Perak FA | Perlawanan Persahabatan – Disember 2009

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Dengan barisan skuad seladang yang hampir lengkap ketika ini, pastinya peminat pasukan Perak ternanti-nanti perlawanan pemanas badan seperti kebiasaannya setiap tahun. Setakat artikel ini disiarkan, Perak secara rasminya akan mengadakan 4 perlawanan pada bulan ini.

Kepada semua peminat bolasepak Perak, anda boleh memeriksa artikel ini dari masa kesemasa kerana ianya akan sentiasa dikemaskini oleh pihak pengurusan SDN jika ada sebarang perubahan jadual atau tambahan perlawanan pada bulan Disember ini.

Khamis 10 Disember 2009

TLDM 2 – 6 Perak

Stadium Lumut
4.45 petang

Senarai Penjaring:

  • Saufi Sa’aidi – 1 gol
  • Hafiszuan – 2 gol
  • Hafis Abdul Rahman – 2 gol
  • Isma Alif – 1 gol

Senarai Pemain:

  • Megat Amir Faisal -> Khairul Izwan
  • Syazwan Roslan
  • K. Nanthakumar
  • Arif Ismail -> S. Sathiakumaran
  • Wan Azwari
  • Benedict Martin -> Isma Alif Salim
  • Mohd Nazri Kamal
  • Mohd Hafiszuan -> Azmeer Yusof
  • Khalis Ibrahim -> Hafiz Abdul Rahman
  • Fauzzi Kassim -> Shafuan Adli Shaari -> Shahrizal Saad
  • Saufi Sa’aidi -> Razali Umar

Selasa 15 Disember 2009

Perak 0 – 1 PKNS

Stadium Perak
8.00 malam

Senarai Pemain:

  • Khairul Izwan
  • Syazwan Roslan
  • K. Nanthakumar
  • Arif Ismail -> Azmeer Yusof
  • Wan Azwari -> Hafiz Abdul Rahman
  • Isma Alif Salim
  • Mohd Hafiszuan - (Kad Merah)
  • Khalis Ibrahim -> Fauzzi Kassim
  • Shafuan Adli Shaari -> S. Sathiakumaran
  • Mohd Nazri Kamal
  • Razali Umar -> Saufi Sa’aidi

Nota: -> Pertukaran

Jumaat 18 Disember 2009

Perak vs Selangor
Stadium Perak
8.00 malam

Dibatalkan kerana hujan lebat.

Selasa 22 Disember 2009

Perak 1 – 3 Kedah

Stadium Perak
8.00 malam

Senarai Penjaring:

  • Razali Umar – 1 gol

Senarai Pemain:

  • Khairul Izwan
  • Syazwan Roslan
  • K. Nanthakumar
  • Arif Ismail ->
  • Wan Azwari -> Azmeer Yusof
  • Hafiz Abdul Rahman -> Isma Alif Salim
  • Mohd Hafiszuan -> Shahrizal Saad
  • Khalis Ibrahim -> Saufi Sa’aidi
  • Shafuan Adli Shaari
  • Mohd Nazri Kamal -> Benedict Martin
  • Razali Umar -> Fauzzi Kassim

Nota: -> Pertukaran

Sabtu 26 Disember 2009

Perak 4 – 0 USM

Padang Majlis Daerah Slim River
4.45 petang

* Gambar ada di ruangan GALLERY 

Senarai Penjaring:

  • Benedict Martin – 1 gol
  • Saufi Sa’aidi – 1 gol
  • Razali Umar – 1 gol
  • Fauzi Kassim – 1 gol

Senarai Pemain:

  • Megat Amir
  • S. Sathiakumaran
  • K. Nanthakumar
  • Arif Fazlie -> Syazwan Roslan
  • Wan Azwari
  • Isma Alif -> Khalis Ibrahim
  • Farid Hamidin
  • Saufi Sa’aidi -> Shahrizal Saad
  • Shafuan Adli
  • Benedict Martin  -> Fauzzi Kassim
  • Razali Umar -> Hafiz Abdul Rahman

Nota: -> Pertukaran

Khamis 31 Disember 2009

Perak 1 – 1 Plus FC

Padang Majlis Daerah Tapah
4.45 petang

Senarai Penjaring:

  • Razali Umar – 1 gol

Sabtu 2 Januari 2010

Perak 3 – 0 Pos Malaysia

Stadium Perak
8.15 malam

Stadium Perak tidak dapat digunakan diantara tarikh:
25 hingga 31 Disember 2009

Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Perak FA | Perlawanan Persahabatan – Disember 2009

  1. anip

    Salam.

