Perak FA | Perlantikan Jurulatih & Persiapan Musim 2010

 Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Teka teki berkenaan siapa jurulatih pasukan bolasepak Perak Darul Ridzuan musim 2010 ini terjawab apabila pihak pengurusan PAFA yang bermesyuarat baru-baru ini telah melantik Raja Azlan Shah Bin Raja So’ib sebagai ketua jurulatih Perak yang baru manakala jurulatih skuad Presiden musim 2009, Abu Bakar Fadzim pula sebagai penolong jurulatih.

Setiausaha Kehormat Perak FA, Tuan Haji Anuar Hashim ketika dihubungi wakil SDN turut mengesahkan bahawa pasukan Perak akan beraksi di dalam Liga Super musim 2010 nanti walaupun terpaksa menyelesaikan hutang lapuk yang ditanggung oleh persatuan.

Kita memahami bahawa bolasepak ialah sukan kegemaran rakyat negeri Perak dan pengurusan sedia ada di bawah Presiden sekarang iaitu Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin akan mematuhi pra-syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam memastikan supaya skuad seladang tidak ketinggalan musim hadapan.

“Sejumlah RM 272 ribu gaji tertunggak dan RM 728 ribu bayaran KWSP perlu diselesaikan tidak termasuk tunggakan LHDN pemain dan pegawai, hutang pengangkutan serta penginapan dan jika di hitung semua itu mampu mencecah jutaan ringgit”, jelas beliau.

“Pada masa yang sama, Perak FA telah pun menghantar surat kepada kerajaan negeri yang ada sekarang untuk memohon bantuan kewangan namun masih tiada sebarang jawapan diberi. Sewaktu pengurusan PAFA terdahulu, kerajaan negeri ada menyumbangkan sejumlah RM 550 ribu bagi membantu perjalanan pasukan musim 2007/2008″ terang beliau lagi.

“Pengurusan sedia ada tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam pembayaran gaji pemain dan lain-lain perkara yang bersangkutan sepanjang mengendalikan pasukan”.

“Jika hutang-hutang tersebut sudah lama tidak mampu diselesaikan oleh pengurusan terdahulu tentulah pengurusan yang ada kini memerlukan lebih masa untuk menyelesaikannya” jelas beliau (Tuan Haji Anuar Hashim) sebelum mengakhiri perbualan.

Diharap dengan berita ini mampu menyelesaikan kekusutan yang bermain di minda para penyokong bolasepak Perak tentang status dan hala tuju pasukan Perak dalam Liga Malaysia musim 2010 nanti. – admin SDN

Likes(0)Dislikes(0)

69 thoughts on “Perak FA | Perlantikan Jurulatih & Persiapan Musim 2010

  1. sunrise

    salam....

    Alhamdulillah dengan berita mengenai persiapan pasukan yang bakal diuruskan oleh Raja Azalan Shah dan Abu Bakar Fadzim dapatlah kita menonton aksi yang lebih menarik dimusim hadapan. Berterima kasih tidak terhingga dengan sikap yang teramat bertanggungjawap oleh beberapa individu didalam PAFA maka dapatlah seluruh rakyat negeri Perak dapat menyaksikan pasukan Perak terus mengharungi liga tempatan yang dikendalikan oleh pihak F.A.M

    Takziah diucapkan kepada yang mengharapkan Dato Seri meletak jawatan sebagai Presiden Pafa,hasrat anda haruslah dilupakan terus selagi Perjawatan Presiden Pafa diterajui oleh Dato Seri Ir Haji Nizar.

    Kepada yang bercadang nak ambil tempat jurulatih,Pengurus pasukan dan Presiden Pafa tunggu lain kali.

    Kepada pemain yang telah dipanggil berusahalah dengan sebaik mungkin demi memartabatkan diri anda,kepada yang tidak dipanggil diucapkan selamat jalan,mulakan hari baru anda dengan penuh kesabaran.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. san

    salam, tidak kiralah apa jua yang dilakukan oleh PAFA, saya sebagai penyokong tidak mahu Perak diketepikan dalam saingan bola sepak Malaysia. mungkin begitu juga rakan-rakan saya yang lain. Selagi gendang dipukul abgmie selagi itu semangat terus berkobar.. biarlah di liga apapun, tetapi FAM selaku badan induk tidak hanya memaksa itu memaksa ini jika prestasi skuad kebangsaan tidak ke mana. Penyokong Perak pernah dilabelkan sebagai penyokong terbaik pasukan bolasepak, satu kerugian besar jika FAM tidak membenarkan pasukan Perak bersaing pada musim depan, begitu juga Kelantan, FAM akan kerugian besar jika melarang penyokong hadir ke stadium, nescaya berpuluh ribu ringgit hilang begitu sahaja.

    menghantar surat kepada kerajaan negeri bagaikan mengetuk pintu rumah yang tiada penghuninya, carilah ikhtiar atau altenatif lain jika dibenarkan dan tidak hanya mengharapkan belas kasihan kerajaan negeri yang kita sendiri tahu fahaman politik yang berbeza, itulah jika sukan dicemari unsur-unsur politik.

    sekalung tahniah pada Razali Umar Kandasamy yang menjadi 18 orang pemain kebangsaan yang telah berlepas ke Tashkent untuk kelayakan Piala Asia 2011

    diharapkan ketua jurulatih Perak musim depan mampu membawa satu sinar bukan lagi sinar harapan tetapi sinar kejayaan kerana penyokong Perak sudah kehausan kejayaan sejak kebelakangan ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. abgmie

    Alhamdulilah...syukur kehadrat ilahi dengan izinnya tahun depan dapat lagi kita bersama hadir ke stadium untuk memberi semangat kepada pemain perak...apa pun dalam masa terdekat ini harus la kita sebagai peminat dan penyokong mencari jalan meramaikan lagi kehadiran penonton di stadium nanti...buat mereka yang tak tahu diuntung dalam PAFA.Teman cadangkan Dato seri sebagai Presiden gunakanlah kebijaksanaanya menguruskan mereka mereka ni..patutnya sebagai orang yang duduk dalam PAFA deme ni patutnya cari jalan untuk selesaikan masalah bersama...ni ada ke patut suruh Presiden letak jawatan.

    Untuk makluman mekome le...kelab peminat pun ada masalah kewangan yang meruncing juga...tak de pun AJK ataupun naib Presidennya suruh presiden diaorang letak jawatan...jadi moralnya disini,kepada deme yang nak sesangat Dato Seri letak Jawatan tu,muhasabah le diri...masa beliau jadi MB mekome juge yang nyokong beliau.kalau dalam hukum tuhan mekome ni boleh le di klasifikasikan sebagai orang munafik...kalau dalam perang mekome ni adalah orang yang BELOT!!! sama je hukuman nya bunuh aje...jadi tak tau tau lagi ke,angkat kaki dan belah aje le.teman juga nak mengucapkan selamat jalan buat mekome mekome yang tidak dilantik lagi untuk nguruskan team tahun depan.buat Coach Raja teman memang dah masak dengan dia.kome tengok le tahun depan insyallah kita mesti dapat satu piala...kepada kerajaan negeri yang aman dan makmur ni...bantu lah PAFA.jangan la asyik nak main tarik tali dengan PAFA.sukan adalah sukan...bukannya politik.peruntukan yangada salurkanlah untuk PAFA.

    Biar pun ribut melanda,biar badai bergelora
    jangan seskali berputus asa

    Gendang cina diberi nama,
    Empat jejaka yang memalunya,
    Anak perak berjasa mulia,
    Insyallah satu piala kita punya.

    SDN diberi nama,
    ahli ahlinya muda belaka,
    kepada semua teman nak kata,
    tahun depan insyalah kita jumpa...

    aku anak PERAK...

    we are PERAKIAN...

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Lee Jr

    Salam,
    Teman rase bersyukur kerana Perak akan terus bersaing dalam Liga Super dan mungkin Liga Malaysia untuk tahun 2010.Terima Kasih pada Presiden PAFA yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan Perak terus kekal dalam Liga Elit Malaysia.Pada Raja Azlan dan Abu Bakar Fadzim latih la pemain2 Perak sekarang dengan baik dan buktikan pada semua yang Team Perak sekarang boleh berjaya seperti di zaman2 anda dahulu.Pada individu2 yang ingin mengambil alih PAFA cermin muka dulu.Tengok sape anda.Kami selesa dengan Presiden yang ada sekarang.Pemain2 perak bukanlah budak hingusan lagi.Bersainglah dengan semangat waja untuk Perak.

    ''SKOR YOB SKOR''

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. anip

    Salam.

    Teka teki sudah terjawap maka hendaknya yang berhati busuk untuk melihat Perak jatuh, teruskanlah usaha kalian cuma ingat tuhan ada satu je yang nak menilai kita ni. Sejauh mana kita pergi pun kita tetap kembali pada yang satu.

    Satu Negeri. Satu semangat. Satu kejayaan.
    Perak Darul Ridzuan Di Hatiku.
    Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. zizou85

    Raja Azlan dan Abu Bakar Fadzim merupakan bekas jurulatih remaja Perak. dan dari segi track rekod mereka ketika membimbing pasukan muda perak adalah amat memberangsangkan. Namun adakah mereka mampu mengharung cabaran yang mendatang. Diharapkan segala pengalaman bersama Karathu musim lepas akan dijadikan satu proses pembelajaran yang berguna untuk skuad YOB.

    Diharap juga agar sentimen politisan ini tidak berlarutan ke dalam sukan BolaSepak. Dato Seri Zambri perlu tolong pasukan YOB.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. chuck

    Salam...

    Syukur dan Alhamdulillah sekali lai kerana dengan limpah rahmat serta kurnianya dapat sekali lagi teman disini tuk memberikan sedikit ucapan syabas dan tahniah kepada Mr.President PAFA iaitu Dato'ir Nizar serta ahli-ahli PAFA yang lain kerana telah berjaya menjalankan amanat serta mandat yang diberikan dengan baik serta jayanya.SYABAS!!!

    Kepada duri dalam daging PAFA selama ni,harap Mr.President dapatla menunjukkan kepada mereka jalan serta lorong yang pada hemat tuan sesuai untuk deme-deme ni.

