TM Liga Super – Kedah Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Januari 2010
Stadium Darul Aman, Alor Setar
8:45PM

Perlawanan kelima untuk pasukan Perak dalam kempen Liga Super 2010 adalah berkunjung ke Alor Setar menentang Kedah di Stadium Darul Aman malam esok. Pada perlawanan sebelum ini Perak tewas tipis kepada pasukan Perlis dengan jaringan 0 – 1 di Ipoh.

Kali terakhir skuad seladang bertemu dengan sang kenari ialah pada perlawanan persahabatan pra musim – 22 Disember 2009 di Stadium Perak yang berakhir dengan pasukan tuan rumah ditewaskan oleh pasukan pelawat dengan keputusan 1- 3.

Kedah pada perlawanan sebelum ini berjaya menewaskan pasukan Kelantan dengan jaringan tunggal Azlan Ismail di Kota Bharu sudah tentu mahu menamatkan badi 2 kekalahan berturut-turut di tempat sendiri selepas berjaya menang 2 kali di tempat lawan.

Walaupun pasukan Kedah berada di tangga ke 5 dan Perak pula di tangga ke 13 dari 14 pasukan yang bertanding di dalam Liga Super, namun kedua-dua pasukan ini hanya dibezakan dengan 3 mata sahaja setakat 4 perlawanan yang telah dilangsungkan.

Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika menghubungi wakil SDN turut membayangkan untuk melakukan beberapa perubahan penting kepada strategi pasukan menjelang pertemuan menentang Kedah di Stadium Darul Aman malam esok.

“Saya percaya pasukan tuan rumah akan bermain berhabis-habisan untuk menyerang dan mendapatkan gol awal namun saya akan pastikan jentera serangan Perak mampu menghukum kelekaan barisan pertahanan Kedah melalui serangan balas” ujar Raja Azlan.

“Walaupun sedikit kecewa kerana tewas kepada pasukan Perlis tempohari tetapi dari sudut gerakan dan persembahan yang dipamerkan oleh pemain-pemain Perak, saya gembira dengan peningkatan prestasi yang telah berlaku di dalam pasukan ini”

“Jika mereka mampu mengulangi persembahan yang sama ketika menentang Perlis tempohari dan menyudahkan peluang yang terhidang, saya tidak nampak alasan kenapa pasukan Perak tidak mampu menewaskan pasukan Kedah di gelanggang lawan”.

Nota: Lintas langsung ulasan perlawanan di shoutbox.

Jadual perlawanan Liga Super – 23 Januari 2010

Plus FC vs Kuala Lumpur
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs N.Sembilan
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu vs Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs T-Team (ditunda kerana kemangkatan Sultan Johor)
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin

Perlis vs Pulau Pinang
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kelantan vs Johor FC
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Kesebelasan Kemungkinan:

Kedah vs  Perak | Formasi

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

21 thoughts on “TM Liga Super – Kedah Vs Perak (review)

  1. syidi

    Salam..

    Kedah adalah pasukan yang boleh dikatakan kurang konsisten. Kemenangan mereka ke atas Kelantan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengatakan KEDAH bangkit. Ini kerana gol kemenangan Kedah adalah 'hadiah' istimewa daripada penjaga gol Kelantan.

    Secara teorinya, jika Perak beraksi sama seperti menentang Perlis tempohari, tiada alasan untuk kita kalah. Jika sebaliknya, memang kita akan gagal. Biarpun kita bermain di tempat lawan, namun begitu itu bukan alasan kerana kita telah membuktikan kita mampu beraksi baik di tempat lawan sebelum-sebelum ini.

    Saya yakin kita akan menang. Kuatkan azam dalam diri. Main dengan penuh semangat, pedulikan apa orang cakap.

    Selamat Berjuang Seladang!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Betul tuh Syidi, kalau kita percaya pada diri kita sendiri, tentu kita boleh lakukan sesuatu yang luar biasa. Menang di Darul Aman bukan sesuatu yang mustahil. Tunjukkan persembahan seperti menentang Perlis tempohari dan kalau boleh lebih lagi dari tu.

      Kedua-dua pasukan tiada bezanya dari segi peluang untuk menang. Kedah lebih tertekan di hadapan penonton mereka sendiri sepatutnya sebab itu mereka kalah 2 kali berturut-turut di Darul Aman.

