Perak FA | Persiapan Musim 2010

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Seperti yang umum ketahui, pasukan Perak telah menamatkan kempen Liga Super dengan menduduki tangga ke 10 liga dan berjaya ke peringkat suku akhir Piala FA tetapi terkandas di peringkat kumpulan sewaktu saingan Piala Malaysia baru-baru ini.

Bertepatan dengan itu, pihak pengurusan Perak telah menggugurkan beberapa pemain yang gagal berfungsi seperti yang diharapkan. Difahamkan hanya pemain yang mempunyai kontrak sahaja yang akan dikekalkan oleh pengurusan untuk musim 2010.

Persoalan yang bermain di benak fikiran peminat sekarang ialah siapakah jurulatih baru yang bakal membawa cabaran untuk musim 2010?. Semuanya bakal terjawab dalam masa terdekat ini oleh PAFA selepas tamatnya kontrak jurulatih terdahulu, M. Karuthu.

Berikut adalah senarai pemain Perak yang dikekalkan berdasarkan kontrak sedia ada:

PERAK 2010

GK | Kamarul Effandy Bin Abdul Rahim
GK | Khairul Amri Bin Salehuddin

DF | Mohd Fauzi Bin Ariffin
DF | Mohd Syazwan Bin Mohd Roslan
DF | Mohd Hafiszuan Bin Salehuddin
DF | Benedict Martin

MF | Mohd Hafiz Bin Abdul Rahman
MF | Mohd Nazri Bin Mohd Kamal
MF | Isma Alif Bin Mohd Salim
MF | Muhammad Khalis Bin Ibrahim

FW | Razali Bin Umar Kandasamy
FW | Shahrizal Bin Mohd Saad

Likes(0)Dislikes(0)

18 thoughts on “Perak FA | Persiapan Musim 2010

  1. zizou85

    Jika melihat dari senarai ini, memang hanya pemain yang berkontrak sahaja yang disambung...

    Namun saya percaya pemain seperti Puvinderan dan Megat Amir masih diperlukan.

    Saya berharap PAFA akan mendapat membuat rayuan untuk beraksi di Liga M pada tahun hadapan memandang Perak masih tidak mencakupi syarat yang ditetapkan oleh untuk melangsaikan hutang lampau.

    Saya juga berharap agar pemain yang benar2 berkualiti diberi kontrak sehingga 3 tahun seperti Razali Umar dan kita akan memperoleh jurulatih berpengalaman serta sekurang-kurangnya 4 pemain berkualiti akan memberikan khidmat untuk PERAK.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi_black

      Salam..

      Untuk makluman, berita yang agak sensasi sudah pun keluar hari ni, yang mana FAM maklumkan Perak tergolong dalam golongan yang 'bakal' gagal untuk beraksi musim depan.

      Jika kita imbas balik tahun lepas punya cerita lebih kurang jugak cerita nya, pasukan yang mengalaminya adalah Kelantan. Sebenarnya, hutang Perak tidaklah banyak sangat. Difahamkan Presiden PAFA akan berjumpa dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk 'settle' kan masalah ni.

      FAM sendiri menggesa Perak agar membuat rayuan segera dan ternyata FAM sendiri berharap sangat Perak beraksi musim depan.

      Pendek kata, hal-hal sebegini memang kita sudah sedia maklum dan jangan mudah melatah. Percayalah, Perak akan beraksi Liga Super 2010 nanti. Serius saya katakan, hal ini bukan lah masalah yang besar dan akan selesai kelak.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam.....

    Seandainya Pasukan Perak Gagal Menyertai Liga Super Tahun Depan Tidaklah menjadi masalah.Cuma F.A.M yang akan menanggung malu kerana pasukan Perak Antara Beberapa Pasukan diwaktu dahulu yang berkejasama menjayakan liga di Malaysia ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. gerak_khas_09

    ASSALAMUALAIKUM.....

    Saya Mengharapkan Jurulatih Yang bakal diberi tanggungjawap untuk menguruskan dan membimbing pasukan musim hadapan akan dapat kembali menilai sejauh mana kemampuan pemain pemain yang bakal dibawa masuk.

    contok seperti K.Puvindran sudah tidak relevan untuk pasukan mengekalkannya. memang tidak dinafikan di saat saat akhir perlawanan piala malaysia beliau nampaknya bermain dengan begitu cemerlang, tetapi haruskah kita hanya perlu menilai dibeberapa perlawanan sahaja.

    Megat Amir beliau seharusnya kini dipertanggungjawap menjadi jurulatih kepada pemain di posisi penjaga gol,kerana pengalamannya,kalau nak dijadikan pemain bagi saya tiada makna lagi untuk pasukan.

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. gerak_khas_09

        assalamualaikum...

