Posted in Umum on December 20th, 2009 6 Comments »

Majlis undian untuk kejohanan Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah berjalan dengan sempurna dengan penyertaan 16 pasukan dari seluruh daerah di Perak sabtu lalu. Majlis undian tersebut turut diserikan dengan kehadiran Presiden PAFA, Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersama Naib Presiden 1, Dato Seri Abdullah Hisan.
Presiden PAFA dalam ucaptama beliau pada majlis tersebut turut menekankan perlunya perpaduan di kalangan Persatuan Daerah-Daerah dalam memajukan sukan bolasepak peringkat negeri Perak tanpa perlu dipengaruhi oleh sentimen bendera kepartian politik.
Pada majlis tersebut juga, Presiden PAFA sempat menyerahkan sumbangan RM 1,500 kepada setiap pasukan yang bertanding sebagai geran pasukan sambil turut mengumumkan kenaikan tawaran hadiah untuk pasukan yang berjaya memenangi kejohanan tersebut.
“Selepas bermesyuarat bersama ahli majlis pertandingan yang lain tempohari, kita telah bersetuju untuk menaikkan hadiah… Continue reading
Posted in Umum on December 18th, 2009 3 Comments »

Majlis Undian Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin
Tarikh: Sabtu, 19 Disember 2009
Masa: 12:00 tengahari
Venue: Trolak Country Resort, Sungkai
Satu majlis undian untuk kejohanan Piala Datuk Seri Nizar Jamaluddin bakal diadakan pada tarikh dan tempat seperti di atas dengan penyertaan 16 pasukan dari seluruh daerah di Perak telah disahkan sendiri oleh Pengerusi Kejohanan, Encik Abdul Aziz Yeop Jamaluddin.
“Kejohanan ini terdiri daripada 16 pasukan dari seluruh negeri Perak yang bakal dibahagikan kepada 4 kumpulan, dengan setiap pasukan yang bertanding bakal diperuntukkan wang tunai sebanyak RM1,500″ jelas beliau ketika dihubungi oleh wakil SDN sebentar tadi.
“Pertandingan yang menawarkan hadiah RM3,000 untuk tempat pertama, RM2,000 untuk tempat kedua dan RM750 untuk 2 pasukan yang kalah di separuh akhir adalah bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dari segenap pelusuk… Continue reading
Posted in Umum on December 11th, 2009 9 Comments »

Seperti yang umum ketahui, pada musim lalu pencapaian pasukan Perak dalam Liga Malaysia 2009 ialah menduduki tangga ke 10 Liga Super, seterusnya layak ke peringkat suku akhir Piala FA dan sekadar saingan kumpulan untuk kempen Piala Malaysia.
Manakala pada tahun ini pengurusan Perak meletakkan sasaran untuk skuad seladang menduduki 4 tangga teratas Liga Super serta sekurang-kurangnya memenangi 1 Piala bagi musim 2010 nanti. Adakah anda sebagai penyokong meletakkan harapan yang serupa?
Sila nyatakan undian anda di bawah.
[poll=12]
[poll=13]
[poll=14]… Continue reading
Posted in Umum on December 10th, 2009 12 Comments »

Dengan barisan skuad seladang yang hampir lengkap ketika ini, pastinya peminat pasukan Perak ternanti-nanti perlawanan pemanas badan seperti kebiasaannya setiap tahun. Setakat artikel ini disiarkan, Perak secara rasminya akan mengadakan 4 perlawanan pada bulan ini.
Kepada semua peminat bolasepak Perak, anda boleh memeriksa artikel ini dari masa kesemasa kerana ianya akan sentiasa dikemaskini oleh pihak pengurusan SDN jika ada sebarang perubahan jadual atau tambahan perlawanan pada bulan Disember ini.
Khamis 10 Disember 2009
TLDM 2 - 6 Perak
Stadium Lumut
4.45 petang
Senarai Penjaring:
- Saufi Sa’aidi - 1 gol
- Hafiszuan - 2 gol
- Hafis Abdul Rahman - 2 gol
- Isma Alif - 1 gol
Senarai Pemain:
- Megat Amir Faisal -> Khairul Izwan
- Syazwan Roslan
- K. Nanthakumar
- Arif Ismail -> S. Sathiakumaran
- Wan Azwari
- Benedict Martin -> Isma Alif Salim
- Mohd Nazri Kamal
- Mohd Hafiszuan -> Azmeer Yusof
- Khalis Ibrahim ->