    Tahniah diucapkan juga kepada En.Raja Azlan kerana telah diberikan mandat untuk menerajui sebuah pasukan yang penuh dengan sejarahni.Tak sia-sia juga ucap selamat teman pada beliau tempoh-hari semasa sesi training futsal SDN kvU di menglembu.Juga tak dilupak En.Abu bakar Fadzim.Syabas,tahniah serta 'Best of luck'.

    Pada becoming new player Perak nanti,teman mengharapkan suatu semangat yang lahir dalam diri kome ialah untuk berkorban serta berjuang untuk negeri yang tinggi.

    'Biar kilat,guruh dan halilintar bersabung,namun takkan selangkahpun kami mengundurkan diri dari terus untuk bersama dengan negeriku,negeri PERAK DARUL RIDZUAN'.

    SDN 4Ever..YeaaaHHH!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. syidi

    Salam.

    Sememangnya sudah dijangka Raja Azlan dan Abu Bakar Fadzim akan dipilih menerajui skuad Perak 2010 nanti. Inilah tujuan sebenarnya (perancangan jangka panjang). Bermula dengan Raja Azlan diberi tanggungjawab melatih Skuad Presiden Perak dan hasilnya amat membanggakan.

    Diikuti dengan beliau dilantik membantu M Karuthu untuk melatih skuad utama Perak 2009 dalam masa yang sama beliau 'belajar' dari coach yang berpengalaman itu agar dapat meneruskan perjuang kelak, dan sekarang, beliau akan mengepalai Skuad Perak yang rata-rata pemainnya adalah anak didik nya semasa beliau melatih skuad Presiden dulu.

    Raja Azlan Shah bukanlah calang-calang orang sebenarnya. Beliau mempunyai latarbelakang bolasepak yang cukup baik. Rekod prestasi beliau juga cukup membanggakan. Kini segalanya terletak di tangannya dan beliau berhak merencana hala tuju Skuad Perak untuk saingan 2010 nanti.

    Tentang permasalahan dalaman PAFA, dilihat masih ada tuding-menuding jari dan konspirasi berbaur politik. Memang takkan ke mana jika ini terus berlaku. Maaf jika saya katakan 'mereka-mereka' ini tidak profesional walau pun se agama, satu bahasa dan satu bangsa namun disebabkan pentingkan diri sanggup membuat tuduhan yang melampau sehinggakan mengaburi mata peminat-peminat bola sepak perak yang sayangkan bolasepak Perak seikhlas hati dan menimbulkan suasana yang tegang walhal perkara ini tidaklah seteruk mana pun.

    Pada saya, pentadbiran Negeri Perak sekarang dan PAFA harus bekerjasama seperti di Kelantan. Buktikan semangat kesukanan. Selagi Kerajaan Negeri dan PAFA masing-masing dengan hal masing-masing selagi tiu masalah tidak akan selesai percayalah. Lakukan semua ini demi KAMI dan Perak Darul Ridzuan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. putra8878

      teman setuju benor dengan pendapat syidi ni..tapi hakikatnye president pafa sekarang dgn kerajaan negeri macam air dengan minyak.mampu ke deme mengasingkan politik dengan sukan ni?kalu boleh bior le pafa ni orang sukan atau bisnesman yang nguruskan..pada teman la kan...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. addy

        betul tu.. kalau boleh orang yg memegang pasukan PERAK ini, biarlah orang yang tak mempunyai kaitan2 dengan mana-mana parti politik. Cari je jutawan-jutawan yg ade kat Perak ni..

        Likes(0)Dislikes(0)
  9. zul_united

    Salam....setelah lama teman menyepikan diri(tengah sambung belajar),hari ini apabila teman membuka laman web ini,teman rasa terkejut kerana apa yang teman baca dan dengar berita tentang pasukan kita di media arus perdana, hanya memaparkan lebih kurang 20 peratus sahaja daripada yang teman baca di sini. Teman rasa bersyukur sangat kerana pasukan Perak masih lagi bersemangat untuk meneruskan saingan liga musim hadapan walaupun banyak halanagan dan dugaan ditempuh.Teman sebagai penyokong akan terus berada di belakang kalian semua tak kira apapun yang terjadi.

    Tentang perlantikan jurulatih,teman ucapkan tahniah kepada saudara Raja Azlan dan Abu Bakar Fadzim kerana berjaya menjadi nahkoda untuk bahtera pelayaran Liga Malaysia musim hadapan. Bagi teman,biarlah jurulatih kita tidak sepopular jurulatih-jurulatih pasukan lain, asalkan mereka mampu untuk meneruskan perjuangan pasukan, teman rasa itu sudah cukup baik.

    Teman harap kemelut yang sedang kita hadapi sekarang ini akan dapat diselesaikan secara bijaksana oleh Presiden PAFA dan FAM.Teman percaya, pasukan Perak akan terus bersaing untuk Liga Malaysia musim depan dan akan memberikan saingan yang lebih sengit berbanding musim ini.Apapun yang terjadi,teman tetap berdiri di belakang pasukan Perak dan sesekali tidak akan mengundurkan diri walau apapun rintangan yang melanda!!!

    AYUH!!1BUKTIKAN KEMAMPUANMU!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. kia_dgreat

    Salam,alhamdulillah akhirnya terjawab yang pasukan kesayangan kita akan terus bersaing musim depan.teman mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat. kepada coach dan semua pegawai pasukan yang dilantik teman harapkan akan terus menjalankan tanggugjawab dengan bersungguh dan ikhlas untuk memartabatkan pasukan kita.teman dan seluruh penyokong tetap teguh bersama pasukan. cuma teman nak bagi nasihat pada mengkome-mengkome yang nakmembuat onar,tolong lupakan hasrat kome.tolong jauhkan fahaman politik dari pasukan perak.

    Sukan tak kan maju selagi politik yang menguasainya.pada mengkome yang nak wat publisiti murahan tentang politik-politik kome..cari agenda lain.jangan cuba untuk menjadikan pasukan kesayangan kami agenda untuk menunjukkan kome le yang paling baguih atas muka bumi ni.aper yang penting kerjasama antara semua untuk memajukan organisasi serta pasukan perak bukan melingkupkan pasukan dengan perbezaan.

    ape-ape pun terman harap pasukan perak akan terus berjaya dan membuka lembaran baru untuk membuktikan kita mampu menjadi lebih baik dari masa lalu.
    aper yang penting kerja sama....
    aper yang sama...kerja penting.

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. ihsan

    Terima kasih banyak kawan2, dengan information kome tu. Kawan2 kesayanganku, lama aku tak sebut benda ni biggrin.gif
    Takda ape nak buat ,tapi kalau ada ianya satu bonus laugh.gif.

    Alhamdulillah, bersyukur kepada allah kerana Perak dapat menyertai liga malaysia musim 2010. Warship.gif

    Tahniah kepada PAFA terutama Tuan Presiden kerana telah menjalankan tugas dgn cemerlang..terima kasih juga kepada FAM kerana menerima rayuan Perak untuk menyertai Liga M. . salut.gif

    Kepada Raja Azlan dan Abu Bakar , tahniah kerana di lantik sebagai Ketua jurulatih dan penolong jurulatih..buktikan kemampuan kome berdua ye. .kami yakin kome boleh. . buat kata enrique aka petai, Perak kembali bakal mengganas. . . biggrin.gif

    Likes(0)Dislikes(0)
  12. fadly

    Salam

    Alhamdulillah..lega ati dengan news ini..perak teruskan berjuang..ramai peminat yob yang ingin melihat team ini terus cemerlang..season lepas adalah season untuk skuad yob kite ni belajar di dalam liga malaysia dengan pemain yang muda..ini season ke 2 mereka..teruskan berjuang..

    perak 4ever
    kejo yob kejo
    word life..
    perak boleh

    salam,fadly

    Likes(0)Dislikes(0)
  13. addy

    Salam,

    Tahniah diucapkan kepada Coach Raja Azlan dan Abu Bakar Fadzim kerana dilantik menjadi ketua jurulatih PERAK untuk season depan.

    Diharakan coach Raja dapat membantu player serta dapat membaiki kelemahan pasukan perak. Manakala, En. Abu Bakar Fadzim pula dapat membentuk pasukan presiden yang mantap serta dapat melahirkan lebih ramai pemain yang berkebolehan seperti Razali Umar Kandasamy a.k.a The Tornado.

    Diharapkan pengurusan Perak dapat menyelesaikan hutang-hutang team Perak. Buatlah apa cara sekalipun untuk membangunkan pasukan Perak ini.

    Saya percaya dengan player-player yang rata-rata pemain season lepas, bahawa mereka dapat memberikan tentangan yang sengit kepada team-team yg lain. Gunakanlah segala pengalaman yang anda timba season lepas untuk membantu pasukan Perak.

    Kepada Nanthakumar dan Chan Wing Hong diucapkan selamat pulang ke Perak. Kami sebagai penyokong setia skuad Skor Yob Skor sentiasa berada di belakang anda.

    Skor Yob Skor..,
    Kejor Yob Kejor..

    P/S: saya target perak top 5 season ni.......

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. putra8878

      Untuk pengetahuan yob, Chan Wing Hong, Khalid, Saravanan, Nasril main dengan team ATM tahun depan..maybe deme nak kerja bawah Dato Sri Zahid Hamidi la kot.

      Likes(0)Dislikes(0)
  14. putra8878

    Menunggu dan melihat..kalu penyokong yg datang ke stadium macam musim ni..rasanye berhutang lagi la jawabnye..kalu boleh utk team musim depan dapat lah kiranya pengurusan pafa memanggil balik dalm 4-5 org senior player kita yang membawa diri sebelum ni..ada tarikan,ada la penyokong datang ke stadium..tengok team n9 dan kelantan,macam mana adunan player deme dan hasil nye.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. san

      cakap saja tarak guna.. marilah kita bersama-sama ke stadium... tarikan memang perlu sebenarnya, macam teman, pergi stadium sebenar nak tengok megat jadi keeper, minat sangat kat megat. huhuhu..

      Likes(0)Dislikes(0)
  15. angah

    assalamualaikum w.t.a semua.............
    dah lama raanya tak klik SDN. tup tup Perak still main tahun depan (Alhamdulillah..............) sebelum tu kecut perut jugak...

    untuk Tuan Presiden, saya respect dengan ketabahan anda, diharap Allah bersama sama kita.

