TM Liga Super – Johor Vs Perak (result)

TM Liga Super 2009

Sabtu 16 Januari 2010
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin
8:45PM

Johor 0 – 2 Perak

Hanya 2 minit sahaja masa yang diperlukan oleh pasukan Perak untuk memungut 3 mata pertama musim ini apabila berjaya menewaskan pasukan Johor pada perlawanan ketiga Liga Super 2010 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos malam tadi.

Permainan dimulakan agak hambar dengan pasukan tuan rumah kerap kali mengasak ke kubu pasukan Perak namun Arif Ismail yang menggantikan tempat K. Nanthakumar yang direhatkan pada perlawanan kali ini berjaya menangkis serangan dengan baik.

Tamat separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan. Jurulatih Perak, Raja Azlan membuat sedikit pertukaran strategi dengan menukar dua pemain iaitu Saufi Sa’aidi dan Arif Fazli dan memasukkan Syazwan Roslan serta Shahrizal.

Gol yang dinanti akhirnya tiba minit ke 89 bermula dari larian pantas Razali yang dibentes pertahanan lawan dari jarak 30 meter dan Shafuan Adli melakukan sepakan yang terkena palang gol lalu bola melantun ke kaki Syazwan Roslan untuk disudahkan dengan mudah.

Seperti dirasuk, pemain Perak terus menyerang dan hasilnya seminit kemudian, Shahrizal membuat satu hantaran lambung kepada Razali yang dikepung oleh pertahanan lawan namun berjaya melepaskan diri untuk membuat satu tandukan terbang buat gol kedua.

Kesebelasan Utama:

Khairul Izwan
Wan Azwari
Arif Ismail
Arif Fazli – 1
Hafiszuan
Nazri Kamal
Shafuan Adli
Khalis Ibrahim
Hafiz Rahman
Saufi Sa’aidi – 2
Razali Umar

Pertukaran:

Syazwan Roslan – 1
Shahrizal Saad – 2

Keputusan Perlawanan Lain – 16 Januari 2010

Plus FC 0 – 1 Selangor
Stadium MBPJ, Kelana Jaya

Kuala Lumpur 0 – 0 Negeri Sembilan
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Kedah 0 – 1 Johor FC
Stadium Darul Aman, Alor Setar

Terengganu 4 – 0 Pulau Pinang
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Perlis 0 – 0 Kelantan
Stadium Utama Negeri, Kangar

Pahang 2 – 1 T-Team
Stadium Darul Makmur, Kuantan

Likes(0)Dislikes(0)

19 thoughts on “TM Liga Super – Johor Vs Perak (result)

  1. dody

    Tahniah Perak!! Tahniah Coach! Tanhniah SDN!!

    Kemenangan yang di tunggu oleh segenap anak negeri perak akhirnya menjelma di selatan tanah air. kembalinya Razali "TORNADO" Umar ke pangkuan team perak memang memberi Impak MAKSIMA kepada jentera serangan Seladang. Ini adalah permulaan kepada kebangkitan Perak season ini. pastikan rentak ini di teruskan dan jadikan perlis sebagai mangsa seterusnya selasa ini di gelanggang keramat kita, Ayuh... Kejor Yob Kejor!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. razlan

    tahniah tahniah tahniah... teman rasa ada dua sebab perak menang
    1) razali kembali bermain
    2) teman tak pi ke stadium... hahahaha

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. razlan

        nak pegi jugak. esok pergi stadium perak, sabtu pergi stadium darul aman dan lepas tu dua home game kat ipoh. keempat2 nak pergi

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. zizou85

    A great morale booster for the team...Congrats for Perak...Razali's appearance in this game prove that Perak need such a great personality n ability like him to boost overall Perak performance..

    Thumbs up for coach too for lining up new faces in this game..shown that there is no place for off-form players...

    Finally, please dont get so complacent with this victory...get ready for Perlis game, which a better side than Johor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. penangMai

    Salam....Tahniah buat skuad PERAK kerana melakarkan kemenangan pertama ditempat lawan....diharapkan semua perlawanan mendatang akan berpihak kepada skuad Raja Azlan
    Esok teman pergi kerja tak la bernanah telinga sebab skuad hijau kuning rebah di Darul Aman he he...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. fadly

    Assalamualaikum

    Alhamdulillah hari ini pasukan perak berjaya meraih kemenangan pertama.syukur 3mata diperolehi di tempat lawan membuatkan penyokong perak kembali melihat,menyokong dan gembira akan pasukan perak ini..

