TM Liga Super – Pahang Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 9 Januari 2010
Stadium Darul Makmur
8:45PM

Pahang 2 – 1 Perak

Skuad Perak yang dibimbing oleh jurulatih barunya, Raja Azlan Shah gagal dalam misi pertama mereka apabila tumbang 2 – 1 menentang pasukan Pahang di Stadium Darul Makmur walaupun mendahului pasukan tuan rumah hasil sepakan penalti dari Nazri Kamal.

Gol pada minit ke 23 itu hasil kesilapan pertahanan Pahang yang mengasari pemain sayap Perak, Khalis Ibrahim di dalam kotak penalti Pahang dan pengadil tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti kepada pasukan Perak untuk mendahului lawan dengan 1 – 0.

Gol tersebut tidak bertahan lama apabila pasukan Tok Gajah mula melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya pada minit ke 31, Shahrizan Salleh berjaya menyempurnakan dengan cantik satu sepakan percuma dari sebelah kanan pintu gol Perak untuk gol penyamaan.

Gol kemenangan Pahang hadir pada seawal 5 minit pertama separuh masa kedua apabila penyerang lincah mereka, Azamuddin Mohd Akil bijak menolak masuk bola ke dalam gawang yang dijaga oleh Megat Amir hasil situasi kelam kabut di depan pintu gol Perak.

Selepas gol tersebut, pasukan Pahang kerap kali melancarkan beberapa serangan merbahaya ke arah pintu gol Perak yang nyaris menghasilkan gol tambahan manakala bahagian sayap Perak pula beraksi di bawah tahap sebenar kemampuan mereka.

Memang tidak salah dengan apa yang diperkatakan oleh para penyokong dan peminat di luar sana bahawa tanpa kehadiran Razali Umar di bahagian serangan Perak, ternyata jentera serangan skuad seladang cukup ‘mandul’ dalam menghasilkan gol.

Kesebelasan Utama:

Megat Amir (PG)
K. Nanthakumar (K)
Hafiszuan
Wan Azwari
Arif Fazli
Khalis Ibrahim
Mohd Nazri Kamal
Shafuan Adli
Isma Alif – 2
Shahrizal Saad
Saufi Sa’aidi -1

Pertukaran:

Fauzzi Kasim – 1
Hafiz Abdul Rahman  – 2

Keputusan Perlawanan Lain – 9 Januari 2010

Negeri Sembilan 1 – 2 Selangor
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kuala Lumpur 1 – 1 T-Team
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Plus FC 3 – 1 Pulau Pinang
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Terengganu 0 – 0 Kelantan
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor 0 – 3 Kedah
Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin

Perlis 0 – 1 Johor FC
Stadium Utama Negeri, Kangar

 

Likes(0)Dislikes(0)

33 thoughts on “TM Liga Super – Pahang Vs Perak (result)

  1. megatvader

    Assalamualaikum,
    Permulaan yang agak mengecewakan sedikit bagi kita penyokong2 setia.. apapun teman tetap menaruh keyakinan skuad kita tetap mampu mengharungi cabaran yg agak getir pada musim ini... kepada semua penyokong teruskan sokongan anda... perlu diingat ini hanyalah permulaan, dan tidak semua permulaan akan di dahului dengan kejayaan. Perjalanan liga super masih panjang, teman juga percaya belum terlambat untuk skuad Seladang memperbaiki segala kelemahan dan kepincangan yang ada.. teruskan perjuangan, teman dan seluruh rakyat Perak akan tetap mendoakan agar kejayaan akan muncul untuk SKUAD SELADANG... SKOR YEOP SKOR.... gagal sekali bukan bererti gagal untuk selamanya...
    Wassalam

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      Sedia maklum, dalam artikel sebelum dah mengatakan Razali Umar masih dalam pergantungan oleh pihak FAM. Oleh itu diharapkan saudara membaca dulu artikel sebelum perlawanan bermula.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB

      Itulah pasal kalau orang main sembrono je wehhh, baca artikel2 yang ada dalam ni yob, jangan main serbu je. Untuk pengetahuan mike sahaja (orang lain jangan percaya pulak).