    Untuk mb 'ha.....m', sebagai anak Perak keturunan Banjar, kami anak anak Banjar mintak tolong ngan mb ni bagi la peruntukan untuk PAFA, negeri nak rembat, tak kan bolasepak tak peduli.....

    Kami penyokong bolasepak Perak pun bayar cukai tau....
    Kalau mb tak respon jugak kita try buat demo ramai ramai.......

    hidup PAFA........

    Likes(0)Dislikes(0)
  16. cikguazwan

    salam...
    ini maklumat sahih yang teman dapat...

    satu kongres luar biasa (seakan-akan EGM) PAFA akan diadakan dengan kadar seberapa segera. setiap persatuan bolasepak setiap daerah telah diminta untuk mengusulkan kepada PAFA supaya diadakan satu EGM bertujuan untuk MENYELAMATKAN PAFA atau lebih tepat MENYELAMATKAN PASUKAN BOLASEPAK PERAK yang kita sayangi ini.

    usul ini juga bertujuan untuk membuat rombakan kepada pihak pengurusan tertinggi PAFA yang jelas tidak mampu menangani masalah dalaman persatuan terutamanya dari segi kewangan. menurut maklumat, sekiranya sekurang-kurangnya terdapat 7 persatuan bolasepak daerah membuat usul mengadakan EGM ini, maka ianya akan dilaksanakan melalui undi tidak percaya.

    bagi teman, mari kita ketepikan segala perbezaan politik untuk kepentingan pasukan yang kita sayangi ini. secara peribadi, teman amat MENYOKONG EGM ini diadakan untuk menyelesaikan kemelut yang jelas meninggalkan nanah kepada pasukan kita tahun ini. realitinya, Perak gagal. jumlah penonton ke stadium merosot teruk (tak pernah teman tengok dalam sejarah jumlah penonton sebegini). kualiti permainan juga jauh merudum. ini semuanya impak dari segi pengurusan pasukan.

    pengurusan PAFA kini jelas tidak mampu untuk berbuat apa-apa. keenggan yb presiden untuk melepaskan jawatan juga dilihat sebagai satu sebab EGM ini terpaksa diusulkan. logiknya, dari sumber kewangan mana hendak dikorek untuk menampung segala hutang? yb mb kini jelas tidak mahu masuk campur. penaja sudah tidak mahu menanggung risiko untuk menaja pasukan ini. jangan sekadar mahu popular di kalangan penyokong seperti mengurangkan harga jualan tiket sedangkan realitinya kita terhimpit. penonton mahu permainan yang berkualiti, aksi yang konsisten, kemenangan demi kemenangan. hatta harga tiket yang murah sekalipun tahun ini, adakah stadium Perak dibanjiri penonton? jawapannya TIDAK. KENAPA? kerana penonton tahu prestasi pasukan tidak konsisten.

    terus terang teman katakan, kalaulah yb presiden masih mb, teman pun akan turut menyokong dan tidak akan mendesak apa-apa. kuasa ada di tangannya ketika itu. buatlah apa pun janji untuk kepentingan pasukan. yang teman tau, sokong tetap sokong. namun, apalah gunanya mempertahankan jawatan sekiranya sedar tidak mampu untuk memimpin. teman amat rindukan suasana ketika Zahid Hamidi menjadi presiden di mana ketika itu kedudukan kewangan cukup kukuh, dan sokongan penonton cukup padu. kita ada pelancaran lagu rasmi penyokong, pelancaran web tv persatuan. tapi kini mana perginya semua itu? mana presiden sekarang? berapa kali kita lihat mukanya berada di stadium?beliau lebih sibuk dengan agenda politiknya yang lain jadi bila masa beliau dapat menumpukan perhatian kepada persatuan? kita fikir-fikirkanlah dan bersikap realistik dan bukan emosi.

    sama-samalah kita berdoa agar persatuan kita dapat membuat perubahan yang positif demi kepentingan pasukan. teman tidak sanggup untuk membaca ruangan sukan akhbar tahun hadapan dan tiada nama pasukan Perak di dalam senarai kedudukan.......!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. san

      salam, ada kebenarannya komen cikguazwan yang penuh pro dan kontranya. san secara peribadi tidak memihak kepada sesiapa sahaja yang dirasakan mampu untuk menjadi majlis tertinggi dalam PAFA, tapi apepun hakikatnya rakyat Perak perlu terima itulah pasukan Perak yang ada sekarang. tidak lagi berada bersama pasukan-pasukan elit yang ternama sekarang, namun san juga tidak sanggup untuk melihat skuad bola sepak perak hanya bermain di liga-liga anjuran daerah mahupun peringkat negeri. apakan daya, bila diatas semua dijulang, bila dibawah semua hilang.

      Politik dalam bola sepak bukan sekejap, sejak dibangku sekolah cikgu-cikgu sendiri sudah memainkan peranan nya, dia lah jurulatih, dialah pembekal jc, dialah uruskan makanan, dialah uruskan perjalanan, sedangkan kita waktu itu hanya memikirkan menang dalam setiap kejohanan yang dipertandingkan. dia pula memikirkan keuntungan cuma kita tidak pernah terlintas difikiran, sampailah ke peringkat negara contohnya FAM cuma nak untung, keselamatan penonton di stadium diabaikan sehingga berlakunya insiden insiden yang tidak sepatutnya berlaku.

      apapun carilah pilihan terbaik, buanglah ego wahai-wahai pencinta sukan agar kita maju setapak lagi kehadapan..

      akhir kata, majulah sukan untuk negara.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Salam...

      Diam membatu tidak bererti kalah mahupun tidak amik pusing serta peduli...

      Sape yang akan mendengar jika kedua-duanya berbicara serentak?

      Telah habis selidik/kaji ke terlebih dahulu kita sebelum kita mudah melatah mengatakan pengurusan terdahulu totally
      lost?-disebabkan Mr.President?

      Mengapa dengan begitu mudah kita membiarkan diri kita dipengaruhi oleh anasir luar yang hanya pandai berkata-kata?

      Sanggupkah kita membiarkan pasukan kita diperintahkan oleh individu yang sekadar mempunyai kepentingan politik dalaman pada diri beliau?

      Janganlah bila beliau diatas,kita junjung/tatang dia.tapi bila dia di bawah,kita beralih arah pada yang lain.Perangai tu jangan macam orang yang tak berpendirian dan semata-mata mikiorkan apa yang kome dambakan semata-mata.

      Satu lagi,jangan biarkan pahaman anda diselubungi oleh keratan akhbar tabloid yang ada.Bila nama mass media ni,tak kiralah bercetak mahupun elektronik,ia semuanya adelah bersifat 'Propaganda".Baca,dengar boleh.Nak percaya pikior serta selidik dulu.Jangan sewenang-wenangnya bercakap tanpa mengetahui info sebenar.

      Kesimpulanya,Cikguni terlalu bergantung harap pada media masa.Tengok la latest storypun tak tau lagi.Apa yang saudara tahu cuma copy-paste keratan akhbar yang rasanya semua warga SDN ni dah tau beritanya.

      Orang lain beri pendapat,awakpun nak nyumbang pendapat tapi pendapat yang lebih pada maksud tangkap-muat.

      Pada semua kita warga SDN nie,sokong bukan bilamana kita berada dipuncak prestasi mahupun gah dipersada bolasepak Malaysia.Tapi sokongan sejati adelah bermula dari rumah.

      Jangan sokong tetap sokong,tapi sokong time menangjer.

      Terkasar budi-bahasa serta bicara teman mohon maaf.Tapi jangan terlalu mudah untuk kita bulat-bulat membenarkan diri kita dipandu uji oleh orang lain.

      Cukuplah bertahun lamanya sudah kita ditipu,jangan biarkan diri kita terus ditipu.Macamni Negarapun boley
      h Musnah Yop!!!

      Tetapkanlah pendirian tu!!Semat serta bulatkan dalam hati.Jangan jadi lalang tapi jadilah resmi padi makin tinggi makin berisi serta tunduk ke bumi!!

      Salam Qaulan...

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. cikguazwan

        mike nie emosi sangat en chunk...mike nak sokong nizar tu hak mike la teman tidak mahu ambil kisah...teman hanya bagi pendapat...dan kalo orang yang nak bagi pendapat tu kena pula ada pantang larangnya, kena ikut hukum hakam sebelah pihak, susah lah jadinya...mike ni bercakap lebih kepada sokongan kepada sebelah pihak, emosi lebih.

        tuduhan mike yang teman tak tau perkembangan semasa tu memang la sangat-sangat tidak tepat. teman rasa mike yang ketinggalan. kalau mike ingat puak yang menyokong satu pihak sahaja yang dijulang tinggi pendapatnya, yang boleh diangkat sebagai sahabat sejati, maka percayalah akan rebahlah skuad perak yang kita sayangi ini.

        kalau teman kata teman mahu yb presiden disingkirkan, tak bermakna teman mahu semua juga sependapat dengan teman. itu hanya PANDANGAN PERIBADI teman. teman tak mahu campurkan isu politik dalam hal ini. untuk pengetahuan en chunk, teman juga berasa AMAT KECEWA DAN KESAL dengan keengganan yb mb kita sekarang untuk menghulurkan bantuan. sepatutnya kepentingan pasukan dan rakyat diutamakan melebihi fahaman peribadi.

        nah...apa lagi yang mike mahu? ini yang teman kesalkan dengan sikap segelintir geng-geng SDN. kita yang tidak mahu menyebelah kepada pihak mereka akan disanggah, dituduh pengkhianat, dianggap tidak setia dan bermacam-macam lagi tuduhan liar yang dilemparkan. ini hak para penyokong. pendapat tidak semestinya diisi dengan emosi. tolonglah letakkannya di tepi. kalau tak setuju, hanya jawab tak setuju. tak perlu sampai menyerang kembali dengan tuduhan-tuduhan liar.

        terima kasihlah kepada en chunk. moga ceria dan mohon maaf

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. paeh93

          cikgu kata DS Nizar tidak ambil peduli tentang masalah yang dihadapi PAFA??
          cikgu nak tau tak berapa juta pihak sebelum ni hutang??
          lepas tu dia senang je lepaskan jawatan. semua orang desak supaya MB ketika itu supaya ambil alih jawatan..

          selepas DS Nizar ambil alih, beliau bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan kemelut ini. Setelah pertukaran kerajaan kontroversi terjadi, masalah ini kembali menjelma. Tuan presiden hilang punca kewangan.. Jika pertukaran kerajaan ini tidak berlaku masalah ini sudah lama selesai.. Pasukan Perak mesti kuat..

          renung-renungkan cikguazwan..

