Perak FA | Majlis Menandatangani Kontrak Musim 2010

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Satu majlis menandatangani kontrak antara pemain skuad Perak bersama Presiden PAFA, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Bangunan Perak FA, Ipoh disertai pihak pengurusan dan beberapa wartawan arus perdana telah berjalan dengan lancar pagi tadi.

Secara rasminya skuad Perak akan dibarisi oleh 23 orang pemain untuk kempen Liga Malaysia 2010 nanti. Kebanyakkan pemain telah menandatangani kontrak sehingga November 2010 dan ada antaranya mencecah sehingga penghujung musim 2011.

[slideshow=15]

Pada sidang akhbar yang berlangsung selepas majlis tersebut, Presiden PAFA turut melaungkan keyakinan dengan meletakkan sasaran untuk pasukan Perak sekurang-kurangnya menduduki 4 tempat teratas dalam saingan Liga Super nanti.

Presiden juga turut menekankan bahawa pihak pengurusan akan sentiasa mengambil langkah proaktif mencegah gejala menjual permainan yang pernah melanda pasukan Perak musim lalu bersama-sama agensi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Jurulatih baru Perak, Raja Azlan Shah ketika ditanya tentang harapan beliau untuk musim baru nanti turut berkeyakinan tinggi dengan kehadiran beberapa pemain senior Perak seperti K. Nanthakumar yang diharap dapat menjadi “leader” kepada pemain-pemain muda.

“Kita telah membuat persiapan pasukan ini sejak dari permulaan kempen Liga Super 2009 lagi dan inilah masanya untuk para pemain-pemain Perak menonjolkan diri mereka pada musim 2010 nanti.” tegas beliau penuh yakin pada wartawan yang hadir.

Senarai Rasmi 23 Pemain Perak:

PERAK 2010

GK – Megat Amir Faisal
GK – Khairul Izwan (Perlis FA)
GK – Khairul Amri Salehuddin
GK – Kamarul Effandi (masih menjalani pemulihan kecederaan)

DF – Arif Fazlie
DF – Syazwan Roslan
DF – K. Nanthakumar
DF – Mohd Hafiszuan
DF – Arif Ismail (Negeri Sembilan)
DF – Wan Azwari (Pahang)
DF – S. Sathiakumaran
DF – Fauzi Ariffin (masih menjalani pemulihan kecederaan)

MF – Benedict Martin
MF – Hafiz Abdul Rahman
MF – Mohd Nazri Kamal
MF – Shafuan Adli Shaari (T-Team)
MF – Farid Hamidan
MF – Khalis Ibrahim
MF – Isma Alif Salim

FW – Razali Umar
FW – Fauzzi Kassim (Melaka)
FW – Shahrizal Saad
FW – Saufi Sa’aidi

Ketua Jurulatih: Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib
Penolong Jurulatih: Abu Bakar Bin Fadzim
Jurulatih Penjaga Gol: Megat Amir Faisal

Likes(0)Dislikes(0)

16 thoughts on “Perak FA | Majlis Menandatangani Kontrak Musim 2010

  1. abgmie

    salam...
    alhamdulilah...segala masalah telah terungkai,akhirnya perak berjaya membentuk pasukan yang mantap,bagi menghadapi saingan liga untuk tahun hadapan...ayuh anak anak perak penuhkan dan semarakan kembali stadium keramat kita...team takkan kemana tanpa sokongan dan sorakan mekome semua...rugi le diri sendiri kalau kite hanya pandai beri cadangan tapi tak retireti nak datang ke stadium...team tahun ni teman rasa dah cukup kuat.insyalah dengan allah s.w.t paling tidak satu piala bakal berada dalam dakapan perak...

    salam PERAKIAN........

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. QuRraSiuM CiLiCouS

    Alhamdulillah semua berjalan lancar. sasaran 4 terbaik juga amat realistik..ayuh Seladang!!! KEJOR YOB KEJOR.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. paeh93

    Salam..
    Alhamdulillah.. Perak sudahpun berjaya membentuk satu pasukan untuk mengharungi liga musim depan. Saya sangat berpuas hati dengan senarai pemain yang dipilih oleh coach Raja yang rata-rata terdiri daripada pemain muda.

    Kepada orang Perak, penuhkan stadium Perak, berikan semangat kepada pemain- pemain Perak. Suara penyokong suara keramat.

    kejor yob kejor..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. addy

    Tahniah kepada para pemain yang terpilih untuk mewakili pasukan Perak bagi tahun 2010. Selamat datang juga diucapkan kepada K.Nanthakumar dan pemain-pemain baru.
    Kami sebagai penyokong setia pasukan Perak akan berada di belakang anda. Saya ucapkan selamat bejuang kepada semua pemain Perak. Semoga berjaya !!

    Ayuh !! Buktikan kemampuan anda !!