      Razali sekarang berada di Bayern Munich untuk trial. Kalau tak dapat mungkin dia pergi ke Real Madrid, deme nak gandingkan dengan C. Ronaldo kat sana. Jangan mike tak percaya pulak yob fazly73.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Lee Jr

        Sedap la razali..dapat berganding dengan pemain terbaik dunia..bukan senang tu.harap2 razali terpilih mewakili real madrid..beliau mampu memberi saingan kepada benzema dan lain2 star dalam real madrid..

        Likes(0)Dislikes(0)
    3. syidi

      Tu la..Manusia memang macam tu. Suka nak 'blame' orang. Rentikan Fazly baik mike pi buat keje lain. Setakat masuk internet cari platfom untuk hentam orang lain baik tak payah.

      Bukannya susah, baca je artikel dalam ni dulu then complain. Kita tak larang untuk hentam, tapi agak2 la. Rasa nak tergelak pun ada. 'Sudah terang lagi bersuluh'.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. FiQ

    Salam..

    Perlawanan pertama sudah pun kita tempuhi. Walaupun tewas, tetapi ini hanyalah permulaan dan harus diterima oleh semua pihak. Mungkin kejayaan bakal kita tempuhi kelak. apa pun kekalahan ini bukan bermakna pasukan Perak tidak hebat atau tidak kuat. Tewas tidak bererti kita tewas untuk selama-lamanya. Jangan fikir ketiadaan ayam tambatan bererti kita lemah dan tidak mampu, semua pemain adalah yang terbaik. Untuk Pasukan Perak, kuatkan semangat, cuba baiki kesilapan dan lakukan yang terbaik pada perlawanan akan datang..

    Hidup Seladang...Skor Yob Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam.......

    Permulaan saingan Liga Super musim ini masih ada lagi beberapa pemain yang tidak memiliki stamina yang sepatutnya.Pasukan masih lagi belum menemui rentak yang sewajarnya,dimana posisi tengah tetap seperti berada ditakuk lama,tidak memiliki perubahan yang sepatutnya.
    Pertahanan yang diketuai oleh K.Nanthakumar perlu diperbaiki lagi dengan segera.Pemain pemain dibahagian serangan jelas melepaskan banyak peluang untuk menjaringkan gol.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YB

    Tumpul, berkarat, sambil lewa dan tak bersemangat, itulah yang dapat teman gambarkan untuk game semalam. Beberapa pemain yang diharapkan bermain di bawah tahap mereka. Dan beberapa pemain yang bersungguh-sungguh pula kita sedia maklum setakat itu sahaja kemampuan mereka.

    Dari sudut pengadilan pula semua berjalan lancar dan menyakinkan. Majoriti kad kuning dikutip oleh pemain Pahang akibat permainan keras mereka. Penyokong Pahang pun nampak 'cool' semalam di stadium.

    Ya, benar ini adalah perlawanan pertama pasukan tetapi inilah juga satu cerminan untuk perlawanan-perlawanan yang akan datang. Barisan tengah tumpul/buntu dengan idea untuk menembusi kubu lawan. Corak permainan satu dua dan one touch memang bagus tetapi tak ke mana.

    Ada beberapa kali hantaran-hantaran 'pump' dibuat terus dari bawah ke atas. Siapa yang mampu mengejar bola-bola tersebut? Meletakkan Shahrizal sebagai 'top striker' atau 'target man' bukan idea baik untuk teknik 'pump' bola ke atas.

    Kita semua sedia maklum kepantasan Shahrizal tidak cukup untuk mengejar bola-bola sebegitu. Shahrizal pada pandangan teman sudah bermain pada tahap yang beliau sepatutnya sumbangkan.

