaji apa yang telah dicoretkan oleh rakan rakan sekalian...

      Tetapi kali ini bagi saya yang kurang bijaksana benar benar tidak bersetuju dengan coretan saudara Abgmie.Apaka rasionalnya mempersalahkan pihak pengurusan yang kononnya mereka ini tidak mentadbir pasukan dengan baik?. Sepanjang penglibatan saya dalam menjadi penyokong dan pemerhati bebas dalam dunia sukan bolasepak sepanjang kira kira 20 tahun,mereka ini boleh dikatakan mentadbir dengan cara yang baik dan jujur dalam menjalankan tugasan mereka.

      Kita sebagai seorang penyokong janganlah hanya pandai berkata-kata, apabila pasukan mengalami kekalahan,apabila pasukan mengalami sindrom permainan yang menghampakan,lantas kita terus memperlekehkan corak pentadbiran, corak pengurusan dan corak pendidikan terhadap pemain pemain.

      Pernahkah kita semua duduk berbincang sama-sama mengenai masalah mentaliti pemain itu sendiri? Cuba kita tanya pada diri sendiri, seandainya anak kita kurang sopan dalam setiap tingkah-laku mereka,kenapa kita tidak menyalahkan diri kita sendiri.Saya tidak pernah mengenali saudara. Tetapi dari coretan dan komentar saudara menampakkan bahawa saudara memiliki agenda tersendiri,bukan kerana menyayangi pasukan ini seikhlas hati.

      Pernahkah saudara bertanya kepada pihak pengurusan,pernahkah mereka mengabaikan kebajikan pemain-pemain?. Sepanjang pemerhatian saya mereka ini walaupun kurang penajaan dan sokongan,mereka tetap berpendirian teguh salah satu cara yang dapat kita semua perhatikan di stadium, terutama selepas perlawanan walaupun sekadar seri pemain-pemain masih mampu menerima wang bonus. Kalau kita lihat corak pemerintahan pasukan yang lain, hanya kemenangan sahaja mampu untuk pemain pemain perolehi wang bonus.

      Tolong jadi seorang komentar yang berwibawa.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. abgmie

        salam yop...
        teman minta maaf le kalu mike rasa teman komen tu menyakitkan hati....bagi teman takde agenda tersendiri....ni semua luahan hati kekawan yang datang ke stadium hari tu...insyalah lepas ni teman akan kaji dulu..baru bagi komen...maaf le yop..kita manusia biasa...
        salam perakian...

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    salam..

    sayang seribu kali sayang... tatkala kita ber iya-iya untuk sinar kemenangan namun apakan daya... hanya kerana becak, kita kalah! tidak sama sekali di duga dan bukan kerana becak tetapi sikap pemain itu sendiri yang harus dipersoalkan, mengapa sukar sangat untuk menghadiahkan sesuatu kepada kami para penyokong... setakat ini masih lagi tiada kemenangan di laman sendiri.

    apakah yang terjadi kepada semangat sepasukan? apa yang terjadi?? semoga pemain bertawakal dan berbincang sesama sendiri serta luahkan semasa port mortem bersama coach... jangan berikan harapan palsu kepada kami, serlahkan kesungguhan kalian dalam setiap perlawanan.

    bangkitlah wahai seladang! anda bukan bermimpi! sedarlah dan bangunlah segera!! jangan bermimpi di siang hari... kami mahukan kemenangan dan persembahan yang menarik... jangan hampakan kami semua!

    ingat slogan ini..
    apa yang penting?? Kerjasama...
    apa yang penting?? Kerjasama...
    fikir-fikirkanlah...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. zizspider

    rasanya coach pun kena tukar ni..teman idak le nak puji Karathu tapi masa dia idak le kalah memanjang tempat sendiri. Fikir..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. doyan

    salam...