          Likes(0)Dislikes(0)
    3. zizou85

      Apa yang cikgu azwan itu ada pro dan kontra. Namun harus diingat bahawa tahun lepas kite sekurang-kurangnya telah memberikan banyak peluang, pengalaman dan pengajaran kepada pemain-pemain muda yang rata-rata adalah tidak pernah beraksi di kancah liga super. Sekiranya kita terus mengharap kepada 'orang lama untuk bermain, kita tidak akan lihat pembangunan positif yang berlaku kepada 5-6 pemain baru dalam Pasukan Yob antaranya RUK sendiri yang sekadar menjadi penyerang ke-3 ketika era Steve Darby, keeper Kamarul Efendi yang telah banyak menyelamatkan cubaan merbahaya, walaupun pada mulanya agak gementar. Selain itu, Hafizuan@Pasak, Syazwan,Nazri Kamal dan Fauzi Ariffin.

      Saya berharap pemain -pemain muda kita tidak mudah lupa diri dan setia dengan pasukan Perak, seandainya Pengurusan PAFA menguruskan mereka dengan baik.

      Kepada pihak pengurusan, berusahalah bersungguh--sungguh dan buktikan kepada pengkritik 'setia' bahawa anda masih relevan dalam PAFA. PAFA wajib menyelesaikan masalah dalaman dengan kadar segera dan mula mencari pemain-pemain baru untuk menyarung jersi Perak pada tahun hadapan.

      Dan, saya juga yakin bahawa Raja Azlan telah mula mencongak barisan musim hadapan dan telah mula menjalankan proses negotiaton dengan pemain - pemain berpotensi untuk mewakili Perak tahun hadapan.

      Good Luck

      Likes(0)Dislikes(0)
    4. kia_dgreat

      Salam, teman hanya ingin mengajukan soalan..

      pernah kah kita terfikir dan hendak mengetahui tarikh-tarikh dan juga masa tentang segala hutang yang perlu difikirkan oeleh tuan Presiden sekarang?
      Pada masa Presiden sebelum ini kita hanya diwar-warkan tentang kegemilangan tentang Website, lagu, pemain gah dan pelbagai kesenagan dan kehebatan?
      kalo difikirkan balik aper yang diwarisi pada masa kini kepada tuan presiden?

      Pada masa sebelumnyer, kita selalu mendengar khabar gembira untuk pasukan, tetapi bila manusia yang bertentangan dengan fahaman kita bukan main banyak masalah, ketidakmampuan, ketiadaan masa dan pelbagai kepincangan kononnyer datang dari keadaan semasa.walhal kita sendiri tahu bahawasanya ia kesan dari masa sebelumnya.

      masalah = jalan penyelesaian
      masalah # perbandingan zaman lampau

      biar kita dikenang kerana keikhlasan dan jugak kebersihan serta kesucian yang kita tinggalkan.
      salam ukhwah..dan fikir-fikirkan

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        salam...

        teman ingin menjawab soalan kia_dgreat.

        Yang pertama, sememangnya presiden Pafa dimasa kini belum pernah melakukan hutang piutang seperti pihak pengurusan yang terdahulu,so macam mana nak timbulkan hutang dimasa kini.

        Yang Kedua, macam mana nak dapat khabar tentang pasukan bola sepak PERAK dimasa kini selagi ada pihak yang cuba menyembunyikan berita mengenai gahnya pasukan ini, selagi politik menjadi nadi utama diakhbar akhbar tempatan.

        Likes(0)Dislikes(0)
    5. YangIkhlas

      Secara dasar YangIkhlas boleh bersetuju dengan tulisan cikguazwan. Pengurusan terkini PAFA agak jelas kelihatan kepincangannya. Tafsiran seseorang individu dengan individu yang lain sudah pasti akan berbeza. Presiden PAFA tak semestinya seorang MB, Exco atau ahli politik tapi yang lebih baik adalah seorang yang mempunyai minat yang tinggi dan sumber kewangan yang kukuh untuk mengendalikan sebuah pasukan bolasepak yang sepatutnya bertaraf professional.

      Perak FA sepatutnya sudah perlu menilai pasukan professional mereka berdasarkan tahap dan kualiti yang ditetapkan AFC untuk kelab atau pasukan professional bolasepak dui Asia. Tetapi saban tahun masalah yang sama berulang dan yang biasa kedengaran masalah kewangan hari ini berpunca daripada pengurusan yang terdahulu. Begitulah setiap tahun dan masalah terus kekal sebagai masalah yang belum dapat diselesaikan biarpun pengurusan sentiasa bertukar.

      TS Anuar Musa dan DS Shahidan Kassim adalah 2 contoh Presiden FA yang hanya mencari dan menggunakan punca kewangan sendiri untuk mengurus pasukan bolasepak masing-masing dengan mendapat bantuan yang amat minima daripada kerajaan Negeri.

      Akan wujud berapa ramai lagikah individu seperti mereka ini di arena bolasepak negara, yang sanggup berkorban demi kemajuan dan kejayaan pasukan bolasepak professional??? Hanya masa yang akan menentukan......

      Di Negeri Perak ini.........semoga akan muncul individu yang berminat satu hari nanti.

      Likes(0)Dislikes(0)
    6. sunrise

      salam.....

      Teman ada beberapa perkara yang tidak bersetuju dengan cadangan cikguazwan.
      1. Apakah gunanya PAFA nak wujudkan EGM tergempar,walhal Presiden PAFA Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar Mampu untuk menyelesaikan masalah yang melanda PAFA kini. Walaupun Masalah Tersebut Bukanlah yang ditimbulkan oleh beliau dan pengurusan sedia ada.

      2. Pasukan PERAK kini hanya perlu melakukan beberapa rombakan terhadap pengurusan dan pemain demi memantapkan mutu pengurusan dan permainan dimusim hadapan,maka tidaklah lagi timbul supaya Dato Seri Ir muhammad Nizar meletak jawatan.

      3. Perlukah kita semua menyalahkan Presiden sahaja walhal dalam organisasi PAFA memiliki Timbalan Presiden,Setiausaha,Setiausaha Kehormat,Bendahari,Pengurus,Timbalan Pengurus dan Ahli Majlis Tertinggi. Apakah perjawatan yang sedia ada harus berdiam diri,melepak dikedai kopi sambil menunggu Presiden sahaja melakukan tugasan.

      Oleh itu nasihat teman kepada cikguazwan tolonglah baca artikel dengan sebanyak yang mungkin dan memahami sedalam dalamnya sebelum memberi komentar. Pernahkah cikguazwan mendengar masalah hutang piutang yang dilakukan oleh Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar sepanjang dibawah jagaannya?oleh itu tepuk pipi tanya hati, kalau ikutkan hati semua mati...kekekekeke

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. cikguazwan

        nie yang teman kata jawab ikut emosi..teman tak kisah langsung la mike en sunrise nak menjulang si nizar tu setinggi manapun.yang teman bangkitkan di sini soal EGM bukan teman yang bagi usul.teman tak pernah kisah nak tau si nizar ni ada ke duit or langsung dah tak reti nak cari sumber kewangan.tapi yang teman bagi rasional teman, apa pendapat teman. mike tak boleh la nak suruh teman ikut apa pendapat mike. itu terpulanglah kepada mike kan.

        teman dah cakap jangan masukkan bak sokongan politik di dalam hal ini. teman pun agak kecewa sebab dr zambry tidak mahu menghulurkan bantuan, namun kita kena hormat pendirian beliau. kita hanya mampu beri pendapat, kritikan, buah fikiran, tapi teman nak tanya mampu ke teman, en sunrise dan yang lain-lain mengubahnya? siapa kita? itu yang teman nak tegaskan di sini teman bukan bercakap berlandaskan ideologi politik. dah teman katakan, kalau nizar berkhidmat dengan baik, teman pun akan sokong yob! tak jadi masalah...

        nasihat teman kepada en sunrise pula, berhenti melihat pandangan yang tidak menyebelahi 'sebelah pihak' sebagai pandangan yang salah, kolot dan perlu dinyahkan. ini PANDANGAN...diulangi PANDANGAN..mike pun boleh bagi pandangan dan pendapat dan teman dan rakan-rakan lain tiada hak persoalkan. janganlah hanya tahu menghentam balik disebabkan rasa tidak puas hati sesuatu pandangan tersebut tidak selari dengan apa yang en sunrise mahu..

        sekian..mohon maaf

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. paeh93

          kena hormat pendirian beliau??
          sebagai ketua kerajaan, beliau perlulah membantu pasukan negeri menyelesaikan kemelut... sumber kewangan ada di pihak kerajaan... beliau patut membantu.. lupakan politik seketika.. bantulah pasukan yang kami sayang..

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. chuck

          Salam...

          Mike kata mike kononya berkecuali dari politik.Tapi sedar tak ayat miker tu sumernya seakan-akan menghentam dan menyalahkan Mr.President?

          Sape pula yang berat sebelah?

          Rasanya saudara 'gerak_khas' sendiri serta rakan-rakan lain sama seperti teman dapat membezakan idealogi yang telah saudara suarakan disini.Idealogi yang bersifat membangkitkan amarah serta menyentuh sentimen perkauman yang ketara dalam PAFA.

          'Jangan hanya pandai baling batu-sembunyikan tangan'.

          Sape yang bagi komen ikut emosi?Atleast,bukalah komentar dengan ucapan salam yang ikhlas.Bukan main nonong je masuk dan reply komen.Sape yang emosi agaknya yer?

          Jadilah orang yang bertanggungjawab...

          Deme berebut kuasa miker still lagi jadi cekgu.Pergi pagi balik tengahari.

          Likes(0)Dislikes(0)
    7. myo abol as

      salam semua....

      Ini komen teman untuk komen yang diberikan oleh saudara 'cikguazwan'. Teman pun taknak cakap banyak soal kepimpinan PAFA ni pasal kita dah pernah bincang perkara tersebut even dalam chat box sekalipun.

