Seladang Fan Club | Rombongan Ke Pahang – 9 Januari 2010

Sebuah kelab yang baru ditubuhkan iaitu Seladang Fan Club yang berpengkalan di Ipoh akan mengadakan rombongan bas untuk menonton perlawanan pertama Liga Super 2010 antara pasukan Perak menentang pasukan Pahang di Kuantan pada hari Sabtu, 9 Januari 2010 ini.

Rombongan kali ini akan bertolak dari Ipoh dan singgah di Lembah Klang untuk mengambil penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Antara lokasi terawal yang dituju ialah Pantai Teluk Cempedak untuk semua penumpang bersantai sebelum bersama-sama menonton perlawanan bolasepak pada sebelah malamnya di Stadium Darul Makmur.

Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Semua peminat bolasepak Perak dialu-alukan menyertai rombongan ini.

Lokasi Berlepas: Pintu Utama Stadium Hoki, Ipoh
Tarikh: Sabtu, 9 Januari 2010
Masa: 8:00 Pagi
Bayaran: RM 35 seorang – pergi & balik tidak termasuk tiket stadium

Lokasi Transit: Petronas Lingkaran Karak
Masa: 10:30 Pagi
Bayaran: RM 35 seorang  – pergi & balik tidak termasuk tiket stadium


View Larger Map

Sebarang soalan atau pertanyaan tambahan boleh diajukan pada ruangan komentar di bawah. Kepada pembaca yang belum berdaftar dengan halaman ini anda masih boleh menyertai aktiviti ini dengan mengirim email kepada pihak SDN melalui alamat email

Terima Kasih
admin

Penafian: Pihak seladang.net atau SDN dan wakilnya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam sebarang urusan dan pentadbiran kelab Seladang Fan Club. Pihak SDN hanya bertindak sebagai penyiar berita untuk manafaat kita bersama.

Likes(0)Dislikes(0)

20 thoughts on “Seladang Fan Club | Rombongan Ke Pahang – 9 Januari 2010

  1. YB

    Senarai ahli-ahli SDN yang berminat:

    01) YB - Shah Alam
    02) Izwan - Shah Alam
    03) Sunrise - Ipoh
    04) Seansan - Ipoh
    05) yobmeru - Ipoh
    06) YopAboy 1 - Ipoh
    07) YopAboy 2 - Ipoh
    08) faz_lampard - PJ
    09) ir fai - Kepong
    10) din - Ipoh
    11) razlan - Shah Alam
    12)

    Tolong beri nama, nombor telefon (tidak didedahkan) dan lokasi tempat tinggal.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam perjuangan Yob...

    Diharapkan pihak berwajib(seladang fan club) mahupun pihak SDN sendri memberikan detail tentang travelling tersebut yang pada hemat saya amat wajib untuk yang berminat mengikuti travel tersebut ketahui.

    Antaranya:-

    Jenis bas yang digunakan-2 tingkat atau setingkat,beraircond mahupun udara segar,kapasiti seat,bilangan bas yang digunakan,serta perihal lain yang berkaitan lagi.

    Takwim perjalanan,seperti yang sediamaklum telahpun diberitahu.

    TQ

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. khairol

    salam..

    Aduh terasa ruginya teman kerana kerja pada hari sabtu ni. Jika tidak, pasti dapat bersama-sama memeriahkan suasana. membuatkan teman teringat menaiki rombongan bas dari pandan indah ke ipoh dan gelanggang lawan pada tahun 2003 dulu untuk menyaksikan perlawanan perak.

    semoga selamat perjalanan pergi dan balik buat sahabat-sahabat seladang.

    di harap, rombongan seperti ini di anjurkan berterusan selepas ini di mana manfaatnya bukan sahaja menyokong pasukan perak, tetapi mengeratkan lagi hubungan sesama kita.

    amin.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB

      Kalau nak cantik ambik cuti pergi jalan sekali dengan orang rumah, hehehe, kira macam berbulan madu sambil menonton bola orang kata.

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam..

    Terlebih dahulu teman ucapkan ribuan kemaafan dan keampunan kerana tidak dapat turut serta dalam perjalanan ke Kuantan nanti.

    Sebenarnya sehingga saat teman menaipni sebenarnya teman masih lagi 50-50.Mahupun sehingga sepak mula malam minggu nanti di Darul Aman teman still lagi 50-50.

    So,better teman ambil pendekatan untuk tidak menyertai perjalanan ke Kuantan nanti.Keputusan ini sebenarnya dibuat dalam ketidaktentuan teman untuk memutuskan samada nak pergi or tak.Teman buntu...Namun langkah untuk tidak menyertai travell tersebut dilihat sebagai langkah terbaik untuk menyelamatkan badan teman dari keletihan serta panca indera teman.ekeke..

    Muktamad tidak dapat turut serta.

    Salam Qaulan..maaf semua,insyallah kita jumpa di Ipoh nanti.Kita lihat saper sebenarnya singa distadium.ok.bye

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. paeh93

    Salam..
    pada permulaannya teman mahu pergi..
    teman dah bagi tau san dah semalam..
    tapi tadi cikgu kata ade kelas pulak..
    maaf la ye..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.