    tak tau ler apa kena pemain-pemain Perak semalam.segalanya serba tak menjadi.Nantha sahaja pemain yang bernilai semalam selain Razali yang terkontang kanting kat depan nunggu bola.dapat bola pun sekali jer dia leh try tapi keeper lawan dapat tepis.satu hantu muncul yang menyebabkan timbul kegerunan pemain-pemain kita iaitu...Eddy Helmi.Pemain takut bebenor macam nampak hantu kot pasey tak dapat nak tackle dia.ate...idak pulak Eddy Helmi tuh tersangkut bola kerana padang becak ???

    kesimpulannya pemain kita bagi aku lemah kepada semangat melawan.bila dah kena sebijik mula la moral down.ditambah pulak dengan padang lepas hujan...lagi ler deme ghaplah.Jurulatih kena la kena buat sesuatu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. bobiNHo84

    Salam...

    Perlawanan dengan Johor fc malam tadi bukan makin meningkat, malah makin menurun jika nak dibandingkan dengan perlawanan dengan Kelantan..teman pun tak tau nak bagi pendapat ape lagi..semua kelemahan yang ade rasenye semua peminat SDN dah tegur dan bagi tau..ade perubahan mase lawan Kelantan, tapi permainan malam tadi saling tak tumpah mase Perak lawan Terengganu sebelum ni.

    Kecewa dengan persembahan Perak sebenarnya..main takde hala tuju...stamina langsung takde...tu pasal main tak 100% semangat sebab tak cukup stamina..main pun takut2 nak gunakan sepenuh tenaga sebab stamina takde..belum masuk separuh masa kedua dah ade pemain yang cekak pinggang dan tercungap-cungap.

    Kepada Raja Azlan, tolong perhatikan pemain nombor 10, 11, 13, 15 dan 16...adakah layak diorang ni main bola sepak untuk negeri Perak????

    Ape2 pun, masih banyak kelemahan team kesayangan kite ni....terlalu banyak kelemahan dan kepincangan di dalam pasukan PERAK.

    Di dalam dunia sekarang wang adalah segalanya...lihat sahaja Kelantan dan juga Selangor mempunyai pihak pengurusan yang baik tidak seperti Perak yang masih terumbang ambing dengan masalah kewangan...sekiranya Perak mempunyai kewangan yang stabil, teman yakin mesti ramai pemain yang terbaik berminat untuk bermain dengan PERAK...fikir2kanlah...

    Wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. doyan

      no 13 tuh ok lagi, mungkin Wan Azwari kurang sikit main nyer tapi no 16, Khalis tuh teruk. No 10, Nazri tuh tak patut dia main lama sangat kalo dah nampak dia tak menjadi. aku rasa la...kena ada Saufi jugak partner ngan Razali

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. YangIkhlas

    YangIkhlas amat kecewa dengan persembahan pasukan Perak. Jumlah penonton yang agak ramai di stadium (mungkin disebabkan perlawanan malam minggu) juga tidak dapat membantu para pemain untuk mencapai kejayaan. Kecewa bukan kerana kekalahan tetapi mutu persembahan yang amat mengecewakan. Bermain seperti tiada halatuju yang pasti dan percaturan taktikal yang haru- biru. Menang kalah adalah adat permainan tetapi biarlah kalah selepas mempamerkan mutu permainan yang terpuji.

    Para pemain Perak untuk tahun ini bukanlah pemain baru yang mula bermain untuk tahun ini tetapi majoritinya adalah dari skuad musim 2009 yang lalu. Yang baru adalah jurulatihnya sahaja. Seharusnya mereka sudah punyai pengalaman dan kemampuan untuk mengharungi musim pertandingan musim ini dengan lebih baik lagi. Kecuali satu dua orang pemain kebanyakkan pemain yang ada seperti bermain mengikut sesedap rasa sahaja.

    Diharapkan tempoh rehat yang ada selepas ini dapat digunakan oleh pihak pengurusan untuk mencari idea dan ilham agar prestasi pasukan negeri Perak akan kembali meningkat apabila pertandingan Liga Super bersambung semula nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. gerak_khas_09

    Assalamualaikum...