      Teman tertarik dengan statement saudara tadi berkenaan dengan suasana ketika Dato' Seri Zahid Hamidi menjadi presiden PAFA suatu ketika dahulu. Mungkin saidara cikguazwan masih belum sedar atau masih dibuai mimpi akan kemelut yang dihadapi kini sebenarnya berpunca dari siapa dan di mana. Buat pengetahuan saudara sendiri, kemelut hutang yang ditanggung oleh PAFA kini banyak melibatkan suasana ketika PAFA di pengerusikan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi sendiri.

      Punca mengapa dua pemain import terdahulu menarik diri dari pasukan (Keita dan Traore) dikatakan bermula dari pentadbiran PAFA sendiri yang menghadapi masalah dalam soal pembayaran gaji kedua-dua pemain ini. Ini salah satu puncanya juga namun samaada benar atau tidak, belum boleh dipastikan. Tetapi ura-ura mengenai Pafa yang menghadapi masalah kewangan pada ketika itu memang telah pun tersebar. Kalau dikaji semula, kenapa mesti wujudnya masalah tersebut di dalam persatuan bola sepak negeri walhal pada waktu itu kepimpinan kerajaan negeri masih lagi berada ditangan kerajaan bukan pembangkang.

      Begitu juga dengan perkara yang berlaku selepas Dato' Seri Zahid Hamidi (terpaksa) melepaskan jawatannya kerana sebab tertentu dimana tempat beliau selaku presiden diambil alih sementara oleh pemangku presiden yang dengan sewenangnya dikatakan telah melantik kroni-kroni mereka sendiri di dalam persatuan. Dan adakah ini suatu tindakan profesional? Dan pada ketika inilah kemelut yang pada mulanya tidaklah sebesar mana berlarutan sehingga mengejutkan ramai pihak khususnya buat para peminat sendiri.

      Mana perginya duit PAFA? Bukankah sebelum ini stadium kita sememangnya dibanjiri oleh ribuan penonton? Takkan sampai tidak ada sedikit pun baki-baki daripada wang kutipan tiket yang mencecah ribuan ringgit? Seingat saya juga pada ketika itu kepimpinan kerajaan negeri belum pun lagi berubah tampuk atau kalau saya tersilap sedikit mungkin baru berubah tampuk kepimpinan. Tetapi mustahillah sama sekali disebabkan oleh perubahan tampuk kepimpinan pada waktu yang menyebabkan kemelut dalam PAFA berlaku sedangkan mengikut sumber dari akhbar (Kosmo) ada mengatakan bahawa PAFA telah mempunyai hutang akibat dari kegagalan membayar sewa menggunakan stadium yang telah pun bermula sejak dari tahun 97-98 lagi.

      Setahu saya pada ketika ini negeri kita masih lagi dibawah kepimpinan menteri besar yang lama iaitu Dato' Seri Ramli Ngah Talib. Jadinya, kenapa kepimpinan yang terdahulu tidak cuba untuk menyelesaikan masalah yang mereka buat sendiri ini. Ibarat orang berak di tengah jalan tetapi tidak mahu membasuh dan orang lain pula yang terpaksa membersihkannya. Mungkin saudara faham dengan maksud saya ini.

      Saya bukanlah nak menyebelahi mana-mana pihak namun tindakan sedemikian adalah tidak wajar langsung. Tindakan sebegini pada saya hanyalah bermotifkan kepentingan politik, kuasa dan pangkat semata-mata. Sewajarnya, pihak-pihak yang berada dibawah kepimpinan presiden kini sepatutnya bekerjasama bersama tuan presiden untuk mencari jalan penyelesaian dan bukannya hanya tahu nak menyingkirkan mana-mana pihak sahaja. Kenapa pemangku presiden PAFA (Dato Mahayuddin) pada musim 2008 tidak dibuatkan 'usul tidak percaya' terhadap kepimpinannya sedangkan sudah terang lagi bersuluh pula kita telah sedia maklum bahawa beliau sememangnya gagal untuk menyelesaikan kemelut hutang tersebut.

      Macam saya katakan tadi, ibarat orang yang berak di tengah jalan tapi tidak mahu membasuh dan orang lain pula yang terpaksa membersihkannya. Jadi bagaimana? Kerajaan negeri pula kenapa tidak mahu menyalurkan bantuan sedangkan peruntukan memang telah disediakan untuk kegunaan persatuan-persatuan sukan yang ada di setiap negeri. Kenyataan Menteri Besar Perak Dato' Seri Zambery di dalam akhbar beberapa hari yang lalu menggambarkan sikap prejudisme dan ego beliau sendiri secara tidak langsung dan tidak sedar. Hanya individu-individu yang berfikiran sempit, kuno dan prejudis sahaja yang mungkin akan bersependapat dengan beliau.

      Adakah kerana berbeza idiologi membataskan kerjasama antara sesama bangsa melayu kita? Adakah kerana perbezaan warna bendera parti menjadi penghalang kepada kerjasama sesama bangsa melayu kita? Bukankah kita menyembah pada pencipta yang satu, sujud di kiblat yang sama dan mengucap khalimah syahadah yang serupa? Jangan sampai bangsa lain ketawa berguling-guling melihatkan kebodohan bangsa kita. Dato' Seri-Dato' Seri, Ahli Majlis-Ahli Majlis, penyokong-penyokong, anda semua dan saya sendiri, sudah sedia maklum rasanya akan perbezaan antara politik dan sukan bukan? Kita sendiri tahu yang mana satu sepatutnya politik dan sepantutnya sukan. Jadi, jangan cemarkannya atau perbodohkan diri sesiapa mahupun diri sendiri.

      Jawapan kepada penyelesaian adalah satu sahaja iaitu ' KERJASAMA'. Dalam rancangan kanak-kanak 'Wonder Pets' pun tahu quote ni... 'apa yang penting, kerjasama...' So bagi individu-individu yang dah matang fikirkan sendiri dan jangan hanya tahu nak menuding jari salahkan pihak-pihak tertentu. Jangan jadi manusia yang hanya tahu berak tapi tak tahu nak basuh, suruh orang lain pulak yang basuh.

      Teman juga setuju dengan pendapat saudara 'san'. Jangan hanya bergantung pada satu pihak sahaja, pihak yang belum tentu boleh bagi kesahihannya. Dalam hal begini, kita selaku penyokong dan peminat sepatutnya berada di tengah-tengah dan bukannya menyebelahi sesiapa. Kalau tidak jangan harap nak selesai masalah.

      Wassalam..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. gerak_khas_09

        assalamualaikum.....

        apa khabar cikguazwan,pendapat teman tentang komen anda sebenarnya lebih berat kepada untuk presiden PAFA yang sekarang meletak jawatan,dan komen anda sebenarnya berunsurkan politik semata mata. Hari ini saya perkatakan anda BIADAP dalam komen ini,

        Kenapa saya katakan anda biadap,yang pertama salahkah anda menulis Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar? kenapa di panggil Si Nizar sahaja? Jijik sangat ke tuan Presiden kita sampai anda memanggil namanye seperti itu? Kenapa Dr Zamri anda boleh taip Dr?, kenapa tak panggil si Zamri sahaja? apa anda ingat Dato Seri tu dapat kat tepi longkang ke, IR tu dapat kat sebelah rumah anda dan Haji tu ingat ambik kat atas lubang najis ker.

        Yang kedua saya menyatakan anda tidak faham dengan apa yang telah ditulis oleh artikel di dalam SDN ni. buat apa lagi nak di persoalkan tentang EGM,bukankah Dato Seri IR Haji Muhammad Nizar akan menyelesaikan segala hutang piutang dimana hutang tersebut telah dilakukan oleh zaman pemerintahan Dato Seri Tajol Rosli sehingga di zaman Dato Mahayuddin (Dato Don). Walhal hutang PAFA sebelum sebelum ini telah berjaya diselesaikan oleh Raja Muda Perak (Raja NAZRIN). Masalah dah nak selesai tapi yang sibuk nak buat EGM tuh kenapa? Gile kuasa ke dah semua yang ada tu?

        Yang ketiga kenapa di zaman Dato Mahayuddin takder la pula orang nak buat undi tak percaya sebab dah 4 bulan takder gaji,ingat pemain pemain nie makan pasir ke kat rumah,isi minyak kereta guna air longkang?. AGM yang patutnya buat bulan Jun 2008 dulu sampai di heret ke hujung tahun sebab nak mengelak dari di ambil-alih oleh kerajaan negeri yang di pimpin oleh Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar pada masa itu.

        Sekurang-kurangnya di masa tampuk Presiden di sandang oleh Dato Seri Ir Haji Muhammad Nizar ini belum la dengar lagi gaji pemain tertunggak sampai kiamat kan?.

        So jangan salahkan orang lain yang tak setuju dengan komen anda.

        Anda memang sengaja mencari pasal untuk di HENTAM !!!!

        Lain kali baca artikel tuh baik-baik, jangan jadi orang yang celik di mata tapi buta di perut !!!!

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. Lee Jr

          Salam,
          Bagus gerak khas..mike punye ayat kaw punye..Panggil Dato Seri Nizar cam panggil kawan mike je..Kalo mike tu cikgu azwan,anak2 murid panggil wan je mike hangin tak? Dari ayat tu pun nampak mike tak suke Mr Presiden sekarang ni dan hanya nak buat orang menyampah kat Dato Seri.Teman cakap banyak tak reti,tapi biarkan Dato Seri cuba menyelesaikan masalah dalaman PAFA dengan sewajarnya.

          *banyak lagi ayat ni,tapi kene sambung nanti.tak sempat.

          Likes(0)Dislikes(0)
        2. myo abol as

          assalammualaikum...

          Syabas saya ucapkan kepada saudara 'gerak_khas_09' di atas komen dan pandangan anda terhadap 'statement' yang diberikan oleh saudara 'cikguazwan' itu.

          Saya sendiri pun tidak menyedari akan kebiadaban bahasa yang digunakan oleh seorang yang bergelar cikgu terhadap orang yang telah dianugerahkan gelaran terhormat oleh seri paduka raja. Memang benar sama sekali seperti anda katakan bahawa komen dari seorang cikgu itu lebih berbaur politik dan kepentingan tertentu semata-mata.