      Pastikan Kedah tewas untuk kali ketiga !!!

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. chandriker

    Perak memang boleh...kite bukan team biasa...kite Perak dan sebab tu kite Special...game dengan Perlis hari tu memang stable tapi something is wrong somewhere...i betol2 tak tau...player2 kite memang hebat dan semakin hebat dan semakin berpengalaman..ni dah musim ke 2 kite dalam liga super dengan pemain baru dan muda...sepatutnye kite dah mula nak membaiki prestasi dan bukan mula sesuaikan diri...ermmmm...sedih la tengok Perak kalah selalu tapi i belief Perak akan bangkit...kite jangan tunggu sampai esok untuk bangkit....kite bangkit hari ni jugak...Perak mesti membuat kejutan di alor star...kite dah banyak kalah dengan kedah...its pay back time...Perak Boleh!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Mereka telah berada pada track yang sepatutnya, tak salah apa yang u tengok hari tu, mereka sepatutnya memperbaiki prestasi dan bukannya menyesuaikan diri lagi. Harap untuk perlawanan akan datang mereka beraksi lebih baik.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan

    Apakah kesebelasan kemungkinan "jurulatih" masih teragak-agak untuk menurun penjaga gol pilihan? atau masih mahu menurunkan penjaga gol berpengalaman kita? sehinggakan tiada dalam senarai kemungkinan "jurulatih" untuk perlawanan esok? Mungkin Jurulatih kita lebih mengetahui lebih dari kita, dan san cuma berharap berikan lebih banyak peluang kepada penjaga gol muda kita.

    Apapun, pemergian skuad seladang ke negeri jelapang padi ini membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata. jika tidak mahu tercicir terus di dasar liga. Dan jika mahu lebih ramai penyokong hadir ke stadium, cuma kemenangan mampu untuk merealisasikan tanpa mengeluarkan sebarang modal.

    San yakin, ramai diantara kita dahagakan kemenangan dan aksi konsisten pasukan Perak. Hanya pemain-pemain sahaja yang mampu untuk menukarkan impian tersebut dibawah Coach YM Raja Azlan kita.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Penjaga gol - Khairul Izwan, teman terlepas pandang nak masukkan nama dia dalam list tuh. Memandangkan mike dah bertanya, teman tak mau tukar yang baru pada list tersebut. Nanti hilang pulak relevan soalan mike tu. :-)

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. seansan

        Terima kasih. Apapun pada beberapa indiividu yang mengajak teman ke Kedah untuk perlawanan ini, san mohon maaf kerana terdapat beberapa perkara lain yang perlu san selesaikan.

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. FiQ

    Salam..

    Di harapkan pasukan Perak dapat melakukan sesuatu pada perlawanan kali ini. Teman yakin, Seladang mampu mencipta kejutan. Ayuh Seladang..Buktikan yang kita bukan pasukan belasahan...

    Skor Yob Skor...bior deme tak terkejor yob...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. belanak

    Salam...

    Ayuh semua pemain Skor Yob Skor, bangkit api yang membara dan biarkan api itu terus membakar semangat juang kalian pada perlawanan seterusnya.

    Usah toleh ke belakang lagi pada kekalahan tempohari tetapi jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita berjaya dan lebih bersemangat. Marilah kita bersama-sama memecah ruyung tanpa sesal dan patah hati untuk mendapatkan sagu di dalam nya. Kami para penyokong tetap bersama kalian hingga ke akhir sekian kali (Kini dan selamanya)

    Di dalam keghairahan mencari kemenangan, usah dilupakan akan benteng kita, tingkatkan usaha dan pastikan tiada penyerang lain mudah menerjah ke gawang kita. Hanya satu sahaja, jangan mudah alpa dan kelam kabut!

    Kepada penyerang, semoga rentak pada perlawanan sabtu ini akan lebih berbisa dan dapat merobek ke gawang Kenari seterusnya mencipta kemenangan. Semasa menyerang jangan ikutkan perasaan sendiri tetapi bersama-sama sebagai satu pasukan (jangan tamak).

    Kepada pemain tengah, semoga kalian lebih kreatif dan bijak dalam merangka arah tuju permainan, kerana dengan kebijaksanaan kalian akan memberikan satu impak yang besar kepada pasukan dan mudah bagi penyerang kita dalam menjaringkan gol.