    Setelah pelbagai kekusutan dan dugaan yang dihadapi maka kini bolehlah terus memberi tumpuan kepada musim yang akan datang. Pandang ke hadapan. Penyokong tetap bersama Perak!!! Teruskan usaha.

    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam...

    Diharapkan kepada semua pemain pemain dapat menyesuaikan diri dengan rakan rakan baru dalam skuad demi memantapkan lagi reputasi pasukan dimusim hadapan.

    Dengan banyaknya aktiviti perlawanan persahabatan sepanjang bulan ini menampakkan kesungguhan Coach Raja Azlan Shah mempersiapkan pasukan dengan begitu rapi. Diharapkan juga kepada semua penyokong setia skuad ini akan terus memberi sokongan yang padu walaupun pasukan hanya menentang pasukan lawan dalam aksi perlawanan persahabatan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi

    Salam.

    Setelah jenuh mengharungi pelbagai dugaan, kini tibalah masa untuk membuktikan kita bukanlah calang-calang pasukan dalam saingan Liga Super seperti yang dibuktikan oleh OTAI-OTAI kita yang terdahulu.

    Sebenarnya, disebalik segala yang berlaku terselindung satu hikmah yang selama ini kita tidak pernah ambil kira. Ini kerana, lumrah alam jika kita ditimpa bencana/musibah/permalasahan bukanlah untuk apa melainkan untuk menyedarkan kita supaya kita menjadi lebih baik dari sebelumnya. Pendek kata, masalah yang dihadapi akan menjadi GURU terbaik untuk kita memperbaiki kelemahan diri.

    Itu lah cara berfikir yang sepatutnya jika dilanda masalah tidak kiralah samada individu atau organisasi atau sebagainya. Berfikiran positif setiap masa akan membentuk sahsiah diri dan akan membantu memartabatkan organisasi yang berkenaan.

    Oleh yang demikian, amanah perlu dilaksanakan. Tanggungjawab harus dipikul sehingga mana misi nya belum tercapai. Memasang misi bukan angan-angan MAT JENIN. Misi dan Visi harus diikuti (Follow Up By) usaha dan tawakal. Insya Allah akan tercapai.

    Musim lalu Perak tampil dengan kejutan yang pelbagai dari hujung kaki sampai hujung rambut. Kebanyakannya dibarisi pemain muda yang bersemangat tinggi untuk menjulang nama Perak dipersada sukan tanahair. Malangnya, timbul isu-isu yang merencatkan moral pemain-pemain dan staf. Ambil itu sebagai 'bench mark' atau panduan untuk membetulkan keadaan di musim akan datang.

    Benar. Segalanya tampak berubah di musim 2010 akan datang. Perak mempertaruhkan pemain lama dan baru atau senior dan junior. Junior dari segi pengalaman bukan alasan untuk merendahkan diri, sebaliknya inilah masanya untuk menimba pengalaman daripada senior-senior yang ada. Setiap orang mempunyai latarbelakang dan kelebihan yang berbeza. Jadi, untuk membentuk kelebihan diri dan personaliti tersendiri, perlulah melakukannya sendiri berpandukan pengalaman senior-senior yang ada dan bukan cetak rompak.

    Saya yakin, anak-anak muda yang beraksi di musim lalu sudah melalui pelbagai rintangan dan dugaan yang agak perit, namun itu belum cukup untuk mendabik dada dan bermegah diri. Sebaliknya, muhasabahkan diri, kenal pasti kekurangan dan tingkatkan prestasi tukarkan KELEMAHAN itu menjadi KEKUATAN.

    Buat barisan kejurulatihan dan PAFA sendiri, saya doakan segalanya akan berjalan lancar hingga ke akhir musim. Saya amat yakin dengan anda semua dan tidak sabar menanti perlawanan Liga Super 2010 yang pertama PERAK. Saya yakin dengan semua pemain yang ada ketika ini.

    KITA BOLEH!! PERAK BOLEH!! KOME MEMANG BOLEH!! SKOR YOB SKOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Salam..

    Syabas,Tahniah..apa lagi yang mampu teman katakan setelah sebuah pasukan yang mantop serta hampir complete dapat dibentukan oleh en.Raja and the geng.

    Sehubungan dengan itu satu penanda aras a.k.a KPI hendaklah diwujudkan oleh pihak pengurusan PAFA bagi memastikan setiap staf dan juga player dapat menjalankan setiap amanat yang diberikan dengan sempurna.

