TM Liga Super – Kedah Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 23 Januari 2010
Stadium Darul Aman, Alor Setar
8:45PM

Kedah 1 – 1 Perak

Skuad seladang nyaris memalukan pasukan Kedah untuk kali ketiga dihadapan ribuan penyokong mereka di Stadium Darul Aman apabila mereka mencatatkan keputusan seri 1 – 1 pada perlawanan kelima TM Liga Super 2010 malam tadi.

Permainan yang secara keseluruhannya dikuasai oleh pasukan tuan rumah sememangnya mendebarkan segelintir penyokong Perak yang hadir apabila banyak percubaan bahaya yang dilakukan barisan serangan Kedah nyaris-nyaris menghasilkan gol awal.

Kedah vs Perak | 23 Januari 2010

Ketika permainan hanya berbaki 2 minit pada masa tambahan separuh masa pertama, Razali Umar membuat larian pantas mengelirukan 2 pertahanan Kedah ketika menerima bola lambung dari rakan dan seterusnya menewaskan penjaga gol Kedah untuk gol pertama.

[slideshow=25]

Separuh masa kedua minit ke 55, terjadi aksi pergaduhan antara penyerang Perak, Saufi Sa’aidi dan pertahanan Kedah, Shafizan Hashim berpunca dari pergelutan bola di udara dan pengadil perlawanan melayangkan kad merah kepada kedua-dua pemain.

Tidak lama kemudian hujan mulai turun di Darul Aman dan Kedah berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma Baddrol Bakhtiar dari jarak 40 meter yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Perak, Khairul Izwan pada minit ke 71.

Selepas gol tersebut Kedah melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu pasukan Perak namun barisan pasukan kendalian Raja Azlan Shah ini berjaya menyerap segala tekanan yang diterima dengan baik untuk mengutip satu mata di Alor Setar.

Keputusan seri ini adalah antara keputusan terbaik untuk Perak selepas tidak pernah menang mahupun seri ketika berhadapan dengan Kedah sejak beberapa tahun kebelakangan ini di Alor Setar walaupun mempunyai pemain-pemain berstatus bintang dahulu.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan (PG)
Wan Azwari
Arif Ismail
Syazwan Roslan
Hafiszuan
Nazri Kamal – 1
Shafuan Adli
K. Nanthakumar (K)
Hafiz Rahman – 2
Saufi Sa’aidi
Razali Umar – 3

Pertukaran:

Arif Fazlie – 1
Azmeer Yusof – 2
Shahrizal Saad – 3

Keputusan Perlawanan Lain – 23 Januari 2010

Plus FC 0 – 0 Kuala Lumpur
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Pahang vs Negeri Sembilan (ditunda)
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Terengganu 4 – 0 Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Johor vs T-Team (ditunda)
Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin

Perlis 2 – 0 Pulau Pinang
Stadium Utama Negeri, Kangar

Kelantan 4 – 1 Johor FC
Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu

Likes(0)Dislikes(0)

26 thoughts on “TM Liga Super – Kedah Vs Perak (result)

  1. razlan

    salam,

    tahniah skuad seladang kerana berjaya mencuri satu mata dari stadium darul aman, satu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan kerana sebelum ini sudah beberapa tahun tak pernah menang.

    jadikanlah ini sebagai permulaan kepada kebangkitan pasukan seladang!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. dody

    Syukur dengan keputusan ini..1 mata dari darul aman amat berharga terutama selepas mengalami kekalahan kepada perlis sebelum ini.Perak berjaya mengutip 4 mata setakat ini dan semuanya hasil permainan di tempat lawan.Jadi perlawanan pada selasa menentang Kelantan haruslah dijadikan permulaan bagi mengutip mata di laman sendiri seterusnya menarik peminat setia untuk ke stadium..bagi perlawanan ini pujian haruslah di berikan kepada semua pemain yang menunjukkan displin yang tinggi terutama 'Bintang' kita iaitu Razali 'Tornado' Umar..Di harapkan pada aksi akan datang Perak dapat mengutip 3 mata bagi memberikan saingan kepada pasukan lain..Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    Salam

    Sekalung tahniah dan syukur dengan keputusan kali ini... Inilah kebangkitan yang kita para penyokong mahu kan... Pujian haruslah diberikan kepada setiap individu yang terlibat secara langsung serta tidak langsung kerana dengan mengutip 1 mata berharga ini tidak mudah bagi pasukan kita sejak sekian kali nya... Tahniah dan syabas!