    next game akan bermain di laman sendiri..stadium keramat perak..diharap perak akan memberi saingan,dan juga kemenangan.lawan selepas ini adalah salah satu team yang dianggap hebat..dalam pertemuan season lepas perak dapat mengekang,mengikat pasukan perlis ini..

    diharap perak akan mendapatkan 3mata pada malam selasa ini..amin..

    skor yob skor
    perak no 1..
    kami akan terus menyokong team perak ini

    salam

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. megatvader

    assalamualaikum,

    langit tak selalu mendung, bila sang suria muncul akan teranglah kembali.......

    teman tumpang gembira di atas kemenangan pertama musim ini... apapun perlu diingat perjalanan masih jauh.... yang penting teruskan usaha dan tekad untuk mencapai apa yang disasarkan.. terus buktikan wahai WIRA WIRA SELADANG... SKOR YOB SKOR... PERAK TETAP NO.1...

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. fazly73

    asalamualaikum...tahniah pada pasukan Kejor yob kejor kite....alhamdulillah....masuk perlawanan ketiga dapat juga kemenangan yang di cari...harap rentak kemenangan akan berkekalan......tahniah pada razali umar dan rakan-rakan ...taniah pada Raja azlan shah..selaku jurulatih!"skor yob skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. â™ addyâ™ 

    Salam,

    Pertama sekali tahniah di ucapkan kepada pasukan Perak kita kerana berjaya mendapat 3 mata pertama. Ternyata dengan kembalinya penyerang sensasi pasukan Perak (The Tornado) pasukan Perak bagai mendapat suntikan semangat yang baru untuk terus berjaya.

    Saya mencadangkan kepada jurulatih untuk mencuba gandingan K.Nanthakumar dengan Arif Ismail. Mungkin dapat memantapkan lagi barisan pertahanan Perak. Fauzzi Kassim juga perlu diberikan masa untuk dia menonjolkan dirinya. Mana tahu, dia boleh digandingkan bersama Razali.

    Harapkan yang terbaik dari pasukan PERAK ku.
    Skor Yob Skor,
    PERAK !!!!!!!!!!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. chuck

    Salam..

    Seperti ramalan teman,kita menang juga akhirnya.

    Pada teman tidak salah jika berkeyakinan tinggi untuk menang setelah kita mengukur baju di badan sendiri.

    Lainlah jika size L kita beli size 3XL..camner nak berkeyakinan??hehehe..

    Diharapkan statement ini dapat membantu rakan-rakan lain dalam meningkatkan moral serta membina ketrampilan diri.

    JAIHIN PERAK!!!YENTABAR!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. chuck

    Salam..

    Barisan terkuat Perak di pandangan mata teman mengikut formasi-formasi maut teman samada menjerat or terjerat:

    4-4-2

    GK - khairul Izwan
    CB - Arif Ismail dan Hafiszuan
    SB - Wan azwari dan Shazwan Roslan
    SMF - Hafiz Abd Rahman dan Nazri kamal
    DMF - K.Nanthakumar
    CMF - Shafuan Adli
    SS - Saufi Saadi/Shahrizal Saad
    CF - Razali(kalo suspended-Fauzi Kassim)

    4-5-1

    GK - Khairul Izwan
    CB - Arif Ismail dan Hafiszuan
    SB - Wan Azwari dan Shazwan Roslan
    SMF - Hafiz Abd Rahman/Khalis/Isma
    DMF - K.Nanthakumar
    CMF - Nazri Kamal
    AMF - Shafuan Adli
    CF - Razali

    3-4-3

    GK - Khairul Izwan
    CB - Arif Ismail,Arif Fazli,Hafiszuan
    DMF - K.Nanthakumar
    CMF - Nazri Kamal dan Shafuan Adli
    AMF - Shahrizal Saad
    SS - Saufi Saadi dan Fauzi Kassim
    CF - Razali Umar Kandasamy

    Insyallah..bukan nak menunjuk mandai..sekadar perkongsian ilmu, maaf jika ade yang tidak setuju dan sependapat.Namun we are independent!

    Salam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. syidi

    Salam..

    Pelbagai pandangan dan pendapat yang dilontarkan setelah Perak berjaya menundukkan Johor. Ada yang mengatakan Johor bukanlah lawan sebenar. Dan tidak kurang juga yang mengatakan Perak kembali ke landasan sebenar setelah Razali Umar kembali semula.

    Namun begitu, pandangan saya, Perak memang satu pasukan yang berpotensi untuk menggugat mana-mana pasukan pilihan lain. Kekuatan Perak ialah RAZALI UMAR. Kenapa? Secara teorinya, kehadiran Razali seolah-olah Perak mendapat 'nyawa' dan telah 'menang'. Secara psikologinya pula, jika 1000 orang mengatakan/meramalkan Perak akan menang Insya Allah 80 peratus kemenangan dalam tangan. Begitulah sebaliknya jika ramai yang meramalkan kekalahan.