    Terpulang juga pada pihak pengurusan untuk menetukan kaedah yang sebagaimana perlu serta sesuai bagi menentukan aras serta tahap sumbangan player tersebut kepada skuad.

    Nah...bila ade permasalahan,tidak perlu lagi menunggu masa yang lama untuk membuat post mortem.On the spotje kita dh bleh trace.

    So,Please lah..no more stupid reason for any skuad defeat.

    Salam takbir...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zul_united

    Salam...
    Tahniah atas kemenangan besar yang dicapai dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang pasukan TLDM. Jika musim lepas,dalam menentang pasukan yang sama,kita tewas 1-0,kemenangan ini membuktikan bahawa pasukan Yop muda tidak boleh lagi dipandang sebagai 'budak hingusan' yang akan menjadi pasukan belasahan oleh pasukan lain dalam saingan liga yang akan bermula tidak lama lagi.
    Teman percaya, pasukan yang baru dibentuk kira-kira setahun lepas akan mencipta suatu kejutan yang lebih besar lagi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan dan sekurang-kurangnya, dapat membawa pulang satu piala ke bumi Perak,yang dinanti-nantikan oleh anak-anak Perak sama ada yang merantau ataupun yang berada di bumi bertuah ini lagi.
    Teman yakin dan pasti bahawa skuad ini tidak akan menghampakan walau sedikitpun harapan penyokong-penyokong setia Yop yang tetap berada di belakang pasukan ini walau badai dan ribut sering bersilih ganti melanda pasukan kita ini.Diharapkan,dengan beberapa perlawanan persahabatan lagi yang akan diadakan,dapat menutup segala kelemahan-kelemahan yang masih tercalit di dalam pasukan
    AYUH!!!BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zul_united

      Salam....
      nampaknya ada sedikit kejutan pada perlawanan menentang PKNS.harap-harap bangkit kembali pada perlawanan seterusnya menentang Selangor

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. chuck

    Salam..

    Tahniah..

    Keputusan yang boleh dibanggakan. Nyatanya keserasian dibahagian tengah dan serangan hampir 70-80% baik. Namun kerja keras serta tumpuan yang lebih harus dititikberatkan bagi menambahbaik sistem pertahanan.

    Jika tembok kita masih belum cukup kental untuk mengasak dentuman bom dari kapal selam baru deme, macammana nak berhadapan dengan gergasi merah kuning dan pasukan-pasukan yang lain lagi seperti kijang, penyu, kenari, singa utara..hehehe.Tanduk seladang dah cukup tajam.Cuma tinggal ladamje lagi.k

    kesimpulanya,teman berpuas ati dengan persembahan serta result semalam.

    So,keep it up.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. ceplos

    Tahniah kepada pasukan Perak atas kemenangan pertama anda. Diharapkan rekod ini dapat diteruskan dalam semua perlawanan persahabatan kelak.

    Score Yeop Score...

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. juanzargus

    Perkembangan baik nie..walau pun kalah 2nd game nie kira oklah sebab hafiszuan kena red card awal-awal time tu still 0-0....ala kena 0-1 aje...yang penting jaga kaki kang dah start liga bertongkat plak...ok yob games ke-3 nie kasi pulun baik punya. SELAMAT MAJU JAYA...KEJOR YOB KEJOR..

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Lee Jr

    Salam..

    Perak dah kalah..agak2 hasrat teman nak tengok perak dalam posisi 4 terbaik tercapai ke tak..nasib baik tak harap perak jadi juara..kalau tak,ngan result 2nd game ni mau frust teman..ape2 pun perak bangkit la.jangan cari alasan kalau kalah.teman akan terus sokong perak..

    "SKOR YOB SKOR"

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. zizou85

    Saya berharap agar pasukan Perak akan lebih giat berlatih serta memantapkan aspek fizikal,stamina,mental dan kesefahaman antara satu sama lain memandangkan tahun ini menjadi kayu pengukur sejauh mana potensi pemain muda perak yang telah diberi kepercayaan penuh oleh PAFA untuk membarisi kesebelasan utama yang sukar diperoleh semasa era jurulatih Steve Darby dan Tony Netto.

    Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, dan berharap jurulatih rookie kita, Coach Azlan telah menyediakan intipati terbaik bagi menyediakan pasukan lebih mantap tahun ini terutamanya melalui perlawanan persahabatan.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.