Walimatul Urus | Khairol & Azlin
December 5th, 2009 by webmaster

Salam semua,
Salah seorang sahabat di SDN, saudara Khairol bakal melangsungkan perkahwinan beliau sabtu ini. Beliau mula dikenali ketika menghadiri perlawanan pertama futsal antara pasukan SDN KV menentang HKC LK di Cheras suatu ketika dahulu.
Beliau juga biasa menonton perlawanan bolasepak yang membabitkan pasukan Perak di sekitar Lembah Klang bersama rakan-rakan SDN yang lain.
Pihak pengurusan dan krew SDN ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kedua-dua mempelai semoga berkekalan hendaknya. Kepada yang berkesempatan bolehlah berkunjung ke lokasi rumah pengantin yang berhampiran dengan anda.

Selamat Pengantin Baru - Wann
Terima Kasih.
- Senarai Artikel Terdahulu Yang Berkaitan:
- Walimatul Urus | Lee Jr & Syazwen
- Walimatul Urus | Taufiq & Shuhaila
- Walimatul Urus | Azaha & Shima
- Walimatul Urus | Kamil & Najaa
- Walimatul Urus | Ihsan & Hani
7 Responses to “Walimatul Urus | Khairol & Azlin”
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.

Selamat Melangsungkan Perkahwinan, Semoga Berbahagia ke anak cucu cicit dan seterusnya.
Selamat Pengantin Baru Diucapkan
Kepada Khairul dan Juga Pasangannya Azlin…Semoga Kekal Hingga Ke Anak Cucu dan Dilimpahkan Rezeki…
salam..
terima kasih yb, seasan dan acap.
Alhamdullilah 10 30 pagi tadi ( 5 Disember 2009) di masjid muadz, taman setiawangsa, KL selesai dengan sekali lafaz akad nikah.
di jemput semua hadir pada 6 disember dan 13 disember.
salam
Tahniah…semoga selamat berbahagia hingga keakhir hayat…jika ada selisih faham antara suami isteri tu sama sama lah saling memaafi…baru lah boleh hidup aman….amin
Salam..
Adui lambat pulak teman tau majlis mike ni Khairol. Kalau tak boleh pegi.
Apa-apa pun Yob, Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia hingga akhir hayat.. Amin.
salam….
Tahniah diucapkan kepada dua mempelai yang baru mendirikan istana kebahagiaan,diharapkan mike berdua akan kekal sehingga keakhir hayat.Teman mendoakan agar bersabar dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain.
Kalau ada masalah bawa berbincang jangan dipendamkan kerana ianya membawa padah yang teramat besar. Teman mohon maaf kerana tidak dapat menghadiri majlis mike berdua kerana teman nie tengah tunggu masa nak timang cahaya mata yang pertama.
salam semua…
terlalu ramai tetamu di hari majlis.. teman sempat perasan, Sani dari pandan indah ( tahun 2003 merupakan orang kuat KL/spark ) datang dan jumpa teman.
dijemput sekali lagi terutama buat mereka di daerah kerian mahupun kulaan hadir pada ahad 13 december 2009 di alamat 38B parit ali kalang 34300 bagan serai, perak.