    Gol pertama adalah 'teknik favorite' untuk menewaskan Megat Amir manakala gol kedua pula cukup menghairankan bagaimana ada 2 pemain Perak sahaja yang mengawal 3 pemain Pahang di dalam kotak penalti Perak.

    Ironinya samada anda pemain atau peminat bolasepak Perak, tanpa Razali Umar barisan serangan Perak memang 'MANDUL' untuk menghasilkan sebarang gol. Tetapi sampai bila kita semua perlu berharap kepada Razali Umar sahaja? Tidak adakah lagi Razali-Razali lain yang mampu kita harapkan?.

    To all player - wake up from your Alice Wonderland, so much thing to polish & touch up My Frendz !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. dody

      setuju dengan YB..terutama isu kebergantungan kepada razali..kalau razali injured nanti macam mana..kene ade back up yang boleh galas tugas sebagai penyerang..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YangIkhlas

      Diharap kepada barisan jurulatih yang diketuai Raja Azlan Shah dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah MANDUL untuk menghasilkan gol oleh barisan penyerang kita.

      Razali Umar sememangnya berada dalam kelas tersendiri tetapi sepatutnya para penyerang yang lain juga perlu mencontohi beliau sebagai penyerang yang baik. Bukan hanya terlalu mengharap kepada Razali Umar sahaja. Tumpor kawan tu nanti jadinya.

      Ini adalah perlawanan pertama dan semoga pasukan Perak dapat bangkit untuk perlawanan akan datang.

      Selamat berjuang.

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. chuck

      Salam..

      YB oh YB..teman setuju benor dengan kenyataan mike di perenggan pertama tu.Bunyinya memang ikhlas serta telus.

      Nah apa lagi yang kita nak ungkapkan?? inilah realiti yang kita sendri sedia maklum.

      Ego,bongkak,takbur,zionis..sifat-sifat macam ni yang kome nak tanamkan dalam jiwa kome? pantang ditegur serta disapa?? pikir baguih jer?? Tak kemanalah tempatnya. sedar-sedarlah hoi..takkan dah besor panjang gini tak reti-reti lagi nak berpikior? manja sangat macam bebudak kecik sampai tak boleh ditegur!

      Bodoh tak berbedung, bijak tak terbendung.i nilah orangnya!!

      Tentang kebergantungan harap team pada Razali itu pun memang diakui benar sama sekali, perkara inilah yang patut dielakkan. Bolasepak ni adalah permainan berpasukan yop. bukannya individual. Aduhai oh aduhai Perak ku..Pahang tu..liga perdana tu.

      Malu rabai weh.

      Teman memang tak mampu nak menaip lagi, harap kome paham ler..rasa nak menumbok and bergaduh pun mau jer ni.

      Kome tunggu kat Ipoh sok..kome tunggu.

      Teman bukan boleh kalo YB yang sesabor tu pun boley ngaum camni apeheynya?? dah tentu banyak tak betoinya.

      Dah tau performance bukanlah persis superstar janganla nyombong bila orang tua nak beramah mesra.

      Ok cau dulu..menyampah dengan orang yang berlagak ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
    4. myo abol as

      salam...

      teman ringkaskan saja komen teman ni..
      teman memang setuju sangat dengan komen dari YB tu dan komen saudara Chuck tu pula bagi teman, bak kata orang putihnya... 'on your face'... tepat lagi telus...

      kepada para pemain, tepuk dada tanyalah diri sendiri...
      teman tak nampak apa lagi yang tak betulnya pada coach baru kita ni. kalau coach yang sebelum ni mungkinlah seperti yang mana dikomen oleh mereka tu sendiri dengan macam-macam statement la, so sekarang ni macam mana pulak?

      fikirlah sendiri...

