TM Liga Malaysia 2010 | Info

TM Liga Malaysia 2010

Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM telah bermesyuarat untuk mengesahkan penyertaan pasukan dalam TM Liga Malaysia musim 2010 iaitu 14 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Perdana. Perlawanan pertama Liga Super dijadual pada 9 Januari 2010.

Bagi perlawanan Piala Sumbangsih antara Negeri Sembilan dan Selangor akan dijalankan serentak pada perlawanan pertama Liga Super 2010 nanti. Jawatankuasa juga telah menetapkan 19 Disember adalah tarikh akhir bagi pendaftaran pemain untuk musim 2010.

Liga Super

  1. Selangor
  2. Perlis
  3. Kedah
  4. Johor FC
  5. Terengganu
  6. Kelantan
  7. Plus FC
  8. Negeri Sembilan
  9. Perak
  10. Pulau Pinang
  11. T-Team (Terengganu)
  12. Johor
  13. Kuala Lumpur
  14. Harimau Muda – A Pahang

Liga Perdana

  1. Harimau Muda B
  2. Shahzan Muda
  3. Felda United
  4. PKNS
  5. Sabah
  6. ATM
  7. Melaka
  8. Sarawak
  9. Pos Malaysia (Kuala Lumpur)
  10. USM (Pulau Pinang)
  11. PDRM
  12. Majlis Perbandaran Muar

* sumber: FAM

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “TM Liga Malaysia 2010 | Info

  1. seansan

    Oh? Juara Liga Super edisi pertama main Liga Perdana? itu tak penting, yang penting pasukan Perak tetap di dalam Liga Super. Terima kasih pada semua yang terlibat bagi memastikan Perak terus berada di dalam Liga yang terbilang di Negara kita. Syukur Alhamdulilah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. addy

    Tahniah kepada pasukan Perak kerana mengekalkan posisi di Liga Super. Tidak kurang hebatnya pasukan-pasukan yang bertanding untuk Liga Super ni. Diharapkan pasukan Perak dapat memberikan aksi yang terbaik.

    SKOR YOB SKOR....
    Hidop PERAK....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sdarerepasi

    salam....alhamdullillah...bersyukur kita kerana pasukan kesayangan kita dah layak main untuk tahun depan.teman amat berharap pasukan kita dapat menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dalam usaha kembali meningkatkan pasukan kesayangan kita ini.kepada penonton,,penuhkan segenap ruang di stadium PERak di Ipoh..SEsungguhnye penonton dapat menaikkan semangat serikandi2 kebanggaan kita semua nie..

    ''WONDERKID WITH RIGHT GUIDANCE CAN BE A WORLD CLASS''

    Skor YOp Skor......................
    salam semua.......................

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam..

    Sekalung ucapan Tahniah serta syabas pada pihak yang berwajib kerana terus memastikan tempat Perak dalam liga elit Negara.

    Namun agak rasa tersentuh melihatkan kelab-kelab dari negeri lain yang tumbuh bagaikan cendawan cina selepas hujan lebat.Ini lebih menjurus pada kebanjiran kelab-kelab dari negeri lain yang turut sama merancakkan kancah liga elit negara.

    Persoalanya,kita mempunyai bakat muda yang terbilang.Teman sendiri mengakui player Pos Malaysia,USM dan lain-lain kelab turut dibarisi dengan player kelahiran negeri Perak.Namun mengapa kita tak mampu untuk menghantar satu lagi skuad untuk bertanding?

    Janganlah kita memberikan alasan kedai kopi dengan mengatakan "Perakpun nyaris tak dapat bertanding,inikan pula second skuad".Kalo inilah jawapan yang bakal kita ungkapkan,percayalah balik rumah nanti kita cerminkan wajah kita,tenung betul-betul dan tampar-tampar sikit bagi sedarkan diri.Ini kerana kome ibarat "katak didalam botol".Layak duduk zaman batulah.gentle cakap.