        Untuk pengetahuan saudara Lee Jr Tay Sin Kiat Sudah lama letak jawatan.Harap Maklum.Mungkin Bagi sesetengah pihak menyatakan Megat Amir tidak layak untuk menjadi jurulatih,tapi harus kita ingat tidak semestinya seseorang pemain itu bermain bagus akan menjadi jurulatih yang bagus.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. Lee Jr

          Salam,
          Thanks diatas info saudara,teman kurang periksa status Tay Sin Kiat dalam pengurusan perak.Teman tau M Karuthu je.Tapi teman masih merasakan Megat Amir Masih belum layak untuk menjadi Coach goal keeper bagi Pasukan Perak.Beliau pun masih boleh bermain lagi.Ganti Halim Napi untuk kelantan ke.Hehehe..
          P/S:Teman tengok Halim Napi macam umo 80 Tahun.Tua beno nampaknye.

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. chuck

          Salam...

          Kepada En.Lee,sila amik maklum...hehehe.

          Pada teman,keeper Singapore zaman kegemilangan deme dulu nun takdelah secekap mana.Sape ntah nama dia.Ala..jaman En.Azizul Abu Hanifah main dulu nun.

          Janji defend,midfield mesti mau MANTOP.Midfield tetap boleh skor walau striker lemah.Begitu juga defend yang naik membantu.

          So,preparation mesti tertumpu pada midfield and defend setidak-tidaknya.Kalo mampu,semua lagi baik and bonus pada kekuatan pasukan keseluruhanya.

          Pada teman,teman menyokong 100% tentang mencari bakat serta potensi player muda yang baru.Sebaiknya kita wat satu selection tuk setiap 'mukim' and bukan sekadar 'daerahjer'.Barulah 100% bakat anak jati perak dicungkil.Myteam cari takat 'state jer'.Kira tak berapa telus and genuine ler..Bukan sumer orang mampu tuk menapak jauh..

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi_black

    Salam..

    Musim 2010 bakal menjelma tak lama lagi. Apa yang diharapkan, pihak pengurusan PAFA dapat merencana sesuatu yang dianggap terbaik untuk tim Perak dalam mengharungi musim baru nanti.

    Asas kepada perancangan untuk musim depan adalah pengalaman yang lalu. Kita sudah lihat sejauh mana kemampuan anak-anak muda Perak bertungkus lumus mengharungi musim 2009 dengan ketandusan pengalaman, dan kekurangan bimbingan dari pemain yang berpengalaman. Pemain yang senior pada saya dianggap penting dalam membina keyakinan diri anak-anak muda. Dari situ secara tidak sengaja mereka akan belajar untuk meningkatkan keupayaan masing-masing.

    Diharap Perak akan lebih cemerlang di musim 2010 nanti. No Reason. Sebab pada saya mereka yang tersenarai di atas adalah mereka-mereka yang masih mempunyai kontrak dan sedikit sebanyak menyumbang kepada Perak ketika musim 2009 lalu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. myo abol as

    Salam semua.

    Saya agak lega juga apabila mendengar jawapan yang sedemikian daripada saudara 'syidi_black" itu. Memang terkejut juga saya apabila mendapat tahu bahawa pasukan kita tidak layak untuk bermain pada musim hadapan. Namun saya harapkan segalanya dapat diselesaikan dengan lancar sepertimana kata saudara tadi.

    Saya agak kecewa juga apabila melihatkan senarai nama-nama yang akan dikekalkan kerana ada beberapa pemain yang saya lihat berpotensi untuk dikekalkan namun tidak tersenarai. Antaranya adalah A. Varathan, Mohd Noor Hazrul, Mohd Saufi Sa'aidi malah saya merasakan bahawa pemain seperti K. Puvinderan dan Megat Amir Faisal masih boleh dikekalkan dan diperlukan lagi. Dalam kelima-lima pemain ini saya merasakan bahawa A. Varathan adalah yang paling berpotensi. Bukan sahaja boleh bermain dibahagian bek kanan malah beliau juga boleh diturunkan sebagai pemain center back. Saya kira penampilan beliau bersama kesebelasan utama adalah memuaskan dan beliau mampu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas ketua pasukan iaitu S. Subramaniam. Malah beliau sendiri mengakui bahawa beliau lebih seronok untuk bermain dengan pasukan negeri kelahirannya walaupun imbuhan yang beliau terima sendiri dari pasukan terdahulu lebih lumayan dari sekarang. Pemain dengan semangat seperti inilah yang sememangnya diperlukan oleh pasukan. Saya berharap sangat agar pemain ini akan dipertimbangkan semula oleh pihak pengurusan. Diharapkan juga agar pihak pengurusan dapat mempertimbangkan beberapa nama yang saya sebutkan tadi dan hendaknya biarlah senarai nama-nama yang disiarkan di atas akan bertambah dengan kehadiran pemain-pemain ini. Saya percaya bahawa beberapa pemain yang disebutkan tadi, terutamanya A. Varathan, Mohd Noor Hazrul dan Mohd Saufi Sa'aidi masih lagi layak untuk bersama pasukan untuk musim hadapan.