    Razali Umar ibarat 'TONIK' berupa ubat kuat yang memperkuatkan semangat, moral dan tenaga pasukan. Secara otomatik penjiwaan penyokong terhadap pasukan berubah.

    Biar pun Perak mendapat 2 gol di minit-minit akhir perlawanan, dapat dibayangkan betapa pemain bertungkus lumus untuk bertahan dan mencari gol. Hasilnya Perak menang 2-0.

    Apa yang merisaukan adalah konsistensi. Harapan semoga Perak akan terus dan terus menang sekali gus mengukuhkan kedudukan dalam Liga Super 2010. Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah, laksanakan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi dan beramanah.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam...

      Teman bersetuju dengan komentar mike syidi,namun begitu teman mengharapkan Shahrizal saad akan terus digandingkan dengan Razali kerana jurulatih melakukan pertukaran pemain dan memasukkan shahrizal corak serangan bertukar wajah dan bola bola yang dihantar kepada Razali sememangnya kemas dan tepat.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YB

        Kita kena ingat, ada pemain yang memang boleh perform kalau dia masuk sejak dari mula permainan manakala ada juga pemain yang cukup berbisa kalau dia sekadar masuk sebagai pemain tukaran untuk separuh masa kedua.

        Ini yang kita semua kena sentiasa perhatikan sebagai peminat. Pada teman pemain yang boleh beri impak tinggi kalau masuk sebagai pemain tukaran ialah Hafiz Rahman dan Shahrizal Saad.

        Kenapa boleh jadi macam ni? sebab utama selalunya stamina pemain itu sendiri yang tak boleh full swing dari separuh masa pertama lagi. Dan sebab lain ialah ada pemain yang perlu tengok 'game play' dulu baru dia boleh dapat 'idea' apa nak buat dalam padang.

        Bila badan penat, otak jadi lemah untuk berfikir dan fokus pada permainan akan hilang. Sebab itu bila dah hujung-hujung permainan ni selalunya akan ada gol terhasil sebab PEMAIN selalu hilang fokus. Masa ni pasukan mana yang ada pemain berstamina tinggi memang boleh menang dengan cara gol-gol 'last minute'.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Salam..

          Teman sependapatan dengan YB.Memang benar seperti dikata.

          Justeru dengan itu,pihak coach hendaklah bijak dalam memainkan peranan.

          Mungkin ade segelintir player yang menjadikan Azrul Amri Burhan sebagai ikon deme.

          Mahupun beranggapan yang mereka ingin menjadi superstar pantas.Yelah,masuk-masuk jer dah mampu assist member untuk buat gol.Memang orang akan kenang.

          Yang berjuang dekat sejam setengah tu?? Kalo teruk, pakat kena keji ler..kalo mantop,memang terpuji.

          Ini politicaly player sahaja sebenarnya.Thats why,coach bukan sekadar mainkan peranan as a coach jer.Tapi kena more advance sedikit.

          Bila pe'el deme ni dah ade kat celah kuku,lalalala la jawabnya.

          Thanks M.Karathu..

          Likes(0)Dislikes(0)
  12. sunrise

    salam...

    Tahniah kepada pemain pemain pasukan Perak kerana berjaya mendapatkan 3 mata berharga demi mengembalikan semangat diri sendiri dan demi mengembalikan nyawa nyawa penyokong yang hampir hilang terus.

    Walaubagaimanapun,mengharapkan pemain pemain terus berjuang sehingga keakhir perlawanan demi menyelamatkan pasukan dari terus dibelasah dan direjam. Sejujurnya teman berpendapat persembahan diseparuh masa yang pertama agak mengecewakan berkemungkinan gara gara terikut ikut rentak lawan,diharapkan jurulatih mampu melakukan sesuatu.

    Diseparuh masa kedua pula jelas corak permainan yang dipamerkan berubah sedikit namun begitu pemain pemain gagal mengawal bola dengan kemas berkemungkinan keadaan padang yang teramat keras sehinggakan setiap kali melakukan sepakan pasti debu turut terbang sekali.

    Apa apapun teman mengucapkan tahniah kerana berjaya mendapatkan mata penuh untuk pasukan negeri Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. alipz

      Salam... Teman Setuju apa yang dikatakan oleh mike... Apa-apa pun kemenangan telah berpihak kepada Perak...dengan bergaya tu... Johor 0-2 Perak

      Skor Yob Skor.....Sampe Deme Tumpo...

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.