    Kami semua para penyokong tetap akan bersama kalian dan kepada coach serta management, jangan risau akan persembahan anak buah buat masa ini, masih ada ruang dan masa untuk ditingkan serta diperbaiki.

    Kita bersama-sama BERJUANG satu pasukan, Skor Yob Skor!

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. alipz

    Salam SDN....
    Ayuh Perak Ayuh Bangkit.... Tunjukkan kebolehan sebenar kepada Kedah... Perak Boleh!!!! Perak No 1!!!!!

    Kejor Yob Kejor....
    Sampe deme tumpo...
    Skor Yob Skor...
    Kedah kalah oooo.....

    PeaCe... (^_^)

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. lee_dado

    Salam Yob...

    Menilai prestasi semasa Kedah sekarang ini bukan waktu yang tepat untuk teman menidakkan sesuatu keputusan diluar jangkaan.

    Teman pernah cakap dulu, pemain Kedah masih lagi mencari keserasian dengan taktikal coach yang baru serta 2/3 rakan yang baru jugak. So apa dapat dilihat sekarang hanya sedikit moral dari kemenangan di Kota Bharu dapat memberikan para pemain motivasi diri untuk mencapai kemenangan sulung di tempat sendiri musim ini.

    Seperti ini juga tak ubah sepertimana situasi Kedah pada musim lepas, yang mana melepaskan mata demi mata setiap perlawanan liga super, Kedah yang satu ketika dulu menghuni tangga ke-2 terbawah liga super berjaya menghuni tangga ke-3 liga di akhir musim..ahhh itu cerita musim lepas..lupakan aje laaaa..musim ni coach pulak baru serta 3 orang pemain baru yang berjaya mendapat tempat di kesebelasan utama Kedah pada musim ini.. cerita pun lebih kurang berbeza jugak laaa...

    Apa yang teman harapkan game untuk malam esok, pemain dah mula mendapat apa yang mereka tercari-cari dari 4 perlawanan lepas..Perak jugak bole menggugat Kedah sekiranya pemain Kedah 'membuat lupa' akan kehadiran TORNADO Perak..so elakkan kesilapan disamping perbanyakkan membantu rakan-rakan untuk mencari gol.

    PULUN KEDAH PULUN....

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Terima kasih untuk komen mike lee dado, teman harap kedua-dua team boleh tunjukkan prestasi terbaik mereka esok. Dan yang paling teman harap-harap sangat prestasi pengadil semasa perlawanan berlangsung.

      Biarlah pengadil yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab mengadili perlawanan esok. Harapan teman kalau dapat keputusan seri pun dah lebih dari rahmat untuk penyokong Perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. dody

    Teman harap Perak mampu mencuri 3 mata penuh dari darul aman...3 mata ini sangat penting kerana pasukan-pasukan lain telah mengorak langkah dalam persaingan liga..walaupun kejuaraan agak mustahil tetapi pemain perlu mencapai target yang telah di tetapkan oleh presiden PAFA iaitu 4 terbaik dalam Liga super sebagai KPI Perak tahun ini...dalam erti kata lain Perak harus menjadi "BIG 4".

    p/s-dari risikan yang boleh di percayai..RTM akan buat live game ni...tapi tunggu je la betol ke tak.

    Likes(0)Dislikes(0)
        1. seansan

          Pulak.. mana satu live ni? Apapun SDN hanya akan mengeluarkan fakta tepat, jelas dan pantas. Kita ikut cakap YB je lah. ehehehe

          Likes(0)Dislikes(0)
  9. satorare

    Salam..
    Sekiranya Perak berjaya mengutip satu mata pun sudah memadai bagi teman. Namun jika menang satu bonus. Elakkan dari mengalami kekalahan. Pasukan pertahanan haruslah berjuang bermatian-matian mengelakkan kubu pasukan daripada dibocori oleh pasukan Kedah. Serangan pantas amat berguna disini. Gunakan kesempatan yang ada untuk menjaringkan gol. Teman mendoakan kejayaan pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. spectator

    Semoga pemain-pemain perak pada malam ini akan lebih pandai menjaringkan gol..gol+kemenangan yang lebih penting berbanding permainan yang menarik.

    sekian terima kasih

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.