Pro & Kontra | Pahang Ke Liga Super Ganti Harimau Muda A

TM Liga Malaysia 2010

Skuad Tok Gajah bukan sahaja sah beraksi dalam Liga Malaysia musim 2010 nanti tetapi mendapat durian runtuh apabila dinaikkan ke Liga Super 2010 menggantikan tempat Harimau Muda A (bawah 20) yang dibubarkan selepas mesyuarat di Wisma FAM hari ini.

Ini bukanlah kali pertama Pahang “terselamat” dari diturunkan ke Liga Perdana kerana jika anda peminat setia Liga M pasti sudah “lali” dengan fenomena tersebut. Dengan keputusan itu juga jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor bakal “goyang kaki” untuk musim 2010 ini.

Sudah pasti kerja-kerja beliau hanya terhad kepada kejohanan yang melibatkan pemain kebangsaan bawah 21 tahun. Manakala bagi Harimau Muda B (bawah 18) kendalian Ong Kim Swee pula, mereka bakal meneruskan perjuangan di Liga Perdana kelak.

Liga Super

  1. Selangor
  2. Perlis
  3. Kedah
  4. Johor FC
  5. Terengganu
  6. Kelantan
  7. Plus FC
  8. Negeri Sembilan
  9. Perak
  10. Pulau Pinang
  11. T-Team (Terengganu)
  12. Johor
  13. Kuala Lumpur
  14. Pahang

Liga Perdana

  1. Shahzan Muda
  2. Felda United
  3. PKNS
  4. Sabah
  5. ATM
  6. Melaka
  7. Sarawak
  8. Pos Malaysia (Kuala Lumpur)
  9. USM (Pulau Pinang)
  10. PDRM
  11. Harimau Muda B
  12. *

* Tempat ke 12 berkemungkinan diisi oleh pasukan Kelab Sukan Bolasepak UiTM (Pahang) setelah Kelab Sukan Komuniti Tambun Tulang (Perlis) menarik diri kerana faktor kewangan.

Apa komen anda tentang situasi ini?

Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Pro & Kontra | Pahang Ke Liga Super Ganti Harimau Muda A

  1. sunrise

    salam

    Apa nak jadi dengan dunia Bola Sepak diMalaysia,kerap kali melakukan perubahan yang tiada penghujungnya.

    Walau apa pun perubahan yang dilakukan kami rakyat negeri PERAK tetap mengharapkan sesuatu daripada skuad Skor Yob Skor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. satorare

    Salam 1 Malaysia

    Ini bukanlah satu perkara baru apabila pasukan Pahang terselamat dari diturunkan ke Liga Perdana. Jika dilihat sebelum ini, sekiranya pasukan Pahang berada dalam situasi tidak selamat, maka satu usaha untuk menyelamatkan pasukan Pahang dari diturunkan ke Liga Perdana akan diadakan. Jadi perkataan "terselamat" tidak sesuai digunakan untuk pasukan Pahang. Lebih sesuai digunakan perkataan "diselamatkan".

    Pada pandangan saya secara secara peribadi, fenomena perubahan format Liga Super atau Liga Perdana yang tidak membawa apa perubahan tidak perlulah dilakukan. Sebaliknya perubahan-perubahan yang dilakukan ini sebenarnya menjatuhkan lagi martabat bola sepak negara. Kita boleh lihat perubahan yang dilakukan oleh FAM ini, tidak banyak mendatangkan faedah kepada bola sepak negara. Kemerosotan bola sepak negara semakin teruk seolah-olah tidak berpenghujung. Dimanakah silapnya?
    Adakah silap FAM? Atau silap pengurusan negeri? Jurulatih dan juga peminat bola sepak Malaysia? Sama-samalah kita fikirkan

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Xman360

    salam...
    tahniah buat Pahang,dan sekali lagi kita ditipu oleh FAM,insyalah tahun depan Pahang adalah pasukan yang bakal jadi top 3,deme ni di FAM ni adalah mang...k yang takde pendirian,tukar le berapa ramai S/U pun,masih macam ni le kita ditipu dan dipermainkan,nak ubah format,tapi macam mana pasukan tercorot liga super boleh masuk balik.lu pikir la beb,kalau situasi ni Pahang tu adalah Perak.si balaci balaci di FAM ni mesti kata,pasukan tercorot tak boleh mengantikan pasukan Harimau Muda A.jadi mereka ni akan tukarkan dengan pasukan yang dapat no 3 liga perdana,benda ni semua dalam kepala deme dah,serius aku cakap,selagi mentaliti dan perangai deme ni tak diubah tak usah harap le bolasepak Malaysia ni akan maju.

    sesilap Perak yang kena tempiasnya nanti.maklum le kita dah ambik pemain deme,aku rasa le lepas ni liga lepas ni mesti ada balik pemain import,mana FAM nak dapat duit bebanyak,dulu Dunhill sponsor deme kata iklan rokok tak boleh,deme ni sebenornye buta hati,takde iklan rokok pun orang beli jugak.ater kome semua pikior le yob oiii selama ni ape yang FAM buat ni betui ke tak??? tepuk dada tanya otak,kepada balaci balaci FAM aku harap deme ni satu hari berubah le dan aku doakan agar Tuhan mebuka pintu rezeki buat deme supaya tak payah le koje dengan FAM lagi.

    .........................Adios...........................

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam...

    Wonder pet..wonder pet..menyelamatkan gajah dalam kesusahan..kami tak besar dan kami tak kuat...bila bekerjasama semuanya jadi mudah..wonder pet..yeah..

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. fazly73

    Assalamualaikum...perkara ini memang akan berlaku.....terutama jika berlaku kepada pasukan selangor dengan pahang. sampai bila-bila la mcm ni.....lepas tu pasukan malaysia kita pun sampai bila-bila la...dok kena dengan pasukan vietnam. tapi tak pe...lantak deme le...yang penting kite jager wehhh. pasukan perak kite.....bior kite mengganas musim ni.......kite belasah je...pasukan yang dapat kesihan dari deme ni!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. doyan

    Tolong le FAM. Bagi le keadilan kepada pasukan lain yang terpaksa turun dari liga super kepada liga perdana. Deme sanggup turun dan kemudian naik balik seperti kedah dan selangor.kenapa la nak dimanjakan kepada Pahang ?

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. seansan

    Kami Datang.. (FAM)
    Ada haiwan dalam bahaya disana.. (anak Gajah)
    Wonder Pets Wonder Pets Kami datang, (Faham-faham aje)
    membantu anak haiwan (anak gajah) yang kesusahan..
    kami tak besar dan kami tak kuat, (panel-panel)
    bila bekerjasama semua jadi mudah.. yeah!!! (gajah & FAM)

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.