      Likes(0)Dislikes(0)
    5. myo abol as

      salam...

      teman cuma nak ulang jer balik ape yang dikatakan oleh saudara chuck tu...

      ego, bongkak, takbur... bodoh sombong...
      ingatlah wahai sedara-sedara semua, kalau takde penyokong maka siapalah anda tu sebenarnya...

      jangan sampai kami ambik keputusan 'pulau' kan sedara-sedara semua...

      oleh itu bersyukurlah kerana masih ada lagi insan-insan seperti kami yang mahu memberikan sokongan kepada sedara-sedara walaupun di luar sana tu lebih ramai lagi menghina, mencaci dan sebagainya terhadap kalian..

      jangan jadi manusia yang tak reti nak bersyukur...

      fikirkan sendiri..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        salam...

        Teman setuju dengan pendapat YB,Chuck dan Myo Abol.
        Bukan sahaja mereka ini ego,bodoh sombong dan pelbagai lagi,malah mereka ini baru sangat dalam era sukan bola sepak Profesional.

        kalau mereka amalkan sikap sebegini rupa maka sepanjang karier mereka mereka ini pasti akan membawa padah kepada diri sendiri,dan sukar mendapat keberkatan dan kenikmatan sepenuhnya

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. Lee Jr

    Salam,

    Kuat jugak pahang ye?memang layak la die join liga super dan bukan liga perdana..Good Luck buat skuad tok gajah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Lee Jr

    Salam,

    Perak bukanlah pasukan yang MANDUL tanpa Razali Umar..teman jugak nak bagitau kat sini tak suke dengan perkataan mandul tu.sangat tidak sesuai.kalau mandul tu,dah memang takde hasil langsung,tapi Perak berjaya menjaringkan gol walaupun penalti.ape2 pun,Perak kurang bernasib baik dalam perlawanan sulung liga super.tapi Perak bukan MANDUL.

    GO PERAK..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Sampai bila nak harap gol-gol nasib ni? sampai bila? boleh harap sampai habis liga? Gol sendiri & gol penalti ni tak boleh menunjukkan team kita bagus. Peminat mau gol yang terancang dan teratur, gerakan yang menarik dan pada akhirnya jadi gol.

      Sebab itu masa zaman Netto kalau kalah pun peminat tak merungut banyak, gerakan memang banyak yang cemerlang, tapi faktor nasib pula main peranan di situ. Tapi kalau peluang depan pintu gol pun masih nak tergentel-gentel, terpusing-pusing macam mana?

      Cukuplah teman komen bab game lawan Pahang ni, kita tunggu game lawan Terengganu pulak.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam..

        Erm.betoi..gol-gol nasib..kalo main cup bolehla.kot ade luck macam Greece.

        Tapi ini liga yob,harap nasib pakat dok dasar liga ler.Top 4 from bottom bukanlah mimpi yang tak pasti lagi.ekeke..

        Likes(0)Dislikes(0)
  7. syidi

    Salam..

    'First Impression' yang kurang dari segenap segi. Seolah-olah tenggelam punca. Segala agak bermula agak baik. Tapi itu smua sementara.

    Selepas itu mendahului 1-0 kita mula goyang dengan serangan bertali arus lawan. Saya amat kesal dengan persembahan yang tiada kualiti sebegini dan tidak menyangka sama sekali pemain-pemain kita masih gelebah puyuh' gugup tidak tentu pasal.

    'Personal Skill' OUT! Tapi bukan semua la. Kesungguhan ada tapi 'memberi bola' kepada lawan hasil kesilapan diri sendiri akan membuatkan diri sendiri tertekan untuk tebus kesilapan, dan hasilnya HURU HARA.

    Sepatutnya, perhatian 100% harus diberikan. Tapi ternyata tidak. Harap ubah segalanya diperlawanan akan datang bukan di tempat sendiri, tapi di tempat lawan. Kalau boleh kita banyakkan menang di tempat lawan musim ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Kesilapan semua pemain pun ada buat yob, waimah pemain terbaik dunia pun ada buat kesilapan yang masuk kategori bodoh. Tapi janganlah keterlaluan sangat sampai menekan diri sendiri.

