Razali Umar ‘The Tornado’ Kembali Beraksi !!!

Razali Umar Kandasamy The Tornado

RM 10 ribu menjadi jumlah denda yang harus ditanggung oleh Razali Umar selepas Jawatankuasa Displin FAM bersidang sebentar tadi (12.30 tengahari) namun berita baiknya beliau (Razali Umar) sudah boleh beraksi menentang Johor pada hari sabtu ini menurut pengurus pasukan Perak, Ustaz Azli Musa yang menghubungi wakil SDN sebentar tadi.

“Kita meluahkan rasa syukur dengan perkembangan ini dan perkara ini akan dibawa ke PAFA untuk tindakan selanjutnya tentang bagaimana caranya kita membantu Razali menyelesaikan denda tersebut” ulas beliau dari Wisma FAM ditemani peguam Encik Akhiruddin.

“Jawatankuasa FAM memberikan penekanan bahawa kesalahan Razali Umar ini cukup berat namun selepas PAFA membuat rayuan, hanya Razali sahaja didenda tanpa sebarang penggantungan perlawanan dan PAFA juga tidak dikenakan sebarang tindakan” jelasnya.

Dengan perkembangan ini sudah tentu menggembirakan jutaan penyokong pasukan Perak yang masih ternanti-nanti kehadiran Razali Umar di bahagian serangan Perak yang agak tumpul pada 2 perlawanan terawal sebelum ini.

tambahan – 2.00 petang

Ketua jurulatih Perak, Raja Azlan Shah ketika dihubungi wakil SDN sebentar tadi mengesahkan telah menerima berita tentang hukuman tersebut dan beliau senada dengan keputusan Jawatankuasa Displin FAM tentang jumlah denda yang diterima oleh Razali Umar.

“Jumlah denda RM10 ribu adalah jumlah maksima diterima oleh Razali atau mana-mana pemain yang melanggar displin yang ditetapkan oleh FAM dan saya berharap semoga ini mampu memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berdisplin pada masa akan datang” ujarnya.

“Dengan adanya Razali di dalam pasukan, saya menjangkakan skuad Perak akan kembali ke landasan sebenar perancangan awal saya sebelum Liga Super bermula dan berharap kehadiran beliau dapat membantu pasukan menjelang pertemuan menentang Johor kelak”

tambahan – 7.00 petang

[slideshow=23]

Razali Umar ketika berjaya dihubungi oleh wakil SDN di Ipoh selepas sesi latihan petang tadi mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan PAFA yang berusaha keras memastikan beliau dapat beraksi semula bersama pasukan Perak nanti.

Razali juga berjanji untuk membantu pasukan memenangi perlawanan menentang Johor di Larkin. “Saya berazam untuk menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol tetapi berharap dapat membuat hattrik yang pertama tahun ini” jelasnya yang tidak sabar ingin turun beraksi.

Likes(0)Dislikes(0)

17 thoughts on “Razali Umar ‘The Tornado’ Kembali Beraksi !!!

  1. syidi

    Syukran Jazilan!!

    Welcome back our Tornado!! Sape suruh buat hal dulu. Belajar dari kesilapan Razali. Sudah semestinya ramai yang menantikan berita hangat ni.

    Secara fiziknya meter moral tim naik mendadak dengan berita ni. Itu lah harapannya pun. Lepas ni harap tiada alasan lagi untuk Perak tidak dapat beraksi baik.

    Untuk Razali, jadikan Johor untuk buktikan BISA anda! Tutup mulut orang yang mengutuk Perak! Selamatkan maruah Perak! Yang paling penting bertaubat lah Razali! Anda perlu berubah. Ubah mentaliti anda, sikap dan jadilah pemuda yang lebih berdisiplin. Sayang, sebab anda bukan lah pemain yang cukup syarat je malah anda antara yang terhebat dalam Malaysia Yob! Berubah dan Berubah!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. myo abol as

    salam..

    sepuluh ribu yob...!! saman trafik pun tak sampai sebanyak itu. ni denda nak bagi pengajaran ke atau nak mintak dana FAM ni?

    anyway, welcome back to you Razali. hendaknya mampulah Razali menjadi vaksin paling mujarab bagi membasmi sindrom J1L1 yang berleluasa di dalam pasukan kita sejak akhir-akhir ini.

    terima kasih PAFA kerana berusaha keras mendapatkan vaksin tersebut agar sindrom yang berleluasa ni dapat diubati...

    insyaallah...

    namun begitu, vaksin ini hanya akan diedarkan dikalangan pemain-pemain pasukan Perak sahaja kerana mengikut kajian saintifik sindrom ini tidak akan berjangkit ataupun menyerang mana-mana penyokong-penyokong setia pasukan. syukur alhamdulillah...

    sekian.... Karam Singh Walia melaporkan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zizou85

    Dengan prestasi baik Saufi ketika menentang Terengganu , diharap gandingannya bersama Razali, bakal mengembalikan gandingan serangan tempatan terbaik sejak era Khalid-Saravanan.