          Komen anda dan saya banyak persamaannya dan ini bermakna kita bukanlah hanya duduk menanti 'omongan kosong' saja daripada pihak yang suka melaga-lagakan sesama manusia.

          Cuma saya hairan mengapa seorang yang tidak malu menggelarkan dirinya 'cikgu' punya suatu kesedaran sivik yang totally kosong. Kalau dah cikgu pun tak tau nak hormatkan orang lain bagaimana pula dengan anak-anak muridnya bukan? Jangan salahkan kalau murid-murid sekarang kurang ajar kalau 'cikgunya' sendiri pun BIADAP! Ibarat kata pepatah, 'cikgu kencing berdiri, ........................................................................ (pandai-pandailah saudara-saudara semua sambung selebihnya tu).

          Saya pernah katakan ayat ini dahulu kepada 'cikguazwan', mungkin beliau lupa atau sememangnya tidak mahu membacanya ' ORANG LAIN YANG BERAK DI TENGAH JALAN, ORANG LAIN PULA YANG KENA BERSIHKANNYA'. Faham-fahamlah cikgu...

          Lagi satu yang menghairankan saya, bagaimana seorang cikgu tidak tahu nak membezakan antara politik atau sukan? Pelik bukan...? Sepatutnya tak layak jadi cikgu.

          One more thing, saya rasa ada baiknya cikgu tidak mengikuti perkembangan pasukan untuk musim 2010 ini buat sementara waktu. Wajarnya cikgu mengikuti semula pasukan untuk musim 2011 nanti kerana hamba Allah yang memimpin PAFA kini berkuat kuasa sehingga 2010 maka musim 2011 adalah sesuai buat anda. Mana tahu mungkin selepas itu ikon yang anda sanjung-sanjung selama ini akan mengambil-alih persatuan semula, mungkin... itu pun belum pasti lagi..

          Ok 'cikgu', sekian sahaja disini. Bebuat baiklah kita sesama manusia cikgu....

          Wassalam...

          Likes(0)Dislikes(0)
    8. abgmie

      Salam....

      Terlebih dahulu teman minta kepada semua sahabat dan semua yang membaca laman ni,beristhifar la bebanyak banyak...teman tak la sehebat mekome yang pandai berkata kata dsan pandai bab hukum ni.tapi sebagai orang yang paling rapat dengan semangat pemain semasa perlawanan,teman nak bagi pendapat kepada semua adik beradik didalam mahu pun di luar SDN ni.teman tak 100% setuju pandangan cikgu wan tu,tapi sebagai seorang yang bersifat "un-bias"teman nak katakan disini buat adik beradik dalam SDN,memang satu EGM sedang diusahakan oleh satu pihak...yang mekome kata dah lama tahu tu memang dah lama.

      Ini yang terbaru...teman bersama seorang kawan, teman dapat maklumat ni pada hari ahad yang baru lalu,,,memang confirm deme tengah pakat dengan daerah daerah untuk setuju buat EGM.sekarang ni apa yang harus kita takutkan ialah kalaulah EGM ni berjaya maka Dato Seri Yang mekome dan teman sendiri hormati dan sanjungi tu,akan dimalukan sekali lagi seperti rampasan kuasa yang kita alami tempoh hari...kepada semua kekawan dan adik beradik SDN,teman nak bagi pandangan sikit le,tu pun kalau mekome boleh terima,mekome bagi komen jangan la ikut emosi sangat...kalau cikgu tu tak betul,kita sebagai sahabat dalam SDN ni harus betulkan,teman pun tak berapa setuju kalau Dato Seri nak letak jawatan,tapi ironinya kerajaan negeri yang ada sekarang, teman rasa takkan menolong PAFA,maklum la...mekome pun tau,yang deme kan tengah hebat saman menyaman ni...logiknya,dalam perang mana ada musuh nak bantu pihak lawan...kepada Admin,teman nak bagi cadangan le kalau isu isu macam cikgu ni jangan le dimasukkan ,,,buat perang je...

      Teman harap sekali lagi kepada semua geng ke adik beradik ke apa apa ke semuanya.bagi komen tu tak salah tapi sebagai umat islam yang kiblatnya sama,mati nanti pun kain kapan pun sama warna putihnya...jangan la terlalu beremosi...kerana yang rugi kita sendiri,buat sunrise teman tau mike mesti marah kat teman,teman minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki,teman tau mike MR Perfect.

      apa apa pun we are PERAKIAN....

      Likes(0)Dislikes(0)
        1. abgmie

          salam lee..
          boleh aje... sekarang pun mike adik beradik teman juge...cuma satu aje pesanan dari teman,nak jadi pemimpin mesti belajar terima teguran dan keritikan orang lain...cuma yang mengkritik mesti la kena dengan tempatnya....

          Likes(0)Dislikes(0)
  17. san

    kenapa ianya berlaku dinegeri Perak sahaja? juga kebetulan dengan situasi pergolakan politik di negeri ini? walhal persatuan-persatuan lain lebih banyak tunggakkan hutangnya? konspirasi ini amat pelik kerana hanya berlaku di negeri Perak? teramatlah lagi pelik kenapa semua orang berebut untuk memiliki persatuan yang mempunyai hutang melebihi jutaan ringgit? apa yang ada dalam singkatan keramat PAFA yang kita tahu? kenapa tidak FAM?

    pendapat peribadi san satu je : Mencari populariti Politik.. tidak kiralah sesiapa pun, kalau san jadi presiden pun sudah tentu bermegah dan berbangga sehingga melupakan tujuan sebenar kite menerajui PAFA........ tepuk dagu, tanya cikgu..

    Likes(0)Dislikes(0)
  18. Yashurr Yazurry

    Salam...

    Maaf lama menyepi sebab teman kena 'campak' ke Hilir perak
    2,3 bulan ni..

    Mengenai isu yang dibawa oleh cikguazwan,
    Teman rasa nak tertawa bila cikgu kate kami
    'cakap ikut emosi'...

    Saya nak tanya cikgu, adakah posting cikgu tu rasional atau emosi juga?

    Secara rasional, apabila seseorang ketua mengatakan yang beliau mampu selesaikan 'kesulitan', adakah kita perlu singkirkan ketua itu???

    Seolah-olah Captain dalam pasukan bolasepak ketika team
    ketinggalan dengan 0-1,
    Captain tersebut katakan pada rakan-rakan yang kita boleh jaringkan gol penyamaan..

    Tetapi sayangnya captain di 'boikot' dan rakan-rakan lain bermain sambil lewa... kemudian kalah.....

    Sedar atau tidak, situasi ini sama seperti yang berlaku pada
    pimpinan PAFA...
    Beliau bersungguh-sungguh untuk selesaikan kesulitan,
    tetapi terdapat dikalangan ahli majlis tidak bekerjasama,
    dan mendoakan Perak jatuh...
    Adakah cikgu mendoakan sebegitu rupa...??

    Percayalah cikgu, kami pun tidak kisah siapa yang pimpin PAFA, baik Kerajaan atau sebaliknya..

    Cuma, saya hairankan cikgu yang beremosi luahkan pendapat, tetapi menyalahkan orang lain yang beremosi kononnya...

    Artikel diatas ingin menyampaikan bahawa,
    1) PAFA melantik Coach baru..
    2) PAFA menyatakan bahawa Perak akan beraksi pada MSL 2010,
    3) Hutang lapok akan diselesaikan mengikut syarat yang dikeluarkan FAM.

    Jadi apa masalahnya sampai nak buat EGM ni cikgu??
    kita dah layak beraksi tahun depan, jadi bersyukurlah...
    doakan kebangkitan Perak bukannya buat provokasi macam ni..

    'Tepuk Dagu, Tanya Cikgu, Tapi Dia Tak Tahu, Keluarlah Fakta Merapu..'

    Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam...

        Pasey tue teman khaborkan miker ni ketinggalan.Bila orang tegur,tak boleh terima nak nyalah serta nunding jari kat orang balik.Tak sedar 4 jari lagi menghala kat diri sendiri.

        Miker tak payah la susah payah nak khabor pasey EGM tu Yop wan,orang dah tau berita tu lama dah yop.Sekarang ni pun dah setel dah masalahnya.

        Cuba miker comparekan tarikh paper yang khaborkan pasal EGM tu dengan artikel terbaru dekat SDN ni yang telah pun memberitahu yang kemelut tentang penyertaan PAFA tuk League season depan telah pun selesai.

        kalo nak khabor gak,terima kasehla yop Wan oiii.Teman serta warga SDN lain ngucap terima kaseh benor le yer.

        Salam saudara Yashur,Hilir Perak stay kat mana sekarang ni?Kalo free boleh la join teman serta rakan-rakan main futsal tiap malam minggu jam 11pm yer.

        Likes(0)Dislikes(0)
  19. san

    tepuk dagu, tanya cikgu, tapi die tak tahu, keluarlah fakta merapu, semua orang keliru, akhirnya sendiri haru biru

    sambung-sambung..

    Likes(0)Dislikes(0)
  20. sunrise

    salam....

    Teman teramat bersetuju dengan komentar yang telah dilontarkan oleh saudara Yashurr Yasyurry. Sememangnya cikgu Azwan kita ini tidak faham dan mungkin tidak tahu membaca dalam bahasa melayu,apakata saya cadangkan kepada si penulis selepas ini dapatlah keluarkan artikel dalam bahasa hindi mungkin cikgu azwan akan faham.

    p/s: sebelum bagi komentar tolonglah sangat sangat, baca tue kalau boleh biarlah paham betul betul....

    Likes(0)Dislikes(0)
  21. cikguazwan

    terlebih dahulu, kepada ahli-ahli geng SDN yang terlampau bijaksana, teman nak mohon maaf awal-awal sebab artikel teman kali ni mungkin sedikit kasar bunyinya. teman juga nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada ahli-ahli SDN yang telah mengkritik teman yang sebenarnya telah membuka pekung di dada sendiri akan siapakah diri anda...

    teman nak syorkan beberapa perkara;

    1- sebenarnya, mike-mike semua ni BUKANLAH penyokong setia pasukan perak, tapi sebenarnya adalah penyokong, peminat dan penjujung setia si nizar. sebabnya? mike-mike semua melenting mengalahkan ahli parlimen di dewan rakyat apabila teman 'sentuh' sikit pasal wira kesayangan anda semua tu. ya teman akui, kemungkinan si nizar itulah seorang wira, superhero, penyelamat dunia, atau lebih hebat bolehlah digelar maksum kerana tiada lah dirinya terpalit walau sedikit pun kesalahan. malahan yang lebih hebat, setiap kesalahan yang ada pada dirinya akan dihalakan kepada orang lain. tersangatlah menarik bunyinya..

