Perak FA | Mesyuarat Ahli Majlis – 8 Disember 2009

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Suasana panas menyelubungi permulaan mesyuarat Ahli Majlis PAFA petang tadi apabila salah seorang ahli majlis yang telah ditamatkan kontrak, Abdul Jamil Othman enggan keluar dari dewan mesyuarat walaupun telah diarahkan oleh Presiden PAFA rentetan pertikaian kesahihan surat tamat khidmat yang diterima beliau tempohari.

Surat yang ditandatangani oleh setiausaha PAFA tersebut menjadi pertikaian kerana bukan ditandatangan oleh Presiden sendiri namun setelah perbincangan diadakan selama lebih kurang 30 minit, Abdul Jamil Othman akhirnya akur dengan keputusan Presiden dan keluar meninggalkan dewan mesyuarat selepas itu.

[slideshow=17]

Antara butiran pada mesyuarat tersebut:

  • Presiden merakamkan ucapan terima kasih kepada jurulatih, M. Karathu untuk jasa dan sumbangan beliau sebagai ketua jurulatih musim lalu walaupun tidak bersama pasukan Perak pada musim yang akan datang ini.
  • PAFA juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut membantu PAFA demi menaikkan martabat sukan bolasepak itu sendiri sehingga tidak mengira atau mementingkan elemen-elemen politik.
  • Akibat persepsi yang kurang jelas sebelum ini maka terwujudlah cerita undi tidak percaya. Desas-desus dari pihak tertentu semakin memburukkan keadaan. Setelah berbincang dalam keadaan yang baik dan ikhlas maka semua Ahli Majlis merasakan ianya tidak diperlukan lagi.
  • Y.B Kasevan dilantik Ahli Majlis yang baru menggantikan Abdul Jamil Othman.
  • Salah seorang ahli majlis, Encik Abdul Aziz Yeop Jamaludin telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan PAFA dan juga Pengurus pasukan bolasepak Perak untuk kejohanan SUKMA 2010.
  • Ustaz Norazli Musa kekal pengurus pasukan dan pembantunya Encik Anuar Zakaria.
  • Haji Joharuddin Johar Ali dilantik Pengurus skuad Presiden Perak musim 2010.
  • Pembincangan mengenai tanah terbiar yang diberikan oleh kerajaan negeri 10 tahun dahulu. Pihak pengurusan telah mendapat kata sepakat tanah itu akan dimajukan. Naib Presiden 1, Dato Seri Abdullah Hisan diberi amanah untuk memajukan tanah tersebut demi kebaikan PAFA.
  • Pasukan memiliki penaja-penaja yang besar untuk pasukan Perak dan penaja kecil untuk menaja daerah-daerah di bawah naungan PAFA. Jumlah penajaan dirahsiakan kerana ianya masih dalam proses perbincangan.
  • PAFA akan mengadakan perjumpaan sekurang kurangnya 2 bulan sekali untuk berbincang segala masalah-masalah yang timbul. Malah timbul cadangan supaya diadakan setiap bulan jika saingan liga Malaysia bermula kelak.

Wakil SDN sempat menemubual Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan PAFA, Encik Abdul Aziz Yeop Jamaludin berkenaan perancangan PAFA dan beliau menegaskan betapa perlunya PAFA memberikan fokus khas terhadap pertandingan peringkat daerah-daerah.

“Buat masa ini tumpuan saya lebih terarah kepada kejohanan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi iaitu Piala Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar yang akan diadakan sekitar bulan Januari 2010 nanti”.

“Kejohanan ini bertujuan memberikan ruang kepada pemain-pemain di setiap daerah menonjolkan bakat mereka selepas tidak berpeluang menyarung jersi pasukan Perak termasuklah untuk kategori pemain bawah umur 20 tahun”

“Saya mengharapkan semua ahli majlis di setiap daerah dapat memberi komitmen dan kerjasama dalam pertandingan tersebut yang mensasarkan 16 pasukan terdiri dari 4 kumpulan yang akan dibahagi mengikut zon A, B, C dan D.”

“Sumbangan RM 1500 kepada setiap pasukan akan diberikan oleh Presiden sendiri dan pasukan Daerah Kinta, Kuala Kangsar serta Taiping telah mengesahkan penyertaan mereka dengan menghantar 2 pasukan setiap daerah” jelasnya lagi.

Untuk menghadapi SUKMA 2010 nanti, beliau turut mengharapkan jurulatih dari liga super dan piala presiden agar dapat bersama-sama membantu beliau dalam proses pencarian pemain agar tidak timbul masalah perebutan pemain kelak.

Dalam pada masa yang sama pengurus pasukan Liga Super Perak, Ustaz Norazli Musa mengharapkan kerjasama dari semua media, bloggers dan laman-laman web supaya mengeluarkan artikel yang positif mengenai pasukan Perak.

