Skuad Piala Presiden Perak Musim 2010

Pemilihan untuk skuad Presiden Perak musim 2010 telah bermula sejak 5 Disember lalu dengan kebanyakkan latihan dan pemilihan diadakan di padang PCRC. Pasukan mestilah mendaftar sekurang kurangnya 20 pemain daripada 25 pemain yang dibenarkan F.A.M.

Difahamkan hanya 15 pemain musim lalu yang masih kekal bersama pasukan tidak termasuk Khalis Ibrahim yang diserapkan ke skuad Liga Super. Pemilihan kali ini lebih menarik dengan kehadiran beberapa pemain dari luar Perak, termasuk dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Sepanjang pemilihan diadakan iaitu dari 5 Disember 2009 sehingga 29 Disember 2009 pasukan Perak telah mengadakan 4 perlawanan persahabatan iaitu:

Perak 3 vs 1 Perak Indian
Perak 4 vs 1 Kolej Komuniti Ipoh
Perak 4 vs 1 Perak Malay
Perak 1 vs 3 Juara Liga Ipoh 2009

Esok akan diadakan satu lagi perlawanan persahabatan yang terakhir untuk bulan ini iaitu menentang K.I.A di padang D.R. Seenivasagam jam 5 petang.

Senarai Nama Pegawai Musim 2010.

Pengurus: Haji Joharuddin Johar Ali
P. Pengurus: Chong Yee Fatt
Jurulatih: Chong Yee Fatt
P. Jurulatih: Abdul Rais Abdul Rashid (belum disahkan)
P. Jurulatih: S. Meganathan (belum disahkan)
J. Penjaga Gol: Abdul Talib Saidi (belum disahkan)

[slideshow=21]

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Skuad Piala Presiden Perak Musim 2010

  1. abgmie

    salam....
    lama bebenor teman tak bagi komen,ataupun pendapat,nengokkan senarai nama pemain piala presiden tahun ni teman rasa ada harapan untuk bawa balik piala kejuaraan musim ni,tahniah kepada haji joharuddin yang dilantik sebagai pengurus,semoga skuad piala presiden ni akan lebih menyerlah musim 2010,salam perakaian

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.