feed rss2

Archive for January, 2010

Logo | seladang.net

Walaupun berehat hampir 11 bulan dari aktiviti FUTSAL, pemain-pemain skuad futsal SDN KV telah menunjukkan komitmen yang tinggi apabila seramai 17 orang pemain hadir pada sesi pertama untuk tahun 2010 ini di Samba de Futsal, Seksyen 51A, Petaling Jaya.

Sesi latihan yang diadakan dari pukul 3:30 hingga 5:00 petang turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli-ahli keluarga para pemain. Pasukan yang terawal menjaringkan 3 gol akan diistiharkan pemenang dan pasukan yang tewas akan digantikan oleh pasukan lain.

Terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang telah menghadirkan diri pada sesi latihan kali ini dan jika tiada aral melintang, futsal SDN KV akan dijalankan seperti biasa pada tarikh dan waktu yang akan dtetapkan kemudian oleh ketua aktiviti saudara Syidi.

Senarai Pemain Yang Hadir:

SDN KV

  1. YB
  2. Syidi
  3. Mamat
  4. Ijat
  5. Taufiq
  6. Keristujuh
  7. Udinese - GK
  8. Ejamz
  9. Zulzia - GK
  10. Anip
  11. Zam
  12. Sdarerepasi
  13. Akram
  14. Arif
  15. Izwan
  16. Zam

TM Liga Super 2009

Sabtu 30 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 - 3 Johor FC

Harapan menggunung yang dijelmakan oleh peminat pasukan Perak malam tadi berkecai apabila skuad seladang tumpas di tangan pasukan Johor FC dengan jaringan 3 gol tanpa balas pada perlawanan keenam TM Liga Super 2010 di Stadium Perak, Ipoh.

Dengan berpakaian serba baru jersi harimau belang dari penaja gagal membantu pasukan Perak yang turun beraksi dengan persembahan cukup hambar berbanding ketika tewas kepada pasukan Perlis dan mengikat pasukan Kedah serta Kelantan tempohari.

Tempo permainan pasukan Perak cukup perlahan seolah-olah bermain di tempat lawan manakala Johor FC pula bertindak garang dengan mengawal hampir keseluruhan permainan melalui pemain lincah mereka, Eddy Helmi Manan yang banyak membuat gerakan.

Gol pertama pasukan Johor FC hadir pada minit ke 41 melalui… Continue reading

TM Liga Super 2009

Sabtu 30 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Keputusan seri ketika menentang pasukan Kelantan di Ipoh tempohari bakal menjadi azimat buat pasukan Perak yang akan berdepan dengan cabaran pasukan Johor FC di gelanggang sendiri pada perlawanan ketujuh TM Liga Super 2010 malam esok.

Ini adalah perlawanan terakhir buat pasukan Perak dan kebanyakkan pasukan lain sebelum Liga Super berehat sebentar pada bulan Februari ini untuk memberikan laluan kepada pertandingan Piala FA yang bakal bermula pada 2 Februari 2010.

Rekod pertemuan kedua-dua pasukan pada musim lepas agak pelik di mana pasukan Perak mampu menewaskan pasukan Johor FC di Pasir Gudang dengan jaringan tunggal dari Razali Umar namun tewas dengan jaringan 3 gol tanpa balas ketika di Stadium Perak, Ipoh.

Namun Perak semenjak dari kekalahan tipis 0 - 1 sewaktu… Continue reading

SDN | Walimatul Urus

Salam semua,

Pasangan kedua di SDN yang bakal melangsungkan perkahwinan beliau pada hari Sabtu, 6 Februari 2010 ialah saudara Lee Jr dan pasangannya Syazwen. Mula dikenali ketika menghadiri aktiviti pertama futsal SDN KVU yang diadakan di Ipoh pada 31 Oktober 2009.

Pihak pengurusan SDN serta krew yang lain ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai semoga berkekalan hendaknya. Kepada yang berkesempatan bolehlah berkunjung ke lokasi rumah pengantin yang disertakan di bawah.

Lee Jr Dan Syazwen

Selamat Pengantin Baru - Wann

Terima Kasih. … Continue reading

TM Liga Super 2009

Selasa 26 Januari 2010
Stadium Perak, Ipoh
8:45PM

Perak 0 - 0 Kelantan

Perak hampir mencipta kejutan apabila melayan kunjungan Kelantan pada perlawanan keenam TM Liga Super 2010 malam tadi dengan aksi serangan bertubi-tubi namun skuad kendalian Raja Azlan Shah ini akhirnya akur dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Perak yang memulakan permainan dilihat mengasak hebat seawal separuh masa pertama dengan asakan bertali arus dari barisan serangan yang diketuai oleh Razali Umar yang dikawal sepenuh masa oleh 2 pertahanan Kelantan iaitu S. Subramaniam dan Azizi Mat Rose.

Beberapa peluang keemasan Perak untuk menghasilkan gol dinafikan oleh benteng terakhir Kelantan yang dikawal oleh Halim Napi yang beraksi baik pada perlawanan malam ini menggantikan tempat Syed Adney yang agak goyah pada perlawanan lalu.

Walaupun diserang bertalu-talu, pasukan pelawat turut melancarkan serangan-serangan… Continue reading

Next »

[Valid CCL]