feed rss2

Archive for January, 2010

TM Liga Super 2009

Selasa 26 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 - 0 Kelantan

Perak hampir mencipta kejutan apabila melayan kunjungan Kelantan pada perlawanan keenam TM Liga Super 2010 malam tadi dengan aksi serangan bertubi-tubi namun skuad kendalian Raja Azlan Shah ini akhirnya akur dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Perak yang memulakan permainan dilihat mengasak hebat seawal separuh masa pertama dengan asakan bertali arus dari barisan serangan yang diketuai oleh Razali Umar yang dikawal sepenuh masa oleh 2 pertahanan Kelantan iaitu S. Subramaniam dan Azizi Mat Rose.

Beberapa peluang keemasan Perak untuk menghasilkan gol dinafikan oleh benteng terakhir Kelantan yang dikawal oleh Halim Napi yang beraksi baik pada perlawanan malam ini menggantikan tempat Syed Adney yang agak goyah pada perlawanan lalu.

Walaupun diserang bertalu-talu, pasukan pelawat turut melancarkan serangan-serangan… Continue reading

SUKMA Melaka 2010

Pengirim: Izham Irwan
Tarikh Email: 25 Januari 2010 11:44 PM

Sukan Malaysia XIII (SUKMA) akan diadakan di Melaka pada bulan Jun 2010 tahun ini. Bagi tujuan persediaan awal setiap pasukan dan arahan dari Majlis Sukan Negeri Perak (MSN), Persatuan-Persatuan sukan yang menyertai kejohanan tersebut dikehendaki melantik pengurus dan jurulatih bagi membuat persediaan sebelum menghadapi kejohanan sebenar.

Nama-nama mereka telah pun dimajukan ke pihak MSN melalui Persatuan masing-masing dan pada dasarnya telah diterima dan dipersetujui oleh Pengarah MSN. Lanjutan daripada itu, beberapa mesyuarat telah diadakan oleh pihak MSN dengan semua pengurus-pengurus pasukan bagi tujuan memantau persiapan dari masa ke semasa.

Semua Pengurus pasukan dan jurulatih, telah diwajibkan untuk menghadirkan diri di satu bengkel yang dianjurkan oleh MSN, di Cameron Highland dari 4 Oktober 2009… Continue reading

Logo | seladang.net

Setelah berehat hampir 11 bulan dari aktiviti FUTSAL, skuad SDN KV akan mengadakan semula sesi latihan pada pukul 3:30 hingga 5:00 petang di Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, Petaling Jaya pada hari Sabtu 30 Januari 2010.

Menariknya tentang tarikh ini ialah kurang sehari dari tarikh aktiviti futsal SDN KV dimulakan tahun lalu iaitu pada tarikh 31 Januari 2009. Latihan futsal ini terbuka kepada semua tanpa mengira tahap kebolehan permainan anda.

Sila nyatakan kedatangan anda pada bahagian komentar dibawah jika ingin turut serta.

  • Tarikh: Sabtu 30 Januari 2010
  • Masa: 3:30 - 5:00 petang
  • Lokasi: Samba de Futsal, Lot 13, Jalan 225, Seksyen 51A, PJ
  • Yuran: RM10 +/-
  • Court: Large 17m x 30m - Taraflex

Peta Ringkas
Samba de Futsal

Peta Google (Belon… Continue reading

TM Liga Super 2009

Selasa 26 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Selepas mencatatkan keputusan seri ketika menentang pasukan Kedah di Darul Aman tempohari, pasukan Perak akan berdepan pula dengan cabaran pasukan Kelantan di gelanggang sendiri pada perlawanan keenam TM Liga Super 2010 malam esok.

Jika berdasarkan rekod musim lalu, Perak tewas pada kedua-dua perlawanan ketika menentang Kelantan namun pencapaian musim lalu tidak seharusnya menjadi ukuran kerana barisan pemain musim ini telah berubah hampir separuh dari musim lalu.

Perak dijangka tidak melakukan banyak perubahan pada perlawanan kali ini kerana momentum pasukan yang berada pada tahap terbaik selepas mencatatkan keputusan seri di Alor Setar walaupun pada suatu ketika dilihat mampu mengejutkan pasukan tuan rumah.

Skuad bimbingan B. Sathianathan ini baru sahaja menang bergaya 4 - 1 ke atas Johor FC di Kota… Continue reading

« Prev - Next »

UA-2755250-1[Valid CCL]