Perak FA | Senarai Pemain TM Liga Super Musim 2010

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Persatuan Bolasepak Perak Darul Ridzuan akan mengadakan satu majlis menandatangani kontrak antara pemain Liga Super bersama Presiden PAFA, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Bangunan Perak FA, Ipoh pada pukul 9:00 pagi Jumaat ini (4 Disember 2009).

Ketua jurulatih Perak yang baru, Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib ketika dihubungi wakil SDN (seladang.net) turut mengesahkan sejumlah 20 orang pemain sedia ada dan baru telah dikenal pasti akan bersama pasukan Perak bagi musim 2010 nanti.

“Kita telah menjalani latihan serta pemilihan untuk para pemain dari luar dan dalam Perak selama lebih kurang 2 minggu dan hasilnya latihan petang tadi adalah yang terakhir sebelum nama mereka disenaraikan di dalam skuad seladang bagi musim depan” ujar beliau.

“Jika ada sebarang penambahan selepas ini hanyalah sekitar 2 atau 3 orang lagi bagi mengisi slot pemain penyerang dan pemain tengah. Saya menjangkakan kita mampu untuk mendapatkan baki pemain-pemain tersebut sebelum tarikh tutup pada 19 Disember ini”.

“Liga Super 2010 akan bermula lebih kurang sebulan dari tarikh sekarang dan kita perlu merencana strategi pasukan lebih awal dengan latihan pra-musim serta disulami dengan perlawanan persahabatan menentang pasukan daerah-daerah sekitar Perak”.

“Beberapa siri perlawanan pemanas badan menentang pasukan luar seperti Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Kelantan bakal diatur untuk peminat-peminat di Perak dan tidak ketinggalan untuk peminat sekitar Lembah Klang nanti” katanya mengakhiri perbualan.

PERAK 2010

GK – Megat Amir Faisal
GK – Khairul Izwan (Perlis FA)
GK – Khairul Amri Salehuddin
GK – Kamarul Effandi (masih menjalani pemulihan kecederaan)

DF – Arif Fazlie
DF – Syazwan Roslan
DF – K. Nanthakumar
DF – Mohd Hafiszuan
DF – Arif Ismail (Negeri Sembilan)
DF – Wan Azwari (Pahang)
DF – Fauzi Ariffin (masih menjalani pemulihan kecederaan)

MF – Benedict Martin
MF – Hafiz Abdul Rahman
MF – Mohd Nazri Kamal
MF – Shafuan Adli Shaari (T-Team)
MF – Khalis Ibrahim
MF – Isma Alif Salim

FW – Razali Umar
FW – Fauzzi Kassim (Melaka)
FW – Shahrizal Saad

Likes(0)Dislikes(0)

7 thoughts on “Perak FA | Senarai Pemain TM Liga Super Musim 2010

  1. syidi

    Salam..

    Kebanyakannya adalah terdiri daripada muka lama/musim 2009 yang lalu. Ada 5-6 orang saja muka baru yang diharap dapat memberi sesuatu yang luar biasa dalam memastikan Perak meningkatkan prestasi di musim baru nanti.

    Kepada 'Pemain Baru Perak' WELCOME to THE CLUB!' Anda kini berada di pasukan yang bukanlah calang-calang pasukan, anda bertuah!

    So, bermainlah dengan baik demi KAMI! Bukan untuk kami sebenarnya, tapi kita semua termasuklah ribuan Rakyat Perak.

    Ayuh! Seladang! Buktikan Kemampuan!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam...

    Alhamdulillah..diharapkan segala perancangan yang en.Raja rancangkan berjalan dengan lancar serta baik.

    Tentang pemilihan pemain tersebut,jika pada mata coach dah merasakan ini barisan terbaik ataupun mampu milik bagi Perak,maka kami semua fan yop turut menyokong penuh setiap perancangan yang dah dibuat oleh en.Raja serta krew-krew lain.

    Tentang mencukupkan 3 kuoto lagi tu yang lebih menumpukan pada posisi penyerang dan tengah juga memang idea yang bernas.Jika perlu dibahagian tengah kita tambah kan 2-3 orang player lagi.Manakala dibahagian forward tambahan 1 sudah memadai.

    Cuma kalau dapat en.Raja kosongkan 1 post dibahagian penjaga gol yang pada hemat saya ianya terlalu ramai.Pada pendapat saya 3 orang telah pun cukup sebenarnya.Jika perlu sangat pun rasanya eloklah posisi tersebut diisi oleh anak watan negeri perak yang masih fresh.Ini sebagai pendedahan serta pelapis untuk skuad yang akan datang.

    Ini sekadar kajian yang telah saya lakukan sedikit bagi memastikan pergerakan pasukan adelah seimbang.Pada hemat serta pandangan saya jika kita bermain untuk Cup,Defend dan Midfield lah perkara/posisi yang paling-paling utama perlu pasukan terapkan.

    Bukan nak memperlecehkan peranan posisi keeper tetapi ini merujuk kepada pengisian posisi berdasarkan ''priority''.Jika kita ambil contoh skuad Singapore pada zaman kegemilanganya dulu,mereka tidaklah mempunyai seorang penjaga gol yang pada saya bagus.Espanyol sebuah kelab di Spain misalnya mempunya seorang keeper yang sangat bagus tapi tak mampu untuk membawa pasukanya mencapai kejayaan kerana each inch position tak function melainkan jika kita mempunyai seorang keeper yang mampu ambil free kick/spot kick macam Ex-keeper Paraguay dulu.Ceritanya mungkin berbeza.

    So,bukan maksud mengajar ataupun menasihati,sekadar memberikan buah pendapat serta cadangan kepada kekuatan pasukan keseluruhannya.

