TM Liga Super – Johor Vs Perak (review)

TM Liga Super 2009

Sabtu 16 Januari 2010
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin
8:45PM

Perlawanan ketiga Liga Super 2010 untuk Perak adalah bertandang ke Larkin menentang pasukan Johor di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos malam esok. Skuad seladang perlu memenangi perlawanan ini setelah tewas 2 kali berturut-turut sebelum ini.

Kedudukan Perak ketika ini ialah di tempat ke 13 dari 14 pasukan dengan pasukan Johor menduduki tangga terakhir Liga Super 2010. Berita gembira buat penyokong Perak ialah dengan kembalinya Razali ‘The Tornado’ ke dalam pasukan dari penggantungan oleh FAM.

Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika menghubungi wakil SDN mengesahkan hanya 20 orang pemain sahaja yang akan menyertai pasukan ke Larkin pagi nanti. Benedict Martin dan seorang lagi pemain yang belum dimaklumkan bakal direhatkan di Ipoh.

Dengan kehadiran semula ‘The Tornado’ di barisan serangan Perak, Raja Azlan yang gembira dengan perkembangan tersebut melahirkan keyakinan yang tinggi buat pasukan Perak mengutip 3 mata penuh ketika menentang pasukan kendalian Nasir Yusof ini.

“Kehadiran Razali di dalam pasukan sememangnya menjadi ‘morale booster’ kepada pemain-pemain lain untuk beraksi sebaik yang mungkin selain kemampuan beliau menjaringkan gol walaupun sedikit sahaja peluang yang dijelmakan” jelas Raja Azlan.

“Ketika ini saya berharap Saufi Sa’aidi mampu mengekalkan persembahan yang baik ketika menentang pasukan Terengganu tempohari dan seterusnya membentuk satu gandingan mantap bersama Razali untuk menghasilkan jaringan buat kemenangan sulung pasukan”

Tentang segelintir pemain yang kurang menyumbang pula, beliau menegaskan untuk tidak menurunkan mereka pada perlawanan akan datang jika keadaan mereka masih lagi tidak berubah dengan mempamerkan mutu persembahan di bawah tahap sebenar.

Nota: Lintas langsung ulasan perlawanan di shoutbox malam ini.

Kesebelasan Kemungkinan:

Johor vs Perak

YB Corner

Likes(0)Dislikes(0)

13 thoughts on “TM Liga Super – Johor Vs Perak (review)

  1. chuck

    Salam..

    Insyallah.Teman yakin 100% dengan kemenangan bergaya 4 bijik gol malam besok.

    Tak mustahil yob!ini bukanya misi sukar.Johor..bukanya team yang boleh dibanggakan.

    Pada teman,Johor bukanlah lawan yang sesuai dengan kita (Perak).

    So,dengan adenya kelibat Razali malam ni,so boost mampu ditalakan dengan lebih tinggi lagi.

    Ape-apepun,kemenangan dah tentu.Yang pasti pada teman ialah result game malam besok sudahpun ade ditangan teman.cuma menantikan bilangan gol yang bakal razali and the geng sumbatkan je lagi ni.

    Akhir kata:

    kirim salam kat awek-awek gerek kat sana tue..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam...

    Kalau dilihat kesebelasan utama yang bakal diturunkan dan posisi untuk setiap pemain,insyaallah berkemungkinan besar corak permainan pasukan akan lebih mantap.

    Terutama meletakkan Nazri Kamal di bahagian defensif lebih bermakna kerana beliau seorang pemain yang teramat rajin untuk mengejar bola disetiap sudut. Ini bermakna kekebalan akan berlaku dibahagian bawah. Khairul izwan diletakkan sebagai penjaga gol diharapkan akan mempamerkan satu mutu permainan yang lebih berkualiti dan bertenaga,janganlah lepas lepaskan bola yang tidak sewajarnya

    Apa yang menghairahkan untuk perlawanan kali ini setelah pasukan kembali memiliki RazalI Umar Kandasamy,ini bermakna pasukan tidak memiliki masalah untuk menang dengan bergaya dan penuh dengan pro.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan

    Kesebelasan kemungkinan penulis seperti diatas sememangnya mantap. Tetapi apakah ketua pasukan K. Nanthakumar yang bermain cemerlang dua perlawanan ini tidak menarik hati penulis untuk diturun pada perlawanan ini?