“Segala maklumat yang ingin diketahui haruslah diminta melalui saluran yang betul iaitu melalui saya atau penolong saya. Anda juga boleh bertanya kepada jurulatih atau pembantunya kerana kami sentiasa bersama pemain-pemain Perak”

“Adalah tidak adil mendapatkan komen tentang pasukan Perak dari mereka yang tidak pernah hadir menyaksikan pemain-pemain ini beraksi apatah lagi kepada mereka yang tidak ada kene mengena terhadap pasukan” ujarnya.

Beliau juga turut yakin dengan kemampuan pasukan di musim hadapan selepas kehadiran beberapa pemain dari luar termasuk 15 pemain yang masih kekal untuk sekurang-kurangnya merangkul satu piala musim depan.

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “Perak FA | Mesyuarat Ahli Majlis – 8 Disember 2009

  1. chuck

    Salam..

    Tahniah buat YB Kesaven kerana telah dilantik menjadi ahli majlis yang baru mengantikan en.Jamil Othman.

    Saya juga mengharapkan agar YB Kesaven dapat membuka satu lembaran baru untuk player yang datang dari sekitar simpang empat serta Hilir Perak amnya untuk terus berdaya maju.

    Kita juga sedia maklum dari 10 daerah di perak termasuk yang terlatest sekali daerah kampar,Hilir Perak adalah antara daerah yang ramai melahirkan bakat-bakat player bolasepak serta daerah yang digeruni kebolehupayaanya dinegeri Perak.

    UPB merupakan product dari Simpang Empat dan Hilir Perak amnya.

    Dengan adanya YB Kesaven dalam majlis maka dapatlah kiranya muda-mudi di daerah ini mempamerkan kesungguhan yang melampau demi menuntut tempat yang bakal disediakan nanti.

    Akhir kata,jika no telepon dan address umah masih tak berubah,teman akan datang mintak subsidi tiket.ekekeke..melawakjer..

    Salam..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      pergh.. perenggan terakhir tuh tak tahan nak baca.. selama ni mike jugak suruh peminat datang ke stadium walau berapa pun harga tiketnya.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam....

    Tahniah kepada semua yang terlibat bagi menjayakan mesyuarat ini demi kepentingan masa depan PAFA Khasnya dan untuk penyokong penyokong setia bola sepak Perak amnya.

    Tahniah juga kepada Ahli Majlis Iaitu Saudara Abdul Aziz Yob Jamaluddin kerana mempunyai satu misi yang teramat berguna demi pembangunan Bola Sepak Perak dimasa akan datang. Kalau apa yang diperkatakannya maka tidak salahlah pilihan Dato Seri Melantik beliau menjadi ahli majlis tertinggi PAFA. Diharapkan juga kepada yang lain juga mempunyai satu misi dan visi yang sama demi memajukan martabat bola sepak Negeri Perak.

    Takziah kepada saudara Jamil kerana sikap anda sendiri maka anda kini tidak lagi wujud dalam perjawatan di PAFA.untuk itu bertaubatlah wahai Saudara Jamil,jadilah umat yang berguna rakyat yang berjasa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yopnph

    Salam setelah tersebarnya khabar yang kurang enak yang akan berlaku semasa meeting ahli majlis pafa , tahniah diucapkan kepada semua ahli majlis kerana berjaya meeting dengan walau pun ada sikit kecoh kerana perasaan tak puas hati saudara jamil,tapi ia dapat diselesaikan, dengan segala perancangan yang dicadangkan yop rasa pasti banyak bakat-bakat baru akan berjaya diketengahkan untuk pasukan Perak nanti. Kepada kerajaan negeri Perak contohi Kelantan walaupun KAFA diterajui oleh Ybhg Tan Sri Annuar Musa bantuan tetap dihulurkan kepada KAFA. Sukan bolasepak ini adalah milik rakyat tak kira apa fahaman pun. Kepada pemain pemain seladang berilah yang terbaik untuk pasukan Perak, pasal kebajikan jangan bimbang Dato Seri presiden dan ahli majlis akan pastikan ia dijaga. Kepada penyokong berilah sokongan yang jitu untuk pasukan.

    skor yop skor ............ kejor yop kejor.............

    yop nanti kujungan seladang di Kota Bharu..............

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. YangIkhlas

    Adalah menjadi harapan yang tinggi agar barisan pengurusan PAFA akan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengangkat kembali maruah bolasepak Perak.

    Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Perak pimpinan DS Dr Zambry Abdul Kadir atas bantuan yang diberikan untuk memastikan Perak dapat terus bersaing dalam Liga Super 2010. Sumbangan yang boleh dikatakan agak besar juga jumlahnya adalah amat dihargai terutamanya tentang jaminan pembayaran gaji bulanan kepada anggota skuad Liga Super 2010.

