Sesi Latihan Perak Musim 2010 | 16 November 2009

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Bertempat di Padang Kompleks Sukan MBI (Ipoh) telah berlangsung sesi latihan bolasepak untuk skuad seladang yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Perak yang baru dilantik iaitu Raja Azlan Shah bersama pembantu beliau Abu Bakar Fadzim.

Sebanyak 2 sesi latihan diadakan iaitu pada sebelah pagi dan petang yang melibatkan beberapa pemain yang dikekalkan dari musim lalu kerana masih mempunyai kontrak serta pemain-pemain baru yang ingin mencuba nasib bersama pasukan Perak musim hadapan.

[slideshow=13]

Senarai Kehadiran:

  1. Arif Fazlie
  2. Fauzi Ariffin
  3. Isma Alif
  4. Nazri Kamal
  5. Shafuan Adli
  6. Mohd Hafiszuan
  7. Hafiz Abdul Rahman
  8. Syazwan Roslan
  9. Benedict Martin
  10. Shahrizal Saad
  11. R. Kartigesu
  12. K. Nanthakumar
  13. Chan Wing Hoong
  14. Noor Hazrul
Likes(0)Dislikes(0)

12 thoughts on “Sesi Latihan Perak Musim 2010 | 16 November 2009

  1. sheeryob

    Di harapkan pemain pemain yang berasal dari negeri perak kembali menyarung jersi perak kerana semangat jati diri dan cintakan tanahair tanah tumpah ibu pertiwi juga penting daripada mengejar wang dan glammour semata mata..tahniah dan selamat kembali chan win hong dan nanthakumar..pemain2 pengalaman seperti mereka aset dan nadi penggerak pasukan perak utk musim kali ini.
    Harap juga pemain seperti Indra,Khalid, Kit Kong, Shahrulnizam,Fakri,Surendran, dan banyak lagi mengikuti jejak langkah mereka..dan yang lebih penting PAFA lebih kuat dan kukuh terutama dari segi kewangan dan pengurusan. terus dan terus selamanya menyokong Perak kejor yeop kejor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. syidi

    Salam..

    Welcome Back to Chan and Natha. Disaat-saat macam ni pengalaman dan kemahiran anda berdua memang diperlukan. Ketepikan segala masalah seperti tohmahan atau ape-ape saje, tumpukan perhatian sepenuhnya untuk bantu tim kita musim depan.

    Diharap ada lagi muka-muka baru ditampilkan untuk musim akan datang disamping muka-muka dari musim lalu. Tidak sabar menantikan aksi sulung Perak di bawah kendalian Coach Raja Azlan.

    Gud Luck! Hidup PERAK!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. abgmie

      salam syidi..
      teman dah agak dah tahun depan mesti lebih mantap skuad seladang...buat mekome yang satu masa dulu suka mengumpat tim kome rase kan la penangan coach yang kita ketahui pengalamannya...

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. belanak

    Salam

    Sekian lama menyepi dan kini kembali!

    Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kita dapat meneruskan perjuangan kita pada musim depan (2010). Semoga apa yang telah berlalu dalam musim 2009 akan menjadi titik tolak untuk kebangkitan Perak pada musim akan datang.

    Lupakan segala apa yang lepas dan musim akan datang kita buka kan lembaran buku yang baru. Di samping itu juga semoga pasukan Perak akan terus bersinar dan mantap pada musim 2010, insyaAllah.

    Selamat kembali buat Chan dan Nantha. Semoga akan ada sinaran pada pasukan Perak kelak! Kami para penyokong sentiasa bersama kalian.

    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. sunrise

    salam...

    Teman lihat pemain pemain ini mempunyai semangat yang diluar jangkaan,walaupun tidak ramai pemain yang hadir mereka tetap memberi satu persembahan kepada jurulatih dengan penuh bertenaga.

    Tahniah diucapkan kepada semua pemain yang hadir kerana anda membuktikan diri anda mempunyai disiplin dan keinginan untuk maju.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zul_united

    Salam
    Gembira teman rasa bila saudara Nantha & Wing Hong kembali ke skuad Perak.Harap dengan kehadiran mereka dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pemain-pemain muda kita.Teman juga dengar cerita saudara Khalid Jamlus telah digugurkan dari skuad Kelantan.Mana destinasinya selepas ini???

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. abgmie

      salam zul.....teman nak bagi tau je la...dah tak de tim dah nak ambik dia,jadi kita jangan tergolong kepada golongan yang nak ambik pemain yang orang dah tak nak..dulu jual mahal sekarang bior dia rase...biorkan bebudak baru ni yang akan menjulang Perak deme ni teman rasa lebih bagus dari penyerang yang asyik tutup muka bila tak dapat jaringkan gol ni...huahuahua...

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. ihsan

    kehadiran semula Chan wing hoong. K Nanthakumar, dan 2 pemain yang cedera yang telah pulih Fauzi Arifin dan Ijai, ternyata melegekan kita...dan lebih melegakan Shafuan Adli pun masih ada. . . ini belum lagi senarai pemain yg akan datang dalam pemilihan yang akan datang. . .
    pasti akan ada pemain2 yang berpotensi yang Perak akan dapat. . .Insyallah!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.