    Kesimpulanya,apa yang ingin serta cuba saya sampaikan disini ialah berkenaan dengan 'priority position' dalam sesebuah pasukan bolasepak.Dan saya juga akui yang en.Raja juga memang sependapat dengan saya.Cuma post keeper tu jika dikurangkan mampu memberikan kita 1 extra untuk posisi tengah kita yang kita sendiri sedia maklum,bermasalah.

    Diharapkan dengan perkongsian ilmu ini kita bersama-sama akan beroleh kejayaan untuk season depan.Apa yang baik itu segalanya datang dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri.Saya sudahi dulu komen saya ini.

    Sekian,wassalam...Cheers!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. seansan

    Salam, semua aturcara menandatangani akujanji perjanjian kontrak pemain telah pun disempurnakan oleh para pemain dihadapan Presiden PAFA diketuai K. Nanthakumar diikuti pemain-pemain lain.

    Seramai 6 pemain baru juga turut menandatangani kontrak tersebut menandakan mereka akan turut bersama dalam musim 2010 kelak.

    Perjalanan Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan Pengurus Pasukan, diikuti ucapan dari Presiden PAFA sendiri.

    Dengan meterainya perjanjian antara PAFA dengan penyerang sensasi Malaysia Razali Umar Kandasamy, maka tamatlah segala desas-desus mengatakan beliau akan berhijrah ke pasukan lain. Lebih mengembirakan perjanjian yang dibuat dengan beliau bukan semusim, tetapi sehingga 2011. Syabas saya ucapkan kepada beliau dan pihak pengurusan PAFA yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Perak terus di dalam kancah Liga Super.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    Bagi 3 slot terakhir itu, saya fikir ianya wajar diisi oleh 2 lagi pemain tengah dan satu pemain serangan.

    Saya fikir armband kapten akan menjadi milik K.Nanthakumar kerana pengalaman luasnya serta reputasi beliau selaku pemain paling senior dan berpengaruh di dalam pasukan. Beliau juga pernah menjadi vice captain kepada Ahmad Shahrul Azhar ketika era 2007-2008 dulu.

    Bagi tahun hadapan, saya secara peribadi mensasarkan pasukan akan beraksi lebih hebat berbanding musim 2009 dan sasaran Top 7 adalah realistik.

    Kita mempunyai gandingan pemain-pemain muda yang telah diberikan peluang 1 musim dan sewajarnya mereka tidak harus lagi memberi alasan kurang berpengalaman dan gementar beraksi di hadapan penonton.

    Tahniah juga kepada pengurusan kerana memberikan kepercayaan 100% kepada jurulatih dan juga memberi peluang kepada ruang untuk pembangunan pemain-pemain muda untuk beraksi pada musim lepas yang mana Pasukan Perak ketika era Steve Darby tidak percaya kepada bakat baru dan hanya menggunakan pemain senior untuk beraksi. Kesannya, Pasukan Perak tahun 2009 ketika dalam usaha membina pasukan baru setelah ramai pemain senior berhijrah ke negeri lain. Hanya mempunyai 3 pemain yang mempunyai pengalaman dalam Liga M iaitu Razali Umar, Nor Hazrul dan Subramaniam, itupun kerap memanaskan bangku simpanan sahaja.

    Bagi saya, dalam tempoh 2 tahun akan datang, Perak mampu untuk kembali digelar Pasukan Gergasi Liga M sekiranya semua pihak komitmen dan bersatu untuk berusaha meningkatkan kembali prestasi pasukan Perak dan menjadi sumber utama untuk dieksport menjadi pemain pilihan skuad kebangsaan pada masa akan datang. Insya Allah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. ihsan

    dengan adanya fauzi kassim akan memberikan kekuatan kepada jentera serangan perak. . .pemain yg cukup berpengalaman.bermain dalam liga M sejak tahun 2003

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. Xman360

    asalamualaikum...
    apa kabor semua...yob yob & yong yong semua...pasukan yang telah dibentuk ni aku rasa dah cukup kuat untuk musim 2010 ni...cuma persoalan disini mampukah kita sebagai yang dikatakan sebagai penyokong ni menyokong hingga ke titisan keringat terakhir....segalanya bakal terjawab apabila liga bermula...tapi jangan la pulak ada yang mengandaikan pasukan yang telah dibentuk ni pasukan yang masih dalam pembinaan...sebab aku berkata begitu,deme ni dah bersama dalam pasukan kalau tak silap aku le, dah lebih setahun dah...masuk tahun ni adalah tahun yang kedua,jadi jangan le pasal deme ni bebudak tahun lepas kome semua cari alasan untuk tidak ke stadium atau menunggu siaran langsung ataupun siaran tertunda,seperti mana tahun ni.

    kome paham kut maksud akukan...ingat la kalau kita nak kan kemenangan untuk pasukan,apalagi bagi pemain...deme lagi nak menang...kite ni cuma tengok je deme berlari kat tengah padang tu.. aku bukan le apa...cuma yang aku meluatnya dengan penyokong/peminat ni lebih banyak mengutuk dari menyokong...kalah ke menang ke sama je kena hentam.jadi bagi yang tahun 2009 tak pernah sampai ke stadium tu ataupun yang asyik menunggu siaran tertunda ataupun siaran langsung lepas tu nak bagi komen,aku nasihatkan kome ni elok elok le uboh mentaliti tu....datang le ke stadium,bukan mahal pun baru habis dalam RM 30 je untuk sekali game(makan/minum/tiket)jadi pikior pikior le yong yop oi....aku gerak dulu.....salam

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.