TM Liga Super – Pahang Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 9 Januari 2010
Stadium Darul Makmur
8:45PM

Perlawanan pembuka tirai, Liga Super 2010 pasukan Perak adalah menentang Pahang di Stadium Darul Makmur malam esok. Namun barisan serangan skuad seladang kehilangan khidmat penjaring terbanyak musim lalu, Razali Umar kerana penggantungan.

Kedudukan beliau untuk perlawanan seterusnya masih samar-samar kerana Jawatankuasa Displin FAM hanya bersidang pada 10 atau 12 Januari ini. Menurut sumber, penggantungan beliau adalah rentetan masalah displin sewaktu menyertai kem kebangsaan tempohari.

Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN sebentar tadi turut mengesahkan hanya 20 orang pemain menyertai pasukan ke Kuantan. Selain Razali Umar, nama Benedict Martin turut tercicir dari senarai pemain yang bertolak pagi ini.

Ketika mengulas lanjut tentang ketiadaan Benedict Martin, Raja Azlan memberitahu bahawa Benedict tidak hadir beberapa hari pada sesi latihan pasukan selepas memohon cuti selama 2 hari tempohari dan sehingga berita ini ditulis kelibat beliau masih lagi tidak kelihatan.

Raja Azlan yang optimis tentang keupayaan pasukan turut berharap pemain-pemain lain dapat memberikan persembahan terbaik mereka untuk mengutip 3 mata penuh ketika menentang pasukan Pahang walaupun tanpa kehadiran Razali Umar di bahagian serangan.

“Musim lalu (2009) adalah waktu untuk pendedahan kepada pemain-pemain muda skuad Perak dalam Liga Super dan kini tibalah masanya untuk mereka menonjolkan diri sebagai pemain yang berwibawa dalam kancah Liga Super 2010 pula” tegas Raja Azlan.

Tugas pengempur kini terarah antara 3 pemain iaitu Saufi Sa’aidi, Fauzi Kassim dan Shahrizal Saad manakala barisan pemain-pemain lain tidak mengalami banyak perubahan dengan Megat Amir bakal bertindak sebagai penjaga gol dan K. Nanthakumar sebagai ketua pasukan.

Kesebelasan Kemungkinan:

Megat Amir (PG)
K. Nanthakumar (K)
Hafiszuan
Wan Azwari
Syazwan Roslan
Khalis Ibrahim
Mohd Nazri Kamal
Shafuan Adli
Isma Alif
Shahrizal Saad
Saufi Sa’aidi

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “TM Liga Super – Pahang Vs Perak (review)

  1. syidi

    Salam..

    Inilah masa yang dinanti-nanti. Saya yakin semua penyokong setia Perak menaruh harapan yang lebih tinggi musim 2010 ini. Ini kerana, musim lalu seperti kata Coach Raja Azlan, musim lalu pemain-pemain muda Perak telah diberi pendedahan yang bermakna dan kini tibalah masanya untuk mereka membuktikan keupayaan mereka.

    Gunakan pengalaman yang diperolehi sebagai pemangkin untuk beraksi sebagai satu pasukan yang lebih menyegat untuk bersaing dengan pasukan-pasukan lain dalam Liga Super.

    Kepada pemain-pemain muda, tanamkan dalam diri semangat juang yang tinggi dan jangan sesekali termakan dengan kutukan pihak-pihak yang sengaja hendak menjatuhkan moral anda. Sebaliknya jadikan semua kutukan dan kritikan sebagai satu cabaran untuk melakar kejayaan kelak.

    Kejayaan skuad Bawah 23 negara juga boleh dijadikan sebagai azimat dan pedoman untuk membentuk jati diri yang lebih utuh.

    Saya cabar Perak belasah Pahang nanti! Yakin Boleh! Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. megatvader

    tindakan FAM tu dah agak dah... time macam ni la dema nak serang pasukan Perak... Teman dok perhati je FAM dari dulu lagi.. Kalau Perak salah besor kuman pun deme nampak... Cuba Selangor dengan Pahang deme pejam mate je... Apapun teman harap barisan Perak tetap mempamerkan aksi terbaik malam esok dan seterusnya.. Tunjukkan pada FAM bahawa mereka silap... Skor Yob Skor...!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. bobiNHo84

      salam...

      teman sokong ngan mike punyer pendapat ni...displin tu time training kem malaysia...tapi sampai game liga super yang kena gantung..tu yang teman tak faham...pahang yang jatuh liga perdana tibe2 main liga super lagi...

      wassalam...

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. sdarerepasi

    salam....diharapkan pasukan Perak dapat bermain dengan baik disamping meraih 3 mata berharga buat pasukan.....tunjukkan prestasi sebenar anda semua...buktikan kemampuan kalian...ikhlas berjuang demi maruah negeri kita......sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. active11

    Semoga Perak menang malam ni..

    Balik kepada isu pemain, saya syorkan penyokong agar tidak berkompromi dengan pemain. Letakkan tugasan antarabangsa & kebangsaan yang paling utama selain komitmen pada PERAK yang tercinta.

    Score Yob Score...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam..

    Semoga kita beroleh kejayaan pada perlawanan pembukaan. Teruskan usaha kalian dan jangan sesekali putus asa dalam mencari kemenangan sulung.

    Kami para penyokong tetap menyokong kalian walau apa pun terjadi. Sokong tetap sokong. Skor Yob Skor.

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. bobiNHo84

    salam....

    teman harap pasukan kite ni dapat 3 mata penuh malam ni bagi manaikkan semangat dan menambahkan keyakinan untuk perlawanan yang seterusnya..

    kenapa razali digantung perlawanan????ape masalah displin yang razali buat ketika training dengan malaysia??kalau sape2 tau....

    al-kisah benedict juge teman nak tau...

    tq..wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. miez3

    Salam....pasal player ni malas la nak komen banyak2...ada kemungkinan betul...mungkin tidak....
    Bagi pemain2 lain yang dah dipertanggungjawabkan untuk bermain pada malan ni...rasanya anda semua orang2 terpilih....yang istimewa utntuk memastikan pasukan yang dinaikkan ke Liga Super secara "manual" iaitu Pahang tewas malam ni...pastikan kita mendapat mata penuh...Skor Yob Skor!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.