    Kepada DS Nizar, semua kemelut telah terungkai, segala masalah kewangan telah dapat diatasi dan sebagai ketua kepada sukan bolasepak di Perak ini DS perlu memastikan segala perancangan pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi akan berjalan lancar dan kalau boleh setiap Ahli Majlis perlu ada KPI masing-masing yang perlu dicapai. KPI DS Nizar sudah tentulah untuk memastikan sekurang-kurangnya satu piala dapat dibawa pulang untuk musim 2010 nanti kalau tidak semua pun.

    Perahu sudah di air, dayung sudah di tangan. Kepada pegawai dan pemain skuad Perak 2010, selamat berjuang dan semoga ada kejayaan yang akan menjelma di Liga Malaysia musim 2010. Para peminat setia Negeri Perak akan terus memberikan sokongan untuk kejayaan pasukan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      Benar tuh, Terima kasih tidak terhingga kepada sesiapa yang terlibat, terutama dari pihak kerajaan negeri yang sudi membantu di saat-saat genting tatkala timbul pula soal dalaman. Percayalah rakyat akan membuka mata untuk menilai keikhlasan semua pihak untuk merealisasikan impian Perak terus dipersada liga super seperti Pahang, Selangor dan lain-lain.

      Sekarang fikirlah kehadapan, lupakan sengketa lama. Biarlah perahu sudah di air, dayung sudah ditangan, jangan pula pihak lawan sudah memakai enjin motor yamaha, kita baru nak mendayung

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Xman360

        aku setuju benar tu san,aku tengok pun YB zainol Pun boleh Dok semeja berbincang masa mesyuarat ahli majlis haritu...kepada kumpulan pengacau pengacau semua sabor sabor la dulu...tinggu la AGM akan datang...huhuhu...

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. kia_dgreat

    salam.tahniah dan semoga berjaya pasukan perak.terima kasih kepada semua yang telah berjaya mengetepikan segala sengketa.harap segala perancangan akan dapat disempurnakan dengan baik tanpa anasir yang akan muncul kembali dikemudian hari.marilah kita bersatu untuk kita membuktikan kita adalah yang terbaik. teman percaya skuad kita mampu melakukan sesuatu untuk musim ni.setidak-tidaknyer kita akan mampu bagi saingan yang hebat untuk merebut piala..

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. FiQ

    Salam Semua...

    Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Teman bertambah bersemangat apabila melihat rombakan kepimpinan bagi pasukan Perak ini. Apa yang para peminat harapkan adalah sebuah pasukan yang kuat dan berkemampuan untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala untuk musim depan.

    Teman percaya, Stadium Perak akan kembali dengan sorakan padu penyokong Perak, bahkan bukan sahaja stadium Perak, malah di sekitar Lembah Klang akan turut memberi sokongan kepada pasukan Perak yang sudah sekian lama tidak menerima sorakan padu peminat sendiri.

    Untuk pengurusan Perak, jalankan tanggungjawab anda kepada pasukan dengan seikhlas mungkin. Buktikan bahawa pengurusan Pasukan Perak adalah yang terbaik. Tidak lupa kepada pemain Perak untuk musim depan, teruskan dengan semangat melawan anda, kita mampu untuk melakukan yang terbaik. Buktikan kejaguhan kita. Ayuh Seladang..No One Can Stup Us Now..

    Skor Yob skor....

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. Xman360

    salam....
    bagus le semua naya dah selesai,KPBPK bila lagi nak selesai,teman dah rimas dah nak nunggunya,kepada Mr presiden yang dah di pecat tolong la adakan AGM segera.okey la kepada kome semua teman berangkat dulu...asalamuaalaikum....

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. miez3

    Salam semua....teman memang dah lama dok perati suasana pengurusan Perak ni....lega rasanya tengok suasana kembali tenang....gelagat2 "seseorang" atau kelompok tertentu tu lah buat teman dah lama "malas" mengambil tahu tentang pasukan Perak...teman tengok dari jauh je...
    Kepada saudara Jamil....cukup2lah tu....rasanya elok benor mike tumpukan terus pada kerja lama mike memegang tampuk kelab peminat...sekurangnya dapat jugak meramaikan stadium yang kian suram....insyaALLAH dengan teraju yang baru musim ni kita dapat buktikan sesuatu....mungkin setahun dua ni sekurang2nya dapat satu piala...seperti kata Ustaz selaku pengurus pasukan...buat tuan presiden...memegang & menguruskan pasukan tanpa mengira ideologi politik satu prinsip yang amat hebat...teman suka cara beliau...Syabas pasukan Perak...
    Skor Yob Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.