    Kejor Yob Kejor !!!
    Skor Yob Skor !!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. rodymus

    Salam, nak tanye ade sorang player Perak tahun lepas nama Khairul Izzat (kalau tak silap) pergi mane? die tuh rajin n laju.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      Rasanya beliau masih lagi bersama skuad Piala Presiden, kerana beliau masih belajar di IPTA sekitar lembah Kinta. Apapun diharapkan beliau masih bersama Perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. yopnph

    salam,tahniah pada semua player yang dah sign kontrak dengan skuad seladang.semoga berjaya mencapai sasaran yang diberi dato seri presiden. biar pun skuad ini muda tapi jika mempunyai semangat yang kuat pasti kejayaan akan dicapai nanti.tak semesti berbelanja besar akan dapat kejayaan .jadi apa lagi yeop dan yong penuhkan stadium perak beri sokongan untuk seladang muda ini.

    skor yeop skor..............kejor yeop kejor........

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. seansan

    Chan K.H. tuh Chan Kok Heng ke? jap.. keliru nih, bukan Chan Wing Hong ke? setahu san Chan Kok Heng dah bersara dari Liga Profesional

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. YB Post author

      Itu pasal orang kate kalau nak bubuh nama tu biar kasi terang, jangan main singkatan, apa salah taip je Chan Wing Hong, susah sangat pun nak menaip penuh. Jangan pikir orang tau apa yang kita pikir, dalam SDN ni bukan semua ada 6 sense, boleh bayangkan apa yang kome pikir.

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. sunrise

    salam.....

    Dengan kehadiran beberapa muka baru kedalam skuad,menampakkan perancangan yang penuh rapi dilakukan oleh Ketua jurulatih pasukan.Diharapkan dengan kembalinya K.Nanthakumar mampu memimpin pemain pemain dengan penuh berkaliber,tidak semestinya hanya ketua pasukan akan menggalas tugas tersebut.

    Diharapkan pasukan Perak akan membuktikan sepenuhnya kepada semua yang berada diluar sana bahawa walaupun pasukan Perak ditimpa perbagai musibah,tetapi kejayaan tetap mampu untuk dihadiahkan kepada seluruh rakyat negeri Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. syidi

    Salam..

    Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pemain dan pegawai yang akan mengharungi musim 2010 nanti. Tidak kiralah siapa pun yang bermain, saya akan tetap menyokong Perak setiap masa dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumya

    Selamat Berlatih dan Selamat Maju jaya

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. doyan

    assalamualaikum...
    Kalau dilihat pada barisan pemain Perak musim depan,aku merasakan pasukan ini lebih mantoppp dari skuad musim lepas.
    Diharapkan pencapaian musim lepas dapat kita atasi n jangan ler bagi pengharapan terlampau tinggi.semoga pasukan Perak akan dapat bersaing dengan pasukan-pasukan elit yang lain. Dan jangan ler asyik nak pass pada Jali jer kalau sendiri dalam keadaan boleh try

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. gibauk

    Salam...

    Berharap benar agar skuad Seladang 2010 dapat mencapai target 'TOP 4' dan sekurang2nya layak ke FINAL dalam apa jua piala yang dipertandingkan untuk musim depan. Tak salah jika meletakkan harapan biar setinggi gunung asalkan ada KEYAKINAN dan FOKUS didalam setiap perlawanan. Dengan adunan pemain muda yang dicungkil bakat bekas jurulatih M.Karathu (biarpun 90% muka baru tapi masih layak@ Kekal utk Liga Super seterusnya) serta pengalaman dari bekas pemain negeri2 lain (terutama N.Nanthakumar) diharapkan skuad Seladang semakin mantap di setiap posisi.
    Buat team jurulatih musim 2010, pengalaman anda semasa era kegemilangan Perak penghujung '90- awal 2000 amat ditagih oleh kami Penyokong Kejor Yob Kejor ini..

    "Mengharapkan gilapan mengembalikan sinar"

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. chuck

    Salam...

    Syabas dan tahniah kepada 23 orang player yang telah sahih menyarung jersi perak untuk season 2010 nanti.

    Sehubungan dengan itu teman ingin mengetahui syarat maksima pendaftaran player di FAM bagi setiap team yang bertanding.Ini kerana dari info sahih yang teman dapat kebanyakan negeri lain yang turut bertanding di competetion yang sama sedaya upaya cuba untuk mendaftarkan seramai 25 orang player setakat ini.

    Jika ianya membolehkan mendaftar seramai 25 orang mengapa kita tak melakukanya?Jika kita masih lagi mencari bagi mencukupkan kuota tersebut,teman harapkan kebijaksanaan pihak pengurusan diketuai ustaz Azli serta head coach en.Raja dapatla memikirkan tentang kekuatan dibahagian tengah-menyerang.

    Akhir kata,Perak terbilang rakyat Gemilang..

    Salam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.