    2- mike-mike semua ni yang sebenarnya tak paham bahasa atau mungkin berlagak pandai.cuba teliti semula komen awal yang teman beri yang telah mengundang kepada amukan geng-geng SDN yang maha bijaksana ini. adakah sebaris ayat yang mengatakan teman mencadangkan EGM diadakan? ada? teman hanya memberi berita yang teman dapat maklumat untuk dikongsi bersama, dan teman kemudiannya susuli dengan pendapat peribadi teman. tapi yang salahnya teman ni adalah pendapat teman bukanlah dari mereka-mereka yang duduk 'sekapal' dengan geng-geng SDN. justeru itu, teman pun dapatlah segala bentuk kritikan yang tak payahlah teman sebutkan lagi. sesungguhnya mike-mike semua lagi bijak dari teman.

    3- di sini teman juga ingin mencadangkan kepada pengelola laman web ini supaya mengubah nama dari seladang.net kepada seladang-pr.net ataupun pr-seladang.net. jika nak lagi menambah perhatian, apa kata ubah sahaja kepada seladang-nizar.net. tak payahlah teman bagikan sebabnya panjang lebar. laman web ni sepatutnya menyatukan kita para penyokong dari perbezaan politik. kita bebas berkongsi pandangan, memberi pendapat tetapi bukan menyerang balik dari segi kata-kata yang menjurus sokongan kepada sebelah pihak sahaja.

    4- akhir sekali, teman teringat kata-kata seorang rakan teman yang menjurus kepada PAFA. katanya 'jangan ditegur geng-geng dalam PAFA tu, deme semuanya terlebih pandai, tak payah diajar, semua betul. yang salah tu bukannya dari deme, orang lain punya pasal. biar lantak deme uruskan sendiri'. bagi teman, agaknya betullah kata-katanya itu. jadi, teman pun dah malas nak bagi komen pasal ni (memang itu pun yang geng-geng SDN semua mahu pun). teman nak perhati dari jauh. boleh kah si nizar dan konco-konconya termasuk mike-mike semua menjulang balik Perak. musim pertama dah tersungkur. musim kedua akan teman nantikan. sama ada mike-mike semua si penjulang dan hulubalang-hulubalang nizar maha maksum akan memajukan bolasepak Perak ataupun menjahanamkan pasukan yang kita sayangi ini.

    ok semua, teman undur diri. pastikan teman telan balik kata-kata teman ini...

    SELAMAT MAJU JAYA

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam...

      Pekung dada teman sekeluarga disini miker terjah yer?ater..pekung dada sebenar miker tue?Habis ter Scan and X-ray dah.Udah nampak tembolok miker besor mana dah..

      Nampak dah sakit yang miker alami sekarang ni.

      Terpulanglah pada miker nak kata apa pun.Tapi jika seorang ngata cekgu hensem/segak mungkin cekgu tak percaya.Tapi jika rata-rata anak murid dan cekgu lain disekolah keseluruhanya kata kita hensem/segak dah tentulah kita ni memang kategori tue..kan..kan??Tapi jika sebaliknya,takkanlah tak paham-paham lagi kot?Kalo cekgu tak amik pusing sikit pun,kemungkinan besar cekgu ni anti social.Biasa orang gelor Sombong,bongkak and bangga diri walhal nothing pun.

      So,apa gunanya menegakkan benang yang basah?

      Tentang pencapaian pasukan yang lepas,pada temanlahkan,rasanya telah cukup baik dan bersyukur dengan material,masa yang terhad serta level skuad yang dibekalkan.Ni yang orang kata 'ukur baju badan sendiri' nie.Takkan bermodalkan seringgit nak beli Vios ??Kurang-kurang kena investkan dulu.sikit demi sedikit.Then barulah upaya untuk beli apa yang kita hajatkan.Sama serta serupalah dengan team kita ni Yop.

      Laman web Ir.Nizar?Rasanya laman web ni lebih tua dari usia rata-rata kita yang baru mengenali nama Mr.President tue.So,amatlah kejam jika tuduhan sedemikian rupa mike lemparkan.

      Teman bukanlah hulubalang seperti yang miker maksudkan tue.Biarlah teman berterus terang dengan miker,sebenarnya teman ni Panglima beliau.Yang lain-lain nun sumer temenggong,bendahara,bintara,juragan,kapten,B-shop,blackhorse and etc.

      P/S:Banyak bergaul dengan rakan-rakan serta orang-orang tua.Takdelah kita terperap je dok kat umah and rotate benda yang sama dari hari ke hari,bulan ke bulan and tahun ke tahun.Barulah kita boleh tau yang sebenarnya siapa diri kita ni pada pandangan masyarakat.ok?Cuba serta try tengok...

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. sunrise

      salam..

      Teman ingin mengatakan mike tidak layak taruk nama cikguazwan.mike nie kalau tak reti nak bagi komen tolong jangan bagi komen,kerana komen yang mike buat nampak sangat pemikiran mike setaraf dengan deme deme yang buta perut.

      1. Mike kata kami nie penyokong Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar bukan penyokong bola sepak Perak, kalau kami sekadar penyokong beliau buat apa kami semua nak libatkan diri dalam SDN nie,fikir la wahai cikgu azwan.

      2. mike memang tidak mencadangkan EGM,tapi mike menimbulkan perkara ini dalam komen mike, admin dah tulis kata Presiden Pafa sendiri akan menyelesaikan hutang piutang mengikut syarat yang ditentukan oleh F.A.M, Tapi komen mike nie sememangnya kena belajar balik bahasa melayu,kerana mike memang seorang manusia dan seorang hamba Allah yang tak reti bahasa dan maksud yang disampaikan oleh pihak Admin.Seluruh Malaysia tahu ada insan dalam Pafa yang meminta EGM tergempar dilakukan kerana khuatir Presiden Pafa tidak mampu meneruskan perjuangan pasukan tahun hadapan disebabkan hutang piutang yang dilakukan oleh makhluk makhluk yang tidak bertanggungjawab.buat apa lagi mike nak timbulkan pasal EGM tuer.......ada paham ker tarak paham....

      3.sememangya mike nie teramat emosi dan tidak berpelajaran,laman web ini sebuah laman web sukan bukan laman web politik.apahal nak libatkan pihak Admin SDN,komen mike nie macam orang yang tak bermaruah dan berakhlak. siapa yang melibatkan politik dalam SDN nie,sebenarnya anda tuer bukan orang lain,dia berak kat tepi jalan tuduh orang pulak,balik tanya family mike asal usul mike masa kecik macam mana,dah lah degil tak paham bahasa pulak tuer.

      4. nasihat teman kepada mike, tak guna kita bagi jutawan memerintah Pafa seandainya tiada kejujuran dan keikhlasan untuk memerintah pasukan, buat habis duit,buat habis tenaga pemain ajer,silap silap gaji tak berbayor sampai dunia kiamat.untuk pengetahuan mike pihak pengurusan ini adalah yang terbaik,kerana deme deme nie tak campor hal jurulatih,kerana jurulatih yang akan menetukan hala tuju corak permainan pasukan dan bukannya pihak pengurusan.tak guna bagi gaji sampai berjuta juta ringgit kalau nak dapat piala pun setengah mati.

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. san

      Cadangan saudara untuk mewujudkan website baru itu tak perlu, sedia maklum seladang.net tidak memihak kepada mana-mana parti politik di Perak Khasnya dan Malaysia amnya. Apa komen yang diluluskan oleh pihak admin adalah suara atau pandangan masing-masing oleh hulubalang atau wira yang saudara maksudkan. Ianya bukan dasar SDN secara langsung mahupun sebaliknya, jadi tolong jangan kaitkan apa-apa berkaitan politik dengan SDN. Seperti saudara juga, mereka semua cepat melatah lebih-lebih lagi dengan isu politik, apa nak buat Malaysia tidak kiralah dari semua aspek mesti nak kaitkan dengan politik, jangan cakap sukan, sampai nak pergi haji pun ade kaitkan politik.

      San sebenar suka anda semua memberi komen tidak kiralah menghentam, memberi cadangan, sokongan, kritikan atau sebagainya, sekurang-kurangnya biar semua orang bukakan minda berfikir sendiri bukan apa, bangsa kita ini malas berfikir, apa yang mereka dengar itulah mereka cakap. Tak pernah cari fakta sendiri, tak pernah mengkaji sejarah, tak pernah open minded.. yang cuma tahu kritik kritik kritik..

      Likes(0)Dislikes(0)
    4. zizou85

      cikgu, ini bukan laman web politik!... bermuhasabahlah banyak-banyak. Cuba cikgu tengok tajuk di atas tu apa...Kalau buat karangan...cikgu saya dulu akan tulis "isi terpesong". Kira 'fail' terus. Tapi nasib baik saya tak pernah 'fail' paper BM.