    Namun begitu, langkah dan perjuangan kita masih jauh.. tingkatkan semangat dan teruskan kemaraannya ke perlawanan akan datang di laman sendiri yang ketika ini semua sedia maklum, mahukan kemenangan di Ipoh!

    Ayuh skuad Skor Yob Skor! Bangkit dan teruskan perjuangan kalian dengan hati yang jitu serta semangat juang yang tinggi. Kami para penyokong akan terus memberikan sokongan padu dan mengharapkan aksi-aksi kalian yang menarik pada perlawanan akan datang.

    Tahniah dan teruskan perjuangan murni kalian...
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. winazza

    sebenarnya 1 mata ni pun bolehlah dianggap kejutan kerana Pasukan Kedah merupakan pasukan yang terlalu sukar untuk ditewaskan Skuad Seladang sejak beberapa tahun.
    Jadikan ini sebagai batu loncat bagi pemain-pemain muda agar dapat tunjukkan taring sebenar mereka ketika melayan kunjungan Pasukan Kelantan nanti..
    Penuhkan Stadium, jangan sampai penonton Kelantan lebih ramai..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. lee_dado

    Tahniah Yob

    Berjaya juga Perak mengutip 1 mata di DarulAman semalam. TORNADO sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Kedah kerana mengejutkan Kedah pada masa tambahan separuh masa. Teman dah bagi tau dalam posting lepas, defend jangan "membuat lupa" akan kehadiran pemain ini. So inilah padahnya.

    Teman agak sedikit kecewa dengan ketumpulan barisan serangan Kedah yang masih lagi gagal menemuni sentuhan penyudah yang betul-betul berkesan untuk memberikan gol kepada pasukan. Serangan demi serangan terlepas begitu sahaja. Pemain silih berganti masuk keluar masih gagal memberikan gol juga. Itulah masalah yang dihadapi Kedah buat masa ini.

    Berkenaan insiden kad merah kepada kedua-dua pasukan teman tak nak komen sebab tak mendapat info lanjut tentang kejadian tersebut. Maybe ada sahabat kita yang berada di Stadium lebih nampak apa yang berlaku semalam.

    Sekarang Kedah berada di pertengahan liga, tinggal lagi 2 game untuk ditamatkan dalam bulan Januari ini sebelum memberi laluan kepada Piala FA dalam bulan Februari nanti.

    Teman berharap coach dapat membuat sesuatu kepada barisan serangan Kedah sebelum prestasi pasukan menjadi lebih teruk sekiranya perkara ni berlanjutan

    Tahniah kepada Skuad Seladang sekali lagi yang hadir ke DarulAman pada game semalam. Kehadiran anda membawa sesuatu kepada pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. anip

      Salam.

      Insiden kad merah tu berlaku selepas berlaku perebutan bola di udara antara pemain Perak dan Kedah. Dah bergelut mesti la ada sentuhan. Tetapi sentuhan pemain Perak kepada pemain Kedah tu bukan di tempat yang sepatutnya. Senak la pemain Kedah tu. Perkara tu merebak sampai la tiba-tiba Pemain Kedah tu terus mengasak dengan kasar pemain Perak tersebut. Maka berlakulah perang mulut di antara kedua-dua pemain. Situasi ini pengadil tak nampak. Pengadil hanya menerima makluman dari penjaga garisan sebelah "grandstand". Pengadil agak tegas malam tu maka kedua-dua pemain dibuang padang bagi meleraikan kekusutan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. â™ addyâ™ 

    Salam,

    Pujian harus diberikan kepada pasukan kesayangan kita PERAK kerana bermati-matian beraksi dihadapan penyokong fanatik kedah. Walau bagaimana pun pasukan Perak berjaya juga mencuri 1 mata berharga dari Stadium Darul Aman.

