Perak FA | Sekitar Majlis Undian Piala Datuk Seri Nizar

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Majlis undian untuk kejohanan Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah berjalan dengan sempurna dengan penyertaan 16 pasukan dari seluruh daerah di Perak sabtu lalu. Majlis undian tersebut turut diserikan dengan kehadiran Presiden PAFA, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersama Naib Presiden 1, Dato Seri Abdullah Hisan.

Presiden PAFA dalam ucaptama beliau pada majlis tersebut turut menekankan perlunya perpaduan di kalangan Persatuan Daerah-Daerah dalam memajukan sukan bolasepak peringkat negeri Perak tanpa perlu dipengaruhi oleh sentimen bendera kepartian politik.

Pada majlis tersebut juga, Presiden PAFA sempat menyerahkan sumbangan RM 1,500 kepada setiap pasukan yang bertanding sebagai geran pasukan sambil turut mengumumkan kenaikan tawaran hadiah untuk pasukan yang berjaya memenangi kejohanan tersebut.

“Selepas bermesyuarat bersama ahli majlis pertandingan yang lain tempohari, kita telah bersetuju untuk menaikkan hadiah tempat pertama sebanyak RM 6,000 dari RM 3,000 sebelum ini, RM 3,000 dari RM 2,000 untuk tempat kedua dan RM 1,500 dan RM 750 untuk tempat ketiga dan keempat” ucap beliau sambil diiringi oleh tepukan dari para hadirin.

[slideshow=18]

Naib Presiden 1 PAFA, Dato Seri Abdullah Hisan dalam ucapan beliau turut menegaskan walaupun beliau berlainan “bendera parti politik” dengan Presiden PAFA, namun beliau mempunyai hasrat yang sama dengan Presiden yang ada iaitu untuk melihat negeri Perak terus maju di dalam sukan bolasepak yang menjadi kegemaran rakyat umumnya.

Kejohanan akan bermula pada 16 Januari 2010.

Kumpulan A

Majlis Bolasepak Kerian – A
Persatuan Bolasepak Daerah Larut Matang & Selama – B
Persatuan Bolasepak Daerah Ipoh – C
Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Kangsar – A

Kumpulan B

Persatuan Bolasepak Daerah Ipoh – A
Persatuan Bolasepak India Negeri Perak
Persatuan Bolasepak Daerah Batu Gajah
Persatuan Bolasepak Daerah Batang Padang

Kumpulan C

Majlis Bolasepak Kerian – B
Persatuan Bolasepak Daerah Larut Matang & Selama – A
Persatuan Bolasepak Daerah Kuala Kangsar – B
Persatuan Bolasepak Melayu Perak

Kumpulan D

Persatuan Bolasepak Daerah Ipoh – B
Persatuan Bolasepak Daerah Slim River
Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak
Persatuan Bolasepak Daerah Manjung

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Perak FA | Sekitar Majlis Undian Piala Datuk Seri Nizar

  1. sunrise

    salam...

    Alhamdulillah syukur kepada yang mencipta bumi ini, kerana telah membuka hati kepada individu yang berada didalam PAFA. Walaupun pemerintah PAFA terdiri daripada golongan parti politik yang berlainan,namun kini didalam PAFA mampu untuk bersatu demi memajukan sukan bola sepak dalam negeri Perak.

    Diharapkan perkara sebegini rupa dapat diteruskan selama lamanya. Kepada pemain pemain yang bakal berada didalam pertandingan ini,ayuh buktikan bahawa anda diantara individu yang mampu menyinar sehingga mampu memikat hati jurulatih untuk mengambil anda menjadi pemain pasukan Perak. Jangan sia siakan bakat anda.

    Kepada pihak media ayuh kita menghangatkan berita berita sebegini rupa,janganlah asyik mengeluarkan berita yang mampu meruntuhkan akhlah umat negeri Perak ini.

    Kepada yang berwajip ayuh mari kita mencari lagi idea idea yang bernas demi masa depan sukan bola sepak negeri Perak sehingga kiamat.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Salam..

    Uiks..Aiks..yang pakai baju official Perak and jadi MC tu macam bese benor teman tengok dia.Tidak silap teman dia tu orang panggil ustaz.Dulu ada main takraw sekali masa main kat balai polis.

    Kerap teman jumpa dekat masjid Simpang Empat dan sekitar kedai runcit Ah-Keat dengan menaiki motor yamaha SS dan kadangkala yamaha LC135.Tak silap teman dia ade sebijik Alpha/Peugeot.

    Ustaz Sekolah sains batu 8 kot...

    Persoalanya disini,siapakah dia dimata PAFA??i wonder lah...ekekeke...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yopnph

    salam,

    yop tetarik dengan kata kata dari dato seri naib presiden 1 ,katanya beliau mempunyai niat yang sama dengan dato seri presiden iaitu memajukan bola sepak Perak,jesteru itu yop minta semua dalam pafa buanglah semua perasaan negetif terhadap satu sama lain,agar bolasepak Perak menjadi best among the best,pihak swasta atau pun individu yang berkemapuan mahu pun kerajaan of the day bantulah pafa supaya mencapai sasaran negeri kita.pada team management,coach & player buat yang terbaik supaya peminat merasa yakin akan pasukan .memang adat permainan ada kalah ada menang,tapi jika kita yakin nescaya betapa kuatnya ombak dihadapan akan kita tempoh dengan penuh kejayaan yop.sebagai peminat kami cuma boleh memberi komen tapi saudara saudara yang akan menentukan kejayaan pasukan seladang .

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.