      Teman nampak ada 3 atau 4 orang yang main sepenuh hati, ada pulak yang lain lebih kurang je dan tak kurang jugak yang macam penumpang je dalam team. Performance untuk first game ni cukup teruk berbanding ketika first game musim 2009 dulu.

      Jadi apa harapan kita di sini? entahlah yob...harap coach Raja Azlan boleh buat MAGIC untuk perlawanan seterusnya.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi

        Betul YB. Takut tengok deme main macam tu. Mintak maaf nak luahkan apa yang terbuku dalam hati teman, Arif Fazli OUT. Memang menyakitkan hati. Tak konsisten, banyak buat silly mistake. Geram pulak tengok. Dia defend yob. Sizing dah ada lebih kurang je tinggi dengan Nantha. Jangan la ambik mudah setiap gerakan lawan.

        Potensi ada. Dari tahun lepas lagi ada. Tahun lepas lebih kurang je ayat teman komen. Magic tak magic tengok game kat Ipoh esok. Jangan la jadi yoyo lagi. Dan jangan jadi 'Yoyo Terputus Talinya' udah le, tak naik-naik dah.

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. chuck

        Pada pendapatan teman dari star bermain sambil lewa dan amik sikap acuh tak acuh baik dipinggirkan jer dari skuad.

        Better kita guna pakai khidmat player yang bersungguh-sungguh walau pun khidmatnya terhad tue.Takde sakit mata melihat.

        Kot la ade buah tangan dari Pahang yang nak disampaikan pada Haji Nizar.Ni buat kawan tu koma lagi kat hospital dengornya. Mana idaknya,PAHANG tu...adeii..kome pikior ler..Ibarat Malaysia kena/kalah lawan Timur Leste..Aduhai Perak ku..

        Likes(0)Dislikes(0)
  8. zizou85

    Baru game pertama....harap2 semua peminat bertenang dan bersabar. Coach, please take note on the weakness, ok...Game ni patut menang, tapi lain yang jadi...Jadi selepas ini Perak tak boleh ambil ringan dengan pesaing yang lower standand than us.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Bukan apa zizou, kalau kome tengok game ni memang menyakitkan hati, sumbang mambang serba tak kena. Mujur la Nantha ada dan dia banyak cover. Sekarang bukan masa nak train passing bagi tepat dan bukan masa untuk ajar tahan bola dengan betul. Betul tak?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YangIkhlas

        YangIkhlas bersetuju dengan pendapat syidi, iaitu sekarang bukan masa nak train passing bagi tepat dan bukan masa untuk ajar tahan bola dengan betul. Apabila terpilih untuk menganggotai skuad Liga Super sepatutnya para pemain ini telah dipilih hasil dari penilaian yang teliti oleh pihak-pihak berkenaan.

        Asas permainan bolasepak sepatutnya telah dapat dikuasai seperti hantaran tepat dan cara kawalan bola yang cekap. Pemain sepatutnya hanya perlu untuk menguasai teknik dan taktikal permainan yang akan diterapkan oleh jurulatih bukan terpaksa berlatih semula perkara asas bolasepak. Jika perkara asas pun belum dikuasai, macamana nak mempamerkan mutu permainan yang berkualiti.

        Memang betul ini baru hanya perlawanan pertama. Tapi yang kita risaukan prestasi buruk perlawanan pertama ini akan berterusan hingga ke perlawanan terakhir pula nanti. Baru masuk angin keluar asap. Apapun tak dapat.

        Semoga ada kemajuan yang akan dipamerkan dalam perlawanan kedua nanti. Itulah harapan semua para penyokong setia Perak Darul Ridzuan.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Marah memang kita marah tengok main macam tu. Kunci utama untuk atasi semua ni ada pada pemain. Deme ni bukannya tak bagus. Masa frenly ok la jugak. Skill individu ada dan boleh dizahirkan.