    Dilihat sudah ada tanda-tanda kebangkitan para pemain-pemain. Prestasi penjaga gol Khairul Izwan yang menggantikan Megat nampak sedikit memberangsangkan. Tapi yang perlu kita banggakan ialah penyerang "berbisa" kita The Tornado yang menjadi pemusnah harapan bagi pasukan Kedah.

    Apapun lepas ini pasukan PERAK akan menentang pasukan KELANTAN di Ipoh. Kalau tak dapat menang ,seri pon jadi lah kerana KELANTAN adalah sebuah pasukan yang ramai jugak ler bintang nyer. Tapi kalau menang adalah satu bonus.

    "Teruskanlah pejuangan anda, jangan putus asa. Bermain lah sampai perlawanan terakhir dengan bersungguh-sungguh"

    All Da' Best to you =) PERAK !!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. fazly73

    keputusan ini harap memberi semangat untuk pasukan "kejor yob kejor" kite untuk memburu kemenangan! ayuh bangun skuad seladang!"skor yob skor"!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. ihsan

    perak back with the business. .

    lineup dan formasi yang cukup bagus dari Ketua Jurulatih Perak, Raja Azlan Shah Raja Soib.. Tahniah!! harap Coach Raja dapat kekalkan lineup ini.... ini la posisi yang sesuai untuk Nanthakumar dan Nazri Kamal. .

    ------------------------> Khairul Izwan
    --> Syazwan - Arif Ismail - Hafiszuan - Wan Azwari
    ------> Nazri Kamal - K Nanthakumar(K) - Hafiz Rahman
    ------------------------> Shafuan Adli
    -----------------> Razali Umar - Saufi Sa'aidi

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam..

      AHA..itulah plat baru untuk kereta di Perak.

      Lineup ni macam teman kenai sangat.Bukan nak berlagak atau cakap besar,we are unity.Doesnt meant who create,who decide or who make it going on progress.

      Harap keterbukaan Head Coach dalam merencana setiap perancangan strategi yang dibentuk memuaskan hati setiap fan dengan result yang berjaya kita berikan.

      Tidak salah untuk mempelbagaikan setiap strategi yang telah kita rencanakan bagi pasukan.

      Diharapkan kita mampu mengutip dengan lebih banyak lagi mata samada home mahupun away game.

      Teruskan usaha,gigih serta bersemangatlah dalam menempuhi setiap game yang bakal mendatang.

      Yang kurik itu kundi,
      Yang merah itu saga,
      Yang baik itu budi,
      Yang indah itu bahasa,

      Insyallah game di Ipoh besok teman sekeluarga akan hadir bagi memenuhkan setiap rongga stadium yang masih dahagakan kemeriahan serta kegamatan penyokong yang paling padat dalam sejarah MSL sebelumni.

      Kepada sahabat serta penyokong yang lain,moh menuhkan stadium besok.

      Salam Qaulan...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Jangan dok perasan le Chuck, lineup tu memang dah lama dalam kepala coach, cuma masa bila nak guna kita kena sabarlah. Mike ingat coach kita ni tak tau ke? Adalah sebab dia tersendiri kenapa tak guna formasi tu sebelum ni. Takkan semua benda nak kena kasitau fans apa yang dia nak buat dan bakal buat.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Entah la..macam-macam ragam penyokong Perak ni. Mesra alam orang cakap kan? Bagus bagi pandangan, tapi janganlah merasa diri tu betul dan kebetulan itu sebagai point untuk banggakan diri Chuck. Tu la susah bila mencampuri urusan Coach.