    Pada pandangan teman corak permainan yang dipamerkan menampakkan seperti ada sesuatu yang tidak kena.Mana tidaknya boleh dikatakan pemain yang bermain pada musim ini hampir kesemua adalah pemain pemain yang bersama ketika dimusim lepas,mereka ni kalau nak kita lihat sebenarnya deme nie hebat hebat belaka tapi pada perlawanan kali ini menampakkan deme deme nie macam teramatlah mentah dalam permainan bola sepak.

    Haruskah kita persalahkan jurulatih apabila setiap kali kalah dalam perlawanan. Haruskah kita menyalahkan penyokong kalau deme nie menghina,mengherdik pemain pemain. tepuk dada tanyalah jiwa.

    Malu teman kerana dalam liga malaysia ini masih lagi memiliki pemain pemain yang tak reti tendang bola,tak reti nak control bola dan pemain pemain ni macam takda stamina langsung.

    Kalau macam ni punya permainan,jangan harap rakyat negeri Perak nak merasa tengok piala pulang kenegeri ini. Yang teman heran,kenapa pemain pemain nie tak tau nak baca game lawan, asal dapat bola terus deme pam ke Razali.macam deme ni baguih tendang bola asal pam terus dapat kat kaki Razali.

    Bagi teman pemain pemain sedia ada memang tak layak digelar pemain Profesional.elok deme deme nie hanto balik kampung keje toreh getah lagi bagus. Yang paling teman heran pemain pemain ni gaya macam bintang EPL, ada yang bersubang,rabut terpacak,pakai lilit kat tanganlah kat kaki lah,tapi takkan tak reti reti bila time padang basah pakailah kasut yang sesuai,ni tidak pakai kasut sama macam main kat padang kering,tu sebab bila lari sikit jatuh macam nangka busuk.

    Teman sempatlah menyembang ngan beberapa penyokong. Dikhabarkan masa game game yang lepas reti deme nie main baguih,mungkin perkara nie perlu diselidik oleh coach.Kami antara sekelompok yang berkumpul kat kedai mamak Ampang berpendapat, Harap harap coach bagi rehatlah kat Pemain jersi no 6 dengan no 8 tu,pasal deme la team boleh kene bolos.Udahlah gol gol tu masuk macam Perak nie main 2 orang jer.Kepada coach tolonglah kalau nak tengok team nie duduk kat atas dengor la keluhan dan pendapat kami.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. YB

    Bila team kalah je ramai yang mengamuk, itu dah biasa pada teman sebab penonton memang mahukan yang terbaik dari pasukan. Masalah utama game Perak vs Johor FC ialah majoriti pemain beraksi di bawah tahap sebenar kemampuan mereka. Tak tahu apa yang mereka fikirkan tapi hakikatnya macam tu lah.

    Tapi yang teman pelik ada juga sahabat-sahabat kita yang macam cuba nak menangguk di air keruh. Kenapa perlu membuat rombakan pada pihak pengurusan kalau pasukan kalah? Adakah mata kome semua buta siapa yang main elok sape yang tak main elok?.

    Tak perlu nak tumpang gah dengan pasukan bajet besar macam Kelantan atau Selangor. Deme pun bukan kebal, kalah jugak pada pasukan bajet ciput macam kita. Selangor siap kena 4 bijik lagi dengan Terengganu. Kelantan kat tempat sendiri pun kalah dengan Kedah. Mana relevannya bajet besar yang kome agung-agungkan tu?.

    Masa musim-musim dulu zaman era pemain-pemain hebat dan bintang-bintang takde pun kita menang piala yang hebat. Paling kuat pun Piala Sumbangsih je, takde pulak timbul isu nak suruh sape-sape letak jawatan.

    Masalah desakan timbul bila gaji tak berbayar, kebajikan tak berjaga dan bermacam-macam lagi masalah yang berpaksikan DUIT. Pengurusan sekarang yang teman tahu takde pulak berhutang lagi dengan pemain sedia ada. Kot hutang dengan pemain dulu masa zaman orang lain buat hutang itu teman tau.