          Masalahnya, gugup, gementar, gelebah. Tak faham la. Sure deme ni main bola dari sekolah rendah lagi, total2 pengalaman memang membanggakanla. Tapi mind set kaput bila main away. Kena kutuk dengan penyokong lawan dah mula throw in pun tak masuk padang. Betul yob, rasanya 2 -3 kali throw in baling tak ke dalam, meleleh keluar balik bola tu. Macam mana kita tak bengkek tengok.

          So, kome fikir sendiri wahai pemain. Mainlah macam main bola jangan jadikan masuk padang sebagai masalah. Sebaliknya enjoy your game play as you are.

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. sunrise

      salam...

      Teman setuju dengan kata kata syidi tu........malah prestasi pemain pemain yang dipamerkan bukanlah prestasi mereka yang sebenar.

      Sepanjang perlawanan persahabatan yang dipamerkan mereka lebih baik dari apa yang mereka persembahkan pada perlawanan kali ini.

      Harap harap sangat pemain pemain akan mula kembali ke dalam diri mereka yang sebenar dan mereka akan patuh sepenuhnya dengan arahan jurulatih. Biar tewas dalam pertandingan dalam keadaan yang bermaruah bukan dalam keadaan yang dihina

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. seansan

    Yob.. esok lawan terengganu.. pemain diharap buanglah sifat ego anda semua. kami tahu anda pemain liga berstatus Liga Super, tapi tak semua kasut mahal permainannya hebat. Jadilah low profile, tetapi bermain mati-matian. Yang sudah tu sudah. Pada Keeper, berani mara kedepan kalau bola tuh 50%-50%... jangan macam lawan pahang hari tuh.. dah mara 2 langkah.. boleh pulak undur balik.. adeih.. Tapi apa pun anda sebagai pemain merangkap sebagai coach lebih peka dalam bab ni.

    Defend kiri perlu lebih agresif untuk sentiasa mengawasi penyerang kanan lawan, kerana banyak hantaran silang lawan dihasilkan dari sebelah situ. Yang lain pepandai kome ler.. san komen sebab defend je punca kekalahan perlawanan ni. Nak komen serangan lain kali je la.. sebab takde apa nak komen pun sebab bola pun tak pernah dapat.. ekekek

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam...

      Teman setuju dengan kata kata mike san,tapi kena ingat posisi tengah juga main peranan paling utama,tapi kalau asyik gentel bola macam main futsal pun tak guna juga, lepas tu terhegeh-hegeh menghantar bola kepada kawan di bahagian serangan mahu pun di bahagian kiri kanan mereka.

      Tidak guna memiliki pemain yang bagus di bahagian serangan kalau posisi tengah tak tahu nak buat apa, tidak guna memantapkan pertahanan kalau posisi tengah berterabur.

      Likes(0)Dislikes(0)
  10. belanak

    salam...

    perlawanan pertama yang agak mengecewakan dengan prestasi pada bawah tahap sebenar. Para pemain harus bermain dengan bersungguh-sungguh dan bukannya hanya sekadar melepaskan batuk ditangga stadium!

    luahan serta perasaan tidak puas hati para pemain adalah untuk melihat pasukan Perak berada di tahap yang tinggi di samping pada landasan yang betul. kalau tidak para pemain akan jadi lupa diri serta bongkak dan ego memanjang tanpa menghiraukan perasaan kami (para penyokong).

    permainan yang cantik dan cemerlang, walaupun kalah kami tetap bangga dengan persembahan yang begitu...tetapi amat malang sekali jika kalah hanya kerana permainan pada tahap yang tidak boleh dibanggakan sama sekali.

    ayuh, sedarlah dan terjaga lah dari lamunan... jangan berlagak.... kita satu pasukan... bola sepak adalah permainan sepasukan dan bukan hanya berserah pada individu sahaja... setiap pemain ada peranan masing-masing dalam menghasilkan kemenangan...

    buktikan kepada kami permainan kalian yang cemerlang, gemilang, mantap dan pada tahap sebenar kalian. jangan mengalah dan teruskan usaha juang kalian.. Skor Yob Skor!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.