          Sebab tu kalau bab taktikal ni teman tak berani nak pandai-pandai bagi cadangan sebab teman tak layak, mana ada kelayakan untuk teman komen bab tu. Setakat borak kosong kedai kopi boleh la. Tapi nak mencampuri urusan pihak yang lebih tinggi teman tak berani.

          Teman punya status PENYOKONG. Kalau ada sapa-sapa nak bagi saranan bab taktikal terpulangla, sebab teman percaya 200% dengan Coach Raja Azlan

          Likes(0)Dislikes(0)
  9. keristujuh

    tahniah2 buat semua, pasukan perak, penyokong setia dan semua yang terlibat...harap rentak sebegini akan berterusan buat team perak, tetapi harus diingat jangan leka, jangan dibuai mimpi, fokuskan kepada "game" buat semua player perak termasuk pihak pengurusan seladang semua...cari kemenangan demi kecemerlangan pasukan perak...kepada "pemain" anda diberikan tanggungjawab bagi merealisasikan impian...laksanakan tugas anda dengan baik, balas jasa coach dan pihak pengurusan serta penyokong setia perak...anda berkemampuan melaksanakan, buktikan...kita antara pasukan terhebat dalam liga malaysia...ayuh berjuang pasukan perak...doa kejayaan demi kejayaan tetap diiringi untuk pasukan perak...selamat berjuang..."skor yob skor"

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. syidi

    Salam..

    Tahniah Coach kerana berjaya melakarkan sejarah setelah berjaya mencuri 1 mata berharga. Perak hampir mencipta sejarah terbesar apabila mendahului 1-0. Seperti yang semua sedia maklum, Perak tidak pernah menang di Kedah. Dan tidak pernah memungut sebarang mata dan Sabtu 23 Jan 2010 adalah hari yang penuh sejarah. Well Done Guys!!

    Diberitakan ada sorang dua pemain yang kondisi diri mereka kurang baik dan tidak kurang juga yang tidak sihat, tetapi tetap memujuk Coach agar mereka diturunkan. Sikap sebegini yang kami (Penyokong) mahukan. Jadikan sokongan, kritikan dan tekanan penyokong sebagai MORAL untuk pemain beraksi dengan lebih baik. Secara peribadinya saya memuji pemain yang mempunyai semangat yang sekental itu, teruskan!

    Perak sedang berada di landasan yang betul. Coach harus meneruskan apa yang dimulakan dan menambah baik apa yang telah baik kini. Ini untuk memastikan kita akan terus menerus mencipta kejutan.

    Teruskan, Kejor Yob Skor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Yup betul tu Syidi, Razali memang masih belum pulih dari demam lagi masa tu, tapi dia nak main juga. Dan satu lagi Wan Azwari, bahu dia 'lari' hari tu masa lawan Perlis, tapi dia mintak sangat pada coach nak main jugak lawan Kedah hari tu.

      Kalau tak salah apa yang teman dengar dari coach hari tu Wan Azwari kata "Main dengan Perak tak sama dengan main di Pahang, di sana kalah atau menang kita masih takde tekanan. Tapi main di Perak memang penuh dengan tekanan, saya suka cabaran macam ni. Saya nak main coach, ini tanggungjawab saya"

      Apa yang teman boleh kata, kalau macam ni semangat yang ditunjukkan oleh pemain-pemain kita, teman yakin sangat kita boleh pergi lebih jauh dalam Liga Super musim ni.

      Syabas semua pemain !!!

      "How you play today, from this moment on is how you will be remembered"

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. anip

      Tabik kepada Wan Azwari. Teman tengok balut pada badan dia tu pun teman naik takut. Entah berapa banyak "bandage" digunakan. Tetapi main masih baik. Bagus-bagus.

      Likes(0)Dislikes(0)
    1. anip

      Kalaulah pemain Kedah berjaya jaringkan gol pada cubaan diaorang yang banyak tu lagi hancur la kita dan berjela-jela la komen dalam ni...:-)

      Likes(0)Dislikes(0)
  11. zizou85

    keeper kita ni dah main bagus tapi boleh lepas gol mudah pulak.. kalau tak , dah 3 point kita...perak harus kekal formasi sebegini...tapi mantapkan dari segi serangan pulak ye

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. YB

    Kome mungkin hanya tengok rakaman gol ketika bolos, tapi yang sebenarnya masa tu tengah hujan renyai-renyai. Hujan yang datang tiba-tiba memang bagi rahmat pada pasukan Kedah.