    Jika berdasarkan prestasi musim lalu, Saufi dan Razali bukanlah gandingan ideal kerana corak permainan mereka lebih kepada kelebihan skill individu, disamping itu Perak masih mempunyai pilihan 2 penyerang iaitu Shahrizal dan Fauzi untuk digandingkan bersama Razali.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam...

    Alhamdulillah, terima kasih ke atas pengurusan PAFA yang mempunyai satu sifat berusaha demi memastikan pasukan berada di landasan yang tepat.

    Kepada Razali selepas ini diharapkan anda terus berusaha untuk menjadi seorang manusia dan hamba Allah yang lebih berdisiplin demi memastikan maruah diri terus disanjung tinggi.

    Tahniah kepada FAM yang melepaskan Razali untuk kembali beraksi tapi selepas FAM tengok pasukan Perak tumbang kepada skuad anak emas FAM dan Terengganu. Diharapkan selepas ini FAM pun bertaubatlah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yopaboy

    Salam.

    Syukur. Diharapkan sekembalinya 'The Tornado' merupakan titik tolak kebangkitan sekaligus memangkin kepada kejayaan skuad seladang musim ini. Diharapkan saudara Razali dapatlah mengambil iktibar atas hukuman ini agar menjadi lebih bertanggungjawab. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk kejayaan anda juga...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. keristujuh

    selamat kembali "The Tornado"

    ayuh kembalikan maruah pasukan Perak...bangkitlah mencari kemenangan, bermainlah dengan penuh semangat bagi mencapai kemenangan demi kemenangan...bukan kekalahan demi kekalahan yang tercipta...The Tornado selepas ini perlu berubah menjadi pemain yang berjiwa Perak yang berdisiplin tinggi serta bermutu tinggi...anda 'player yang hebat' sebenarnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. FiQ

    Welcome Back 'Razali The Tornado'..

    Para peminat amat menantikan ledakan kemenangan Perak..kembalikan maruah kita setelah dua kekalahan sebelum ini..Buktikan bahawa kita bukan pasukan belasahan. Teman doakan agar Perak sentiasa No. 1..

    Skor "Tornado" Skor...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. satorare

    Salam..

    Memang diakui kehadiran Razali akan membantu jentera serangan Perak. Namun harus diingat, sekiranya pasukan Perak masih mengulangi kesalahan yang sama seperti tempohari, tidak ada gunanya. Semua pemain Perak harus mengelakkan dari melakukan kesilapan-kesilapan yang kecil yang boleh membawa padah kepada pasukan. Sekiranya diletakkan F.Torres dibahagian serangan pasukan Perak sekalipun tidak ada gunanya jika pemain lain tidak dapat bermain dengan baik. Ingat, kita bermain sebagai satu pasukan. Bukan bermain secara individu. Sekiranya jentera tengah dapat melakukan hantaran yang menarik kepada jentera serangan, maka ianya akan memudahkan jentera serangan untuk melakukan sesuatu atau dengan lebih tepat menghasilkan gol.

    Masalah disiplin Razali juga sebenarnya memberi impak kepada keseluruhan pasukan Perak. Teman tidak berapa pasti apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Razali semasa bersama skuad kebangsaan. Namun Razali seharusnya insaf dan tidak mengulangi kesilapan ini. Ingatlah, sehebat mana kamu bermain bolasepak sekiranya tidak ada disiplin nescaya ianya akan menghancurkan masa depan kamu. Contoh yang terbaik adalah Khalid Jamlus. Difahamkan dia telahkan digugurkan dari pasukan ATM kerana masalah disiplin. Kepada Razali Umar, belajar dari kesilapan. Jangan biarkan masalah disiplin terus menghantui kamu......

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. mofisa

    selamat kembali wahai Tornado...
    teman rase perak amat perlukan tornado lagi.
    mana mungkin cukup satu saje tornado.kita perlukan tornado no. 2. kalau Tornado 1 tak boleh main, tak de la perak mati akal.Tornado 2 kan ada.kalau dua2 ada memang mantap la perak.boley le teman panggil Razali T1 & Tornado lagi satu T2..
    Go T1!!! and PAFA, please find another TORNADO...!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      selamat kembali razali umar kandasamy........

      ayop dan seluruh penyokong perak di miri menyambut baik kehadiran anda....
      buktikan anda juga setaraf striker RM30 ribu kebangsaan yang lain....
      BUKTIKAN!!!!!!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. peso lorenza

      selamat berjuang anak2 Perak...
      kembalikan zaman kegemilangan bola sepak Perak...

      saya anak Perak diperantauan sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak Perak..suka dan duka tetap bersama...
      saya akan tunggu anda semua di stadium sekitar Lembah Kelang untuk menyaksikan persembahan mantap anda semua,,,,,

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.