    Selain Razali Umar yang mungkin diturunkan, adakah sudah bersedia darisegi mental dan fizikal setelah didenda oleh pihak FAM? san amat berharap semuanya berjalan lancar, Razali Umar Kandasamy selaku pemain Profesional patut bersedia setiap masa walau apa jua situasi.

    Cuma harapan san, semua pemain yang akan bermain dalam perlawanan ini menunjukkan satu corak permainan yang positif dan bersemangat kesukanan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      Im partially agree with seansan opinion...Maybe, Raja wants to try new player at the back.

      From the formation, i'm quite agree by dropping off-form players like Megat, Syazwan and Isma, but actually Wan Azwari,Nazri Kamal and Khalis is currently not performing so well..

      Im still in positive-minded that Razali appearance in the game will help the team a lot. Plus with Saufi who is the so lively as a forward againts Terengganu last Tuesday...

      Kejor Yob Kejor...Good Luck Raja Azlan and Your Troops..

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. YB Post author

      Pembetulan..., itu bukan kesebelasan pilihan penulis, perhatikan baik-baik tulisan merah tersebut. KESEBELASAN KEMUNGKINAN yang membawa maksud Kemungkinan Pilihan Pemain oleh jurulatih sendiri.

      Kalau pilihan penulis sendiri akan tertera KESEBELASAN PILIHAN PENULIS. Berkenaan Razali kita tak perlu gusar tentang situasi beliau. Tidakkah saudara seansan membaca artikel beliau sebelum ini yang menyatakan bahawa semangat beliau yang meluap-luap untuk membantu Perak menentang Johor? Beliau juga berjanji untuk menjaringkan tidak kurang dari 2 gol dan impiannya adalah hattrik.

      Harap saudara san jangan bertindak sembrono terutama jika melibatkan artikel yang dibuat oleh teman. Baca artikel http://www.seladang.net/2010/01/razali-umar-the-tornado-kembali-beraksi/ baik-baik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak relevan.

      :-)

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. seansan

        Mana ada maksud Kesebelasan Kemungkinan oleh "jurulatih" disitu. Cuma SDN dan coach sahaja yang tahu. Saya sebagai pengguna hanya akan berfikiran kesebelasan kemungkinan itu hanya rekaan oleh pihak SDN sendiri. Jika benar ini ialah kesebelasan kemungkinan yang dinyatakan sendiri oleh pihak jurulatih, berapa peratusan (%) ianya akan menjadi kenyataan jika tiada aralmelintang melanda pasukan. Dan jika barisan kemungkinan ini boleh diguna pakai (melebihi 90%), persoalannya adakah itu tidak menggugat moral pemain-pemain lain yang tidak disenaraikan? Dan adakah ini direka untuk mengaburi mata-mata jurulatih lain yang mencuri maklumat dari artikel tersebut?

        Cukupkah jika hanya semangat meluap-luap bagi En. Razali Umar?, adakah itu memadai? Maksud san diatas cukup luas untuk dinyata disini. Bukan hanya Razali Umar Kandasamy keseorangan disini, tetapi untuk semua pemain dan pegawai yang akan berjuang. Moral tat kala berada dipuncak amat mudah untuk bersama hayati, tetapi moral apabila kita di dasar hanya datang apabila satu keajaiban muncul didepan mata. Tapi pernahkah kita terfikir? bagaimana satu hari kelak keajaiban itu tidak lagi bersama kita?