    Berkenaan dengan siapa bakal pengendali pasukan pula, saya kira sesiapa sahaja yang layak boleh mengambil alih kekosongan yang ditinggalkan jurulatih terdahulu. Apa yang penting di sini adalah sikap para pemain itu sendiri yang akan menentukan hala tuju pasukan. Kita boleh melantik jurulatih berkelas dunia jika mahu ( kita pernah mendapat sentuhan dari individu-individu ini suatu masa dahulu) namun jika sikap pemain itu lebih besar 'ego'nya daripada kemahiran dan kemampuan bermain maka tiada guna dan faedahnya.

    Selain dari itu, pengurusan dan pentadbiran dari pihak persatuan dan juga negeri perlu profesional serta lancar. Janganlah hendaknya muncul pula individu-individu yang tidak sepatutnya ada, muncul untuk merencatkan persiapan dan perjalanan pasukan. Pihak pentadbiran negeri dan persatuan bola sepak juga seharusnya profesional dan perlu sedar akan perbezaan diantara politik dan sukan. Janganlah kerana perbezaan 'ideologi' parti ataupun individu ini menyebabkan para pemain dan jurulatih menerima tempiasnya sehingga menjatuhkan maruah pasukan sendiri. Buang dan tolak tepi dahulu ideologi-ideologi mengarut ini buat sementara waktu apabila sampai kepada hal-hal atau perkara yang berkaitan dengan sukan yang bukan sahaja melibatkan bola sepak malah sukan-sukan yang lain. Buang ego dan buang prejudis di antara sesama kita.

    Akhir kata, semoga persiapan dan perjalanan pasukan untuk musim yang akan datang dapat berjalan dengan lancar. Kami selaku penyokong- penyokong amat sayangkan pasukan negeri kami.

    Sokong tetap sokong...

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. YangIkhlas

    FAM kelihatan amat serius dengan syarat dan peraturan yang ditetapkan berkaitan penyertaan pasukan dalam Liga Malaysia 2010 nanti.

    Diharap pihak pengurusan tertinggi PAFA dalam melakukan sesuatu yang positif untuk menyelesaikan masalah kewangan yang berlaku sekarang ini. Janganlah sampai pasukan Negeri Perak tidak dibenarkan bertanding kerana ianya adalah satu kejadian yang amat memalukan terutamanya kepada para penyokong setia bolasepak Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. sunrise

      salam.....

      setuju dengan kata kata YangIkhlas, masalah ini sebenarnya harus dipikul bersama sama. Maksud teman janganlah hanya mengharapkan Presiden PAFA untuk menyelesaikan segala kemelut yang melanda PAFA.

      Tetapi harus dipikul dan mencari penyelesaian yang tepat oleh semua pihak yang berada didalam PAFA,Kalau perkara sebegini rupa tidak mampu dilakukan secara berkerjasama dengan seeloknya kesemua sekali termasuklah Timbalan Presiden dan Kesemua Ahli Majlis Tertinggi yang ada pada hari ini.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        sambungan.......

        Haruslah meletak jawatan dengan segera,bagi memberi ruang kepada yang berhak menduduki tempat anda.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Salam..

          Pada teman,gagalnya sesebuah organisasi tu bermakna gagalah keseluruhan sistem tersebut.

          Jika sesetengah ahli majlis mahupun timb.presiden sendiri bersuara lantang menyarankan agar presiden berundur diri,walhal itu kerja bukan kerja presiden.Setiausaha serta ahli majlis yang patut wat kerja.

          President cumalah selaku pengerusi majlis mahupun orang yang make decision.Namun keputusan yang dibuat,bukanlah datangnya dari idea dia sorang.Sumer datang dari suara sebulat suara ahli majlis yang lain.

          Pada teman,jika nak menumbangkan presiden,better lumpuh serta musnahkan dahulu ahlli majlis yang ade sekarangni.

          Mainan politik anda semua taklah sehebat mana..masakan siBuaya mampu menipu si Kancil??

          Cermin-cerminkanlah diri anda sebelum anda layak untuk berkomentar sesuka hati.

          Sekian,wassalam...

          Likes(0)Dislikes(0)
  7. putra8878

    Percepatkan EGM sebelum terlambat.Cari la pemimpin yg benar2 boleh memimpin ketika susah dan senang,bukan yg jenis diam membatu je..

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. ihsan

    bro, dah mula korje dah deme. . .dalam suratkabo je belum beritahu. . .walaupun ada masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. . . :-)

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.