    Masa seri dengan Kelantan di Ipoh pun setiap pemain dapat duit bonus. Ada ke team dalam Liga Malaysia kita ni bagi bonus pada pemain yang mencatatkan keputusan seri?. Itu yang teman nak kasitau kat sini pada kome-kome yang hantor komen tu supaya guna 'akal' kalau nak buat posting. Jangan 'EMOSI' tak tentu hala kalau team kalah.

    Dan yang paling penting sekali jangan biarkan diri kome di kambing hitamkan untuk kepentingan peribadi orang lain yang tak tahu mana hujung pangkalnya. Muhasabah le diri sendiri sama. Memang sengaja pihak admin SDN siarkan komen-komen yang tak membina dan 'EMOSI' tuh selagi mengikut peraturan yang ditetapkan.

    Masalah team Perak sekarang ni beberapa pemain 'key' yang patut mampu bermain dengan baik tetapi tiba-tiba boleh jadi macam 'haram' permainan deme. Ini yang perlu kita kenal pasti kenapa dan mengapa boleh jadi macam ni?. Kekalahan pasukan Perak tempohari takde kena mengena dengan Pengurus yang janggut panjang tu atau Jurulatih yang ada darah keturunan diRaja.

    Ini semua salah pemain sendiri, FULL STOP !!!!.

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. sunrise

    salam.......

    Apakah yang telah terjadi wahai pemain pemain.
    Mungkinkah ada sesuatu perkara yang menyebabkan anda semua tidak mampu berada ditahap yang sebenar. Sakit telinga teman duduk kat stadium asyik dengar orang menghina tentang anda. Itu baru teman yang dengar,bagaimana pula dengan perasaan ahli keluarga anda.

    Memang benar setiap manusia tidak mampu lari dari hakikat bahawa setiap waktu dan setiap saat diri kita akan sentiasa berubah rubah,tapi kalau boleh kita kenalah sentiasa bersiap sedia dalam apa jua situasi demi mengekalkan reputasi diri kita terus berada dilandasan yang tepat. Terutama kepada pemain yang benama Hafiszuan dan Shazwan Roslan,rata rata ramai yang menyalahkan anda,tetapi teman faham, mungkin ada sesuatu yang telah menggangu emosi anda berdua.

    diharapkan perlawanan selepas ini anda buat satu perubahan demi memartabatkan maruah diri dari terus dicaci.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. syidi

    Salam..

    Permainan adalah pemain. Pemain mencorak permainan. Permainan yang hampeh dicorak oleh pemain yang memang hampeh. Itu saje.

    Semua perlawanan boleh dikatakan sama saje. Pemain tetap sama, sama la jugak dengan Coach. Coach hanya merencana dan menyusun strategi yang sesuai. Menang atau kalah berhubung kait dengan corak permainan yang berkait rapat dengan mentaliti pemain ketika itu. Fokus yang 'ke laut' akan membuatkan pemain perform entah apa-apa. Normal as a human. Betul tak?

    Jadi, Saya nak bagi tau pemain-pemain. Kita ni orang Asia lebih terperinci lagi orang Malaysia. Orang Malaysia ni sebenarnya Mat saleh takut kalu berperang dengan kita. Sejarah dah membuktikan, Komunis pun letak senjata yob. Sampai sekarang , 'orang luar' respek orang Malaysia yob. Sebab ape?

    Sebabnya, SEMANGAT JUANG! Kenape tak percaye? Cuba kalau ada member kita kena belasah. Apa kita rasa? Kalau saya rasa GERAM! Cepat-cepat nak pegi tolong, kan? Kalau zaman komunis dulu...BENG!!! Member kena tembak, bukan nak pegi kat member menangis ke ape, tapi tiba-tiba darah naik 'menyinga' macam harimau terluka, sanggup redah hutan mengkuang cari musuh yang tembak member tadi.

    Dari situ, harap pemain-pemain faham apa yang cuba saya terapkan dalam minda kita. MELAWAN!! Ketika BERLAWAN!! Jangan melawan masa training, itu salah. Jadikan sesuatu yang pedih, sakit sebagai cabaran!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.