Apakah Harapan Penyokong Bolasepak Perak ?

TM Liga Malaysia 2010

Seperti yang umum ketahui, pada musim lalu pencapaian pasukan Perak dalam Liga Malaysia 2009 ialah menduduki tangga ke 10 Liga Super, seterusnya layak ke peringkat suku akhir Piala FA dan sekadar saingan kumpulan untuk kempen Piala Malaysia.

Manakala pada tahun ini pengurusan Perak meletakkan sasaran untuk skuad seladang menduduki 4 tangga teratas Liga Super serta sekurang-kurangnya memenangi 1 Piala bagi musim 2010 nanti. Adakah anda sebagai penyokong meletakkan harapan yang serupa?


Sila nyatakan undian anda di bawah.

Piala Liga Super 2010

  • Juara (17% Votes)
  • Naib Juara (0% Votes)
  • 4 Teratas (59% Votes)
  • 6 Teratas (21% Votes)
  • 8 Teratas (3% Votes)
  • 10 Teratas (0% Votes)
  • Lain-lain (0% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

Piala FA 2010

  • Juara (48% Votes)
  • Naib Juara (3% Votes)
  • Separuh Akhir (48% Votes)
  • Suku Akhir (0% Votes)
  • Lain-lain (1% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

Piala Malaysia 2010

  • Juara (34% Votes)
  • Naib Juara (9% Votes)
  • Separuh Akhir (53% Votes)
  • Suku Akhir (3% Votes)
  • Lain-lain (1% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...
Likes(0)Dislikes(0)

9 thoughts on “Apakah Harapan Penyokong Bolasepak Perak ?

  1. chuck

    Salam..

    Haha..nyata sekali perak fans was here!!

    Mentaliti fans yop ditahap meyakinkan sehingga mampu out meter.Memang "Sporting Lisbon".

    Syabas dan tahniah diucapkan pada diri kita sendiri.

    Dari vote diatas,sebenarnya telah menunjukkan betapa bersungguh-sungguhnya kita untuk mengapai kejayaan pada season depan.

    Tapi,ini semua adelah impian fans Yop.Ape pula impian skuad seladang?Pada teman mudah jer,"just make a dream come true".

    Syabas!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zizou85

    Pada pandangan saya pasukan terbaik pada masa kini dan berdasarkan para pemain yang sedia ada dan bakal menyarung jersi pasukan masing-masing, Selangor masih yang terbaik, 2. Kelantan, 3. Negeri Sembilan, 4. Terengganu, 5. Kedah, 6. KL Plus...Namun begitu, saya berpandangan sasaran Top 7 adalah minimum dan jika Perak mampu tergolong di dalam lingkungan Best 4 , adalah diluar dugaan apatah lagi bergelar Juara Liga.

    Pada musim 2009, merupakan pencapaian terburuk Perak sejak perlaksanaan Liga Super. Sekadar menduduki tempat ke 10 walaupun pada awalnya tempat ke 8 masih boleh digapai, namun dek kerana masalah kecederaan yang serius serta isu-isu dalaman yang sedikit merencatkan persembahan pasukan Perak.

    Namun begitu, Perak mempamerkan corak permainan yang positif dalam saingan Piala Malaysia dan merekodkan 1 kekalahan sahaja kepada K.L.

    Bagi saingan Piala Fa dan Piala Malaysia, saya menjangkakan pencapaian ke suku akhir adalah realistik. Namun jika terpaksa bertemu pasukan hebat pada pusingan awal, pasti sukar bagi Pasukan Yob.

    Akhir kata, saya mengharapkan satu persembahan yang lebih konsisten bagi musim 2010 dan pastinya inginkan Perak menjulang sekurang-kurangnya 1 piala.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. satorare

      Salam

      Saya bersetuju dengan pandangan saudara. Masih terlalu awal untuk meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak muda Perak ini. Pasukan Perak masih lagi dalam proses pembentukan. Menjadi 6 kelompok dalam liga super sudah dianggap terbaik. Untuk menjadi juara liga super mungkin sukar. Tetapi ianya boleh direalisasikan sekiranya pengurusan dan pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi. Apa pun, teman mengharapkan sesuatu yang luar biasa dapat dihasilkan oleh pasukan Perak. Minggu depan teman akan ke stadium untuk melihat sendiri persembahan pasukan Perak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. fazly73

    kalau tak dapat jadi juara pun...dapat tempat ke 4 pun jadi.....dalam liga super...dan yang lain dapat masuk final...pun dah ok! kejor yop kejor! skor yop skor!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.