      Likes(0)Dislikes(0)
    5. kia_dgreat

      salam...

      pekehei nyer cikgu......teman nengok orang lain bertenang jer bagi komen.mike teman tengok yang bagi komen ikut emosi.

      istighfar banyak-banyak cikgu.

      teman rasa komen mike suruh tukar nama website ni agak melampor and layak ler diberi penampor..sebab website ni dah banyak memberi infomasi dan banyak berjasa kepada rakyat Perak dan jugak pasukan nyer dengan setiap pandangan yang membina dan jugak mencetus idea yang sempurna.

      kalo nak banding jasa miker dengan website ni dah tentu "Jauh panggang dari api". kononnyer miker nak menyampaikan cerita.udah cerita miker dikomen miker hangin pulak sampai nama website pun nak ditukar namanya.miker pandai benor nyuroh orang tukor nama website yer..miker aper kater buat website sendiri kalo pandai benor takpun paling lekeh pun buat ler blog itu pun kot-kot ader ngajor buat blog masa pergi maktab dulu. :p

      tak per ler ape-aper pun teman hanya nak saran kan macam saudara 'chuck' supaya miker banyak la bergaul dengan pelbagai jenis orang dalam dunia ni. baru kiter banyak pengetahuan.selain tu mike banyak kan membaca walaupun benda yang mike baca tu tak sama dengan fahaman mike.sebab lagi banyak mike membaca lagi banyak mike dapat tau.

      biler mike banyak tau makin banyak perbandingan ilmu yang miker boleh buat dari pelbagai sumber.. dan dah tentu lagi banyak idea serata keputusan yang lebih bijak yang mike boleh buat sebelum bertindak.agama kita sendiri pun tidak hanya berpadukan hanya kepada ALQURAN tetapi jugak ALHADITH.sebab aper bahasa dalam ALQURAN berada pada tahap bahasa yang tinggi dan jugak berpuitis.ALHADITH digunakan untuk menerangkan dengan lebih panjang lebar mengikut fahaman yang lebih mudah untuk difahami. oleh itu Iqra' lah cikgu..bacalah..semoga anda lebih memahami aper yang tersurat dan jugak tersirat.

      sebelum mengundur diri teman nak sambung Chuck punyer cerita tadi kalo saudara Chuck seorang PANGLIMA teman pulak OPTIMUS PRIME kepada tuan President..heheheh

      sekian,
      aper yang penting kerja sama,
      aper yang sama kerja penting!!!!

      wasalam

      Likes(0)Dislikes(0)
    6. Lee Jr

      Salam,

      Teman heran dengan cikgu azwan ni. Die cakap orang ikut emosi, macam la die tak beremosi dalam hal ni. Mike dari awal lagi menyalahkan Dato' Seri Nizar dalam kemelut hutang PAFA ni. Lepas tu mike pulak pandai2 suruh admin tukar name seladang.net jadi nizar.net la, pr.net la. Pebende mike ni?. Tengin beno nape? Yang mike kate hulubalang2 ni bukannya anggap Dato' Seri Nizar tu maksum, tapi kami semua menyokong penuh beliau yang sudi dan rela hati ingin cuba menyelesaikan hutang2 lama PAFA dan menstabilkan semula PAFA.

      Kami akan sentiasa susah dan senang bersama2 untuk menyokong Presiden PAFA tidak kira dari mane pun beliau. Yang mane kami rasekan betul kami akan sokong. Yang mike pulak cakap merapu2 macam hantu. Daripada mike suh seladang.net tukar name, baik mike wat laman web sendiri. Mamak.net ke Cikgu ba***ng.net, pastu mike bagitau sume orang pasal isu2 yang ketinggalan macam EGM mike tu.

      Orang semua dah tau, yang mike baru nak kuar cerita. Mike tu tau nak menghentam orang je. Pandangan pun berat sebelah,macam mane orang nak hormat mike? Pastu orang bagi komen, mike tak dapat terima. Teman pun malu jugak nak kate manusia bergelar cikgu ni. Sebab cikgu2 teman sume berakal. Tapi pasal teman pun tak tau mike cikgu ape, teman ngate jugak la. Jangan mike buat perangai merepek2 lagi dalam ni. Menggelegak darah pendekar mustar dalam diri teman ni.

      Teman minta maaf.
      Sekian,

      "KEJOR YOB KEJOR SLOGAN KAMI"
      "OLE OLE OLE PERAK SUDAH MARI"

      Likes(0)Dislikes(0)
    7. syidi

      Cikgu Azwan memang melampau sangat la. Apa masalah dengan alamat seladang.net ni? Kenapa? Tak puas hati? Terasa diri awak tu tercabar ke?

      Atau saje nak cari pasal dalam ni? Ingat sama, kita ni sape. Jangan nak kaitkan bab-bab politik pulak. Ingat web ni ape? Pegilah bawak diri cari web lain kalau setakat nak provok2.

      Web ni memang 'unbias'. Dah lama cuma awak tu yang mengada-ngada. Mana ada sebelah mana2. Ni bola sepak la. Cuba buka mata luas2, jangan dengar cakap2 orang. Paper pun kadang2 tak leh percaya yob.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. abgmie

        Sabo syidi...dia tengah bersemangat nak bagi komen bior lantaknya...ingat pesanan teman ni...nak jadi pemimpin kena bersabor dan terima apa aje kritikan orang...kepada cikgu....mike ni orang yang ada pelajaran.kenapa perlu berkata macam tu...istighfar cikgu...mike anak perak teman pun anak perak,jangan le sampai nak mengata keluarga SDN ni sampai macam tu...teman tau memang mike teruk kena hentam...ambil la jalan mudah dengan meminta maaf...beralah tak bererti kalah...kepada yang dah banyak mengomen kita maaf kan la cikgu ni, apapun kita semua PERAKIAN...

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Tak la abgmie...org macam dia ni dah banyak sangat jumpa, kadang2 hilang sabo gak. Be profesional la sikit. Macam budak2 la. Ayat dia tu seolah2 SDN ni anti kerajaan.

          Dia ingat teman ni sape? Ingat ahli2 kat sini sape? Ni platform untuk sokong bola la. Tak payah nk pandai2 suruh tukar nama web ni.

          Sape pun pucuk pimpinan tak kisah, tapi kalau tak buat keje memang sakit la lepas ni.

          Teman mintak maaf kalu terlalu emosi. Come on Cikgu Azwan, demi bolasepak kita. Peace No War..

          Likes(0)Dislikes(0)
    8. abgmie

      Salam...
      Buat cikgu wan....teman tak kenai pun mike ni,tapi teman cuma nak nasihat sikit,kita ni semua anak perak...jangan la kerana pekara remeh ni kita perbesarkan...buat geng dan keluarga SDN teman minta maaf la bagi pihak cikgu ni,biasa la...mana ada orang yang perfect,terkadang mesti kita juga ada melakukan kesilapan,mungkin dia nak nyatakan tentang EGM aje sebenornya...tapi sebab tangan dia bersemangat menaip,tu yang ter...melalut,memang pekara EGM ni dah lama,tapi cerita yang cikgu bagi kat kita tu adalah cerita baru yang teman sendiri dapat tahu dari orang dalam PAFA,yang perlu ditakutkan jika benar EGM ni terjadi habis la kita,tim akan hancur dan orang yang teman harap jadi pengurus dan jurulatih pun mungkin akan terlepas.

      Cuma sekarang kita harus berdiri diatas landasan yang betul...mana mungkin musuh membantu pihak lawan...konkrit dan ironinya cakap teman ni...takan le si MB nak bantu DSNJ,sedangkan kes saman menyaman hari tu pun tak habis lagi...fikir fikir la....bagaimana DSNJ nak setlekan masalah ni,kita hanya mudah berkata kata tapi hakikatnya berat mata memandang dan telinga yang mendengar berat lagi bahu DSNJ yang memikulnya....pulak, hutang tu bukan beliau yang buat...teman bukan nak cari publisiti tapi teman nak bagi tau pada semua yang megomen dan kena komen jangan mudah melatah bila sesuatu tu tak kena dengan selera dan pendapat kita... belajar le telan apa yang pahit dan luahkan yang manis....jatuh bangun tim kita kena bersama bersatu...teman harap pekara remeh sebegini tidak berulang lagi.....

      kita semua anak PERAK dan sayangkan PERAK...

      ...............we are PERAKIAN...................

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. YangIkhlas

        Perkara berkaitan usul EGM ni adalah perkara yang tidak perlu. Ia akan menimbulkan masalah yang lebih rumit lagi kerana mungkin boleh jadi kes turun naik mahkamah juga nanti.

        Apa yang terbaik adalah DS Nizar sebagai Presiden PAFA perlu menunjukkan minat dan cita-cita yang tinggi kepada Timbalan dan barisan Ahli Majlis PAFA untuk memajukan bolasepak Negeri Perak ini. Tinggalkan masalah politik yang beliau hadapi apabila berbicara tentang bolasepak dan yang paling penting jangan gunakan bolasepak Perak sebagai alat propaganda politik beliau. Kita sebagai peminat bolasepak di Perak ini sudah semestinya ingin juga mengetahui halatuju dan wawasan bolasepak yang hendak dibawa oleh DS Nizar.

        Bantuan Kerajaan Negeri juga amat perlu dan diharapkan agar kedua-dua pihak dapat membuang ego masing-masing untuk kepentingan bolasepak Perak. DS Nizar harus bersikap seperti TS Anuar Musa untuk memohon bantuan Kerajaan Negeri secara terbuka dan diharapkan Kerajaan Negeri pimpinan DS Dr.Zambry dapat mempertimbangkannya demi maruah bolasepak Perak dan juga untuk para penyokong Perak yang setia.

        Semoga semua kemelut ini akan dapat dapat menemui jalan keluar yang positif untuk kemajuan bolasepak Perak.

        Likes(0)Dislikes(0)
  22. paeh93

    assalamualaikum..
    maaf.. lame menyepi..

    tahniahla kepada pasukan Perak kerane dapat bermain untuk musim hadapan.. tahniah kepada Dato Seri Nizar Jamaluddin kerana bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan semua hutang lapuk yang agak tinngi nilainya walaupun ada pihak tu tidak mahu membantu menyelesaikan kemelut ini..

    jika politik Perak stabil, saya rasa kemelut ini tidak berlaku.. semasa Nizar sedang menjadi MB, beliau bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan hutang lapuk..selepas pertukaran kerajaan secara kontroversi berlaku, masalah PAFA datang kembali. Harap Zambry mengetepikan perbezaan politik, bantulah PAFA. takkan lah tidak ada peruntukan langsung untuk bolasepak Perak dalam bajet 2010??

    marilah kita duduk semeja, selesaikan masalah ini... kita perlulah bersifat profesional..

    ape-ape pon teman sentiasa menyokong pasukan PERAK. Kepada rakyat jelata.. berilah sokongan kepada pasukan kita..

    KEJOR YOB KEJOR..

    salam 1 seladang

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Lee Jr

      Salam Pakdin,

      Bace komen je tak seronok pakdin,try la komen..Teman teringin tengok pakdin komen.Mane tau,de idea2 bernas ke..

      P/S:Seronok lagi ngate orang pakdin..Hehehe...

      Likes(0)Dislikes(0)
  23. mofisa

    walau ape pon teman harap bola sepak Perak tak terkubur walau sesaat...biar bola sepak menyatukan kita bukan memecahbelahkan kita..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.