    Tapi jangan lupa jasa keeper yang telah selamatkan 3 bola patut gol dari lawan dan juga 2 bola atas garisan gol yang diselamatkan oleh pertahanan kita.

    Walaupun bola yang masuk nampak 'mudah' pada kita, Head Coach Raja Azlan Shah tanpa ragu-ragu beri Man Of The Match pada Khairul Izwan dalam perbualan bersama teman hari tu.

    Ingat, penjaga gol yang baik penting untuk MORAL team, takde pasukan dalam dunia ni boleh menang dengan barisan pemain yang hebat tanpa penjaga gol yang cemerlang.

    Yang paling penting semua pemain kena jalankan tugas mereka sebaik mungkin. Teman salute dengan pemain-pemain Perak yang bermain bersungguh-sungguh hari tu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. anip

    Salam.

    Tahniah buat pasukan Perak. Ini perlawanan pertama yang teman tengok sendiri pada musim 2010. Agak membanggakan. Walaupun diserang bertalu-talu namun para pemain berjaya menyerap tekanan dengan baik. Di samping itu, kelibat Razali Umar memang menggerunkan pasukan Kedah kerana ada ketikanya sampai 4,5 orang pemain Kedah mengawal beliau. Itu pun beliau berjaya membolosi gawang Kedah. Syabas!!!

    Khairul Izwan. Tahniah untuk anda. Berjaya mengawal gawang dengan baik walaupun kadangkala boleh sakit jantung jugak tengok Kedah menyerang. Gol Kedah memang tidak dijangka. 10 kali tangkap kemas tetapi tiba-tiba bola terlepas apakan daya. Belajar lagi.

    Kehadiran Nantha sebagai "defensive midfielder" mendatangkan kesan yang baik. Kedah gagal nak mengatur serangan dari bahagian tengah.

    Dari pemerhatian teman, 2 kali para pemain Perak bertengkar sesama sendiri. Tidak salah untuk menegur masa bermain namun jangan sampai belaku tolak-menolak. Masing-masing ada sikap tersendiri tetapi kalian boleh berubah andai itu yang kalian mahukan. InsyaALLAH.

    Teruskan usaha. Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  14. Lee Jr

    Salam...

    Dari maklumbalas penonton-penonton yang menyaksikan perlawanan Perak vs Kedah,teman dapat membayangkan kesebelasan Perak malam itu adalah yang terbaik..dari goalkeeper sampai ke striker..pertukaran posisi Nazri Kamal kepada wing dan Nantha kepada defensive midfielder merupakan percaturan yang berbaloi..Raja semakin bijak dalam mengatur posisi pemain mengikut kemampuan pemain tersebut.result malam tu memuaskan kerana dari apa yang kita tahu Kedah antara lawan yang sukar ditewaskan Perak tambah-tambah di halaman sendiri.tahniah pada pemain Perak.

    graf prestasi meningkat dari setiap perlawanan..Razali melakukan tugasnye dengan baik..pertahanan juga haruslah lebih berkesan dalam menyerap setiap asakan pasukan lawan. penjaga gol kena bersedia sepanjang masa.dari apa yang teman baca,penjaga gol kita bermain pada tahap terbaik,tapi sayang dengan sedikit kealpaan atau kesilapan dengan mudah pihak lawan menghukum.tugas penjaga gol sememangnya berat tanpa pertahanan yang mantap..apa-apa pun dalam perlawanan menentang Kelantan nanti teman harapkan permainan cemerlang Perak akan diteruskan.

    'SELAMAT BERJAYA PADA PAHLAWAN-PAHLAWAN SELADANG'

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.