    Tak rasa tercabar ke tengok negeri lain antor dua-tiga team.Perak apa kurang hebat sangatke?

    pikir-pikiorkanlah wahai sahabat...

    salam...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YangIkhlas

      YangIkhlas bersetuju dengan sdr chuck tentang ketiadaan pasukan kelab dari Perak pada Liga Malaysia 2010 nanti. Memang benar kebanyakkan pemain di kelab-kelab negeri lain adalah daripada Perak samada bekas pemain atau pemain muda yang mencari peluang di kelab-kelab ini.

      Diharapkan agar PAFA dapat mewujudkan semula pertandingan tempatan di antara kelab-kelab bolasepak di seluruh Perak ini yang sedikit-sebanyak dapat juga membantu para pemain yang berkebolehan dan berkemahiran tinggi untuk mempamerkan aksi masing-masing.

      Segala alasan kedai kopi ni, tak perlu kita layan. Yang penting ada usaha ke arah untuk mewujudkan second skuad itu yang bukan hanya hebat tetapi mempunyai sumber kewangan yang kukuh selepas kali terakhir ialah pasukan UPB/MyTeam. Tak pasti samada Liga FAM 2010 nanti ada wakil daripada Perak atau tidak selepas tidak menghantar wakil tahun ini.

      Kepada skuad Perak 2010, selamat berjuang.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. putra8878

      Pokok pangkalnye pada pengurusan PAFA je yob.. ni pun nasib baik le kerajaan negeri bantu, kalu tak..tak tahu nak cakap la nasib team Perak ni..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Xman360

        Salam...

        Putera8878...Aku setuju dengan pendapat mike...seharusnya pekara yang lepas menjadi iktibar buat sesiapa sahaja selepas ini yang menguruskan PAFA ni.Sampai bila kita nak mengharapkan bantuan orang luar,memang la kerajaan negeri tu orang perak tapi disebabkan perbezaan pendapat dan warna,pasukan Perak nyaris menjadi mangsa. Kepada semua warga SDN fikirkanlah....jangan sampai pekara yang sama berulang lagi. Berita terbaru dari sahabat kita Mie,adalah kelab peminat bakal berkubur.

        Ada kemungkinan SDN KV bakal mengantikan tempat KPBPK. Jadi pikirkan la dari sekarang,adakah kita akan jadi macam kelab peminat atau sebaliknya...aku ni baru disini tapi kepada kome yang dah lama kat SDN ni..kome pikior le yop....aku gerak dulu....salam....

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. seansan

          SDN KV bakal mengantikan KPBPK? kenapa SDV KV? dan bukan SDN KVU? atau SDN? dan kalau kemungkinan benarlah, mana mike dapat info ni? Setahu san SDN tak berdaftar dibawah akta pertubuhan yang melayakkan SDN menjadi kelab yang sah atau telah dibatalkan seperti KPBPK.

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. chuck

          Salam..

          Pedulikan semua tu san..itu sebahagian dari suara sinis yang bermaksud untuk menyulitkan lagi keadaan serta cube memercikkan api haru-biru serta merupakan propaganda politik musuh dalam memporak-peranda fan yop sahaja.

          Pada putra 8878,betul kata mike pada pengurusan PAFA gak,tapi janganlah kita letakan batu jembala 100% kat atas kepala orang yang memimpin.Bersama-samalah kita cuba mainkan peranan.

          Setuju ke kalo teman katakan segalanya bergantung pada PAFA??sape PAFA tue??mana yang lebih penting dan utama??suara rakyat a.k.a fan atau suara individu tertentu?

          Jika dek tak sukakan nakhoda yang memimpin kapal,jangan pula kita busuk ati sampai nak membocorkan kapal kita sendiri.Kelak sape yang rugi??dengan kita-kita sekali karam.

          Berpikir,bertindak ikut akal bukannya hawa nafsu serta petah lidah berkata-kata.Kelak dek kerana mulut,badan binasa.

          Salam Al-wahdiah..

          Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.