Skuad Piala Presiden Perak Musim 2010
Posted in Piala Presiden 2010 on December 30th, 2009 1 Comment »
Pemilihan untuk skuad Presiden Perak musim 2010 telah bermula sejak 5 Disember lalu dengan kebanyakkan latihan dan pemilihan diadakan di padang PCRC. Pasukan mestilah mendaftar sekurang kurangnya 20 pemain daripada 25 pemain yang dibenarkan F.A.M.
Difahamkan hanya 15 pemain musim lalu yang masih kekal bersama pasukan tidak termasuk Khalis Ibrahim yang diserapkan ke skuad Liga Super. Pemilihan kali ini lebih menarik dengan kehadiran beberapa pemain dari luar Perak, termasuk dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Sepanjang pemilihan diadakan iaitu dari 5 Disember 2009 sehingga 29 Disember 2009 pasukan Perak telah mengadakan 4 perlawanan persahabatan iaitu:
Perak 3 vs 1 Perak Indian
Perak 4 vs 1 Kolej Komuniti Ipoh
Perak 4 vs 1 Perak Malay
Perak 1 vs 3 Juara Liga Ipoh 2009
Esok akan diadakan satu lagi perlawanan persahabatan yang terakhir untuk bulan ini iaitu menentang K.I.A di… Continue reading