        Apapun san harap, bangkitlah dari dasar itu untuk terus menuju ke puncak.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. YB Post author

          Tidak perlu menyatakan dengan jelas maksud samada barisan tersebut adalah barisan 100% jurulatih atau sekadar hanya mengaburi pihak lawan. Itu mungkin, teman ulangi mungkin perancangan awal yang diatur oleh jurulatih. Tetapi segalanya bergantung kepada pertimbangan, situasi pemain dan keadaan 'mood' sesuatu perlawanan yang bakal dihadapi.

          Dan pemain juga tidak seharusnya merasa terganggu moral mereka jika nama mereka tiada dalam senarai tersebut kerana kita sememangnya menggunakan hanya 11 orang pemain pada setiap masa. Dengan 22 orang pemain yang kita miliki, walau siapa pun yang berada dalam senarai tersebut pasti akan ada 11 orang lagi pemain lain yang 'terganggu' moral mereka sebelum sepak mula lagi.

          Tiada siapa pun yang mampu mengukur sejauh mana 'memadai' atau 'tidak memadai' semangat yang ditunjukkan oleh Razali kelak. Bukan saudara, bukan teman dan bukan kita semua, tapi cukuplah kalau kita semua mendengar dari luahan pemain tersebut yang dia benar-benar bersemangat untuk berjuang esok.

          Bukankah itu lebih baik dari segelintir pemain yang 'layu' ketika harapan disandarkan kepada mereka?. Harap persoalan yang saudara timbulkan dapat diperjelaskan dengan lebih baik kerana dari susun atur ayat-ayat saudara di atas menampakkan saudara sendiri sebenarnya tidak pasti dengan apa yang saudara ingin ketahui.

          Makanlah ubat saudara jika diserang demam panas atau berehatlah dari SDN jika fikiran terganggu dek kekalahan 2 kali sebelum ini.

          Saya dan rakan-rakan yang lain memahami 'masalah' saudara, bertenanglah saudara, bertenang, kejayaan bakal muncul untuk orang-orang yang bersabar.

          Terima Kasih

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. dody

    Ayuh Perak.Dapatkan mata pertama season ini dan pastikan ia 3 mata...

    p/s : akhirnya penjaga gol baru dapat beraksi....huhu

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. Yashurr Yazurry

    Salam...

    Bayangkan kalian dalam acara sukan marathon, diwaktu semangat membuak-buak maka kalian belari pantas..
    Ditakdirkan baru selangkah dua kalian melangkah, hujan turun dengan lebatnya....
    Apa yang kalian perlu lakukan?
    Berhenti berlari dan pergi berteduh?
    Atau teruskan berlari walaupun hujan itu membasahi kalian?

    Ya! teruskan!
    begitu juga yang berlaku pada pasukan seladang ini...
    kekalahan yang berturut-turut tidak bermakna kalian perlu redha dan mengharapkan keajaiban muncul...
    seperti mengharapkan 'hujan' tadi berhenti...

    Ayuh!
    Kalian sebenarnya bukan pemain wahai pemain-pemain skuad perak 2010..
    Tetapi kalian sebenarnya adalah pejuang...!
    pejuang yang memperjuangkan jiwa-jiwa kami selaku penyokong..
    pejuang yang tidak akan menghancurkan harapan kami..

    Berjuanglah esok untuk menang,
    Bukannya berjuang untuk tidak kalah..

    Jadilah pejuang yang dapat 'melihat' apa yang kalian 'nampak'...

    Kalian nampak peluang untuk menang...
    Tapi sayang jika kalian tidak lihat dari sudut mana yang membolehkan kalian menang....

    Ayuh seladang mantap!!!!
    Gegarkan jaring lawan..
    Agar tampak gah seperti pahlawan....

    Kejor Yob Kejor....!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      teman teruja nengok nama tornado tu ada.....
      bior ler sape nak main pun, janji razali tu ada.. elok bebenor razali bergandingan dengan saufi... memang mantop!!!

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.